Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 30, 2010

Melankolik Malam Hari



Dengarkanlah, malam...
Aku mahukan diriku didengari
sebagai satu entiti
bukan sekadar bayang sari

Aku memang mahu melangkah
setapak ke hadapan demi setapak...
Namun perangkap masa meruntun jiwa
perasaan takutkan penerimaan
dan sifat ketidak-terbukaan
menggenggam jiwa meruntun lara...

Bukan tak mahu
tapi aku meragui
Keselesaan diterima bakal direntap
bagai sentap meratap benang
Aku gagal melolos diri
Aku mati.....


-----------------------------------
Maaf, aku betul-betul mahu berkongsi, namun ianya terlalu peribadi sehinggakan diri tak daya lagi meratapi..Jauh di sudut hati, aku tak mahu ditangisi. Namun, realiti tak mampu diubahi, melainkan terdapat penerimaan dan keterbukaan duniawi, namun semuanya hanya ilusi, fantasi, tiada lagi harapan diri, selain menempuhi walaupun sepahit mana rasa hati..
Doakan diri ini..


p/s: Tiada kena-mengena dengan gadis itu...

Jun 29, 2010

Sama Muka dengan Abang

one-past-one-fifty
I'm sorry..



Satu perkara menarik berlaku..

Semalam malam aku sefamili keluar ke
Tesco untuk beli barang adik aku yang dah nak balik Melaka hujung minggu ni..

Aku si tukang tolak troli sebab bakal berat,
yang lain tukang mengisi barang dalam troli..

Dari masuk Tesco, sampai ke keluar bayar cashier
aku ada rasa macam orang ikut dari jauh..
Tapi, oleh sebab aku sedar diri tak hensem
aku abaikan...

Jadi, lepas selesai beli barang
kami singgah ke food court Tesco untuk makan malam.
Sedar aku tengah nak pilih makan apa,
datang dua orang gadis belasan tahun berbaju kurung sekolah kain biru
Tapi yang menarik, diorang berbangsa cina.
Mereka menegur aku..


"Abang, nak mintak tolong sikit boleh??" salah seorang dari gadis cina tu bersuara.
Mereka malu-malu, tersenyum sesama sendiri
sambil tolak menolak..

"Kenapa??" aku tanya sambil senyum kebingungan...
"Macam ni, saya ada seorang abang, sama muka macam abang.."
WTH?? Adakah kau sedar aku ni lelaki melayu yang tak putih langsung??
Kerat mane yang same dengan abang ko tu???

Si gadis cina sorang ni keluarkan wallet dia dan tunjukkan satu gambar keluarga..

"Ni haa, abang saya..Sama tak???"
WOW!!!
Aku sangat terkejut!!!
Macam nak pengsan pun ada..
Memang sama!!
Cuma abang dia putih dan berisi sikit.

"Abang saya dah mati...
Dia kemalangan setahun lalu..."

Aku terkejut dengar cerita minah cina ni..

"Kalau abang tak kisah, boleh saya gambar dengan abang??
Saya nak tunjuk mak saya, dia rindu abang.."

Muka dia penuh harapan..
Comel gak aku tengok minah cina ni..

"Boleh, apa salahnya..."
Kami bergambar, ditangkap guna kamera henset oleh kawan dia sorang lagi..

"Tengkiu haa..Sebenarnye kami dah follow abang dari awal tadi lagi, tapi takut laa nak tegur..."
"It's OK...Kirim salam kat mak awak yek!!"
"Tenkiu yaa.."


Diorang blah...
Aku order makanan, pergi duduk..
Dalam hati terfikir,
"Kalau dia tak tunjuk gambar tu, serius aku fikir dia tipu..
Muka aku ada muka cina ke???"


Mak aku tanya,
"Kenapa tadi???" merujuk kepada peristiwa itu.
Mungkin dia nampak dari jauh..

"Tak ada apa..Peminat je...HAHAHA!!!"
Aku ketawakan diri sendiri.
Muka cina?? Hm...
Tak pernah aku terfikir pun....


Jun 28, 2010

Awak Curi Ayat Saya

one-fifty
I'm sorry!!!



Hari sabtu.

Aku berdiri tegak di depan pagar.
Tekan bell, pagar terbuka.
Ada satu kelibat bergerak dari pintu ke pagar.
Itu L...

Dengan mulut muncung dia, dia berdiri depan aku.
Aku berdiri depan dia.
kami berdiri berdepan, tiada kata.

"Saya ingat awak tak datang..." L mula.
"Awak nak belajar moto??
Awak tak pandai lagi tau.."


Tangan kiri dia bergerak, cubit lengan kanan aku.
"Kenapa semalam diam je??"
"Awak pun kenapa diam???"
"sebab awak diam..."
"Mungkin semalam hari diam sedunia kot..."
"Sempat lagi buat lawak..." cubitan L makin kuat...

"Aduh!!!" Serius sakit cubitan dia.
"Awak nak belajar moto tak??"
L pandang dan senyum.
"TAK NAK!! Hari ni kita pergi jalan-jalan."
"Kat mane?? awal pagi ni shopping mall mane bukak lagi.."
"Kita jalan kat taman, saya dah siapkan sandwich.."
Aku terkejut.
"So, awak memang dah agak saya akan datang.."
L senyum sambil pusingkan badan, menuju ke rumah untuk ambil 'bekal' dia.

Aku senyum sendiri.

-----------------------

Di taman tasik...

"Awak marahkan saya??" L tanya..
"Bukan awak ke yang marahkan saya???" aku jawab.
"Saya rasa tindakan saya memang tak patut..."

Aku terdiam sekejap.

"Awak, saya tahu kita memang kawan.
Saya kawan awak, awak kawan saya.
Saya senang dengan itu, saya harap awak pun senang jugak.."

Aku tekun mendengar kata-kata L.

"Dan saya tetap nak jadikan awak kawan saya sampai bila-bila...
Walaupun satu hari nanti awak beristeri, saya bersuami...
Awak ada anak, saya ada anak, kita ada keluarga...
Saya tetap nak awak jadi kawan saya."

L cakap sambil tersenyum.

"Tak kira apa yang berlaku antara kita,
awak tetap kawan saya...
Tapi, saya nak beritahu awak sesuatu..
Awak adalah seorang kawan yang takkan boleh diganti dengan apa-apa pun..
Irreplacable..."


"Pencuri..."
aku bersuara...
L terpaku dengar perkataan aku...

"You said the exact lines that i wanna say...
Awak curi ayat saya..."

Kami ketawa..
Dia tepuk bahu aku, aku pura-pura sakit tapi sebenarnya tak sakit langsung...

------------------------

Aku belajar sesuatu..
Yang penting dalam meminta maaf,
bukan perkataan 'MAAF!'
Tapi erti maaf itu sendiri,
yang selalu orang lupakan..

Yang penting dalam hubungan,
bukan gelaran yang diberikan,
Tapi kekuatan ikatan itu sendiri,
yang selalu orang abaikan..

Yang penting dalam perlakuan,
bukan gerak tubuh yang ditunjukkan,
Tapi tujuan ianya dilakukan,
yang selalu orang pedulikan..

Sampai satu tahap,
bila aku MAMPU dan BERKEMAMPUAN
aku akan lafazkan...

'Kalau sayangkan sesuatu, lepaskan..
Jika ia datang semula, ianya memang untukmu..
Jika tidak, dunia sentiasa terbentang luas untuk mencuba..'

=============================

24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama
23) [
link] Umpama Enggang dan Burung Pipit
22) [
link] 'One-Four-Three'
21) [
link] Ahad dan Perasaan Itu
20) [
link] Sabtu dan Gelak Tawa
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan


...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jun 25, 2010

Ianya Takdir Nama Kami Sama

one-four-eight..
I'm sorry..


Semalam,
aku bertekak dengan L..
Yeah! Kami bertekak..
Walaupun sebelum ni ada gak laa gaduh-gaduh kecik,
tapi semalam memang sampai tension dibuatnya..


Alkisah bermula,
petang tu L janji nak jumpa aku kejap lepas habis kelas dia..
Aku pun tunggu laa kat tempat yang dijanjikan..

Dari jauh, nampak kelibat dia,
datang menuju ke arah aku...
Kasut converse, memang itu style dia..
Kasut yang sama dengan
kali pertama aku jumpa dia dulu..

"Lama tunggu??" L tegur aku..
"Awak tak nampak sawang dan sarang labah-labah, maknanya tak lama laa tu.."
Gila lame ayat aku...

Aku tak perasan, tapi berdiri di belakang dia ada tiga orang.
Dua perempuan satu lelaki..

"Kenalkan, ni kawan-kawan saya.." L beritahu..
Aku terkejut, ini tiada dalam perancangan sebelumnya.
Mereka dikenali sebagai Min, Nani dan Padi.
(bukan nama sebenar demi tidak membangkitkan kekecohan)

"Awak kenalkan laa diri awak..." L muka excited..
Aku pelik..
"Nama aku _____ ______, panggil aku L***"
sambil salam Padi dan angguk ke Min dan Nani.

"Wooo.." serentak ketiga-tiga mereka, siap dengan muka kagum.
"Kan aku dah bagitahu, nama kami sama..." L mencelah.
So, itu sebab L suruh aku perkenalkan diri.
Sebab semata-mata nak bagitahu nama kami sama?
Hm, lawak betul laa awek sorang ni..

-----------------------


Pendek cerita,
mereka bertiga rakan diskusi L di tempat dia belajar.
nani kata L selalu cerita pasal aku,
jadi mereka bertiga buat keputusan nak kenal dengan aku.
Aku rasa janggal, sebab tak pernah berlaku hal macam ni.

Kami berlima pergi minum di sebuah kopitiam yang terkenal.
Aku pesan teh tarik je,
yang lain pesan, pergh!!!, smoothies laa, hape lagi ntah..
Seperti biasa aku lebih banyak diam dari bersuara.

"L, so you two in a relationship??"
Soalan dari Nani untuk aku tu tepat membuatkan aku nak tersedak teh.
Aku pandang L, L pun muka terkejut pandang aku.
Tapi dia diam..
Yang dua lagi, si Min dan Padi tu tersenyum lebar menanti jawapan aku.

Aku ter'pause' selama 5 saat sebelum bereaksi.
Dan selama 5 saat tu, beribu jawapan muncul dalam benak fikiran aku,
tapi tiada yang sesuai diucapkan.

"It just takdir nama kami sama,
jadi kami jadi kawan.."
aku jawab selamba.

"KAWAN??" Padi bersuara.
"Ya, kawan je.."

Aku pandang L.
Dia jeling tajam pada aku.
Aku berfikir,
"Aku salah sebut ke??"

------------------------


Ehsan Google

To cut it short again,
akhirnya ketiga-tiga kawan L pun beredar pulang.
Tinggal L dan aku.
L tunggu Pak Harun datang ambil dia.
Aku tunggu L.

"So, kita kawan??.." L mula bersuara.
"Err..kan??" aku balas...
"You are not that stupid, we both know it isn't just that.."
Nada L agak kasar,
dia nampak lain, marah..

"Maksud awak? Kita bukan kawan??"
"Kawan is not the word. Awak bukan orang yang akan hanya saya tegur bila jumpa kat kedai buku dan berlalu begitu saja. Perkataan 'kawan' tu agak tak kena.."
"Kalau camtu, kenapa awak tak betulkan cakap saya tadi??"
"Nonsense, patut ke saya betulkan kata-kata awak??"
"Kalau salah, betulkan laa..."


Tone masing-masing semakin meningkat.
Aku agak tak puas hati bila dia salahkan aku macam salah aku tu boleh buat orang sihat sakit kanser.

"It just TAKDIR nama sama?? Bunyi macam terpaksa.."
"Saya kurang faham apa awak nak kata..
Awak nak bagitahu kita bukan kawan ke??"
"NO!! But at least cakap laa perkataan yang bagus sikit macam 'kawan baik' ke,
'kawan rapat' ke..
Kawan just macam saya dengan Padi,
saya dengan Nani, dengan Min,
dengan Tengku..."
L terdiam...
Aku terkejut...

"Finally, that name came out...
Nama yang saya ingat takkan keluar dari mulut awak.."

L terus diam, tapi muka macam tahan marah.

"Walau apa pun, saya tetap kawan awak...
Tapi saya nak tanya, awak nak saya layan awak macam Nani, Min, Padi dan Tengku tu semata-mata titlenya adalah 'kawan'??"


L terus diam..
Tiba-tiba telefon dia berbunyi...
dari Pak Harun bermakna dia sudah sampai.
Saved by the call.

"Saya balik dulu..."
kata terakhir L dengan nada rendah
dan terus pergi, lenyap dari pandangan aku.
Aku, teruskan minum teh.

Dan sepanjang malam semalam,
henset aku sunyi dari sebarang bunyi.
Tiada mesej, tiada call..
adakah segalanya bakal berakhir??

=========================
23) [
link] Umpama Enggang dan Burung Pipit
22) [
link] 'one-four-three'
21) [
link] Ahad dan Perasaan Itu
20) [
link] Sabtu dan Gelak Tawa
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan
18) [
link] Dua Kali Tersalah Cakap

...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jun 24, 2010

Rambut Oh Rambut

one-four-seven
I'm sorry



"Serabut!!!"
"Kusut!!!"
"Macam orang mati bini...."


Itu ayat adik kau kepada aku..
Bukan sebab apa,
tapi sebab dia geram tengok rambut aku..
YA!! Rambut aku!!


Aku SANGAT tak pandai gaya rambut..
Sapa yang kenal aku, yang ada facebook aku
korang boleh tengok sendiri gambar-gambar aku..
Sungguh tak terurus rambutnya...
Aku sangat tak kesah...

Alkisahnya,
rambut aku bukan lurus..
bukan juga kerinting...
Adik aku kata rambut aku ikat..
Bila pendek, nampak lurus..
Bila panjang, akan berpusing di hujung..

Kalau rambut aku panjang sikit
dah jadi macam wig yang hakim selalu pakai tu
(hape ntah namenye...)
berpusing di hujung macam yoyo..
Siot betul...


Aku pernah botak sekali tu..
Baru kecewa bercinta...
Aku agak selesa laa jugak,
sebab pergi kelas tak payah sikat rambut pun nampak OK..
Tapi, mak aku pulak tak suka...
"Nampak macam orang jahat...Mak takde anak orang jahat.."
katanya...
Aku??
Tak nak dah botak...


pernah berangan nak rambut Dreadlocks..
siap pergi salon orang Africa nak tanya harga..
Malangnya, diorang tak pandai cakap BI..
Lagipun rambut aku tak cukup panjang nak buat dreadlocks..
Last-last, nak lepas gian,
aku buat rambut dreadlocks untuk avatar aku dalam
Farmville,
Treasure Isle dan FrontierVille..

Sekarang..
Aku lagi suka rambut aku bila bangun tidur..
Nampak sangat serasi dengan muka aku..
Bangun tidur, mesti cermin rambut dulu..
Cool beb...
Tapi, bila aku mandi dan sikat rambut
dah tak jadi...
Dia jadi macam ntah hape-hape yang aku sendiri rasa nak cabut je dari kulit kepala aku...

Dan aku jugak bukan peminat topi sangat...
Sebab panas, kepala berpeluh...
So, rambut gaya buruk aku takkan dapat diselindung bila aku keluar...

Kalau ada yang tiba-tiba puji rambut aku
"Lawa rambut, gi salon mana??"
Aku anggap dia sedang menghina aku..
dan biasanya, aku akan balas dia balik,
"Lawa awek, boleh kongsi??"


Hari tu,
tiba-tiba si dia berkata
"Rambut awak nampak lain, kemas..."
Aku pelik sekejap...
Adakah dia sedang menghina aku??
Atau aku baru lepas bangun tidur??
Atau aku mimpi??
Atau ada taik burung di kepala aku??


Maka,
sekarang aku sayangkan rambut aku..
Nak bela panjang macam rambut Noh Hujan laa pasni..
WAHAHAHAHAHAH!!!


Jun 23, 2010

Lepas ni, aku nak belajar CPR dan Abdominal Thrusts laa..





by Super Sexy CPR on Vimeo

GRATITUDE

Due to my past experiences,
I am very not a big fan of these words..


to YOU!

YES!! YOU!!
and you know why I thanked you..

I've reached a resolution..
The one that I can't put the words by typing them in here...
So to speak,
I am really grateful by having this blog as my medium...

Thank you all...

Jun 22, 2010

Umpama Enggang dan Burung Pipit

one-double-four
I'm sorry..


Kawan,
segala yang bakal aku cerita selepas ini adalah ikhlas dari hati.
Aku cuma berharap kalian dapat beri pendapat masing-masing.
Juga ikhlas dari hati.
Dan yang penting,
apa yang di dalam blog, biarlah di dalam blog.



Hari demi hari,
aku akui, aku sukakan L..
Senyum dia, tawa dia, suara dia, wajah dia,
semuanya berlegar dalam benak fikiran aku..

Impian aku amat mudah
hidup bersama perempuan yang aku sayangi
membina keluarga hingga ke akhir hayat.
Aku sendiri
pernah mambayangkan aku dan isteriku solat jemaah bersama.
Sesudah doa, dia kucup tanganku, aku usap kepala dia
Aduh, indahnya dunia...

Aku tak tahu peluang aku,
tapi berpandukan respon dari L
L mungkin selesa dengan aku.
Keluarga dia juga dah kenal aku,
cuma keluarga aku belum kenal dia.

Andai dialah orangnya
usia aku takkan kembali mengundur
maka, sekarang adalah tepat untuk aku buat apa-apa keputusan.



Namun,
ada satu rintangan sebesar alam yang perlu aku rempuh.
Iaitu, soal TARAF dan HARTA

Dengar macam remeh, tapi kalau kalian dalam kasut aku
berdiri di pagar rumah L sangat menakutkan.
Rumahnya besar, sama luas dengan blok quarters aku tinggal.
Bezanya, rumahnya menampung satu keluarga,
blok aku menampung 80 keluarga.
Dapatkah kalian rasa bezanya??

Satu-satunya kenderaan aku adalah motosikal..
Aku tiada duit simpanan beribu ringgit..
Kerja belum tentu, taraf pendidikan belum pasti..
Satu-satunya perkara yang boleh aku banggakan adalah
simpanan komik aku yang berrak-rak..
Dan itu LANGSUNG tak menjamin masa depan...

Beza taraf aku dan L sangat ketara..
Aku takut melihat pakaian yang dia pakai,
seluar yang dia sarungkan,
kasut yang dia jejak,
jam yang di lilit,
perfume yang dia sembur..

Segalanya,
umpama enggang dan burung pipit...


Walaupun kami rapat, kami dekat
Hakikatnya,
kami jauh!!!
Sejauh aku di timbunan sampah Wall-E di Bumi
dia di dalam nakhoda angkasa E-va..

Dengan memikirkannya
aku jadi takut..
Seolah-olah alam memberitahu di telingaku
"Berundur!! Kau tak layak bersamanya.."



Ya,
aku tahu, harta bukan segalanya..
Tapi segalanya perlukan harta...
Mungkin keluarga L tak kisah soal harta
namun, keluarga aku??
Takkan aku nak menagih harta orang lain sedangkan aku adalah lelaki?
Lelaki yang sepatutnya menjadi tunggak keluarga??

Kalau nak ditukar ke bentuk perkataan,
tiada ayat yang sesuai untuk mendefinisikan perasaan aku..
TAKUT??
MALU??
GEMENTAR??
BODOH???

Perkataan di atas hanya satu pujian buat aku
tiada satupun mengena walau sekelumit perasaan diri...


---------
PERSOALANNYA....
Adakah aku harus terus menyemai harapan?
Sama ada di dada diri ini,
mahupun di hati si dia...
Kerana segalanya seperti belum pasti!


=======================
1) [link] ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker
2) [
link] Dilema Awekku Blogger Terkenal!
3) [
link] Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster
4) [
link] Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA?
5) [
link] Selepas seminggu, tanya soalan tu je??
6) [
link] Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia
7) [
link] Adakah ini yang dikatakan REBOUND?
8) [
link] Aftermath
9) [
link] Ahad terbaEk #1: Kenangan Lama Perlu Diganti
10) [
link] Ahad terbaEk #2: Kalau Belum Bersedia, Usah Katakan
11) [
link] Ahad terbaEk #3: Mencari Konklusi
12) [
link] Butang PAUSE dunia aku telah ditekan
13) [
link] Pertemuan Empat Mata #1: Bahana Kopi
14) [
link] Pertemuan Empat Mata #2: Impressi Pertamaku Musnah
15) [
link] Pertemuan Empat Mata #3: "..dan sebab itu saya berkurung biru"
16) [
link] Sedikit Demi Sedikit
17) [
link] Di Bawah Pokok, Di Tepi Padang
18) [
link] Dua Kali Tersalah Cakap
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan
20) [
link] Sabtu dan Gelak Tawa
21) [
link] Ahad dan Perasaan Itu
22) [
link] 'One-Four-Three'

Jun 21, 2010

'one-four-three'

one-four-three
i-____-you
I'm sorry



Lipas adalah antara makhluk Tuhan yang paling menjengkelkan aku..
Kalau diberi pilihan, aku lagi suka berurusan dengan katak, cacing, atau ulat
dari berurusan dengan lipas..


Hari Sabtu,
macam biasa, ada sessi mengajar menunggang motosikal..
Aku berdiri tegak di depan pagar rumah megah L..
Dia menuju ke arah aku dari pintu rumah,

"Hai, awak!! Sihat??"
Bau sama, senyuman yang sama, tapi rambut lain..
Dia potong rambut ke??
Pendek dalam tiga inci, terangkat di atas bahu..

"Kalau saya sakit, saya takkan datang laa..hehehe"
Aku tipu..
Walaupun jika hari ini hari terakhir aku di dunia,
aku tetap akan datang...

"Jom kita mulakan...."

------------------


Seperti biasa,
selepas tamat sessi pembelajaran,
kami akan lepak di bawah pokok di tepi padang..

Sebelum berjalan ke tempat itu,
aku dari jauh dah nampak kelibat makhluk merayap
melintas jalan raya dan ke arah tempat kami tuju..
Tapi, aku cuma buat tak endah..

Akibat penat, kami berehat di bawah pokok sambil minum air..
Dia minum
100Plus, aku minum air mineral..

"Awak tak perasan ke??" L tanye..
"Apa??"
"Kelainan kat saya hari ni??"

Aku pandang dia atas bawah...
Dia senyum, macam biasa dia buat..
Kalau aku ais, dah berapa kali dah aku cair, beku, cair, beku balik..
Ish, geram betul...

"Lain?? Apa ek??
Baju baru ke??
Owh!! Kasut baru!!
Mahal tak?? Tapi lawa laa.."
Aku tahu yang dia maksudkan ialah rambut baru dia..

Dia muncung, muka berkerut..
Hm, selain dari senyuman dia yang super-sweet,
aku suka mulut dia bila dia bercakap..
Bila dia bercakap, dia akan muncung-muncung..
Hm, susah nak terangkan dengan kata-kata..
Nampak sangat comel!!!

"Argh, biarlah!!!
Awak tak perasan takpe laa..."


L buka tajuk perbualan lain..
Hari ni, dia banyak bercakap dari sebelumnya..
Aku, macam biasa, banyak mendengar dari bercakap..
Mendengar dan melihat...

-------------

Seketika,
sedang L sibuk bercakap
oleh sebab aku duduk di sisi dan agak kebelakang
aku nampak lipas panjat ke belakang L..
Itu makhluk merayap tadi!!!
L tak perasan...


"Sial!!!
Dari beribu spesies serangga,
kenapa lipas yang nak panjat??"

Aku berseloroh dalam hati...

Dari belakang pinggang,
naik ke belakang dada,
dan sampai dekat bawah tengkuk,

Aku berfikir,
Kalau aku libas tangan supaya lipas jatuh,
dan dengan gelabah pijak lipas tu,
nampak sangat aku geli dengan lipas..
Jatuh laa saham aku depan L..

Kalau aku bagitahu L
dia akan gelabah, dan melompat-lompat
jatuh pulak air muka dia depan aku...

Kalau aku ambil ranting kayu
dan kuis lipas tu jatuh
takut kayu terkena L
dan kotorkan baju dia yang lawa tu..

Kalau aku tiup lipas tu
macam laa lipas tu nak jatuh..
Sedangkan lipas boleh panjat dinding licin dengan jayanya
apa sangat laa tiupan aku tu...


Lalu,
aku ambil keputusan..

"L, awak nak air saya??"
Aku hulurkan botol air aku guna tangan kanan
dan aku genggam lipas di belakang L guna tangan kiri..
dan L tidak perasan...
Lipas berada dalam genggaman aku..
DALAM GENGGAMAN AKU...

"Boleh jugak..."
L pun ambil botol dari aku...
Aku mintak diri ke moto sekejap
dengan alasan nak ambil barang..
Sedangkan, dalam tangan kiri aku ada lipas...
Lipas tu meronta-ronta nak lepaskan diri..

"...sebab mood aku baik hari ni,
aku takkan pijak kau mati..
Kau boleh hidup beberapa hari lagi..
Sila jauh dari pandangan mata aku..
Dan sila jauh dari L..
Kalau kau datang lagi, aku pastikan kau mati tidak berbangkai..
Faham???"

Sound stupid,
tapi itulah yang aku kata pada lipas tu
bila aku lepaskan dia jauh dari tempat kami duduk..

---------------------

Bila hantar L balik,
sebelum aku pusingkan badan membelakangi dia
aku berkata,
"L, cantik rambut, saya suka..."
Dia senyum seolah-olah berkata,
"Rupanya mamat sengal ni perasan..."

Dan sebelum aku naik moto dan pergi,
aku tengok tapak tangan kiri aku...

"Tak sangka aku cukup berani nak pegang lipas hidup-hidup.."
Itu yang aku fikirkan...
Tapi, sejurus naik moto
aku fikirkan sekali lagi,
"Geli gila...Rasa nak je potong tangan kiri ni...
JIJIK!!!!"



=============================
21) [link] Ahad dan Perasaan Itu
20) [
link] Sabtu dan Gelak Tawa
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan
18) [
link] Dua Kali Tersalah Cakap
17) [
link] Di Bawah Pokok, Di Tepi Padang
16) [
link] Sedikit Demi Sedikit

...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

Jun 19, 2010

Perempuan Makhluk Rumit #6 : Lelaki Selalu Menunggu

one-four-two
I'm sorry..


Jom berfikir..


Dapat masa google-walking
Aku faham, mesej yang cuba nak sampaikan ialah
'This is why man always wait for woman outside the toilet'

Tapi ada beberapa perkara jadi persoalan:

  1. Ko ingat laki masuk toilet terus buang ke??
    Kena bukak zip dulu doowh..
    Kalo pakai boxer, kena
    unbutton dulu..

  2. Ko ingat laki tak basuh tangan ke lepas ehem ehem??
    Abis tu kitorang laki ni suka sangat laa makan guna tangan yang jijik camtu??

  3. Siapa boleh bagitahu aku, STEP NO 3 untuk perempuan tu buat ape sebenarnya??


Hm...
Last-last, lelaki selalu jadi orang yang menunggu,
dan akhirnya, lelaki jugak yang dilabel ego tinggi..
Hm...
Agak paradoks di situ...

Jun 18, 2010

Dia, Ballack dan WC

one-four-one
I'm sorry..




Hinakah aku tak layan World Cup?

Bila musim bola, semua nak bola..
Dari rancangan kat TV yang bertemakan bola,
sampai laa mee segera keluaran khas World Cup,

Tak terkecuali,
orang pun semua minat bola..
Yang tak pernah layan pun tiba-tiba jadi layan bola..
Terus tukar profil gambar kat
Facebook jadi jersi..
Pergh!!! Penangan World Cup..

Nak dijadikan cerita,
aku ada chat kat Facebook dengan sorang kawan perempuan ni..
Dari dulu aku kenal, dia mane layan bola..
Tiba-tiba sibuk wat status pasal perlawanan Germany tempoh hari..



Aku : Ko layan bola gak ke??
Dia : Haah..Best dowh..Aku sokong Germany!!
Aku : Aku takde arr layan sangat..keep on track kat result je..

Dia : Wey, apsal ko tak layan bola ek??
Aku : Kenapa tanya??
Dia : Takde arr, biasanya laki kan layan bola ni..Pompuan pun layan, tetiba pelik ko tak layan pulak..

Aku cuba nak tangkap ape yang dia nak sampaikan..

Dia : Bukan nak kata apa, orang kata laki tak layan bola ni LEMBIK!!
Aku : ko cuba nak cakap aku lembik arr ek??
Dia : Tak laa, cuma pelik ko tak layan..
Aku : Abes ko layan gile bab arr ek??
Dia : Layan arr, sanggup tak tido malam tau..

Then, aku cuba nak test...

Aku : Ko sokong Germany, diorang power kan??
Dia : Haah, ari tu game diorang aku tengok..mmg power!!!
Aku : Tak salah aku, kapten diorang Michael Ballack, kan??

Amik masa lama nak reply chat aku...

Dia : Haah..Favorite aku tu..
Aku : Game hari tu aku ada tengok..Power giler dia gelecek bola lawan Ghana..
Dia : Dia memang power, aku suka...
Aku : Menang berapa ek?? Lupa arr..
Dia : 2-0 laa...

Aku dah gelak terbahak-bahak depan laptop..

Aku : hm..nak bagitau ni...
Dia : Apa??
Aku : Hari tu Germany lawan Australia laa, bukan Ghana..Ghana belum lawan lagi...

Dia tak reply..

Aku : Lagipun hari tu Germany menang 4-0, bukan 2-0

Dia diam lagi..

Aku : Lagi satu, Michael Ballack tak main laa WC kali ni, dia injured...

TUP!!,
dia terus offline...

Aku??
Dah takde depan laptop
tapi kat lantai tengah berguling-guling tahan perut nak gelak..
HAHAHAHA

----------------

Just nak ingatkan..
Walaupun aku tak layan bola,
tapi aku tau jugak bende2 trivia camtu..
Jangan ingat aku terus dungu bab bola..
Kata layan bola, tapi satu hape pon tak betul..
Agaknya apa ko tengok ek masa layan bola tu??


..dan rasanya
Tak hina kot kalau lelaki tak layan bola...

Jun 17, 2010

Jawapan tEka-tEki #11 Mari Jadi Sehebat Shinichi Kudō

one-forty
I'm sorry..


Jika anda tidak berniat mahu teruskan membaca edisi jawapan, sila ke soalan..


Inspektor Megure kumpulan semua suspek dan pegawai polis di ruang tamu..

"Ehem..Ehem.. Saya rasa saya dah tahu siapa pembunuh!!"

Semua orang terkejut, termasuk semua pegawai polis yang berada di sana..
Ini kerana Inspektor Megure sangat jarang menyelesaikan kes sendiri.
Kebanyakkan atas bantuan orang lain..

"Pegawai Takagi, saya nak tanya satu soalan.."
"Ya, Tuan!!" Pegawai Takagi menjawab.
"Kalau awak terserempak seorang kanak-kanak kecil jatuh dari basikal roda tiga, dan lututnya berdarah, sedang nangis terseak-esak, apa yang awak buat??"

"Hm..Hmm..."
"Apa yang lama sangat fikir??.."
"Hm..saya tanya dia 'adik tak apa-apa?', Tuan!!"

"Lalu??"
"Kalau cedera dia teruk, saya hantar ke klinik..
Kalau rumah dia dekat, saya hantar dia ke rumah.."


"Tapi, Takagi...." Pegawai Sato mencelah...
"Awak tak rasa pelik ke, bagaimana budak tu boleh jatuh dari basikal roda tiga??
Basikal yang stabil, takkan mudah jatuh..
Kecuali ada unsur buli di situ.."


Takagi dan semua suspek, dan semua pegawai lain terkejut..
Inspektor Megure tersenyum..

"Betul, Sato...
Itu yang saya nak tekankan...
Dalam penyiasatan kita, kita terlalu memandang kepada 'mencari bukti', 'mencari suspek' dan 'mencari alibi'..
Kita lupa satu perkara asas..
Iaitu, 'BAGAIMANA'..."


"Bagaimana???" serentak semua suspek tersentak.

"Mangsa mati di tempat kejadian..
Tersandar di dinding, luka akibat objek tumpul di kanan kepala..
Dari situ, kita tahu, pembunuh adalah kenalan mangsa,
dan utama sekali, DIA KIDAL!!"


Semua terdiam..

"Ianya memang memalukan..Tapi tidak pandang detail kecil macam ni memang tak boleh diterima"

"Mangsa kenal pembunuh. Semasa mereka berbual di ruang tamu, mangsa membangkit rasa marah pembunuh. Lalu, pembunuh mencapai objek yang mampu dicapainya, menghentak kepala mangsa sehingga mati."

"...akibat dari terkejut dan takut, pembunuh buang alat pembunuhan ke tong sampah. Namun menyedari cap jari mungkin tertinggal di alat itu, pembunuh mengelap cap jarinya. Tiada sapu tangan dijumpai, maka kemungkinan besar masih di tubuh pembunuh.."


Sepasang mata dah meninjau pintu keluar...
Mukanya berpeluh...ketakutan...

"Pegawai Takagi, Pegawai Chiba, Pegawai Sato!
Periksa seluruh badan suspek!!"


Sejurus tamat arahan Inspektor Megure,
salah seorang suspek terus lari ke arah pintu
ingin melepaskan diri..
Namun, ketangkasannya tak dapat menandingi Pegawai Sato.
Lalu, dijatuhkan oleh Pegawai Sato dengan jurus karatenya.

"Awak ditahan atas tuduhan membunuh dengan niat"

"Hati-hati Pegawai Sato. Dia sedang mengandung."
Pembunuh adalah KAMSAH ZAHARI.

------------

"Hebat Inspektor Megure, sangat tenang menyelesaikan kes!!" puji Pegawai Sato.
"Memang hebat, kami ingat dah sampai jalan buntu tadi.." Pegawai Takagi menambah..
"Memang layak sebagai ketua kita, kan??" Pegawai Chiba pula menokok.

"HAHAHAHA, ini semua hasil pengalaman berpuluh tahun dalam pasukan Polis!!!"
Nada bangga dari Inspektor Megure, sedangkan dalam hatinya berbunyi
"Ini semua jasa si Kudo.."

Jun 16, 2010

Stok Gentel

one-three-nine
I'm sorry..



Ini perbualan aku dengan seorang kawan lama merangkap jiran setaman dengan aku di sebuah kedai mamak sambil menikmati Teh Tarik buatan susu F&N..

Dia : Wey, ko sedar tak? Budak sekolah zaman sekarang ni UP arr..
Aku : Maksud ko??
Dia : Badan semua dah hebat-hebat..Tau-tau je baru sekolah menengah..
Aku : Asal ko tiba-tiba bukak citer ni?? Nak kata ade awek sekitar kita, muka pakcik je aku tgk..


Dia pun keluarkan hensetnya dari poket..
Lepas tekan-tekan, dia tunjukkan satu gambar kat aku..

Dia : Ni awek aku.. Cun tak??
Aku : Huyoo, comel dowh.. Mane ko jumpa??
Dia : Dia add aku Facebook, layan chat 2-3 kali, kitorang jumpa..
Aku : Pastu skang dah jadi awek??
Dia : Mesti laa, penangan MyVi punya pasal...


Memang laa dia ada MyVi, kaler merah lagi..
Aku yang bermoto je ni, sape nak pandang..

Aku : Senang-senang kenalkan laa kat aku..
Dia : Apsal, ko nak cantas ke??
Aku : Keplahot ko, nak kenal awek member pon tak boleh ke??
Dia : Dia tengah tusyen arr skang..
Aku : Tusyen??


Aku garu kepala,
dia dengan cool minum air teh dia..

Dia : Tahun ni dia PMR..Kena laa study lebih..
Aku : WOI BANGANG!! Budak sekolah tu..
Dia : Kenapa dengan budak sekolah??
Aku : Ko dah 24, dia baru PMR... Carik laa yang sebaya sikit..


Dia dah buat muka lain..

Dia : Alaa, aku bukan nak buat bini pon.. Ni stock 'gentel-gentel' je..
Aku : Binawe laa ko..
Dia : Ko nak tau, bila aku bawak dia jalan kat
TS, semua pandang ooo..
Aku : Abes tu, ko bangga???..
Dia : Mesti laa aku bangga..


Aku marah...Tapi, aku senyum..
Stock 'gentel'?? Tak boleh blah..

Aku : Dah laa ko tak serius bercinta, pastu ko bercinta dengan budak sekolah..Nak amik PMR plak tu..Ko memang siot...
Dia : Alaa, ko dengki arr tu...


Budak sekarang ni memang dah UP ke??
Aku tak tau pulak..
Sejak tinggal sekolah, aku dah tak pandang dah budak sekolah..

=======================================
p/s:
Kepada kawan aku, jika kau baca post ni (memang aku harap ko baca..), sila laa tinggalkan dia dan suruh dia fokus kepada PMR dia.. Aku marah bukan sebab dengki, tapi sebab aku pun ada adik perempuan yang nak amik PMR.. Apa perasaan kalau adik kau jadi stock 'gentel' lelaki tak serius macam ko??
Nasib kau kawan aku, kalau tak, tak MyVi ko pecah, mata kau lebam sebelah..

Jun 15, 2010

Nak Tukar Angin...

one-three-eight
I'm sorry


Aku, kalau dah suka, aku setia..
same goes to blogging..

Tapi, tak salah kalau tukar angin sekali sekala..

Di bawah adalah beberapa contoh background blog ni yang pernah aku pakai satu tika dulu..
Boleh tak kalian tolong pilih satu jenis dan bagitau kenapa?
Kalau semua tak menepati citarasa kalian
suggestkan kombinasi warna yang sesuai untuk aku jadikan background..
Tapi nak kekal yang sedia ada pon okey..

Pilih laa yek!!!
Dan komen sejujur yang boleh..
drag cursor ke gambar untuk ketahui namanya
(blog ini mengamalkan prinsip jujur dalam mengomen..hehehe)





Jun 14, 2010

Apakah?? Bantu aku..


Klik untuk PEMBESARAN MEGA!!!


Aku baru balik dr bercuti..
Semalam, aku bukak gallery henset aku
dan ternampak satu gambar ni..
Aku tak ingat bile aku tangkap
tp aku rasa ada yg tak kena dgn gambar ni..
Tapi ape ek??


Apakah??
Bantu aku..

Jun 12, 2010

Untuk KITA!!

Hari itu
aku terima satu panggilan telefon..
Jauh dari London..



"Hello..awak.."
"Owh,
Gemma..."

"Maafkan saya..."
"It's ok, saya tahu...
kita memang di dalam dua dunia yang berbeza..
Hubungan kita memang tiada masa depan, sejak awal lagi.."


"Adakah hubungan kita satu kesilapan??"
"Awak, jangan pernah cakap ianya satu kesilapan...
Anggap laa kita hanya berusaha, namun Tuhan yang menentukan..
Saat bersama awak, adalah satu kenangan
yang takkan saya lupa sampai bila-bila.."


"Saya pun..Maafkan saya.."
"Tak apa..
Usah mintak maaf...
Awak jalani kehidupan baru awak dengan bahagia..
Pastikan awak disayangi dia sepenuhnya..
Dia mungkin yang terbaik untuk awak
Untuk KITA!!"


"Terima kasih, awak..sob..sob.."
"Janganlah menangis..
Awak kelihatan sangat cantik dalam pakaian pengantin..
Senyumlah, senyuman awak indah..."


"Awak..."


Aku mematikan telefon..
Mata aku bergenang...
Aku tak mahu dia dengar suara aku menahan airmata..


=========================

Gemma Arterton, 5 Jun lalu dia secara mengejut berkahwin dengan seorang lelaki berusia 37 tahun bernama Stefano Catelli di Zuheros, Andalucia, Sepanyol...Catelli merupakan pengurus pemasaran bagi sebuah syarikat fesyen terkemuka
(hambik ko, aku memang bukan tandingan dia..)..
Dan aku kecewa lagi...(sila jangan gelak...)
(tapi aku berguling-guling tahan gelak masa buat entri ni..hahaha)


Lebih tentang perkahwinan mereka
Gemma Arterton: Spanish Wedding Pictures!
Gemma Arterton Pulls Off Secret Wedding in Spain

Jun 11, 2010

Ahad dan Perasaan Itu

one-three-five
I'm sorry..



Tekan loceng.
DING DONG!!!!

L keluar rumah dan sambut aku kat pagar..
Kali kedua, rumah besar itu menerima kunjungan aku..

"Awak duduk dulu, saya ada hal kat belakang.." L suruh aku duduk kat ruang tamu..
Seketika, Abang W datang sapa..

"Dah sampai dah?? Lama dah ke??"
"Baru je bang.."

Mak Tom datang kepada kami berdua,
"Sarapan dah siap, jemput makan..."

Kami bangun ke arah meja makan..
Ada sambal ikan bilis, telur, ayam goreng,
dan sebekas besar nasi yang panas berasap lagi..
Aku teka, NASI LEMAK..

"Duduk laa, nasi lemak dah siap..." Mak Tom kata..
Aku duduk, bersebelahan Abang W, berdepan dengan L..

"Mak Tom duduk laa sekali,
Abah tak ada, jadi takpe..."
L pelawa Mak Tom..
Nampak hubungan mereka bukan sekadar pekerja dan anak majikan.
Mak Tom pun duduk menyertai..

"Sarapan hari ni 'special' sket...
Sebab hari ni Mak Tom tukang keluarkan pinggan je.."

Abang W berkata sambil cuit bahu aku..
Aku sedikit lembab nak faham..

"Ye laa, hari ni istimewa...
Sebab L yang masak semua..."
Mak Tom sambung kata-kata Abang W..

"YE KE?? WAAHHH!!!"
Serius aku terkejut..
Sangat tak sangka..
"MESTi SEDAP NI...."

L hanya tunduk tersenyum tanpa kata-kata..
Kemudian, kami makan..

---------------


Habis makan, Mak Tom dan L angkat semua pinggan ke dapur.
Walaupun aku nak jugak angkat, tapi dilarang Mak Tom..
"Ini kerja orang perempuan.." katanya..

"This is first time..." Abang W mula..
"Errk?? Apa??" aku tanya.
"Ini kali pertama dia memasak, dan Abang tak tau pun sejak bila dia pandai masak..
Boleh tahan sedap gak sambal tu...
Abang terkejut bila semalam dia kata dia nak masak sarapan kat Mak Tom,
dan larang Mak Tom dari buat apa-apa pun..."

Aku dengar dengan penuh teliti..

----------------

"Kenapa tak duduk lama sikit??" Abang W tanya.
Jam sudah pukul 11, aku minta izin pulang..

"Saya ada hal sikit dengan famili kat rumah..
Maaf ya, Bang..."
aku jawab..

Aku bersalaman dengan Abang W
tunduk hormat pada Mak Tom
dan L iringi aku ke pagar luar rumah..

"Awak..
Lain kali datang laa sarapan lagi..
Saya masak lagi yek.."
L berkata sambil senyum..

"Hahaha, kalau selalu macam ni,
gemuk laa saya..hehehe
Tadi pun dah tambah 3 kali..hahaha!!"


L pun ketawa..
"Lain kali saya masak makanan yang tak berlemak sangat yek..
Janji bukan ketam, kan??"


"Yup, sebab saya alah dengan ketam!!"
"Saya tahu.."

Aku pun keluar, dan berjalan membelakangi L yang berhenti di pagar rumahnya.

Berjalan dalam 7 tapak,
aku pusing badan dan pandang ke arah L.
Dia masih di situ..

"Awak, nasi lemak tu SEDAP!!"
sambil tunjukkan isyarat ibu jari..
Gaya tu aku rasa gaya paling cool pernah aku buat tahun ni..
HAHAHA

L senyum..
Senyuman sama seperti masa aku berjanji pada diri aku dulu..


----------------

Dalam perjalanan aku pulang atas motosikal
aku terfikir..

"Kita dapat rasa keikhlasan pemasak itu dari makanan dia.."
satu
ayat yang pernah aku kata pada L dulu..

Mungkin aku perasan..
Tapi adakah dia masak sebab dia nak tahu rasa keikhlasan hati dia??
Sebab tu dia berusaha belajar masak sedangkan sebelum ni dia tak pernah masak sekali pun??

Kalau itu benar,
aku adalah orang yang amat bahagia...
Namun, jika ianya memang benar
aku rasa aku bakal lalui sesuatu yang payah
sesuatu yang bakal menyakitkan hati seseorang..
Aku tak mahu mencintai, atau dicintai..


=============================
20) [link] Sabtu dan Gelak Tawa
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan
18) [
link] Dua Kali Tersalah Cakap
17) [
link] Di Bawah Pokok, Di Tepi Padang
16) [
link] Sedikit Demi Sedikit
15) [
link] Pertemuan Empat Mata #3: "..dan sebab itu saya berkurung biru"


...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License