Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Leap Day. Show all posts
Showing posts with label Leap Day. Show all posts

Feb 29, 2016

Kosong Haribulan Mac.


Salam.
Happy Leap Day.
Nak tanya, 'leap day' dalam bahasa ialah hari lompat, kan?
Ataupun ada istilah BM lain untuk leap day?
Kita anggap je laa 'hari lompat' tu legit. Hahahahahahaha.





Yang mana sudah lebih empat tahun melayan blog aku ini mesti teringat aku pernah post entri yang lebih kurang sama, bercerita tentang tahun lompat pada empat tahun yang lalu.
Kalau rasa nak baca entri itu, kenalah usaha sikit mencari.
Aku tak akan tinggalkan link ke entri tersebut sebab aku suka effort.
Bukankah kegigihan sentiasa membuahkan hasil?

Hehehe.

Empat tahun adalah satu tempoh masa yang sesuai untuk menilai balik sesuatu.
Sebab itu kebanyakan acara sukan besar (seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia) berlangsung setiap empat tahun.
Satu penggal untuk presidensi Amerika Syarikat pun hanya empat tahun.
Aku nak bagi contoh Pilihanraya Umum Malaysia,
tapi kita semua tahu kerajaan masa kini suka drag tempoh jadi panjang.
Perkara yang patut berlaku setiap empat tahun mungkin hanya berlaku selepas 5 atau 6 tahun.

Mari kita jangan bercerita tentang politik, nanti SKMM block pula.



Jadi,
empat tahun adalah tempoh paling sesuai untuk menilai perkembangan diri.
Dan tarikh apa yang lebih sesuai selain dari hari lompat 29 Feb yang hanya ada setiap empat tahun, kan?

Mengenang balik,
empat tahun lalu aku masih lagi terkapai-kapai dalam dunia blog dan juga kehidupan.
Tiada apa yang berlaku 29 Februari 2012,
jadi aku tanam misi untuk menjadikan 29 Februari 2016 sebagai 'sesuatu'.
'Sesuatu' yang aku maksudkan mungkin pertukaran fasa dalam hidup.
Dalam ayat yang kurang dramatik, aku nak kahwin pada 29 Februari 2016.

Tapi jodoh itu rahsia milik Yang Maha Besar.

Rupanya, 'sesuatu' itu juga tidak berlaku pada 2016.
Aku masih lagi terkapai-kapai, sama macam pada tahun 2012.
Nak tunggu hari lompat seterusnya, iaitu pada tahun 2020,
aku tak rasa aku mampu. Terlalu jauh. Usia tak menunggu aku.

Kalau boleh sekarang juga aku nak kahwin.
Aku selalu bayangkan hari-hari aku mesti seronok kalau aku tak seorang diri.
Tapi kahwin bukan perkara main-main yang boleh dipandang mudah.
Aku bakal bertanggungjawab menjaga seseorang,
dan dia juga perlu tahan bersama aku yang...hmmm...how to put it nicely...like shit?
Aku tak mahu hubungan yang sia-sia.
Bina punya gah hanya untuk ego sendiri, itu aku tak mahu.
Aku mahu hubungan yang sentiasa melengkapi.
Tidak mungkin sempurna, tapi bersama dia aku akan jadi penuh.
Si dia yang memberi, dan juga membuatkan aku memberi.
Yang menerima, dan juga membuatkan aku menerima.

Wujudkah jodoh untuk aku di luar sana?
Itu satu rahsia yang bukan milik aku.

Tapi, hakikatnya sekarang,
kalau aku jadi perempuan, aku pun tak akan pilih aku sebagai suami.
Masih banyak lelaki ini perlu baiki.

Namun kita semua manusia.
Asalkan belum tiba ajal, kita semua ada peluang untuk menjadi lebih baik.
Better me, better you, better us.
Jangan jadikan 'jadi diri sendiri' sebagai alasan untuk jadi tahi.

Why be yourself if you can be better?

Aku berharap untuk empat tahun akan datang,
aku masih boleh berdiri tegak memandang depan dan tersenyum.
Dan di sisi kiri aku terdapat seorang srikandi, penyebab kepada senyuman aku tadi.
Dan kalau ada rezeki, tangan aku sedang mendukung tanda cinta dan kasih sayang kami.
Saham akhirat untuk kehidupan aku seterusnya.


Oooooookeeeeyyyy!
Cukup kot melayan perasaan.
Get up and take a step. Walk forward,
for the next 4 years!



Tahun 2020,
dulu aku bayangkan tahun 2020 akan ada kereta terbang.
Mana kereta terbang? Mana? MANA???






.

Feb 29, 2012

Aku Patut Kahwin Pada Tarikh 29 Februari








Salam,
(Fuuhh!!...Fuuhh!!...)
Berhabuk habis blog aku. Maaf.
Aku dah kontang alasan dah nak jawab bila soalan 'Bila nak update blog' ditanya.

Ok,
Aku ada satu masalah di mana aku suka kaitan sesuatu perkara dengan tarikh.
Seperti tarikh 29 Februari yang muncul hanya sekali setiap empat tahun.
Aku selalu berniat nak buat sesuatu yang spesial pada tarikh ini,
tapi selalunya berakhir dengan tiada apa-apa.
Hanya sekadar hari biasa yang sama seperti hari-hari yang lain.

Bagi yang tak tahu,
29 Februari hanya muncul setiap empat tahun
disebabkan bumi mengambil masa 365 1/4 hari untuk mengelilingi matahari.
Sebab payah sangat nak kira 1/4 hari tu,
jadi 1/4 tu dikumpulkan setiap 4 tahun menjadi satu hari dalam tahun lompat.
Maka, setiap tahun lompat ada 366 hari.
Cara nak tahu satu tahun itu tahun lompat ataupun tidak
ialah dengan mengambil dua digit terakhir tahun itu dan bahagikan kepada 4.
Kalau jawapannya tiada baki, maka tahun itu tahun lompat.
Sebagai contoh, tahun 2012.
12 boleh dibahagi 4 tanpa baki.
Maka 2012 adalah tahun lompat.


Ok,
perenggan di atas hanyalah maklumat trivia.
Kebanyakan orang dah tahu pun info tu.
Tapi pada yang tak tahu,
info tu sangat berkesan untuk dijadikan ayat pembuka bicara jika berjumpa dengan awek cun.

"Hai, tahukah awak Bumi berputar mengelilingi matahari selama 365 1/4 hari?
Sebab tu setiap 4 tahun ada satu hari extra."
Kesannya hanya ada dua;
sama ada awek tu buat muka kagum dengan kebijaksanaan korang,
atau awek tu buat muka takut sebab tetiba je korang nak jadi cikgu sains untuk dia.
Your choice.

Ok, bye.
Jumpa di entri seterusnya..
Entah berapa tahun cahaya lagi pun aku tak tahu.



postquam-scriptum:
'Tahun cahaya (light years) adalah unit untuk JARAK,
BUKAN untuk MASA.


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License