Salam.
Bertahun sudah aku hidup,
tapi baru-baru ini aku baru dapat tahu satu bakat terpendam dalam diri aku.
Aku berbakat dalam mendandan rambut.
Oh, sebelum kalian salah sangka,
maksud aku 'dandan rambut' bukan bererti buat rambut macam pendandan rambut professional yang ada di salon tu.
Maksud aku dandan ialah buat braid.
Macam mana aku boleh tahu?
Masa aku rambut panjang (hari tu) aku selalu dandan rambut sendiri.
Duduk depan cermin dan mula dandan rambut.
Semasa tengah rambut panjanglah peluang aku nak cuba dekat rambut sendiri.
Kalau rambut pendek, maka memang tak akan jadilah jawabnya.
Hasil kerja dandanan aku tu memang kemas (rasanyalah) sebab tak ada rambut yang terkeluar.
Lebih mengagumkan adalah bila aku tanya orang lain (perempuan),
ramai yang bagitahu memang bukan senang nak dandan rambut sendiri.
Aku dapat buat dengan mudah, maka sebab itulah aku rasa mendandan rambut adalah bakat terpendam aku.
Masa kecil dulu aku selalu tolong adik-adik aku dandan rambut.
Maklumlah, aku tak ada adik lelaki.
Jadi bila duduk rumah bosan, aku heret adik-adik perempuan aku jadi mangsa eksperimen rambut.
Lagipun dari kecil lagi aku rasa aku sudah ada bakat dalam kerja seni tangan ni.
Aku suka masa subjek pendidikan seni bab anyaman.
Sampai berpuluh-puluh hasil anyaman aku buat padahal cikgu nak satu saja.
Tapi rasanya,
bakat mendandan rambut aku ni berhenti setakat rambut sendiri saja, kot.
Sebab aku nak jadi apa kalau nak kembangkan bakat aku ni lagi jauh, kan?
Takkan nak jadi hairstylist pula, padahal aku pandai mendandan je?
Mungkinlah nanti kalau ada isteri, aku boleh dandankan rambut dia.
Tapi aku macam lagi suka perempuan rambut pendek,
jadi macam mana nak praktikkan bakat dandanan aku ni?
Looking back,
dan dan je kata skil dandanan aku ni sejenis bakat.
Aku tak pernah suruh sesiapa nilai pun, entah-entah mutunya teruk.
Hahahahahahahaha.
Hmmmmmmmmmmmmmm...
Okay,
cukup setakat ini.
Di kesempatan ini aku nak mohon maaf kalau post blog aku beberapa ketika sebelum ini agak negatif.
Blog (maybe) is the only way for me to channel all my frustrations since I'm living in a big ass pretentious world.
Jadi,
kalian ada bakat terpendam yang baru kalian kenalpasti?
Apa kata cuba sesuatu yang baru, yang luar dari kebiasaan kalian.
Mana tahu ada terjumpa bakat yang sebelum ini tak tersangka adanya. Kan?
See you next week.
.
-Star-
ReplyDeleteDandan rambut susah bagi aku hahaha
Boleh buat kt rambut patung je, lagipun adik beradik aku dulu sume rambut tak dan panjang kena kerat XD
Bakat aku, inciting fights lol!
tapi aku tak sengaja....kot.
>Star
DeleteHahaha...inciting fight. Bahaya ooo..
Salah incite nanti kang makan diri pula hehehe
hahahaha!
ReplyDeletei loike this topic heho!
bakat terpendam saya:-
1. menggunting dengan tepat / kemas
2. melukis bulat tanpa senget benget
3. mengurut (bukan mengorat)
-cik belon
>cik belon
DeleteNombor dua tu memang bakat yang hebat. Aku sebagai orang yang suka lukis komik sangat susah nak lukis bulat tanpa senget benget 😁😁😁
hahahahah...memang sampai sudah tak reti nak mendandan rambut walau panjang mana pun simpan. selalu suruh member yang reti saja. hahahha..
ReplyDeletebakat baru? herm...macam tadak.
>sofie adie
DeleteMungkin kau belum jumpa lagi kot bakat yang terpendam. Mana tahu, satu bakat yang tak kau sangka ke hehehe
tak reti TT^TT rambut tebal gila nak dandan O.O
ReplyDelete>Misaki PureBlood
DeleteEhhhhh? Bukan ke rambut tebal lagi senang nak dandan ke sebab senang pegang?
😁😁😁
dan dan lah kata ada bakat mendandan rambut! kahkahkah
ReplyDeletetapi sbnrnya mmg bkn mudah utk nak danan rambut sendiri. sama jugak dgn bkn mudah untuk gunting rambut sendiri (kalo main bantai je mmg mudahlah) :P
>anamizu
DeleteHahaha kan. Dan dan je kata berbakat mendandan rambut kan. Hahahah
Betul. Betul. Susah kalau nak gunting rambut sendiri. Mesti tak menjadi punya hahahaha