Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label cEromonogatari. Show all posts
Showing posts with label cEromonogatari. Show all posts

Sep 13, 2017

Ekor Kuda, Ikat Dua dan Mentaliti.


Salam.

Hari ini ada komik.
Yahuuuu.




Sebenarnya lama sudah aku perasan,
tapi sebab ini perkara remeh dan kecil
jadi aku tak pernah perbesarkan.

Perasan tak,
lelaki, kalau berambut panjang dan nak ikat rambut,
hanya ikat satu sahaja yang diterima masyarakat.
Kalau tiba-tiba ada lelaki yang rambut ikat dua,
maka akan dipandang serong masyarakat.

Betul, kan?

Manusia seantero dunia menerima lelaki yang rambutnya ikat satu.
Rambut ikat satu lebih dikenali sebagai 'ponytail' atau dalam bahasa Mak aku ialah 'ekor kuda'.
Ekor kuda ni sudah biasa kita lihat lelaki gayakan.
Contoh mudah seperti Johnny Depp, Salt Bae dan OC Ankel Jonni yang dulu.
Aku pun selalu buat rambut ikat satu.

Rambut ikat dua pula lain ceritanya,
juga dikenali sebagai bunches/twintails/pigtails lebih sinonim dengan perempuan sahaja.
Amatlah tidak normal untuk melihat lelaki menggayakan rambut sebegini.

Itulah yang menjadi persoalan aku.

Kalau lelaki dengan rambut ikat satu diterima semua,
kenapa lelaki dengan rambut ikat dua tidak diterima sama macam rambut ikat satu?
Maksud aku, berapa banyak ikat rambut tidak melambangkan apa-apa simbolik dan pemahaman, sekadar menambah jumlah ikatan rambut, tapi kenapa hanya satu jantina sahaja diterima menggayakannya?

Untuk mengukuhkan fakta,
satu hari aku sengaja buat rambut ikat dua (seperti dalam komik)
dan keluar rumah main Pokemon GO.
Seperti yang semua orang jangka,
mata-mata yang melihat sama ada pelik,
gelak sorok-sorok ataupun buat muka geli dan menyampah.

Secara teknikal,
aku hanya bahagikan rambut aku kepada dua dan ikat di kiri dan kanan kepala.
Tiada apa yang berubah melainkan ikatan rambut.
Aku masih lelaki.
Kalau aku bercakap, masih bersuara lelaki.
Kalau aku menumbuk, sakitnya masih sama dengan sakit aku tumbuk ketika rambut aku diikat satu.
Tiada apa yang berubah.

Tapi kenapa aku mendapat dua reaksi yang berbeza?

Aku rasa tiada jawapan jitu untuk persoalan aku ini.
Tapi apa yang boleh aku kaitkan ialah MENTALITI.

Mentaliti masyarakat zaman sekarang berpendapat lelaki tidak seharusnya menggayakan rambut ikat dua untuk apa sahaja keadaan.
Mereka yang tidak mengikut mentaliti ini akan dilabel 'pelik' dan 'tidak normal'.

Tapi,
mentaliti boleh diubah (walaupun bukan semalaman).
Masih ingat pada satu saat dulu,
buat sanggul rambut di atas kepala hanya perempuan?
Kini, 'man bun' (sanggul lelaki) diterima sebagai satu bentuk gaya rambut lelaki.
Malah man bun menjadi kegilaan ramai perempuan,
apatah lagi bila digandingkan dengan jambang yang lebat di dagu.

Begitulah mentaliti masyarakat yang berubah,
menerima sesuatu yang pada satu masa dulu satu taboo menjadi satu perkara normal.

Banyak lagi contoh konsep mentaliti yang boleh diubah.
Dahulu hanya lelaki yang layak mengundi,
sekarang sesiapa sahaja layak tidak kira apa dalam kain.
Dahulu hanya lelaki sahaja menunggang motosikal berkuasa besar,
sekarang selagi tak buka helmet tayang muka, memang susah nak beza jantina.

Bukan aku nak suruh masyarakat ubah mentaliti menerima lelaki dengan rambut ikat dua.
Aku sendiri pun bukannya boleh terima sangat lelaki dengan rambut ikat dua ni.
Kalau lepas ikat dua tu muka makin kacak, tak apalah juga.
Ini muka pun dah macam kaki pecah rumah, sekali ikat dua terus rasa nak rejam dengan selipar.

Apa yang aku nak sampaikan ialah
mentaliti diubah secara berperingkat dan memakan masa.
Jika kita mahu mengubah sesuatu,
jadikan amalan yang 'kurang normal' itu sebagai satu amalan dahulu.
Lama kelamaan ia akan diterima sebagai satu norma.

Contohnya,
beratur ketika naik LRT.
Simpan dahulu sampah selagi tidak jumpa tong sampah.
Ucap terima kasih kepada sesiapa sahaja yang berbuat baik kepada kita.
Senyum kepada semua orang tanpa prejudis.
Kurangkan melihat keburukan orang sebaliknya raikan kebaikan orang.
Berfikir dahulu sebelum rasa nak kritik orang lain di media sosial.

Semua yang aku senaraikan di atas walaupun sebenarnya sangat basic,
tapi kebanyakannya bukanlah satu amalan. Bukan norma.

Percayalah,
dengan mengubah benda basic dan asas sebegini dan dijadikan amalan
maka benda besar dan kompleks yang lain akan turut berubah ke arah yang lebih baik.

Kita tinggal di dalam negara membangun yang menuju ke arah maju.
Takkan mentaliti kita pula nak ketinggalan masih seperti di zaman dahulu?



Nota kaki:
Pada Sukan SEA 2017 yang lepas,
aku ada timbulkan satu persoalan.
Kenapa sukan seperti bolasepak, ragbi dan hoki ada kategori lelaki dan perempuannya
tapi sukan bola jaring hanya untuk perempuan sahaja dipertandingkan?
*emoji gosok dagu memikir*




.

Aug 16, 2017

Teruja dengan Perkara Remeh.


Salam.




Aku adalah sejenis orang yang sangat cepat teruja dengan perkara kecil/remeh/trivia.
Aku rasa macam pernah bagitahu dalam blog ini tapi aku lupa dalam entri yang mana satu.

Baru-baru ini aku main game Pokemon GO dan dapat tangkap satu Pokemon lagenda yang diberi nama Zapdos.
Aku punya excited, teruja mengalahkan budak kecil dapat mainan.
Aku mesej semua kawan aku yang main Pokemon GO termasuklah adik aku.
Salah seorang yang menjadi mangsa keterujaan aku adalah seorang kawan ni.

Dari respon dia aku rasa dia dah tahu aku cerita tentang Pokemon,
tapi dia tetap teka hal lain.
Bila aku beritahu aku teruja sebab dapat tangkap Zapdos,
aku tidak pasti reaksi dia yang sebenarnya
tapi kalau aku di tempat dia, aku mesti akan bagi reaksi macam;
"hek eleeehhhh!!!"

Perangai cepat teruja aku ni pun pernah berlaku semasa balik kampung raya tempoh hari.
Aku dapat tangkap kunang-kunang dalam tangan.
Aku punyalah teruja aku pergi tunjuk dekat setiap ahli keluarga yang ada sambil mulut berkumat-kamit tentang bagaimana awesome-nya kunang-kunang sebab dapat keluarkan cahaya di belakang badan.
Habis satu cerita semua tentang kunang-kunang daripada macam mana mereka gunakan cahaya itu untuk mencari pasangan, sehinggalah ke bagaimana cahaya itu terbentuk (bioluminescence).

Ahli keluarga aku semua buat muka bosan dengar aku buat ceramah biologi.

Ada juga satu ketika itu bagaimana aku teruja dapat tangkap cicak guna perangkap cicak, aku siap snap berpuluh gambar cicak itu dari pelbagai sudut sebagai kenangan.
Penuh galeri handphone aku dengan gambar cicak terkena perangkap.

The thing is,
aku jarang teruja untuk perkara besar.
Bila sesuatu besar berlaku kepada aku, aku lebih bersikap diam dan berfikir.

Tapi bila fikir balik,
besar kecil satu perkara adalah subjektif kepada individu.
Pada aku, dapat tangkap Zapdos adalah perkara besar, walaupun bagi sesetengah orang itu bukanlah satu perkara yang patut diraikan. Hehehe

Kalian bagaimana?
Senang teruja tak dengan perkara remeh?





.

Aug 9, 2017

Dan Dan dan Dandanan



Salam.

Bertahun sudah aku hidup,
tapi baru-baru ini aku baru dapat tahu satu bakat terpendam dalam diri aku.

Aku berbakat dalam mendandan rambut.






Oh, sebelum kalian salah sangka,
maksud aku 'dandan rambut' bukan bererti buat rambut macam pendandan rambut professional yang ada di salon tu.
Maksud aku dandan ialah buat braid.

Macam mana aku boleh tahu?
Masa aku rambut panjang (hari tu) aku selalu dandan rambut sendiri.
Duduk depan cermin dan mula dandan rambut.
Semasa tengah rambut panjanglah peluang aku nak cuba dekat rambut sendiri.
Kalau rambut pendek, maka memang tak akan jadilah jawabnya.

Hasil kerja dandanan aku tu memang kemas (rasanyalah) sebab tak ada rambut yang terkeluar.
Lebih mengagumkan adalah bila aku tanya orang lain (perempuan),
ramai yang bagitahu memang bukan senang nak dandan rambut sendiri.
Aku dapat buat dengan mudah, maka sebab itulah aku rasa mendandan rambut adalah bakat terpendam aku.

Masa kecil dulu aku selalu tolong adik-adik aku dandan rambut.
Maklumlah, aku tak ada adik lelaki.
Jadi bila duduk rumah bosan, aku heret adik-adik perempuan aku jadi mangsa eksperimen rambut.

Lagipun dari kecil lagi aku rasa aku sudah ada bakat dalam kerja seni tangan ni.
Aku suka masa subjek pendidikan seni bab anyaman.
Sampai berpuluh-puluh hasil anyaman aku buat padahal cikgu nak satu saja.

Tapi rasanya,
bakat mendandan rambut aku ni berhenti setakat rambut sendiri saja, kot.
Sebab aku nak jadi apa kalau nak kembangkan bakat aku ni lagi jauh, kan?
Takkan nak jadi hairstylist pula, padahal aku pandai mendandan je?

Mungkinlah nanti kalau ada isteri, aku boleh dandankan rambut dia.
Tapi aku macam lagi suka perempuan rambut pendek,
jadi macam mana nak praktikkan bakat dandanan aku ni?

Looking back,
dan dan je kata skil dandanan aku ni sejenis bakat.
Aku tak pernah suruh sesiapa nilai pun, entah-entah mutunya teruk.
Hahahahahahahaha.

Hmmmmmmmmmmmmmm...

Okay,
cukup setakat ini.
Di kesempatan ini aku nak mohon maaf kalau post blog aku beberapa ketika sebelum ini agak negatif.
Blog (maybe) is the only way for me to channel all my frustrations since I'm living in a big ass pretentious world.

Jadi,
kalian ada bakat terpendam yang baru kalian kenalpasti?
Apa kata cuba sesuatu yang baru, yang luar dari kebiasaan kalian.
Mana tahu ada terjumpa bakat yang sebelum ini tak tersangka adanya. Kan?

See you next week.







.

Jul 19, 2017

Rambut Panjang tapi Hati Sayu.



Salam.




Biar aku jujur di sini.
Motivasi aku terhadap blog ini sudah semakin menurun.
Ada beberapa faktor yang aku dapat kenalpasti dan aku harap, di akhir post ini, kalian yang membaca dapat beri input sebaiknya untuk aku kembalikan motivasi diri terhadap blog ini.


1. Aku tiada kebebasan internet.

Ini isu yang banyak kali aku ulang dalam entri sebelum-sebelum ini.
Aku menetap di tempat baru, tempat di mana internet tidak semewah dahulu.
Internet yang aku pakai bersifat broadband dengan kuota rendah, satu rumah kongsi ramai, jadi kalian faham kan kenapa aku hanya mampu post setiap rabu tapi tidak balas komen dan blogwalking?
Aku dijanjikan akan tiba sambungan kabel bawah tanah yang akan membuatkan internet aku kembali 'mewah', tapi setahun sudah berlalu, janji masih hanya sekadar janji.


2. Blog aku tidak 'mobile-friendly'.

Blog ini hanya 'mobile-friendly' untuk pembaca.
Tapi untuk pemilik macam aku, sangat tak friendly.
Aku fikir adalah sangat bagus kalau ada apps yang bolehkan aku update secara on-the-go menggunakan handphone tapi malangnya TIADA!
Mungkin sebab blogging bukan lagi pilihan generasi sekarang,
jadi tiada siapa yang nak fokus kepada pembangunan aplikasi seperti yang aku kata itu.
Maka, untuk update blog, satu-satunya cara aku ada adalah berada di depan komputer.
Dan aku dan komputer pula tidak selalu bersama, jadi....
*mengeluh panjang*


3. Blogging is dying.

I have a feeling that orang yang masih blogging pada tahun 2017 adalah mereka yang setia.
Maksud aku,
walaupun kita dihujani dengan pelbagai aplikasi mudah alih untuk media sosial,
tapi orang seperti kita masih memilih untuk menulis dan membaca blog.
Tapi kita kena akui,
blogging memang sudah berada di belakang zaman.
Orang ramai enjoy media sosial lagi sebab ringkas, laju dan di hujung jari.
Maka berkuranganlah pengunjung blog ini (dan blog lain),
at one point aku tertanya, untuk apa aku bersusah payah cari internet setiap minggu tapi akhirnya hanya DUA orang sahaja yang baca entri aku?


4. Friends no more.

Orang-orang yang aktif semasa zaman blogging dulu sama ada;
(1) sudah move on dalam kehidupan,
(2) sudah bosan dan dibiarkan sahaja blog mereka tandus,
(3) bertukar fokus kepada Facebook, Twitter dan Instagram
atau (4) bertukar status dari 'kawan' kepada 'stranger'
dan disebabkan itulah blog aku terasa sepi sekaligus mengurangkan motivasi aku untuk update blog.


5. Tiada misteri = Tiada minat.

Here's the main part.

Dulu aku (cEro) dikenali sebagai seorang lelaki misteri yang mempunyai kisah cinta malang tak berkesampaian.
Hanya segelintir yang kenal siapa cEro,
dan majoriti lain sangat berminat nak kenal hanya kerana 'kemisterian' itu.

But I was slowly losing my grip.
Part of me sangat nak simpan kemisterian itu,
tapi diri aku sendiri pula sangat suka berjumpa dengan orang baru.
Jadi, aku perlahan-lahan buka pintu perkenalan kepada orang lain.
Aku berkenalan dengan orang baru, sesama blogger, orang yang suka ziarah blog ini, suka tinggalkan komen.
Aku join group komuniti melukis bawah nama cEro,
kenal mereka yang join sama-sama, hopign they'll be my best friends.
Lama kelamaan, jumlah mereka yang kenal lelaki di sebalik cEro semakin bertambah.

Tapi malangnya,
once mereka-mereka yang pada mulanya nak sangat kenal aku dapat kenal aku,
mereka sedar, lelaki misteri bernama cEro sebenarnya hanyalah lelaki biasa.
Tidak istimewa, tidak misteri mana, hanya biasa. BIASA.

Hilang kemisterian, maka hilanglah minat.
Sebab itu kebanyakan daripada kalian (mereka) tidak memandang aku ini sebagaimana kalian pernah memandang cEro dahulu sebagai seorang yang misteri dan menarik minat.

Tapi kesalahan penuh terletak di pundak aku.
Aku yang membiarkan diri dihanyut keseronokan berkenalan dengan orang baru.
Aku lupa, once mereka dapat (atau tidak dapat) apa yang mereka mahu,
mereka akan tinggalkan aku
sebab aku pada mulanya tidaklah sepenting mana di benak mereka.

Misteri hilang, kawan pun hilang, jadi pengunjung blog pun hilang.

Orang-orang yang dulu katanya 'ikhlas mahu berkenalan'
kini menjadi orang asing.
They don't genuinely want to know me.
Bila kenal, dan mereka lihat aku tidak seperti yang mereka sangkakan,
aku tidak beri apa yang mereka mahukan,
then IT'S OVER. No more.

Kalian kena faham, aku JUGA manusia.
Aku mahu juga berkenalan dengan manusia lain.
Aku juga ada sifat ingin tahu, malah kadang-kadang terlebih tinggi sifatnya.

Tapi,
kalian tak berhak buat aku begini.
Sifat ingin tahu kalian terhadap aku tinggi,
tapi bila sudah tahu, kalian buang aku macam aku ni tak ada apa-apa.

Definisi 'kawan' pada kalian sangat berbeza dengan aku.

I have enough of this.
From now on, I'll never open my door to anyone, anymore.
Those who still be my friends will be my friends unless said otherwise.
Those who left will leave forever.



Rasanya aku sudah menyimpang jauh daripada apa yang patut aku tulis.
Belum cerita entri panjang lebar tak ada kaitan dengan komik di atas.
Lantaklah. This is my blog.
I am the master.

Hmmm..
Aku akan cari jalan macam mana nak tarik minat orang datang ke blog aku ni.
Mungkin aku patut mulakan dengan cari internet yang stabil.






.

Jul 12, 2017

Separuh Penuh atau Separuh Kosong?


Salam.




Jadi,
adakah gelas berisi air separuh penuh atau separuh kosong?

Dalam kita merancang masa hadapan, adakah kita jenis yang berharap perkara akan berlangsung dengan lancar ataupun kita jenis yang akan mempertimbangkan situasi paling buruk yang boleh berlaku?

Contoh,
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam biasanya mengambil masa 30 minit.
Maka, jika perlu merancang perjalanan, adakah kita akan mengambil masa 30 minit itu sebagai tempoh perjalanan, ataupun kita masukkan faktor lain yang bakal menyumbang kepada kelewatan seperti kemalangan, kesesakan, dan kesesatan?

Jangan terkejut, memang wujud manusia yang ambil mudah semua perkara.
30 minit tempoh jangkaan, maka 30 minitlah tempoh perjalanan.

Tak kurang juga mereka yang mengambil kira segala perkara.
30 minit hanya tempoh perjalanan. Belum kira tempoh nak singgah isi minyak. Apa jadi kalau sesak? Apa jadi kalau sesat?

Jujurnya, aku jenis manusia yang kedua.
Kalian mesti fikir itu adalah perkara baik untuk sentiasa bersedia,
tapi biar aku beritahu bahawa ia tidaklah sentiasa baik.
Memasukkan terlalu banyak input dalam perancangan menyebabkan kita mudah tertekan.

Bahagian otak depan yang dipanggil 'arterior cingulate cortex', bahagian rostral-nya,
adalah bahagian yang bertanggungjawab menentukan sama ada perancangan kita akan menjadi 'baik', atau dipenuhi 'tekanan'. Pendek kata, itu adalah bahagian yang menjadikan kita seorang optimis (30 minit tempoh jangkaan = 30 minit tempoh perjalanan) ataupun pesimis (30 minit mana cukup untuk perjalanan).

Ya.
Optimis atau pesimisnya kita ditentukan oleh otak kita sendiri.

TAPI.
Optimis dan pesimis bukannya satu trait tetap.
They are not hardwired.

Pelbagai teknik boleh dilakukan untuk menukarkan sikap pesimis kepada optimis,
atau sebaliknya.

Ini adalah entri di mana aku mahu menasihatkan diri aku sendiri dan orang yang membaca.
It's okay to be optimist.
Seeing the bright side on every things.

We can dwell on the mistakes of the past,
pick a scabs of every wounds.
Analisa setiap perkara yang sudah berlaku dan cari di mana silapnya.
Tuding jari kepada yang salah dan sentiasa ingatkan kesalahan mereka.

...ataupun...

We can make a fresh start,
buka buku baru,
bersyukur dengan apa yang ada,
meraikan hubungan yang masih wujud sama ada keluarga, persahabatan mahupun hubungan sesama manusia atas muka bumi.

Aku baru sedar aku adalah manusia yang sangat pesimis.
Aku terlalu banyak berfikir, dan terlalu banyak mengkaji masa silam
sampaikan aku lupa masa silam tidak boleh diubah.
Apa yang penting adalah masa kini supaya masa depan menjadi lebih baik.

Aku boleh menjadi optimis.
Walaupun secara ilmiahnya aku tahu menjadi optimis menjadikan aku lebih 'kaya' dalam kehidupan, tapi aku sering gagal melihat air yang memenuhi separuh gelas.

Tolong!
Beritahu aku bagaimana mahu menjadi optimis.




.

Jun 21, 2017

Jawab Tapi Tidak Menjawab.



Salam.

Entri ini dijadualkan untuk diterbitkan pada 21 Jun 2017 jam 9 pagi.
Tarikh itu adalah rabu terakhir bulan Ramadan 1438h
jadi itu adalah tarikh terakhir untuk aku post komik puasa
sebab rabu minggu depan sudah Syawal :)


Ini adalah komik yang aku share di IG @ceromono
Maaf kalau ada yang sudah baca di sana dan rasa macam berulang.
Dijemput follow aku di @ceromono dan juga @cerolian.
Kalau rasa nak aku follow back, just DM je bagitau kalian pembaca blog aku.
Aku cuma follow orang yang aku nak follow, tapi kalau pembaca blog, aku akan follow tanpa bertanya panjang :)

Begitulah betapa aku sayangnya blog ini dan kalian semua :)





Untuk komik bertajuk BATAL! di atas,
sahaja aku tinggalkan caption di Instagram bertanyakan soalan.
"Adakah korek hidung batal puasa?"
Aku tahu jawapannya, tapi aku nak lihat apa jawapan orang lain.
Soalan ini, aku nampak, akan keluar tiap-tiap tahun bila bulan puasa.
Tapi tidak semua sepakat tentang jawapannya.

Pernah aku bertanya satu kenalan ini, seorang ustaz, soalan yang sama,
jawapan dia,
"Kenapa diberatkan perkara remeh seperti korek hidung sedangkan banyak lagi perkara lain perlu diberatkan?"

Walaupun kedengaran sangat tepat dan professional,
tapi jawapan sebeginilah yang paling aku tidak suka.
Pertama,
dia TIDAK menjawab soalan.
Seolah-olah soalan matematik tanya 1+1 sama dengan berapa
tapi kita jawapan 'kenapa tanya soalan mudah, tanyalah soalan fungsi kuadaratik dalam graf bentuk parabola'

Aku tidak pasti sama ada 'skil' ini diajar di mana-mana,
tapi kebanyakan ustaz dan penceramah motivasi dan orang-orang yang bekerja dengan bercakap ni ada kemahiran begini, kemahiran yang aku panggil 'jawab tapi tidak menjawab'.

Pada aku,
perkara seremeh korek hidunglah perlu dikukuhkan fahaman supaya perkara yang lebih besar boleh difahami mudah.
Kalau 1+1 pun tak boleh jawab, rasanya boleh ke nak jawab soalan fungsi kuadratik dalam graf parabola?

Jawapan yang aku ada untuk soalan 'korek hidung batal ke tidak' ialah
kalau memasukkan sesuatu ke dalam hidung menyebabkan kita kenyang, maka BATAL.
Kalau masuk jari korek tahi hidung dan kemudian jari keluar dan tak kenyang, maka TIDAK BATAL.
Kalau masuk paip plastik kecil dan salurkan air susu melalui hidung, maka BATAL.
Jawapan ini apa yang aku dapat dari ustaz yang betul-betul nak menjawab.

Jawapan di Instagram yang aku dapat banyak bercerita tentang rongga dan anatomi.
Kecuali ada ditegaskan secara definisi dan disepakatkan semua orang bahawa takat mana adalah 'rongga' dan takat mana yang bukan rongga, maka pada aku tak apa kalau nak bercerita tentang rongga.
Kalau si fulan ni kata rongga itu takat tulang soket hidung tengkorak,
ada si fulan ni kata kemasukan satu inci ke dalam,
ada si fulan ni pula kata sampai rasa isi dalam hidung,
itu semua tidak menjawab soalan.

Satu lagi jenis jawapan yang aku minat ialah
jawab dengan jenaka.
"Korek hidung batal kalau sambil korek sambil makan kuaci."
Jujur, bagitahu aku,
rasanya jawapan di atas menjawab ke tidak?

Sesetengah orang sangat minat dengan ustaz jenis seperti ini
tapi pada aku (secara peribadi, bukan wakil kepada mana-mana kumpulan) jawapan seperti itu akan buatkan orang lagi tertanya-tanya.
Bagus kalau lepas berjenaka, ustaz tadi terus ke jawapan sebenar
tapi kebanyakan ustaz dan penceramah lagi suka skip ke persoalan seterusnya tanpa menerangkan secara terperinci tentang 'jenaka' dia tadi.

Sekali lagi aku ulang, ini pendapat peribadi.
Kalian berhak untuk tidak setuju dengan aku.

Aku tidaklah tinggi ilmu agama.
Tapi sebab tidak tinggilah, aku amat mahukan jawapan yang jitu daripada mereka-mereka yang tinggi ilmu.
Memperlekehkan soalan orang lain,
atau menjawab soalan dengan jenaka tak bertempat,
atau tidak menjawab langsung kerana berasakan itu soalan 'remeh'
sangatlah tidak membantu orang yang rendah ilmu agama seperti aku untuk belajar.

Bayangkan daripada kecil aku dimomokkan dengan fakta 'korek hidung batal puasa' tapi tetiba bila dah tua bangka ni baru dengar yang korek hidung tidak batal, agaknya macam mana penerimaan aku?

Contohnya,
kita dari kecil tahu pelangi ada 7 warna.
Siap ada mnemonik lagi nak ingat susunan warna,
'Mat Jenin ke hulu beli ikan udang'
bila kelas pendidikan seni, cikgu siap marah lagi kenapa pelangi tak cukup 7 warna,
tapi bila besar purba ni
kita dapat tahu pelangi BUKAN 7 warna
bolehkan kita terima fakta itu bulat-bulat?

YA.
PELANGI BUKAN 7 WARNA.
Siapa nak argue dengan aku silakan. Hehe.

=========================


Next post sudah masuk Syawal,
jadi dengan ini aku nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada kalian semua yang masih sudi baca blog ini.
Maaf kalau ada yang hantar kad raya tahun lepas aku tak balas.
Aku sangat nak balas tapi aku sibuk ya amat tahun ni.
Nanti aku bagi kad lain, boleh?
Kad kahwin maybe? #eh

Maafkan segala salah silap aku selama kita kenal di sini.
Aku tidak mahu kosong-kosong.
Aku nak kita berkomunikasi dua hala, korang maafkan aku, aku maafkan korang.
Aku juga mahu minta maaf kepada sesiapa yang sudah aku lukakan hatinya.
Ada yang dari kawan sudah anggap aku stranger sekarang, juga aku minta maaf.
Kalian datang blog aku tapi aku tak balas kunjungan, juga aku minta maaf.

Kalau kalian ada terasa buat salah dekat aku, bagitahu aku.
Contact aku dalam pelbagai media yang aku ada. Kita berkomunikasi.
InsyaAllah, kalau segalanya baik, segalanya akan kembali jernih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN SALAH SILAP KHILAF PERBUATAN.




.

Jun 14, 2017

Harga Kuih Mahal!



Salam.

Entri ini dijadualkan untuk terbit pada 14 Jun 2017 tepat jam 9 pagi.
Jika kalian baca entri ini pada waktu ia diterbitkan, maka kemungkinan besar
aku sedang berada di tempat yang kebanyakan orang tidak suka,
bakal melalui satu pengalaman yang aku tak suka,
supaya aku dapat balik sesuatu yang satu masa dulu merupakan sebahagian daripada perkara yang aku suka.

Doakan aku selamat.


I was not prepared for the post of this week,
jadi aku kongsi komik yang aku lukis untuk akaun IG @ceromono
Kepada yang tak follow lagi, jemput follow.
Kalau rasa nak aku follow back, just DM
insyaAllah kalau korang pembaca blog aku, aku akan follow.



Color pallete ini aku pakai sebab warna ni print-friendly.
Maksud aku,
kalau akan datang aku decide nak print komik ini (mungkin untuk zine)
hasil printnya tidaklah secomot kalau aku guna komik banyak warna.

Kalian suka tak color-pallete ni?
Tiga warna je, dark purple, light purple dan putih.

Jadi,
macam mana puasa kalian?
Aku susah sikit laa nak bertarawih, sebab ada hal mengganggu.
Harap Ramadan kalian berlangsung dengan harmoninya sampai ke hari ini.

Okay, bye.
Wish me well.




.

May 3, 2017

Jatuh Cinta 'Dengar' Pertama.


Salam.

Seperti yang dijanjikan beberapa minggu lalu,
kali ini ada komik.
Yaay!
*krik krik tiada yang jerit bersama*




Selalunya selepas komik,
akan ada cerita panjang lebar yang pada mulanya berkisar tentang isi komik dan menular ke cerita yang tak ada kena mengena.
Tapi kali ini aku tak tahu nak kembangkan isi komik ini dalam bentuk penulisan,
jadi aku nak cerita satu hal yang langsung tiada kaitan.

Satu hari itu aku dengan sengaja mahu mengenang segala kenangan aku masa dulu.
Aku duduk bersila atas katil dan pejam mata dalam gelap.
Aku bayangkan satu persatu, wajah insan-insan yang pernah pegang hati aku.
Adalah beberapa orang, tapi segan pula nak beritahu berapa di sini.

Aku bayangkan wajah mereka satu persatu.
Cantik. At least cantik pada aku pada waktu itu.
Kebetulan aku dapat kesan mereka ada satu persamaan, which also aku tak boleh nak reveal dekat sini takut kena kecam.
Yes, aku ada 'type' aku sendiri.
Aku manusia yang sedikit konservatif,
jadi secara tipikal, aku akan jatuh hati dengan fizikal dahulu sebelum mengenal hati budi.

Ya, bila bercakap tentang fizikal, mesti ramai fikirkan muka.
Macam aku cakap, mereka semua cantik pada aku,
tapi sebab cantik itu subjektif, jadi cantik pada aku mungkin tak pada kalian.

Tapi fizikal yang aku cakap di atas bukan merujuk kepada muka.
Aku sebut tentang suara.
Aku manusia kolot yang jatuh hati pada suara dahulu sebelum kenal hati budi.
Sebab itu aku tidak risau nak jatuh cinta pandang pertama,
aku lebih risau jatuh cinta 'dengar' pertama.

Kembali ke sesi mengenang kenangan lama.
Aku cuba untuk bayangkan suara mereka semua sekali dengan muka.
Cuba teka apa yang berlaku?
Aku gagal!
Aku gagal untuk mengingat semula suara mereka.

Aku pernah dengar tapi tak pasti dari mana,
perkara pertama yang kita lupa tentang seseorang ialah suara mereka.
Ya. Kita lupa suara dahulu sebelum perkara lain.

Cuba kalian cuba.
Cuba fikirkan seseorang yang pernah ada dalam hidup kalian
Keluarga yang sudah tiada, mereka yang sudah putus hubungan, putus ikatan,
dan bayangkan wajah mereka.
Kemudian dalam bayangan mereka itu, bayangkan dia sebut ayat di bawah;

"MUNGKIN SEGALA PERKARA ADA HIKMAH SAMA ADA UNTUK KITA ATAU UNTUK ORANG LAIN."

Adakah kalian masih boleh mendengar suara orang yang kalian bayangkan?

Majoriti akan gagal mendengar suara, atau mungkin yang keluar adalah suara orang lain.
Tapi tak semua.
Jika ingatan kita kuat tentang seseorang itu,
kita akan tetap ingat suara dia tidak kira berapa lama tidak dengar.
Seseorang itu mesti begitu berharga dalam hidup kita.

Jadi,
sementara masih ada masa.
Cubalah untuk mendengar, meneliti dan menikmati segala suara yang ada di keliling kalian.
Ia mungkin kedengaran tidak penting sekarang,
tapi satu hari nanti, mungkin,
suara itulah yang paling kalian rindukan.

Bak kata Nash dalam nyanyiannya;
"Tiada lagi kudengar kidungmu.
Tiada lagi derai tawamu.
Hanya kesepian yang kian mencengkam jiwaku."

Tetiba rasa nak pergi karok. JOM!




.

Apr 12, 2017

I Want To Be The Very Best Like No One Ever Was.



Salam.

Aku ada satu berita baik untuk diri aku sendiri
tapi aku pasti berita ini tidak beri manfaat pun kepada kalian.

AKU SUDAH BOLEH MAIN POKEMON GO!




Tarikh yang tepat ialah 16 Mac 2017 lepas aku sudah mula main Pokemon GO.
Ya, aku tahu.
Aku lambat beberapa bulan.
Hype game ni pun dah lama pudar sampai jadi bahan ejekan sarkastik.

Aku tak tahu orang lain,
tapi Pokemon merupakan sebahagian daripada hidup aku sejak dulu lagi.
Aku tak ada GameBoy dulu, tapi aku selalu pinjam kawan punya.
Syaratnya, kena pakai bateri sendiri,
jadi gigih menabung beli bateri boleh cas.

Kalau kalian pernah main GameBoy,
kalian akan tahu konsol tangan itu sangat makan bateri.
Jadi aku beli beberapa set bateri cas sebab bila satu set tengah pakai, satu set lagi tengah cas dan satu set lagi tengah stand-by kalau-kalau set yang pertama tadi habis.

Dan sudah tentu aku main Pokemon dekat GameBoy itu. Hehehe.

Bila sudah dewasa sikit, rumah ada komputer.
Jadi kami pasang emulator, perisian simulasi untuk game GameBoy.
Main emulator siang malam, sudah tentu juga game Pokemon.
Berkali-kali dapat kalahkan Elite Four lepas tu restart balik game main ikut route lain.
Rupa-rupanya lepas kalahkan Elite Four dan Pokemon Master, ada lagi quest lain untuk lengkapkan Pokedex.

Orang yang tak main Pokemon sudah tentu tak faham apa yang aku taip di atas, kan?

Pokemon juga antara sebab utama aku ambil Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga masa belajar dulu.

Satu game Pokemon yang aku ada (Pokemon Yellow) adalah khusus untuk negara Jepun jadi tulisan dan arahan semuanya bahasa Jepun.
Cuba teka siapa yang gigih belajar Bahasa Jepun untuk main game Pokemon Yellow tu?
Yes, yours truly.

Masa Pokemon GO baru dilancarkan di Jepun dan US,
aku antara yang sangat teruja nak tunggu masuk Malaysia.
Tapi bila masuk Malaysia, sebab aku pakai handphone purba,
aku tak mampu nak install Pokemon GO *menangis*

Dengki bila member-member brag dapat main dan tangkap Pokemon.
Gigih aku lepak Taman KLCC tengok beratus orang main Pokemon GO
sedangkan aku hanya duduk melepak menikmati orang lain main.

Selepas beberapa bulan, Pokemon GO semakin suram dan yang masih main hanyalah yang betul-betul fan.
Bagus juga sebab ramai sangat yang naik bandwagon padahal tak kenal pun Pokemon lain selain Pikachu.

Ada seorang ni siap kata Pikachu tu khinzir padahal kalau dia baca Pokedex dia dalam Pokemon GO tu dah terang-terang Pikachu itu tikus.
Itu beza peminat sebenar dengan penunggang wagon berkumpulan.

Aku punya gigih minat Pokemon sampai hafal kesemua 151 Pokemon generasi pertama.
Hafal nama siap dengan nombor dengan jenis (type) dia lagi.
Kalaulah aku hafal buku sejarah segigih itu masa sekolah dulu,
sudah tentu aku tak duduk depan komputer update blog setiap rabu hahahahaahahah.

Okaylah, cukup membebel tentang Pokemon dan Pokemon GO.
Kalian bersedialah untuk dibanjiri banyak komik berkaitan Pokemon lepas ni sebab ada orang tu teruja gila main Pokemon GO hahahahahahaahahahaha *ketawakan diri sendiri*

'Siapa lagi masih main Pokemon GO sekarang?'
Kalau ada sesiapa yang tanya soalan itu dengan nada sarkastik,
korang jawab,
"Aku tahu seorang yang masih main Pokemon GO. NAMA DIA CERO!"




.

Apr 5, 2017

Monitor. Oh, Monitor!



Salam.

Satu pengajaran hidup yang aku pelajari baru-baru ini ialah
ujian tidak hanya datang dalam bentuk musibah yang besar sahaja.
Musibah 'kecil' pun banyak menguji kita.

Seperti contoh;
burung lepas najis tepat ke visor helmet semasa menunggang, atau
jerawat tumbuh atas batang hidung, betul-betul bawah tempat letak cermin mata, atau
kau pasang monitor dekat laptop sebab skrin laptop bermasalah, tengok-tengok monitor tadi pun bermasalah juga.





Kalau kalian baca entri aku bertajuk 'Archoke Nama Diberi',
kalian akan tahu yang komputer aku terdiri daripada laptop yang sudah di'chimera'kan dengan pelbagai aksesori lain termasuk monitor skrin kedua sebab skrin laptop sedikit bermasalah.

Masalahnya sekarang monitor tambahan itu pun sekarang bermasalah.



Sekarang aku bercuti panjang.
Aku ingat sempena cuti panjang inilah aku nak selesaikan segala kerja tertunggak yang memerlukan aku menggunakan komputer.
Banyak lukisan yang sudah aku janji untuk siapkan bulan ini.
Marah dah cik adik yang menanti hasil kerja aku tu.
Tup tap tup tap skrin monitor pula buat hal.

Adusssss. Menguji kesabaran sungguh.

Nak beli monitor baru, tapi aku rasa masalah ini masalah kecil boleh selesai.
Tapi aku tak pandai nak selesaikan.
Nak hantar repair, aku hanya ada motosikal.
Nak angkut monitor atas bakul motosikal pergi kedai untuk repair agak tak masuk akal.
(atas sebab tertentu, aku tak boleh memandu sekarang)

Tahu tak, buka komputer tapi tak dapat tengok output dekat monitor perasaan dia macam masuk bilik gelap gelita meraba-raba, takut salah raba habis menjerit kekesalan.

Kalian rasa apa penyelesaian terbaik untuk masalah aku?
Beli baru? Minta tolong orang teman repair?
Berbalik ke zaman purba di mana segala kerja perlu dipahat di atas tablet batu?

Oh, btw
ada insan yang baik hati berikan duit kepada aku untuk dibuat beli monitor baru.
Walaupun belum cukup untuk beli satu yang baru, tapi TERIMA KASIH.
Jasamu sangat kukenang





.

Feb 15, 2017

Tiada yang Istimewa.



Salam.

Adakah anda seorang yang istimewa?
Mungkin anda istimewa kepada individu tertentu?
Mungkin anda ada kebolehan tertentu yang menjadikan anda istimewa?
Atau mungkin anda ada kekurangan yang dilihat juga sebagai istimewa?







Bila ditanya kepada setiap individu,
pasti setiap orang ada perkara yang dianggap istimewa tentang dirinya.

"Tulisan saya cantik."
"Saya boleh baca ABC secara terbalik."
"Kentut saya dalam air boleh mencipta buih setinggi 5 cm."

Dengan kata lain, semua orang istimewa.
Namun begitu, kalau semua orang istimewa, maknanya semua orang sama.
Jika semua orang sama, maka semua orang tak istimewa.

Jika dalam 10 orang dan sembilan daripadanya adalah istimewa,
maka istimewa adalah majoriti dan 1 (satu) yang tinggal itulah istimewa.

Setuju?


Kalau aku tamatkan entri sehingga ayat di atas,
aku sure akan ada yang tinggalkan komen mengecam beritahu bahawa istimewa itu unik kepada individu.
Sembilan orang istimewa di dalam kumpulan 10 orang itu mungkin memiliki keistimewaan yang berbeza, menjadi setiap daripada mereka adalah istimewa, termasuk satu yang tidak istimewa itu.

Ya. Penyataan itu betul sebetul-betulnya.

Istimewa adalah keunikan individu yang mungkin berbeza-beza.
Itu adalah kenyataan yang tidak dapat aku sangkal.

Tapi apa yang aku nak tekankan ialah
ISTIMEWA hanya boleh diiktiraf orang lain kepada orang lain.
Kita tidak boleh claim diri kita istimewa kepada seseorang tanpa dia gelar diri kita istimewa dulu.

Si A tidak boleh kata diri dia istimewa kepada si B sedangkan si B langsung tak anggap dia istimewa pun.

Aku tak boleh kata aku istimewa walau aku boleh keluarkan api dari tangan sekalipun selagi orang lain tak tahu (atau tak dibuktikan) aku ada kebolehan istimewa sebegitu.

Ya.
Topik hari ini sedikit berat,
aku sendiri tak pandai nak susun ayat menerangkannya.
Tapi aku pasti kalian dapat poin aku, kan?

Sebab itu aku nak tekankan di sini bahawa
tidak kira sama ada status Facebook aku ada terkena setepek atau kena sipi-sipi dengan kau atau tidak kena langsung, selagi aku tak kata aku maksudkan individu tertentu, maka aku mungkin maksudkan orang lain.

Aku suka letak status di Facebook cEro (add me as friend kalau sudi!) yang membuatkan aku dan pembaca berfikir tapi selalu disalah anggap sebagai serangan peribadi terhadap seseorang.

Penat ooo asyik disalah anggap.

Ok, sebelum aku terus merungut, baik aku berhenti.
Azam tahun baru nak kurangkan merungut hahahahaahahaha

Berbalik kepada topik aku tadi,
kalau kalian perhati komik aku di atas,
walaupun semua individu di situ akhirnya sedar masing-masing adalah sama (nombor 1)
tapi kalau kalian lihat satu persatu, mereka semua unik dan ada keistimewaan tersendiri.

Begitulah kehidupan.
Walaupun pada dasarnya semua manusia sama sahaja
tapi kita perlu tonjolkan keistimewaan diri kita supaya orang lain akui kita istimewa.

Bukannya dengan delusi menganggap diri sendiri istimewa tanpa berbuat apa-apa.




Okay.
Untuk akhiri entri ini, aku ada satu soalan personaliti #ewah

Kalau kalian adalah manusia dengan nombor besar terpampang dekat muka macam dalam komik aku di atas,
agak-agak apa nombor yang akan terpampang dekat muka kalian?

Aku chup nombor KOSONG. Hehe





Oh, dan aku tak boleh keluarkan api dari tangan.
(Rasanyalah. Tak cuba lagi)






.

Feb 8, 2017

Cepat Betul Masa Berlari...





Salam.

Secara peribadi aku rasa satu hari aku makin panjang berbanding dulu,
tapi sedar tak sedar kita dah masuk bulan dua, kan?

Cepat betul masa berlari...






Kalau kalian baca entri ini pada tarikh diterbitkan,
maka sudah masuk hari ke-39 2017 menjelmakan diri.
Kalau kalian jenis yang tulis diari satu hari satu muka surat,
maka hari ini sudah masuk muka surat ke-39.
39 of 365 pages. Hehehe

Namun walaupun sudah 39 (4 kali aku ulang 39 tanpa sebab) hari berlalu,
aku masih belum boleh tulis tarikh dengan lancar.
Asyik tersilap tulis 2016 je.
Tak boleh move on lagi dari 2016 agaknya.
Ada apalah dalam tahun 2016 yang aku tak boleh nak lepaskan sangat tu?

Memula aku nak salahkan faktor usia,
tapi kalau usia yang menjadi faktor,
maka bukan aku seorang sahaja yang macam ni.
Mesti ramai lagi yang seusia atau lagi purba daripada aku pun turut sama salah tulis tahun walaupun sudah masuk Februari, kan?

Hehehe.



Jadi,
adakah kalian masih tersalah tulis tahun (macam aku)?

Oh, kalau kalian tersalah tulis tahun 2016 dan perlu betulkannya,
macam mana kalian betulkan?

Adakah dengan:
A. garis padam seluruh nombor 2016 dan ganti tulis dengan 2017,
B. garis padam hanya nombor 6 dan ganti tulis dengan nombor 7,
C. tulis nombor 7 tebal-tebal atas nombor 6 sampai nombor 6 tak kelihatan seperti 6 lagi,
D. dengan cermat, ambil liquid paper dan padam nombor 6 dan gantikan dengan 7,
      atau...
E. curah minyak gas ke atas kertas yang salah itu, nyalakan api guna mancis dan sambil makan kuaci di tepi, lihat seluruh bilik anda ditelan api marak.





.

Jan 18, 2017

Archoke Nama Diberi.




Salam.

Kalau kalian cukup setia membaca blog ini,
kalian akan tahu salah satu perangai aku ialah suka bagi nama pada barang.
Moto aku, handphone aku, komputer aku, dan banyak lagi semuanya aku bagi nama.
Barang yang aku tak letak nama sama ada bukan milik aku ataupun aku ada rasa yang barang itu mungkin akan jadi milik orang lain.

Nama komputer aku ialah Archoke.






Archoke pada asasnya sebuah laptop,
namun beberapa bulan lalu skrin dia ada masalah gelap hampir 70%,
baiki di kedai sedikit susah sebab Archoke model lama, tahun 2008.
Jadi aku buat keputusan untuk sambungkan Archoke dengan satu LCD monitor.

Pada hari Archoke disambung LCD monitor, aku sudah ambil mobiliti dia.
Dia tidak lagi boleh aku pack dan bawa menjelajah macam selalu aku buat dahulu.

Lagipun sendi Archoke antara skrin dengan keypad sedikit lemah dimamah usia.
Jadi aku nak kurangkan pergerakan sendi itu, aku jadikan dia stationary di atas meja.

Lama kelamaan, Archoke disambung dengan beberapa lagi barang luaran seperti speaker, external hard disk, drawing tablet dan beberapa USB port tambahan.

Jadi,
bila kawan aku tanya aku pakai PC ke laptop,
secara peribadi aku tak mampu nak jawab.
Walaupun Archoke sebuah laptop, tapi kini dia lebih kepada sebuah PC.
Entah...aku rasa dia sendiri dah celaru identiti.
Chimera mungkin?

Oh,
dan bila aku cakap dengan kawan-kawan, aku bahasakan Archoke sebagai 'komputer'.
Seorang kawan aku ni kata aku kedengaran macam pakcik-pakcik tua yang buta IT bila sebut 'komputer'.
Katanya, orang zaman sekarang sama ada sebut PC, ataupun sebut laptop, atau notebook, atau macbook, atau tablet PC, atau tablet atau lain-lain lagi istilah yang ada.

Tahu tak bila orang sebut 'tablet',
aku akan terbayang bongkah batu leper yang orang zaman Rom Purba dulu buat ukir ketuk-ketuk guna pahat tu?
Rasanya otak aku masih ketinggalan zaman, sebab tu laa orang kata bila aku sebut 'komputer' kedengaran macam pakcik buta IT.
Generation gap mungkin? Hmmm...

Funny bila fikir balik,
nama Archoke aku ambil sempena nama Archimedes, ahli matematik terkemuka Greek.
Mulanya aku nak letak nama Archie, tapi Archie kedengaran macam nama lelaki yang feminim, tak ganas langsung.
Archoke pula, sebab ada perkataan 'choke' dengar macam ganas gila hahahaha.

Nama komputer pun aku letak nama orang dulu-dulu.
Ye laa, takkan aku nak letak nama Putra Arryan Mikail Ezekiel Danial Danish Evans Da Silva macam nama budak-budak zaman sekarang, kan?


So what do you think?
Adakah kalian juga suka beri nama pada barang-barang kesayangan?
Adakah Archoke sebuah laptop ataupun PC?
Adakah sebutan 'komputer' kedengaran pakcik-pakcik pada kalian?
Apa pendapat kalian tentang nama Archoke? Ganas tak?






.

Dec 21, 2016

Cukup Kuat Untuk Menempuhnya.



Salam

Beberapa hari lalu abang aku ada buat sedikit sambutan hari lahir anak dia merangkap anak buah aku.
Semua ahli keluarga dapat berkumpul meraikannya.

Maka dapatlah aku bertemu dengan anak buah aku yang berumur 7 tahun seorang ni.





Anak buah aku gelar diri dia Abang sebab dia ada adik.
Semua orang panggil dia Abang, aku je tak panggil dia Abang sebab aku rebel.
Aku bahasakan diri sebagai Uncle kepada dia,
jadi bakal isteri aku akan dipanggil Auntie (info tak penting!)

Abang ni tahu aku suka Lego.
Dia selalu selongkar bilik simpanan Lego aku bila balik ke rumah Mak Abah aku.
Selalu dia pujuk aku suruh bagi dia satu dua Lego Minifigure aku,
tapi sebab aku ni kedekut sayangkan koleksi aku,
aku pekakkan je telinga buat tak dengar permintaan dia.
Kalau dia desak juga, aku akan kata suruh Daddy dia belikan kat dia.
Bila sebut pasal Daddy, dia terus tak nak minta sebab Daddy dia garang (kot)

Sekali Daddy dia hadiahkan dia set Lego Classic yang ada 1000 pieces masa sambutan hari jadi dia yang lepas.
Original pulak tu.
Pastu tayang-tayang dekat aku adoyaiiiiii
Kalaulah dia bukan anak buah aku dah lama aku buat smackdown!

Tapi disebabkan dia hadapi saat susah sepanjang tahun 2016 ini
aku rasa hadiah mahal yang mampu buat dia tersenyum lebar memang berbaloi.
Tak sangka abang aku (Daddy kepada Abang) boleh tahan penyayang juga orangnya.
Padahal dulu masa kecik asyik bergaduh kalah main guli dengan aku hahahahaha.

Aku pernah cerita tentang anak buah aku si Abang ini di sini.
Aku tak pernah bertanya direct dengan Daddy Umi dia tentang perkembangan Abang
tapi dari apa yang aku dengar dari adik beradik lain,
aku dapat agak zaman kanak-kanak si Abang ni bakal dihabiskan dengan berulang alik ke hospital.

Zaman kanak-kanak adalah yang paling indah bagi sesetengah manusia kerana zaman itu adalah masa di mana kita sangat kudus dan tidak dipengaruhi anasir jahat luar.
We had nothing to worry. Our mind were free!

Main guli, main askar dalam longkang, main kereta Tamiya,
panjat pokok, main polis sentri, baling selipar,
jenguk rumah crush dekat tingkat 3,
tersipu-sipu nampak crush masa dekat pasar malam,
bayangkan,
semua ini si Abang mungkin tak dapat nak rasai sebab sibuk berulang alik untuk rawatan sakitnya.

Dan disebabkan sakit dia,
dia sudah tidak ke sekolah.
Sekarang aku jadi risau dengan pelajaran dia.

Tapi melihat dia dapat mainan kegemaran dan terus buka ajak Uncle dia main sama,
melihat dia tekun membina entah apa dari timbunan 1000 blok Lego yang ada,
melihat dia mampu siapkan sebuah lori ciptaannya tanpa bantuan orang dewasa,
aku tahu masa depan Abang masih jauh lagi untuk dia tempuhi
dan dia cukup kuat untuk menempuhnya.



Lego seribu ketul, kalau hilang 100 pun tak perasan, kan?
Hehehe
**niat jahat gosok-gosok tangan**




.

Dec 7, 2016

Comel Gila!


Salam,
siapa sini pernah duduk depan cermin lepas tu puji diri sendiri kacak/cantik/comel?

**cEro angkat tangan**





Okey,
ini kisah versi panjangnya.

Aku ada dua ikat rambut.
Satu jenis getah kain, satu jenis getah sintetik.

Aku selalu ikat rambut guna yang getah sintetik kalau nak menunggang motosikal sebab jenis getah macam tu pegang kuat dan tak senang tercabut.
Jadi rambut takkan menggerbang kena tiup angin.
Keburukan dia pula, bila nak buka, rambut tersangkut-sangkut.

Yang jenis getah kain pula aku selalu pakai waktu santai lepak-lepak keluar jalan.
Jenis ni lebih selesa sebab tak rasa tertarik.
Tapi kelemahan jenis ni ialah cepat kendur.
Baru pakai smeinggu dua dah membesar macam rambut aku ni besar sanggul mak datin.

Baru-baru ni ikat rambut aku yang getah sintetik itu putus.
Itulah natijah bila lelaki dapat getah. Tak reti nak tarik elok-elok.
Dulu beli banyak, tapi sebab pakai satu je jadi yang lain aku tak pasti dah campak mana,
cari pun tak jumpa.
Maka,
aku pun pakailah yang jenis getah kain semasa menunggang moto.
Habis tunggangan, buka helmet terus rambut menggerbang macam Kak Ros.
Barulah aku perasan yang ikat rambut aku jatuh di tengah jalan.

Jadi,
habislah aku tak ada satu pun ikat rambut.

Tak boleh jadi.
Aku kemudian ke pasaraya nak beli ikat rambut.
Banyak juga habis masa di bahagian ikat rambut (aksesori wanita).
Pelik promoter dekat situ tengok aku belek-belek barang bahagian perempuan.
Tapi demi rambut, aku butakan sahaja hahaha.

Sebab tak jumpa jenis getah sintetik,
aku beli dua set ikat rambut getah kain.

Bila ikat rambut sudah banyak ni,
balik rumah aku pun cuba ikat rambut dua, twintails.
Ohhhh maaaaiiii....!!!
COMEL GILA! **puji diri sendiri**
Kalau aku jumpa perempuan macam aku, dan aku lelaki,
aku mesti akan jatuh hati dekat diri sendiri hahahaha (apa aku taip ni?)



Masa mula-mula tulis blog ni beberapa tahun lalu,
aku ada terfikir banyak perkara untuk aku ceritakan di blog.
Tapi tak pernah terlintas di fikiran aku yang satu hari aku akan bercerita tentang ikat rambut dan puji diri sendiri comel dalam entri yang sama macam hari ini.




Oh ya,
aku pernah dapat hadiah ikat rambut daripada seseorang.
Masih tersimpan elok dalam sampul yang dia berikan.
Aku sangat menghargai hadiah itu.

Soalannya, sebagai tanda menghargai,
patutkah aku pakai ikat rambut itu
ataupun lebih baik aku simpan dengan baik sebagai sebuah hadiah?






.

Nov 23, 2016

Terowong Kecil Itu...



Salam.

Secara peribadinya, aku masih tak pasti sama ada laluan khusus motosikal di lebuhraya adalah satu idea yang bagus ataupun tidak.

Dari segi keselamatan bab terasing daripada kenderaan lain itu bagus.
Tapi tahukah anda laluan motosikal di lebuhraya makan kilometer lebih banyak daripada laluan utamanya?
Aku bagi contoh, dari rumah aku ke Shah Alam kalau ikutkan meter kereta hanya berjarak 27km tapi kalau tunggang motosikal ikut laluan khusus, jaraknya jadi 33km.

Kenapa lagi jauh?
Sebab bila di lebuhraya ada bertemu persimpangan, laluan motosikal akan dibuat lencongan mengelilingi persimpangan itu.
Kalau sekali lencongan makan 500m, kalau dah 10 kali?

Hmmm...tak faham kan?
Aku pun tak pandai nak terangkan bagi faham tapi itulah realiti.







Satu lagi sebab kenapa aku rasa laluan khusus motosikal di lebuhraya bukan idea yang bagus ialah kedudukannya yang terpencil dan meningkatkan kemungkinan orang untuk berbuat jahat.

Baru-baru ni ada kes di mana seorang peronda lebuhraya kena jerat samun yang dipasang di terowong kecil laluan motosikal. Rentang dawai melintang, bila moto lalu tak nampak, dawai tersangkut di leher dan jatuh. Lepas jatuh, orang jahat yang menunggu akan datang dan samun mangsa. B*ngsat gila perangai.

Dah laa kes dawai lintang tu kena dekat lebuhraya yang aku pakai harian.
Alhamdulillah tak kena pada aku.
Tapi tiap kali aku lalu terowong, aku akan jadi seriau memikirkan apa yang berlaku.

Tapi kes itu bukan baru.
Cerita orang pasang jerat untuk samun penunggang motosikal memang tak asing di kalangan penggiat arena tunggangan tanahair.

Kes tabur paku tak payah cerita semua dah tahu. Dah basi.
Tabur paku di laluan motosikal lepas tu bila tayar pancit, datang samun.
Ada pulak yang nak cari rezeki, tabur paku, bila tayar pancit dia datang sebagai pomen padahal dia yang tabur awal-awal tadi.

Pada aku, laluan khusus itu sudah bagus,
tapi kenalah ada tindakan susulan seperti pemantauan keselamatan, penyelenggaraan jalan, dan kalau boleh janganlah buat jalan itu terpencil sangat.
Aku pernah jumpa babi lintas laluan motosikal tau...
Punyalah hutan rimba sampai yang melintas jalan itu adalah babi.

Tapi itulah...
Aku dapat rasa nyawa penunggang motosikal nilainya macam kelas ketiga.
Tiap-tiap hari boleh aku kata aku nampak kemalangan melibatkan motosikal
tapi dalam surat khabar dan berita yang jadi sensasi hanyalah kemalangan yang melibatkan kenderaan bertayar lebar.

Aku rasa aku dah cakap tapi aku nak ulang.
Tak kira siapa, kerajaan atau pembangkang,
siapa yang masukkan peningkatan keselamatan jalanraya untuk penunggang motosikal di dalam manifesto mereka, aku akan undi.
Dan aku akan berkempen kepada orang lain juga supaya mengundi calon itu.
Muktamad!

We all have someone yang bermotosikal sama ada abah, abang, adik atau diri sendiri.
Nak ke satu hari nanti di sijil mati mereka tertulis tempat mati ialah di lorong motosikal lebuhraya?





.

Nov 16, 2016

Melambung-Lambung Seperti Esok Tiada Lagi.


Salam.

Salah satu cabaran utama penunggang motosikal ialah jalan yang tidak rata.
Macam aku beritahu di entri lepas,
motosikal tak ada suspension yang cukup hebat macam jenis kenderaan lain,
jadi bila jalan tidak rata, perasaan melambung itu memang over sikit macam masuk wayang roller coaster 6D.

Untuk faham betapa teruknya jalanraya tak rata dekat negara kita ni,
biar aku beritahu yang aku pernah hilang DUA KALI henfon
yang jatuh keluar dari dalam poket seluar semasa menunggang motosikal
hanya sebab jalanraya tak rata yang melambung-lambung seperti esok tiada lagi.







Tempat aku tinggal dipanggil Bandar Besi.
Tapi Bandar Besi tak wujud di peta Malaysia,
itu sekadar codename yang aku beri kepada tempat ini.
'Bandar Besi' kedengaran lebih ganas berbanding nama sebenar dia hahahaha

Ada satu jalan ni, pada asalnya jalan ini elok.
Tapi sebab ada pembinaan rumah kedai berdekatan,
jalan ini dilalui lori keluar masuk dengan kerap.
Jalan mula pecah, dan ada beberapa spot ada tumpah konkrit.
Hasilnya, jalan SANGAT tak rata.

Entah selepas aduan yang ke berapa juta kali,
barulah pihak berkuasa tempatan baiki jalan itu.
Bukan baiki sangat pun, sekadar turap balik dengan tar sahaja.
Tapi okeylah, asalkan jalan jadi rata walaupun jalan jadi tebal.

Tapi,
hanya selepas beberapa jam sahaja diturap tar,
aku ulang; BEBERAPA JAM SAHAJA
jalan itu kena korek balik.
Katanya 'perlu tanam kabel bawah tanah'
tapi neraka apakah yang mereka fikirkan?
Kenapa tak tanam SEBELUM jalan diturap?
Kenapa tunggu turap elok baru nak korek balik tanam kabel?

Hasilnya,
selepas tanam kabel, jalan itu dikambus balik dengan tidak kemas
menjadikan jalan yang sepatutnya 'baru', jadi tidak rata balik.
Bertampung sana sini macam seluar orang gelandangan kena jahit kain perca sebab koyak.

Bila jalan tidak rata, maka akan menyebabkan air bertakung.
Air bertakung maksudnya jalan mudah pecah dan tidak selamat.

Oh, did I mention yang hanya 200 meter ke depan jalan 'tampal' itu adalah pintu pagar sekolah tempat budak-budak keluar masuk?
Jalan tidak selamat berdekatan sekolah, adoooiii...
Lost faith in authority sungguh!

Sila ingatkan aku supaya tidak mengundi wakil rakyat tempat ini di PRU akan datang.







.

Nov 9, 2016

Bonggol-Bonggol Itu.



Salam.

Kalian tahu apa benda yang paling hitler sekali atas jalanraya?
Bonggol jalanraya aka speed bump.





Alkisahnya,
hujung minggu aku akan berada di rumah parents aku di satu ceruk Selangor ni.
Balik sana sebab nak makan masakan Emak yang superb.
Perumahannya tidaklah urban, tapi tidaklah rural sangat.
Mungkin dipanggil suburb kot.

Dari rumah ke lampu isyarat paling hampir tidak kurang daripada 2 kilometer jaraknya.
TAPI...

...dari rumah nak ke lampu isyarat paling hampir,
aku kena lalui 12 bumper jalan.
4 daripadanya berada di depan sekolah jadi aku faham fungsi dia.
Tapi ada dua berada di simpang cabang tiga.
Setahu aku, speed bump ni fungsinya nak elak pengguna jalanraya daripada memandu laju terutamanya di jalan lurus, jadi ada DUA dekat simpang cabang tiga yang sama sedikit WTF!

Aku tunggang motosikal.
Moto biasa je pun, bukannya superbike ke hape.
Moto macam tu mana nak ada suspension power sangat.
Jadi,
tiap kali nak menempuh bumper tu, melambung juga laa punggung.
Salah landing, terhimpit oo kilang zuriat.
Boleh bergenang ooo...

Macam aku dah biasa layan moto atas lebuhraya, bawa laju.
Tetiba masuk kawasan suburb kena terbertemu dengan bumper tanpa diundang,
makanya terbanglah aku seketika di udara.

Dan aku kena harungi 12 bumps untuk 2 kilometer itu.
Belum cerita lagi jalan yang tak rata dan berlubang-lubang.

Tapi demi masakan Mak, ku relakan jiwa...


#DiariSeorangPenunggang



.

Nov 2, 2016

Lelaki Yang Menunggang Motosikal.



Salam.

Bila dikira balik,
2016 adalah tahun di mana sudah 10 tahun aku menunggang motosikal secara serius.
Ikutkan aku sudah ada lesen B2 lebih awal daripada itu lagi,
tapi aku kira serius bermotosikal sejak dapat motosikal aku a.k.a Si Kuda Putih
dan usianya sudah pun memasuki fasa dua angka.

Jadi untuk itu,
apa kata kita berborak tentang isu menunggang motosikal.





Oleh sebab boleh tahan lama juga aku asyik bermotosikal,
jadi orang keliling aku anggap aku tidak pandai pandu kereta.
More like diorang tak pernah nampak aku memandu, so diorang assume aku tak pandai memandu.

Ya, aku tak ada kereta sendiri,
tapi aku bukanlah tak pandai langsung pandu kereta.
Manual, auto, van, even lori pun boleh aku pandu tanpa masalah (walaupun aku tiada lesen lori)

Just a fun fact about cEro;
Semasa ujian ambil lesen dulu, aku ulang ujian motosikal 3 kali, sedangkan kereta sekali uji sudah lulus dengan cemerlang.

Tapi yang untungnya orang anggap aku tak pandai memandu ni
adalah orang tak akan suruh aku pandu.
Diorang akan suruh aku jadi penumpang sahaja.
Mestilah suka kalau aku tak payah bersusah payah ingat jalan untuk memandu.
Aku ni dah laa boleh tahan selalu juga sesat orangnya.

Berbalik kepada motosikal.

Aku suka terbang.
Kalau aku ada kuasa luarbiasa, terbang adalah salah satu pilihan aku.
Jadi perkara normal yang murah dan paling dekat dengan terbang ialah menunggang motosikal.
Perasaan angin laju menyapu pipi masa menunggang memang paling WIN.
Sekali sekala perasan diri dalam suit Iron Man.
Pandangan ke depan tanpa kerangka besi, lepas tu meluncur laju atas jalanraya.
Uuuuuhhhhh. Fikirkannya pun sudah menyeronokan.

Tapi angin laju di hutan konkrit bermakna habuk pun banyak melekat di pipi.
Malanglah untuk bakal isteri aku nanti.
Tiap kali nak cium pipi mesti kena sapu habuk dulu.

View semasa menunggang motosikal dan memandu kereta sangat berbeza.
Perasaan pun berbeza.
Atas moto, kita boleh rasa kelajuan.
Kalau sangat laju, badan jadi berat untuk ke depan.
Tekanan pada badan itulah yang buat menunggang seronok.

Tapi kalau pandu kereta,
bawa sampai 120 pun belum tentu rasa laju.
Angin yang dapat pun hanya rasa kalau buka tingkap.
Itupun kalau kau bawa laju, angin takkan kena ke muka kau, tapi kena dekat muka orang yang duduk belakang kau.

Another fun fact about cEro;
Aku pernah tunggang motosikal pada kelajuan 140 km/j di Lebuhraya Persekutuan pada jam 3 pagi dan dapat kekalkan kelajuan itu selama 30 saat. **bad*ss**



10 tahun bermakna Si Kuda Putih kesayangan aku sudahpun menghampiri limitnya sendiri.
Memang ada niat dalam hati nak bertukar kasih (#ewah) tapi apakan daya, aku ni setia orangnya (selling point).

Aku sangat sukakan menunggang motosikal sehinggakan aku letak syarat supaya bakal isteri aku tak halang kesukaan aku itu.
Lagi best kalau dia sekali join sekali tunggang bersama-sama.
Tunggang moto sebelah-sebelah laa maksud aku.
Naik belakang aku tak berapa berminat sangat.
Aku tak pernah nampak orang bawa isteri/awek/chikaro dekat belakang sebagai sesuatu yang sweet.
Ke korang rasa itu sweet?

On another note,
kalian tak rasa ke perempuan yang menunggang motosikal itu sangat menarik?


Sebagai penutup entri, aku ada soalan:
Apa pendapat jujur kalian tentang lelaki yang menunggang motosikal?
Aku akui memang ada segelintir yang perangai serupa bangs*t atas jalanraya.
Tapi secara umumnya, apa pendapat kalian?
Cuba jujur sikit aku nak tahu.
Tak apa. Segala yang di sini habis di sini.

#DiariSeorangPenunggang




.

Oct 19, 2016

Nombor Dua!


Salam.






Quick updates of my life:

1. Aku kini sudah tak ada roommate. Maka, bilik aku milik aku seorang.

2. Aku sedang berat mempertimbang untuk menyertai satu pertandingan melukis komik, tapi semua idea yang aku ada melibatkan watak perempuan. Seperti yang semua sedia maklum dan tidak boleh dipertikaikan lagi, aku lemah lukis perempuan.

3. Aku sudah buat keputusan yang tidak boleh aku tarik balik lagi untuk mula lukis watak perempuan dalam komik aku mulai sekarang. Jadi sila bersedia untuk mencabul pandangan kalian dengan lukisan watak perempuan yang tidak menjadi.
Wahahahaha.



Nampak tak betapa hebatnya aku tulis entri yang tak sentuh langsung tentang fakta bahawa aku tak flush jamban sendiri seperti yang aku kongsi di komik?

Kepada yang nak kata 'tak busuk ke tak flush?' biar aku beritahu,
lid jamban duduk bila ditutup dapat halang bau busuk najis,
kecuali kalau najis kalian sangat busuk sehingga lid pun tak mampu nak bendung.
Makan apa sampai busuk tahi satu bilik lekat? Hahaha
Tapi sekali dua je ya aku tak flush jamban sendiri.
Jamban awam aku mesti flush, or at least tak biarkan kapal selam tidak meninggalkan pengkalan.

Bak kata makcik cleaner bangunan tempat aku singgah tempoh hari,
"Home is where you berak comfortably."


Soalan cepu-cemas kali ini:
Antara jamban duduk dengan jamban cangkung, mana lebih anda pilih?
Huraikan.
[10 markah]







.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License