Jadi kalian bertanya "what's up"?
This is up.
Ceritanya bermula pada suatu pagi.
Walaupun selalunya aku akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan si kuda putih (dibaca: motosikal), namun kadang kala, menginginkan perasaan berkomuniti, aku akan menggunakan pengangkutan awam sekali sekala.
Kali ini, aku naik KTM Komuter.
Dipendekkan cerita,
pergi selamat, selesai urusan, aku pun terus pulang.
Normalnya, aku akan singgah mana-mana shopping complex hanya bertujuan memburu komik-komik baru terbit.
Tapi kali ini, aku di luar normal. Aku terus mahu balik.
Bermula di stesen KL Sentral, semasa mahu menuruni eskalator,
aku dilanggar di bahu oleh seorang gadis.
Penampilan tipikal seorang pelajar IPT, walaupun aku yang dilanggarnya, tapi tiada kata maaf bergema.
Tak kisahlah, maaf bukan boleh ubah dunia.
Tapi satu jelingan yang aku terima. Untuk apa, aku tak pasti.
Jadi, aku biarkan.
Kemudian, aku menunggu di platform 6.
Tidak komuterlah kalau tidak lewat, maka platform semakin dipenuhi manusia.
Separuh lebih suka berdiri, yang lain mencari kerusi.
Aku hanya bersandar di tepi.
Dalam hati aku mencaci maki sistem yang tidak pernah berubah.
Masih berbangga dengan koc merah jambu mereka, aku masih beranggapan itu semua tiada makna apa-apa apabila yang sepatutnya merah jambu pun datang menunggu di bahagian bukan merah jambu.
Kemudahan disediakan, tapi tidak digunakan.
Salah seorang yang sedang menunggu bersama ialah si gadis pelanggar bahu aku tadi.
Dari jauh aku lihat, muka kelat.
Sama ada baru lepas bertikam lidah dengan kekasih, atau sedang dalam 5 hari awal daripada 28 hari kitaran.
Aku hanya tersenyum senget sambil menghembus nafas deras.
Janji komuter. Katanya lagi 5 minit, 15 minit baru tiba.
Tapi tak apa, alhamdulillah.
Asalkan ianya tiba.
Tren baru dengan 6 gerabak muncul.
Koc merah jambu dua di tengah, menjadikan koc untuk si teruna berada di dua hujung depan dan belakang tren.
Kenalah menapak hanya untuk mengelak koc tengah.
Asalkan dapat masuk ke dalam gerabak, aku tidak kisah berapa ribu langkah perlu menapak.
Dalam gerabak komuter yang separa penuh dengan orang,
aku meninjau penghuni yang memenuhinya.
Jauh di sudut sana, tak lain tak bukan, si gadis muka kelat tadi.
Dengan telefon bimbit di tangan tergantungnya strap beruang panda, dipicit-picitnya berkali-kali.
Trick biasa manusia dalam pengangkutan awam, membelek-belek telefon bimbit tanpa tujuan.
Mungkin janggal untuk menatap wajah orang asing yang berdepanan.
Tak kisahlah, bukannya penyakit pun kalau asyik ditatapnya skrin kecil di tangan.
20 minit dalam gerabak, akhirnya sampai ke destinasi.
Pintu berbunyi dan terbuka.
Aku melangkah keluar bersama beberapa manusia yang lain.
Masing-masing berpusu-pusu menuju ke pintu keluar umpama sanalah garisan penamat kemenangan.
Siapa cepat dia menang.
Yang belakang sila bertenang.
Beri kad kepada staf sedangkan mesin keluar tidak beroperasi.
Berkali-kali aku mencemuh sistem yang tidak efesien ini.
Mungkin mahu menjauhkan kebergantungan kepada mesin barangkali?
Mungkin mahu meningkatkan jumlah tenaga kerja manusia bagi membanyakkan peluang pekerjaan barangkali?
Tapi sampai bila sistem sebegini perlu dikekalkan?
Apakah penyelesaian? Apakah tindakan?
Ahhh! Aku tak peduli semua itu.
Menapak menuju ke rumah, aku bukan berseorangan.
Ada tiga empat orang di depan dan di belakang aku menuju ke arah yang sama.
Namun, bilangannya berkurangan berkadar songsang dengan jarak yang dilalui.
Sehingga ke kawasan yang agak terpencil, kini hanya berdua.
Aku dan seorang lagi di hadapan.
Gelap? Tidak. Suram? Ya.
Takut? Mungkin.
Aku lebih takutkan ancaman jasad berfizikal daripada jasad tiada bentuk.
Lagipun siang. Tipikal, mana nak ada ancaman supernatural waktu sebegini.
Tiba-tiba, teman tidak seperjuangan aku di hadapan menghentikan langkah.
Jarak kami 10 meter, dalam masa kurang 10 saat, aku akan melepasinya.
Siapa dia? Cuba teka.
Tak lain tak bukan, si gadis penatap setia skrin telefon bimbit.
Pada jarak kami hanyalah lingkup julat hidu,
si gadis itu berpaling memandang aku, tajam.
Langkah aku pun terhenti.
"Awak ikut saya?"
Soalan apakah itu? Kening aku terjongket sebelah mendengarnya.
"Dari KL Sentral awak ikut saya, kan?"
Muka si gadis itu - 'contempt'
Terlebih tonton Lie To Me, muka macam ni memang selalu aku nampak pada orang sekitar aku.
"Kalau awak cuba nak lakukan sesuatu tak baik pada saya, baik awak lupakan.
Saya ada karate. Saya boleh jatuhkan awak satu saat selepas awak melangkah ke depan."
Minah ni terlebih defensif. Paling tidak, bagilah aku peluang keluarkan suara.
"Jangan dekat. Jangan dekat."
Dia mengangkat kedua-dua belah penumbuknya, kononnya bersedia untuk menyerang.
Aku? As much as aku enjoy tengok kelakuan gelabah dia, aku pun kena lakukan sesuatu memberitahu keadaan sebenar.
Setelah dia diam dan bersedia,
aku menghembuskan nafas panjang sambil tersenyum.
"Maafkan saya,
tapi kalau memang betul saya ada niat nak buat tak baik dekat awak,
saya rasa awak sepatutnya dah tak berpakaian dah sekarang.
The fact that awak masih berpakaian menunjukkan saya tidak berminat.
Lagipun, memang dah lama sangat saya tak merogol orang.
Tapi, kalau awak nak, saya tak kisah.
Sudikah awak jadi mangsa rogol saya?"
Mata terbeliak, kali ni muka dia 'surprise',
typical one of the six primary emotions classified by Paul Ekman.
Tanpa berkata apa-apa, dia berpusing dan memulakan langkah pergi.
Langkahnya kelihatan makin laju, dan akhirnya setaraf berlari anak.
Aku biarkan sahaja. Biarlah jarak selamat dia dari aku melebihi 100 meter.
Lagipun, aku mahu ke arah yang sama.
Tak pasal-pasal nanti kena serang dengan batang kayu pula.
Selepas seketika, aku memulakan langkah semula.
Selepas satu dua langkah, aku perasan sesuatu di atas lantai tanah.
Handphone strap dengan keychain panda.
Aku yakin itu gadis tadi punya. Tercicir semasa sibuk memperkemas tumbukan barangkali.
Aku kutip. Aku fikir.
"Mungkinkah ini permulaan kepada sebuah cerita?"
Tidak.
Aku campak strap itu ke tanah.
Aku pasti, tiada cerita.
hahaha adoii awat hang tak amek je keychain tuu? simpan buat kenangan pahit :P
ReplyDelete@Neekisy AR
Deletesatu sbb aku tak amik simpan keychain tu sbb aku dah belambak keychain dkat rumah, tak tau nak simpan mana dah...hahaha
Cis. Ingat ka ada kesinambungan cerita. Hahahah!!
ReplyDelete@AdilaKaman
DeleteTak ada. Kemungkinan nk bertemu balik dgn org tu agak rendah tahap mustahil kot...hehehe
mak oii cero, mcm plot dlm movie... pasni tengok la mesti ada mana2 pengarah tempatan masukkan scene ni dlm filem dia... hahah ^^
ReplyDelete@plain83
Deletehmmmm...apa kata aku sendiri yg buat movie sendiri...hehehe
sure hit (berangan!)
Sori, br smpat bc stlh seharian bertugas utk konvo. Alahai cero cmnela bole kena cop perogol ni. Bad hair day ke hr tu? Kesian ... tp kesian lg awek tu penat terperasan.
ReplyDelete@fISZ
Deleteeveryday is my bad hair day. Hahaha..
Tp sebenarnya disalahsangka nak buat jahat mmg selaku kena, cuma kali ni ada org yg berani nak sound. Redha je laa..hehehe
LOL!!!!
ReplyDelete-kudozu
Hehe. LOL!
Deletebila baca part ni :
ReplyDelete"Mungkinkah ini permulaan kepada sebuah cerita?"
rasa macam eh.
sekali baca part bawah tu dan...
lols!
@nanadhoi
DeleteHehehe, sori sori..
sila jangan mengharap. Tak nak pun ada sambungan...hehehe
Drama..
ReplyDeletemungkin ni drama bersiri dengan tajuk "love u miss arrogant"? yang akan hadir nanti..
cero, aku harap ada sambungan cite ni..penyambung si gadis converse:)
@naza hada
Deletekalau ada mana2 pengarah nak buat drama, aku setuju.
Bab si gadis tu, err...aku pun harap ada penyambung...tapi...er...
bagus betul jawapan ko. haha
ReplyDelete@chirpy_chummy
Deletejawapan spontan sentiasa yg terbaik.
Nak berlapik-lapik takut melarat pulak...hehehe
This is actually a good story. Mcm drama weh. Bukan rekaan ke ni? lol.
ReplyDelete@WZulhilmi
Deletecerita betul yg didramatikkan sikit la. Fan service. Hahaha
wahahaha3 drama btol la hidup ko ni..aku x pnh kt kat org laki mcm tue sbb x nk malu sdiri..perasan...giler brani minah tue..mesti menahan malu sendiri...haha3 nice!
ReplyDelete@Miss Comot
Deletehehehe, hidup aku semuanya drama, cuma ada scene yg best n ada yg tak best...
pompuan tu mmg berani...dibuatnya aku mmg jahat dan berniat nak apa-apakan dia, baru dia tahu..
Tak baik buang sampah merata2. Baik pijak2 dulu (untuk kurangkan saiz) dan buang dalam tong sampah.
ReplyDelete