Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label cEro's Misadventures. Show all posts
Showing posts with label cEro's Misadventures. Show all posts

May 29, 2019

Kisah Mata: Hari Kosong.


Salam.




Sebelum ini:
Kisah Mata: 16 Hari.
Kisah Mata: 11 Haribulan.
Kisah Mata: 14 Hari Lagi.
Kisah Mata: 13 Hari Nanti.


Jika entri ini dibaca pada hari ia diterbitkan, hari Rabu 29 Mei 2019, maka semalam 28 Mei aku sudahpun jalani pembedahan mata membetulkan masalah penglihatan yang sedang aku alami.

Aku kemungkinan sekarang sedang berkemas untuk pulang ke rumah, atau masih lagi di bawah pemantauan pihak hospital di dalam wad.

Post ini adalah sebuah 'scheduled post' yang aku tulis lebih awal (lebih tepat pada Ahad 26 Mei), maka aku tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi apa pun yang berlaku, aku yakin satu:

AKU TIDAK LAGI MENJADI SEPERTI AKU YANG SEBELUM INI.



Ini bukan pembedahan mata pertama aku, tetapi entah kenapa aku sangat berasa gementar dengan pembedahan kali ini. Mungkin kerana ia berlaku tanpa diduga, dan berlaku pada 'timing' yang tidak sesuai. Aku tidak bersedia dari segi fizikal, mental, kewangan, berlaku di dalam bulan puasa bulan Ramadan, malah ia berlaku berturut-turut dengan satu lagi perkara besar yang berlaku kepada aku.

Jika diikutkan, pembedahan kali ini sepatutnya lebih lancar kerana aku (bakal) dibedah di bawah bius penuh (aku tidak sedar sepanjang pembedahan) sedangkan pembedahan sebelum ini aku dibedah di bawah bius setempat (aku sedar sepanjang proses mata aku dipotong).

Dari pengalaman, biar aku beritahu, sedar diri ketika mata kita dipotong bukanlah satu pengalaman yang menyenangkan.

Tapi, entahlah...



Cuma banyak yang aku belajar daripada pengalaman kali ini.

1. Walaupun aku terang-terang (dalam blog ini) beritahu aku benci manusia, tapi aku tidak boleh nafikan memang masih terdapat manusia yang baik hati di sekeliling aku. Aku patut lebih menghargai mereka.

2. Namun manusia yang aku sangka dengan pasti akan membantu aku, akhirnya langsung tidak berbuat apa-apa pun dan ini sangat-sangatlah mengejutkan aku. Sedikit mengecewakan. Tapi untuk bersangka baik, mungkin mereka sendiri pun ada masalah yang aku tidak tahu atau tidak diberitahu maka aku patut lepaskan sahajalah.

3. Tapi sungguh aku tidak sangka, ramai lagi yang walaupun aku tidak jangka akan membantu namun mereka sedaya upaya mahu membantu. Ada yang sanggup berkorban apa yang mereka ada semata-mata mahu membantu. Ini cukup buatkan aku terharu.

Kalau aku boleh menangis, aku mesti akan menangis terharu.

4. Bercakap tentang menangis, atas sebab-sebab tertentu, aku langsung tidak boleh memangis. Aku tidak pasti ia berpunca dari sudut fisiologi ataupun psikologi, tapi ada ketika aku sangat tertekan dan menangis sepatutnya dapat meredakannya, malangnya berapa lama pun aku cuba dan aku tunggu langsung tiada air mata yang keluar, tiada walaupun sekadar bergenang.

Aku harap aku dapat pulihkan bahagian itu. Walaupun kedengaran pelik, namun aku mahu kebolehan boleh menangis itu kembali. Aku mahu boleh menangis. Aku mahu menangis ketika aku mahu menangis.

5. Apa yang pasti, sekarang aku sudah ada senarai panjang mereka-mereka yang aku terhutang budi. Dan aku berjanji pada diri aku sendiri yang mereka ini tidak akan pernah terkeluar daripada senarai tersebut. Aku akan berhutang budi dengan mereka sampai mati. Mereka akan sentiasa berada di fikiran aku ketika aku menadah tangan memohon doa.



Apa-apapun,
doakan aku 'ada' minggu depan untuk terbitkan post sempena Hari Raya Aidilfitri.



Sekian.




  




.

May 22, 2019

Kisah Mata: 13 Hari Nanti.


Salam.




Sebelum ini:
Kisah Mata: 16 Hari.
Kisah Mata: 11 Haribulan.
Kisah Mata: 14 Hari Lagi.


Pada 23 Mac lepas,
tuba-tiba pandangan mata aku menjadi kabur. Imej menjadi berganda. Tidur semalaman tidak menghilangkannya.
Beberapa hari kemudian, aku ke klinik mata sebuah hospital universiti untuk diperiksa.

Aku disahkan mengalami satu keadaan dipanggil 'subluxated lens', di mana kanta di dalam bola mata aku 'jatuh' mengakibatkan imej menjadi berganda.

Hanya pembedahan mata boleh membaikinya.


14 Mei.

Tarikh ini sepatutnya menjadi hari di mana aku dibedah, namun disebabkan beberapa masalah teknikal hospital, terpaksa ditangguh ke 28 Mei. Bermakna aku terpaksa menahan 13 hari lagi untuk segala kesengsaraan yang sedang aku alami.


Seseorang bertanya,
"Apa sebenarnya yang kau alami bila kanta mata 'jatuh'?"

Aku tahu ini bukannya satu sakit kronik, malah langsung tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana sakit yang biasa kita dengar. Namun aku dapat pastikan, sakit ini bukan sahaja beri kesan fizikal kepada aku (imej pandangan menjadi berganda), namun turut juga memberikan kesan psikologi yang tidak dapat aku gambarkan secara lahiriah.


Bayangkan,
perasaan apabila kita baru sahaja keluar daripada kolam renang di mana masih terdapat sisa air kolam yang berada di dalam mata. Pada ketika saat air bergenang itu, pandangan mata menjadi berganda dan bertindih, namun sejurus selepas kita pejamkan mata, dikerdipkan berberapa kali, mata pandangan mata menjadi normal...

...kecuali dalam kes aku, berapa banyak kali dikerdipkan pun mata ini, ia tetap sebegitu.


Bayangkan,
perasaan apabila kita cuba pakai cermin mata berkanta milik orang lain yang kuasa kantanya lebih tinggi. Pada saat kita memakainya, serta merta kita diserang sakit kepala, namun sejurus selepas kita tanggalkannya, sakit kepala itu hilang dan menjadi normal...

...kecuali dalam kes aku, sakit kepala itu menyerang sepanjang masa dan hanya beransur sedikit hilang ketika tidur di malam hari, namun akan kembali di saat aku bangun daripada tidur.


Bayangkan,
ketika memandu malam tiba-tiba disuluh lampu hidrogen, lampu putih daripada sebuah kereta yang berada bertentangan, serta merta mata menjadi silau dan pedih, namun sejurus selepas lampu itu pergi kita menjadi normal...

...kecuali dalam kes aku, silau dan pedih itu tidak hilang malam berpanjangan, dan semakin teruk apabila cahaya yang dilihat itu adalah cahaya buatan daripada lampu, skrin komputer, mahupun skrin telefon bimbit.


Dan semua ini aku tanggung sejak dari tarikh 23 Mac sehinggalah ke hari ini, hampir dua bulan lengkap.

Ya,
sakit aku bukanlah sakit kronik, bukanlah kritikal, malah ia umpama kita tercucuk jarum sahaja berbanding sakit-sakit kronik yang lain...

...cuma bayangkan kita dicucuk jarum secara perlahan-lahan dan semakin lama semakin dalam selama dua bulan, dan tiada ubat diberikan untuk menanggung sakit 'kecil' ini untuk jangka masa tersebut.

Begitulah bagaimana ia berbekas di dalam kepala aku.
Malah, aku tidak boleh langsung menangis untuk menahan segala sengsara ini.

Dan aku berharap segalanya akan tamat pada 13 hari nanti.



Normal, pada aku, sudah semakin jauh.



Seterusnya: Kisah Mata: Hari Kosong.




  




.

May 8, 2019

Kisah Mata: 14 Hari Lagi.

Salam.




Sebelum ini:
Kisah Mata: 16 Hari.
Kisah Mata: 11 Haribulan.


29 April.

Hari ini adalah hari penilaian pra-pembedahan, namun aku masih tiada sebarang perkembangan berkenaan pencarian dana pembedahan. Aku ada fikir beberapa jalan, namun kesemua jalan itu mustahil untuk diselesaikan dalam masa 14 hari ini.

Ya.
Semasa perbincangan dengan doktor pakar yang mengendalikan kes aku, tarikh pembedahan sudah ditetapkan pada 14 Mei, bermakna aku akan masuk ke wad pada hari sebelumnya, 13 Mei.

Amat susah untuk berlakon normal sedangkan penglihatan mata aku sangat jauh daripada normal. Imej berganda membuatkan kepala aku berada di keadaan pening hampir sepanjang masa. Satu-satunya waktu di mana aku 'bebas' pening adalah sewaktu tidur, dan apabila aku buka mata kembali di awal hari, pening datang bersarang kembali.

Pening dengan penglihatan. Pening dengan kos pembedahan.

Tentang kos pembedahan, satu-satunya jalan yang aku fikir adalah dengan meminjam dahulu daripada sesiapa dan kemudian membayarnya kembali dalam satu tempoh masa yang lebih panjang.

Pinjam.
Walaupun semudah 6 huruf satu perkataan, namun susah untuk dilaksanakan.

Atas sebab-sebab peribadi, aku tidak boleh meminjam daripada keluarga.
Ia berkaitan aib, maka aku harap tiada siapa akan bertanya.

Malangnya,
aku juga tiada insuran kesihatan yang boleh diharap.
Memang niat untuk memiliki insuran kesihatan dalam masa terdekat, tetapi perkara ini berlaku dahulu sebelum aku sempat merancang.

Meminjam dari pihak ketiga adalah satu cara yang aku nampak.

Namun, musim perayaan yang baru tiba ini membuatkan pinjaman langsung tidak menjadi lebih mudah. Kenapa mereka perlu risaukan aku sedangkan mereka ada diri sendiri untuk dirisaukan.

It's hard. It's really hard.


6 Mei.

Satu panggilan mengubah keadaan.

"Kami terpaksa tunda tarikh pembedahan kepada 28hb Mei kerana ketiadaan doktor bius pada tarikh 14hb."

Aku tidak pasti ini berita baik atau sebaliknya.
Tunda 14 hari bermakna aku ada lebih masa untuk cari dana.
Namun, itu juga bermakna aku terpaksa hidup dalam penderitaan untuk tambahan 14 hari lagi.
14 hari adalah satu tempoh yang panjang untuk menderita.



Aku takut aku tak mampu...



Seterusnya: Kisah Mata: 13 Hari Nanti.




  




.

May 1, 2019

Kisah Mata: 11 Haribulan.


Salam.




Sebelum ini: Kisah Mata: 16 Hari.


11 April.

Seperti yang aku jangka, aku tidak mampu menyediakan X-ribu kos pembedahan sebelum tarikh 11 April. Aku pergi temujanji dengan rancangan mahu menangguh pembedahan, namun 16 hari hidup dengan pandangan mata berganda sebegini amat menyeksakan.

Aku terpaksa menahan pening kepala yang berpanjangan kerana pandangan mata berganda membuatkan otak aku keliru. Aku pening hampir sepanjang waktu. Tidur juga tidak selesa kerana dapat rasa kanta mata yang 'terjatuh' itu seperti bergerak-gerak di dalam mata tidak dipegang.

Penglihatan berganda membuatkan aku tidak boleh memandu dan menunggang motosikal dengan selamat, namun disebabkan hanya aku sahaja (di kalangan orang keliling aku dan keluarga) yang tahu, aku 'berlakon' untuk terus hidup seperti biasa.

Jika kita ada sesuatu yang indah untuk dilihat, baik sama ada wajah yang tersayang, pemandangan, ataupun lukisan kegemaran, mesti kita fikir dapat melihat sesuatu itu secara berganda adalah menyenangkan, TAPI ITU SILAP.

Melihat wajah orang yang tersayang secara berganda adalah sangat menakutkan dan menyeramkan. 24 jam sehari aku majoritinya adalah kegelapan kerana aku lebih banyak pejam mata. Kerana jika aku buka mata, imej yang aku dapat adalah berganda dan membebankan otak aku.

Dan aku terpaksa hidup dalam keadaan ini selama sudah 16 hari.

Hanya 16 hari, namun berat badan aku menurun banyak dan wajah aku jelas menunjukkan aku terganggu.

Aku amat mahu menjalankan pembedahan secepat mungkin, namun satu-satunya perkara yang menghalang sekarang adalah kewangan. Aku tidak mampu menyediakan X-ribu dalam masa sesingkat 16 hari.



Setelah diteliti doktor pakar, keadaan mata aku dikenali sebagai 'subluxated intraocular lens' dan keadaan aku sebenarnya lebih teruk daripada apa yang doktor sebelum ini bayangkan.

Kanta mata aku dikatakan 'tidak dipegang' dan mendatangkan risiko kebocoran cecair mata ke tempat yang tidak septutnya. Dengan kata lain, adalah dinasihatkan bahawa aku perlu dibedah secepat mungkin sebelum mudarat lebih teruk tidak berlaku.

Tarikh pembedahan diputuskan pada tengah bulan Mei nanti. Tarikhnya dipanjangkan walaupun dikatakan perlu disegerakan kerana terdapat peperiksaan akhir untuk pelajar perubatan (klinik mata ini berada di dalam hospital mengajar, a teaching hospital).

Bermakna, aku ada lebih kurang tambahan sebulan lagi untuk menyediakan kos pembedahan itu.

Pada aku, itu mungkin cukup masa untuk aku.



Tapi aku gembira terlalu awal.

Disebabkan keadaan mata aku lebih teruk daripada yang mereka jangka sebelum ini, maka pembedahan ini menjadi lebih rumit dan memerlukan pelbagai alatan lain yang sebelum ini tidak termasuk di dalam perancangan.

Doktor pakar memberitahu kos pembedahan kini menjadi Y-ribu Ringgit, iaitu DUA KALI GANDA X-ribu Ringgit sebelum ini.

Temujanji seterusnya, merangkap penilaian pra-pembedahan (pre-operation assessment) ditetapkan pada 29 April.



Aku sudah tidak tahan memiliki penglihatan berganda.
Aku mahu semuanya diselesaikan segera.

Walaupun masa dipanjangkan, namun kos juga berganda.
Persoalannya, sempatkah aku?
Mampukah aku bertahan?
Atau sampai satu waktu aku sendiri yang tamatkannya?



Dugaan jenis apa lagi yang perlu aku hadapi sekarang ini...




Seterusnya: Kisah Mata: 14 Hari Lagi.




  




.

Apr 24, 2019

Kisah Mata: 16 Hari.




Salam.



*Hela nafas panjang*

Segalanya bermula (semula) pada tarikh 23 Mac lalu.

Sedang aku menunggang 'kuda putih' aku, tiba-tiba pandangan aku jadi kabur. Lebih mengejutkan, pandangan kabur itu hanya berpunca dari sebelah mata sahaja. Maka, dengan berbekalkan hanya sebelah mata satu lagi sahaja, aku perlahan-lahan menunggang pulang ke rumah.

Tiada siapa tahu. Aku pun tiada keinginan untuk memberitahu sesiapa.

Pada aku (ketika itu), mungkin ini berlaku kerana badan aku kepenatan, maklumlah, belakangan ini aku diduga dengan pelbagai ujian baik dari segi fizikal mahukan mental dan emosi.

Aku fikir, ini perkara biasa. Dengan tidur semalaman pandangan kabur ini akan hilang, dan aku akan kembali normal seperti biasa keesokan harinya.

Namun jauh sudut hati aku tahu, segala yang berlaku unilateral, yang berlaku sebelah badan, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap biasa. Tiada yang biasa pada unilateral.



Esoknya, 24 Mac.

Aku terjaga daripada tidur pagi. Pandangan mata aku sudah tidak kabur. Syukur Alhamdulillah.

Namun, sebelah mata yang semalamnya kabur, kini berada di dalam keadaan lain.

Kini, aku melihat imej berganda.
Mata aku yang semalamnya hanya kabur, kini memperlihatkan imej kedua.
Setiap yang aku pandang akan kelihatan berganda.

Imej kedua itu berada condong di tenggara imej sebenar.
Dan hal ini hanya berlaku pada mata yang semalamnya kabur.
Mata satu lagi masih normal seperti biasa.

Pada waktu ini, aku sedar.
Ini bukan lagi perkara biasa.

Atas nasihat kawan yang juga merupakan seorang doktor,
pada 26 Mac aku ke klinik mata di mana pernah aku dapatkan rawatan satu ketika dahulu.



Di klinik mata, keadaan mata aku ini menarik minat ramai doktor lain. Ini tidak mengejutkan kerana klinik mata ini terletak di dalam hospital yang mengajar, a teaching hospital.

Doktor yang diagnos aku tidak yakin sepenuhnya dengan apa yang berlaku dan terpaksa meminta bantuan daripada doktor-doktor yang lain. Mulut mereka ligat dengan pelbagai jargon perubatan yang bertukar. Kerana aku bekas pelajar Biologi, maka (walaupun tidak semua) aku dapat faham sedikit sebanyak apa yang sedang mereka bincangkan.

Akhirnya, selepas berkali-kali pemeriksaan, mereka datang dengan satu kesimpulan.

Kanta mata aku dikatakan 'jatuh' dari tempatnya mengakibatkan pandangan mata aku jadi 'dua'. Hanya pembedahan boleh membaikinya.

Apabila ditanya berapa kos pembedahan, doktor itu tidak dapat beritahu secara tepat, namun menasihatkan aku supaya menyediakan dalam tangan sebanyak RM X-ribu.

Temujanji seterusnya bersama doktor pakar mata ditetapkan pada 11 April dan tarikh pembedahan akan ditentukan pada hari tersebut, kemungkinan dua tiga hari selepas itu.

Dengan kata lain, aku perlu sediakan RM X-ribu tersebut dalam masa lebih kurang 16 hari.



Apa yang semua orang tidak tahu ialah
beberapa minggu sebelum ini aku terpaksa berhabis semua simpanan kerana terdapat satu hal kecemasan yang mendesak. Maka, aku sudah tiada apa sekarang, dan ditambah lagi perlu mencari X-ribu dalam masa beberapa hari sahaja.



Dugaan jenis apa lagi yang perlu aku hadapi sekarang ini...



Seterusnya: Kisah Mata: 11 Haribulan.




  




.

May 24, 2017

Pengembaraan cEro ke Kedai Buku.



Salam.

Mahukah kalian sertai aku dalam pengembaraan yang...hm...biasa?


========================= ============

Biasanya bila sebut perkataan 'pengembaraan' mesti terfikir sesuatu yang mencabar dan penuh rintangan, kan?
Daki bukit, terjun gaung, panjat tali, turun cerun.

Tapi sebenarnya, kan, tidak kira apa yang berlaku,
sama ada penuh cabaran, atau biasa, atau rutin, atau membosankan,
kalau kita perhati betul-betul,
ada 'cabaran'nya sendiri.

Pendek kata, semua perkara adalah pengembaraan.

Komik di atas tadi merupakan
satu lagi komik yang aku lukis tidak ikut format biasa.
Format biasa aku biasanya guna nisbah 12:9 untuk satu panel,
tapi komik ini nisbah dia 1:1, which is sesuai untuk media sosial.
Nisbah 12:9 sesuai dengan lebar blog aku sebab pembaca senang baca sambil skrol.

Mula-mula aku nak guna nisbah emas (golden ratio = 1.618) untuk panel komik
tapi nisbah tu tidak kena dengan lebar blog aku
sebab mungkin lebar blog ini pada mulanya sudah lari dari golden ratio.
Jadi dengan beberapa eksperimen, aku dapati 12:9 sangat sesuai dengan blog aku.
Itulah format panel yang aku pakai untuk kebanyakan komik aku di sini.

Orang kata,
karya seni yang cantik selalunya mengikuti nisbah emas 1.618,
tapi saya tidak perlukan pembaris untuk ukur wajah cantik awak sebab sekali pandang sudah tahu nisbahnya tepat dengan nisbah emas.
#PickuplineFail #BroCuba

Ok.
Jauh dah merepek dari pengembaraan ke pickupline.
Must. End. This. Quickly.

Jadi,
siapa lagi macam aku,
masuk kedai buku nak beli komik tapi meratap kesedihan sebab harganya ya ampuuuunn mahal bangat?
Siapa juga ada hobi suka masuk kedai buku sekadar baca tajuk buku yang tersusun di rak tanpa niat mahu membeli macam aku?
Kedai buku apa kedai kegemaran kalian?

Banyak ni soalan, jangan kata tak tahu nak komen apa pula nanti ;p




.

Oct 6, 2013

"Sudikah Awak Jadi Mangsa Rogol Saya?"

The Misadventure of cEro.

Jadi kalian bertanya "what's up"?
This is up.



Ceritanya bermula pada suatu pagi.
Walaupun selalunya aku akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan si kuda putih (dibaca: motosikal), namun kadang kala, menginginkan perasaan berkomuniti, aku akan menggunakan pengangkutan awam sekali sekala.
Kali ini, aku naik KTM Komuter.

Dipendekkan cerita,
pergi selamat, selesai urusan, aku pun terus pulang.
Normalnya, aku akan singgah mana-mana shopping complex hanya bertujuan memburu komik-komik baru terbit.
Tapi kali ini, aku di luar normal. Aku terus mahu balik.

Bermula di stesen KL Sentral, semasa mahu menuruni eskalator,
aku dilanggar di bahu oleh seorang gadis.
Penampilan tipikal seorang pelajar IPT, walaupun aku yang dilanggarnya, tapi tiada kata maaf bergema.
Tak kisahlah, maaf bukan boleh ubah dunia.
Tapi satu jelingan yang aku terima. Untuk apa, aku tak pasti.
Jadi, aku biarkan.

Kemudian, aku menunggu di platform 6.
Tidak komuterlah kalau tidak lewat, maka platform semakin dipenuhi manusia.
Separuh lebih suka berdiri, yang lain mencari kerusi.
Aku hanya bersandar di tepi.

Dalam hati aku mencaci maki sistem yang tidak pernah berubah.
Masih berbangga dengan koc merah jambu mereka, aku masih beranggapan itu semua tiada makna apa-apa apabila yang sepatutnya merah jambu pun datang menunggu di bahagian bukan merah jambu.
Kemudahan disediakan, tapi tidak digunakan.

Salah seorang yang sedang menunggu bersama ialah si gadis pelanggar bahu aku tadi.
Dari jauh aku lihat, muka kelat.
Sama ada baru lepas bertikam lidah dengan kekasih, atau sedang dalam 5 hari awal daripada 28 hari kitaran.
Aku hanya tersenyum senget sambil menghembus nafas deras.



Janji komuter. Katanya lagi 5 minit, 15 minit baru tiba.
Tapi tak apa, alhamdulillah.
Asalkan ianya tiba.
Tren baru dengan 6 gerabak muncul.
Koc merah jambu dua di tengah, menjadikan koc untuk si teruna berada di dua hujung depan dan belakang tren.
Kenalah menapak hanya untuk mengelak koc tengah.
Asalkan dapat masuk ke dalam gerabak, aku tidak kisah berapa ribu langkah perlu menapak.

Dalam gerabak komuter yang separa penuh dengan orang,
aku meninjau penghuni yang memenuhinya.
Jauh di sudut sana, tak lain tak bukan, si gadis muka kelat tadi.
Dengan telefon bimbit di tangan tergantungnya strap beruang panda, dipicit-picitnya berkali-kali.
Trick biasa manusia dalam pengangkutan awam, membelek-belek telefon bimbit tanpa tujuan.
Mungkin janggal untuk menatap wajah orang asing yang berdepanan.
Tak kisahlah, bukannya penyakit pun kalau asyik ditatapnya skrin kecil di tangan.

20 minit dalam gerabak, akhirnya sampai ke destinasi.
Pintu berbunyi dan terbuka.
Aku melangkah keluar bersama beberapa manusia yang lain.
Masing-masing berpusu-pusu menuju ke pintu keluar umpama sanalah garisan penamat kemenangan.
Siapa cepat dia menang.
Yang belakang sila bertenang.

Beri kad kepada staf sedangkan mesin keluar tidak beroperasi.
Berkali-kali aku mencemuh sistem yang tidak efesien ini.
Mungkin mahu menjauhkan kebergantungan kepada mesin barangkali?
Mungkin mahu meningkatkan jumlah tenaga kerja manusia bagi membanyakkan peluang pekerjaan barangkali?
Tapi sampai bila sistem sebegini perlu dikekalkan?
Apakah penyelesaian? Apakah tindakan?
Ahhh! Aku tak peduli semua itu.

Menapak menuju ke rumah, aku bukan berseorangan.
Ada tiga empat orang di depan dan di belakang aku menuju ke arah yang sama.
Namun, bilangannya berkurangan berkadar songsang dengan jarak yang dilalui.
Sehingga ke kawasan yang agak terpencil, kini hanya berdua.
Aku dan seorang lagi di hadapan.

Gelap? Tidak. Suram? Ya.
Takut? Mungkin.
Aku lebih takutkan ancaman jasad berfizikal daripada jasad tiada bentuk.
Lagipun siang. Tipikal, mana nak ada ancaman supernatural waktu sebegini.

Tiba-tiba, teman tidak seperjuangan aku di hadapan menghentikan langkah.
Jarak kami 10 meter, dalam masa kurang 10 saat, aku akan melepasinya.
Siapa dia? Cuba teka.
Tak lain tak bukan, si gadis penatap setia skrin telefon bimbit.

Pada jarak kami hanyalah lingkup julat hidu,
si gadis itu berpaling memandang aku, tajam.
Langkah aku pun terhenti.



"Awak ikut saya?"
Soalan apakah itu? Kening aku terjongket sebelah mendengarnya.

"Dari KL Sentral awak ikut saya, kan?"
Muka si gadis itu - 'contempt'
Terlebih tonton Lie To Me, muka macam ni memang selalu aku nampak pada orang sekitar aku.

"Kalau awak cuba nak lakukan sesuatu tak baik pada saya, baik awak lupakan.
Saya ada karate. Saya boleh jatuhkan awak satu saat selepas awak melangkah ke depan."
Minah ni terlebih defensif. Paling tidak, bagilah aku peluang keluarkan suara.

"Jangan dekat. Jangan dekat."
Dia mengangkat kedua-dua belah penumbuknya, kononnya bersedia untuk menyerang.
Aku? As much as aku enjoy tengok kelakuan gelabah dia, aku pun kena lakukan sesuatu memberitahu keadaan sebenar.

Setelah dia diam dan bersedia,
aku menghembuskan nafas panjang sambil tersenyum.

"Maafkan saya,
tapi kalau memang betul saya ada niat nak buat tak baik dekat awak,
saya rasa awak sepatutnya dah tak berpakaian dah sekarang.
The fact that awak masih berpakaian menunjukkan saya tidak berminat.
Lagipun, memang dah lama sangat saya tak merogol orang.
Tapi, kalau awak nak, saya tak kisah.
Sudikah awak jadi mangsa rogol saya?"

Mata terbeliak, kali ni muka dia 'surprise',
typical one of the six primary emotions classified by Paul Ekman.

Tanpa berkata apa-apa, dia berpusing dan memulakan langkah pergi.
Langkahnya kelihatan makin laju, dan akhirnya setaraf berlari anak.
Aku biarkan sahaja. Biarlah jarak selamat dia dari aku melebihi 100 meter.
Lagipun, aku mahu ke arah yang sama.
Tak pasal-pasal nanti kena serang dengan batang kayu pula.

Selepas seketika, aku memulakan langkah semula.
Selepas satu dua langkah, aku perasan sesuatu di atas lantai tanah.
Handphone strap dengan keychain panda.
Aku yakin itu gadis tadi punya. Tercicir semasa sibuk memperkemas tumbukan barangkali.

Aku kutip. Aku fikir.
"Mungkinkah ini permulaan kepada sebuah cerita?"





Tidak.
Aku campak strap itu ke tanah.
Aku pasti, tiada cerita.




Oct 7, 2012

The Insignificant Misadventure of cEro with his Phone.



Kalian tahu apa yang aku buat baru-baru ni?
Mengisytiharkan satu musuh ketat.





Tolonglah.
Tak sampai setahun aku pakai henset ni.
Dah start buat hal.
Teknologi sekarang memang hampeh!
Nokia 3310 dulu sangat lasak, boleh buat baling anjing lagi.

Macammana laa aku nak capai Misi 3112 aku ni?
Banyak betul dugaan...



.

Dec 9, 2010

The Misadventure of cEro in Train

dua-tujuh-lima


"Cis! Mana satu ni?? Mana satu ni??"




Disebabkan Elisa kesayangan intan payung anja aku tu tengah injured kat parking, aku terpaksa berkaki je nak ke mana pon.

Huh! Nak pinjam kete abang dan kakak aku?
Bila sebut je perkataan 'pinjam' kat dalam rumah, rumah automatik sunyi berbunyi cengkerik. Kedekut betul.

Maka, untuk perjalanan yang jauh, aku apa lagas, guna kemudahan awam laa..

Ke tempat yang hendak dituju memerlukan aku menaiki KTM Komuter dengan LRT Rapid KL Putra.

Dalam hati agak teruja,
WAH!! Dah lama tak naik Komuter!!
Dulu ni je laa kenderaan aku..
Rindu nak dengar bunyi 'teet teet teet' masa pintu nak tutup.

Dari stesen Bandar Tasik Selatan, aku tenung jadual.
9.28 pagi. Oh! Sekarang 9.15 pagi.
Aku ada masa lagi. OK!
Walaupun dalam wallet ada kad Touch 'n Go,
tapi aku berjiwa rakyat, pergi beratur beli tiket!
Perghh!!! Nostalgik habes beli tiket,
dah lama dah tak beratur macam ni..
Menitis airmata aku tahan syahdu.

Dah beli tiket, lepak kat platform,
neves ni, ada 2-3 minit lagi..
Eksaited gile tunggu tren nih...












Tahi lembu!
Dah 9.49 pagi, tren pukul 9.28 tadi pon tak sampai lagi.
Dari platform ada beberapa orang je boleh kira dengan jari kaki,
sampai laa penuh habes tak nampak tanah dah penuh dengan orang!
Inilah kelemahan utama Komuter!
'SANGAT' tepati masa!


Bla bla bla bla bla..
Dah petang, selesai urusan...
Aku kena balik!!



Dari tempat berlepas aku kena naik LRT Putra, Taman Melati.
Sebab stesen tu dah hujung-hujung, maka yang naik pun beberapa kerat je.
Banyak tempat duduk kosong, sorang boleh amik 8 seat.

Tapi beberapa stesen kemudian, bila dah masuk area Ampang Park,
tren dah mula penuh!
Klimaksnya di KLCC.
Macam sardin.
Dah laa tren pun kaler merah.
Memang sardin habes!!

Aku sedang duduk.
Sedang berdiri berdekatan kiri ada seorang bapa sedang bersusah payah dukung anak kecil yang tak selesa berhimpit.
Tapi di sebelah kanan pula berdiri seorang perempuan separuh abad tengah gosok-gosok pinggang, lenguh gamaknya.

Aku dilema, naluri 'baik' aku kata suruh berdiri kasi tempat kepada yang memerlukan.
Tapi kalau nak bagi pun, siapa??
Kalau aku bagi kat bapa dukung anak tu, kang makcik tua ni kata ape pulak.
Kalau bagi kat makcik tu pulak, bapak tu nampak memerlukan.

"Cis! Mana satu ni?? Mana satu ni??"

Akhirnya, aku berkeputusan untuk bangun keluar dari tren pada stesen seterusnya, Kampung Baru.
Pasal tempat kosong tu, korang rebut laa sendiri, malas aku nak offer kat sape-sape..

Pada waktu tu, aku rasa itu keputusan terbaik dalam keadaan begitu.
Itulah satu kelemahan LRT Putra, seat kurang!




Aku akhiri perjalanan pulang ke rumah aku dengan KTM Komuter lagi, dari KL Sentral.
Waktu petang memang haram! PENUH!
Tang penuh aku tak kisah, aku laki boleh redah!
Tapi aku sangat kisah tang KOC WANITA!



Wahai wanita sekalian,
yang berkeluarga, keluar dengan suami dan famili AKU FAHAM!
Yang berpasangan, awek-pakwe couple of the year pon AKU FAHAM!
Yang keluar ramai-ramai dengan kawan lelaki perempaun pon AKU FAHAM!
Tapi yang aku tak faham ialah,
yang perempuan keluar seorang, balik kerja seorang, yang memang seorang PUN nak naik koc campur apasal??

Satu tren biasa Komuter ada 3 gerabak.
Yang tengah dikhususkan sebagai Koc Wanita, wanita sahaja sepanjang masa.
Ini meletakkan lelaki hanya mendapat 2/3 peluang sahaja memasuki gerabak.

Yang bestnya, KOC WANITA LENGANG!
Koc campur pulak PADAT MACAM MILO FUZE!
Pastu berhimpit-himpit segala bagai, kena tolak tau pulak marah.
Dah korang tak masuk koc wanita tu apasal??
Nak kena raba sangat?
Meh sini aku raba..
Raba raba raba raba raba!!!!

Ehemm, sori!!
Emo sekejap..
Bukan ape, aku kena tuduh meraba dalam tren sardin tu.
Bangang punya pompuan depan aku tu,
dah tren penuh, dia nak aku bagi ruang kat dia lagi.
Tangan aku masuk dalam poket kot, kena tuduh gak!
Ko ingat aku selera nak raba ko??
Ish, geram!! Kalau ada pisau, aku siat muka ko macam kupas kulit epal hijau.
GERAM!


Sekian,
the misadventure of cEro in Train [new year edition]

postquam-scriptum:
Aku balik rumah, aku termenung panjang.
Muka aku muka peraba dalam train ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License