
Dengarkanlah, malam...
Aku mahukan diriku didengari
sebagai satu entiti
bukan sekadar bayang sari
Aku memang mahu melangkah
setapak ke hadapan demi setapak...
Namun perangkap masa meruntun jiwa
perasaan takutkan penerimaan
dan sifat ketidak-terbukaan
menggenggam jiwa meruntun lara...
Bukan tak mahu
tapi aku meragui
Keselesaan diterima bakal direntap
bagai sentap meratap benang
Aku gagal melolos diri
Aku mati.....
-----------------------------------
Maaf, aku betul-betul mahu berkongsi, namun ianya terlalu peribadi sehinggakan diri tak daya lagi meratapi..Jauh di sudut hati, aku tak mahu ditangisi. Namun, realiti tak mampu diubahi, melainkan terdapat penerimaan dan keterbukaan duniawi, namun semuanya hanya ilusi, fantasi, tiada lagi harapan diri, selain menempuhi walaupun sepahit mana rasa hati..Doakan diri ini..
p/s: Tiada kena-mengena dengan gadis itu...






























