Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 29, 2012

Aku Patut Kahwin Pada Tarikh 29 Februari








Salam,
(Fuuhh!!...Fuuhh!!...)
Berhabuk habis blog aku. Maaf.
Aku dah kontang alasan dah nak jawab bila soalan 'Bila nak update blog' ditanya.

Ok,
Aku ada satu masalah di mana aku suka kaitan sesuatu perkara dengan tarikh.
Seperti tarikh 29 Februari yang muncul hanya sekali setiap empat tahun.
Aku selalu berniat nak buat sesuatu yang spesial pada tarikh ini,
tapi selalunya berakhir dengan tiada apa-apa.
Hanya sekadar hari biasa yang sama seperti hari-hari yang lain.

Bagi yang tak tahu,
29 Februari hanya muncul setiap empat tahun
disebabkan bumi mengambil masa 365 1/4 hari untuk mengelilingi matahari.
Sebab payah sangat nak kira 1/4 hari tu,
jadi 1/4 tu dikumpulkan setiap 4 tahun menjadi satu hari dalam tahun lompat.
Maka, setiap tahun lompat ada 366 hari.
Cara nak tahu satu tahun itu tahun lompat ataupun tidak
ialah dengan mengambil dua digit terakhir tahun itu dan bahagikan kepada 4.
Kalau jawapannya tiada baki, maka tahun itu tahun lompat.
Sebagai contoh, tahun 2012.
12 boleh dibahagi 4 tanpa baki.
Maka 2012 adalah tahun lompat.


Ok,
perenggan di atas hanyalah maklumat trivia.
Kebanyakan orang dah tahu pun info tu.
Tapi pada yang tak tahu,
info tu sangat berkesan untuk dijadikan ayat pembuka bicara jika berjumpa dengan awek cun.

"Hai, tahukah awak Bumi berputar mengelilingi matahari selama 365 1/4 hari?
Sebab tu setiap 4 tahun ada satu hari extra."
Kesannya hanya ada dua;
sama ada awek tu buat muka kagum dengan kebijaksanaan korang,
atau awek tu buat muka takut sebab tetiba je korang nak jadi cikgu sains untuk dia.
Your choice.

Ok, bye.
Jumpa di entri seterusnya..
Entah berapa tahun cahaya lagi pun aku tak tahu.



postquam-scriptum:
'Tahun cahaya (light years) adalah unit untuk JARAK,
BUKAN untuk MASA.


.


8 comments:

  1. entah laaa
    kaloi tak pernah ada hari special punn kekek biasa jerk laa

    ReplyDelete
  2. hahhahahahhahahahahhaa...4tahun sekali? ok aku bergaduh untuk harini..hari aku sangat tak awesome tahu! benci argggggg

    ReplyDelete
  3. Tetiba terfikir..entah dapat bertemu lagi 29 Februari yang akan datang atau tidak..

    ReplyDelete
  4. ada pro dan contra jugak sape2 yg lahir 29 april ni. :)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah semoga jumpa lagi slps 4 tahun nnt..^^

    ReplyDelete
  6. jumpa lagi selepas empat tahun.. koh koh koh

    ReplyDelete
  7. @nurkaloi
    kena adakan jugak..kalo tiap2 hari sama dan monotone, hidup boleh jadi boring oo..

    @Bukan Cinderella
    alaaa, perkara yg tak elok jgn diingat selalu..heheh

    @fina fento
    sama laa..selalu fikir sama ada umur ni cukup panjang ke tidak...

    @Elie Lily
    kesian yg lahir 29 feb..
    sambut sekali setiap 4 tahun...

    @Aujinz
    insyaAllah..kalau masih berblog..hehehe

    ReplyDelete
  8. @EyanaNoorAzlan
    insyaAllah kalau umur panjang..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License