Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 29, 2012

Diari Ramadhan Aku : Tidur Siang


Kalian tahu apa masalah aku pada siang Ramadhan hujung minggu?
Masa yang tak boleh diramal...


Hujung minggu.
Nak keluar bersiar-siar, nanti cepat penat.
Lembik pula puasa.
Lagipun cuaca panas macam sekarang
terperap di ruang tamu bawah kipas lagi masyuk.

Selalunya,
masa itu diisi dengan tidur.

Selalu jadi pada aku,
kalau tidur tengahari
masa bergerak sangat perlahan.
Sekali pandang baru berlalu 5 minit.
Padahal dah mimpi panjang macam sinetron dah.

Tapi tidur petang lain pula.
Selalu masa lepas Zohor nak ke Asar
kalau tidur mesti tak ingat dunia.
Lali sekejap saja, tengok jam
dah lepas beberapa jam..

Mana logik?

Penyelesaiannya,
jangan tidur siang laa jawabnya.
Tapi hasilnya
tersengguk macam headbanging konsert rock masa tarawih nanti.
Hehehe..

Kalian suka tidur siang waktu bulan puasa?

.

Jul 25, 2012

Diari Ramadhan Aku : Sahur


Kalian tahu tak apa cabaran aku dalam bulan Ramadhan?
Salah satunya ialah SAHUR.




Aku tahu,
masalah orang lain tentang sahur awal pagi ialah nak bangun.
Tapi itu bukan masalah aku.
Aku tak pernah bermasalah dalam tidur.
Mungkin itu satu kelebihan, aku boleh bangun dan tidur bila-bila masa aku nak tanpa sebarang masalah.
Nak kejutkan aku pun bukan masalah.

Yang jadi masalah tentang sahur awal pagi untuk aku ialah SELERA.

Ya.
Apa erti bangun sahur awal pagi kalau tak makan, kan?
Itulah fungsi sahur,
takkan nak tenung dinding sampai habis waktu imsak, kan?

Selalu bangun sahur pukul 4.30 pagi,
aku akan tatap nasi tu lama.
Kalau nasi tu boleh bercakap,
aku sure dia akan rayu aku supaya makan dia.
Tak kira apa lauk yang dihidang,
lauk kegemaran, lauk mahal, lauk biasa,
tak ada satu pun yang mampu tarik selera aku.

Disebabkan itu,
aku makan sikit saja masa sahur.
Kesannya,
baru pukul 10 pagi aku dah mula lapar.
Masuk tengahari,
kepala rasa pening sebab tak cukup glukosa.
Petang tiba, badan lembik macam bengkang.
Hari jadi tak produktif.

Jadi,
nak tak nak aku akan sumbat juga mulut dengan makanan masa sahur.

Kepada yang lain,
sila jangan tinggal sahur kalau boleh.
Sahur amatlah penting.

SELAMAT BERSAHUR.

.

Jul 22, 2012

Diari Ramadhan Aku


Alhamdulillah.
Kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan.

Bila masuk awal Ramadhan,
banyak dari kita yang akan tanam niat nak beramal banyak.

Aku pun tak terkecuali.
Dan, hampir setiap tahun, aku akan buat perkara yang sama.

Iaitu BERAZAM.



Awal Ramadhan setiap tahun aku akan berazam nak jadi manusia yang lebih baik.
Seperti manusia tipikal yang lain, nak jadi baik hanya bila datangnya Ramadhan.
Sebenarnya, nak jadi baik, bila-bila masa pun boleh dilaksanakan.

Setiap tahun,
pada awal Ramadhan aku akan beritahu diri sendiri.

"Ramadhan kali ni, aku nak ubah diri.
Nak buang semua perangai buruk.
Nak banyakkan perangai baik."

Tapi hakikatnya,
aku sendiri tak tahu adakah aku berubah.

Secara jujur,
aku tak pernah rasa diri aku lebih baik selepas Ramadhan.
Aku rasa sama.
Aku rasa tak berubah.

Tapi bila aku tanya orang lain,
mereka berkata
'Baik buruk seseorang bukan diri sendiri yang menilai.
Kita tak layak menilai diri, sebab baik dan buruk adalah relatif,
jadi kena biarkan pihak lain, bukan diri sendiri,
yang menilai.'

Kata itu ada betulnya,
tapi aku tak pernah rasa nak minta orang lain menilai.
Tak rasa ke permintaan seperti
'Hai, awak rasa saya makin baik ke tak lepas Ramadhan ni?'
kedengaran agak tidak rasional.

Tapi hakikatnya,
aku sangat mahu menjadi baik.
At least, baik dengan diri sendiri dan orang terdekat.
Dah penat dah jadi beban orang lain,
biar orang lain pula bergantung pada aku.

Jadi,
sementara Ramadhan yang mulia ini,
apa kata kita sama-sama berubah.

Jadikan Ramadhan sebagai titik perubahan, bukan titik persinggahan.

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H.

.

Jul 18, 2012

Lelaki Yang Dinilai Hanya Kerana Luarannya Berbeza.










Perkara di atas selalu berlaku kepada aku.
Selalu.
Kadang-kadang aku tak pasti diorang berkelakuan begitu sebab kebetulan diorang mahu pergi atau disebabkan aku telah mencerobohi lingkungan kawasan mereka.

Jadi,
aku telah adakan eksperimen sendiri.

Setiap minggu aku akan naik LRT pada waktu bukan kemuncak sebanyak dua kali pada masa yang sama tetapi hari yang berbeza.

Untuk hari pertama, aku akan berpakaian biasa aku,
iaitu seluar jeans, kasut kanvas dan t-shirt roundneck.
Sesetengah menganggap aku selekeh,
dan bonus dengan wajah kurang kacak versi rempit aku.

Untuk hari kedua, aku akan berpakaian formal dan smart,
iaitu seluar slack hitam, kasut kulit hitam dan kemeja lengan panjang plain dengan tali leher berjalur.
Sesetengah menganggap aku nampak smart,
dan bonus dengan rambut disisir rapi (walaupun aku benci sikat rambut).

Untuk kedua-dua hari, perjalanan aku adalah pergi-balik.
Dan aku buat perkara yang sama selama lapan minggu.

Dengan jumlah 8x2 perjalanan,
setiap perjalanan aku akan duduk rapat berdekatan dengan perempuan umur dalam julat 20-30 tahun.
Dan setiap perjalanan, aku akan duduk diam tanpa buat perlakuan yang mencurigakan.

Menakjubkan,
apa yang aku dapat dari 16 kali ulangan eksperimen untuk setiap set pakaian ialah,
para wanita itu lebih banyak menjauhkan diri dari aku yang berpakaian selekeh ala rempit daripada aku yang berpakaian kemas formal.

Aku amat percaya dengan fakta bahawa penampilan mempengaruhi perlakuan orang sekeliling,
tetapi bila aku bertanyakan kebanyakan rakan perempuan dengan soalan
"Adakah kalian kisah jika duduk sebelah lelaki yang selekeh dalam LRT atau bas?"
kebanyakan mereka menjawab
"Tak kisah asalkan tiada apa-apa berlaku."

Kebanyakan mereka akan paranoid bila aku menuduh mereka lebih memilih dengan melihat kepada penampilan,
tetapi hakikatnya, mereka memang memilih.

Mereka lebih suka berdiri lama dalam LRT daripada duduk di sebelah lelaki yang selekeh.
Walaupun mereka boleh beri alasan bahawa takut terjadi apa-apa perlakuan tak senonoh seperti raba atau gangguan seksual,
tetapi jika difikirkan logik,
perkara paling teruk boleh berlaku dalam LRT yang bergerak pada waktu bukan kemuncak dengan kepadatan isi penumpang bawah dari sederhana adalah duduk disebelah lelaki yang berbau busuk badannya.

Dan untuk itu sebenarnya, lelaki yang berpakaian formal kemeja lengan panjang bertali leher lebih tinggi kemungkinannya untuk berbau busuk kerana kurang pengudaraan daripada lelaki yang hanya berbaju T dengan menolak tabiat penjagaan badan mereka sebagai pembolehubah.

Dengan kata lain,
your argument is invalid.

YA.
Mungkin eksperimen sosial ini lemah kerana banyak pembolehubah perlu dikenalpasti dan dikawal,
dan ulangan eksperimen tidak relevan,
tetapi secara umumnya, kebanyakan perempuan berumur 20-30 tahun bersikap skeptikal dengan lelaki yang selekeh daripada lelaki yang berpakaian kemas tanpa alasan yang logik.

Dan sebaliknya, secara peribadi,
aku sebagai lelaki tak pernah kisah pun kalau perlu duduk di sebelah perempuan yang selekeh dalam LRT atau bas.
Kerana pada aku, perlakuan itu takkan pernah memberi kesan seksual mahupun sensual ke dalam perjalanan kehidupan aku sebagai lelaki.
Namun, itu hanya pendapat peribadi aku,
dan aku tak mewakili seluruh lelaki di dunia ini.

Jadi,
kepada wanita di luar sana,
cuba tanya diri sendiri.

Kalau anda boleh melabelkan LELAKI sebagai EGO,
adakah anda boleh mengaku diri sendiri sebagai SKEPTIKAL terhadap lelaki?


.

Jul 15, 2012

Kasut Roda, Malu dan Keterujaan



Awal bulan lalu
aku telah buat keputusan spontan untuk mencuba hobi baru.

Jadi,
aku beli kasut roda.

Aku tidak pernah main kasut roda.
Ikutkan sejarah hidup,
kemahiran seimbangkan badan aku sangat teruk.
Berapa kali aku kena ulang ambil lesen menunggang motosikal.
Sampai tahap sikit lagi nak putus asa.
Semua gara-gara gagal nak seimbangkan motosikal waktu ujian meniti titi.

Basikal jangan sebut.
Walaupun boleh kayuh, tapi sangat bengap.
Kawan-kawan lain hebat gila siap lepas tangan,
aku nak lepas sebelah tangan pun terus masuk longkang.

Pendek cerita,
aku teruk dalam skil imbang badan.

Kerana takutkan jatuh,
aku tidak terus mencuba main kasut roda yang baru aku beli itu.

Macam-macam aku fikirkan,
kalau jatuh kepala terhantuk, macammana?
Jadi aku beli helmet.
Kalau jatuh lutut luka, macammana?
Jadi aku beli knee-elbow-palm pad.
Kalau jatuh orang ketawa, macammana?
Aku tak dapat jawab.
Umur suku abad baru nak cuba main kasut roda.
Malulah kalau jatuh.

Natijah,
kasut roda itu terperosok di sudut bilik
dan mula mengumpul habuk.

Hingga semalam,
semasa aku dan adik-beradik pergi berseronok di Kota Keriangan.
Aku mencuba Flying Coaster Spider-man tu,
akhir beberapa kali datang situ,
aku tidak pernah mencubanya kerana perlu beratur panjang,
dan aku sangat benci beratur panjang.
Tapi rezeki kali ni,
barisan pendek dan tiada alasan untuk aku tidak mencuba.

Semasa itu,
semasa berada di 20 meter atas tanah,
semasa aku bakal mengecap kelajuan 25 batu sejam dengan daya-G menghampiri 3.6,
baru aku terasa keterujaannya.
Keterujaan mencuba perkara baru.

Disebabkan keterujaan itulah,
aku tetap mencuba walau berkali-kali gagal ujian menunggang motosikal dahulu, dan akhirnya berjaya sehingga kini penunggang tegar.
Disebabkan keterujaan itulah,
aku tetap bangun selepas jatuh ke dalam longkang akibat cuba melepaskan tangan dari pemegang basikal.

Kerana keterujaan itulah,
aku akan tiup habuk pada kasut roda 'baru' aku itu,
dan menuju ke taman tasik pagi ini,
dan terus dan terus dan terus mencuba walau gagal.
Walaupun digelak kerana jatuh.
Walaupun luka kepala, badan dan ego.

Doakan aku berjaya.





Sekarang,
terjemah cerita aku di atas kepada jalan kehidupan kalian.


.

Jul 10, 2012

The Twote #3 - 'Perfect Timing'








postquam-scriptum:
Nak dapat 'timing' yang tepat memang susah.
Tapi tak semua perkara perlukan 'timing' yang tepat.




.

Jul 8, 2012

Saat Itu, Sewaktu Kita Tahu..



Saat itu,
sewaktu kita tahu kita jatuh cinta dengan seseorang yang kebarangkalian memilikinya menghampiri sifar,

dan saat itu,
sewaktu kita tahu kita sudah terlambat untuk tidak mengendahkannya,

dan saat itu,
sewaktu kita tahu kita akan mengalami sakit yang teramat sangat suatu masa akan datang,

dan saat itu,
ADALAH SEKARANG.

Aku sudah lama tak merasakan jantung berdegup sekencang demikian.
Tapi apakan daya, dia adalah mustahil.
Mustahil.


.

Jul 3, 2012

Sebab Kenapa Aku Rasa Interview Itu Buang Masa.



































Kebanyakannya adalah kisah benar hidup aku selaku penganggur professional.

Postquam-scriptum:
Kalian ada pengalaman tersendiri tentang sebab kenapa ditolak ketika interview?





Jul 1, 2012

Taakul, Cincin dan Verbal.


Kalian tahu kan?
Betapa tak sukanya aku dengan harapan?

Jadi,
ini bukan entri tentang harapan.




Khamis lalu aku bertemu seseorang.
Perempuan.
Bukan 'date', tapi hal agak rasmi.
Rasmi dari sudut dia, tapi bukan aku.
Maksud aku, itu kerja dia.
Dia kena jumpa aku, tapi untuk berjumpa dia adalah pilihan aku.
Rumit?
Maaflah, aku tak boleh beritahu lanjut hubungan kami.
Abaikan.

Perempuan itu menarik minat aku.

Seperti yang selalu aku buat kepada perempuan yang menarik minat aku,
aku taakul.

Bertudung. Berkaca mata. Mata sepet sikit.
Mungkin ada darah bukan Melayu dalam susur galur sejarah keluarga merujuk kepada kulit cerah dan warna mata yang bukan hitam.

Bukan kidal, ada benjolan pada jarinya, dan bertulisan cantik dan kemas.
Boleh dikata hobi dia iaitu menulis
ataupun sesuatu yang menggunakan jari secara kerap
memandangkan pekerjaannya selalu dikaitkan dengan tulisan buruk.

Umur dia mungkin sebaya aku.
Kerana setiap perbualan dia gunakan 'awak' sebagai ganti diri untuk aku,
dengan kenyataan dia sebagai ahli professional di barisan hadapan perkhidmatan.
Lagipun dia tahu umur aku.
Kalau dia lagi muda, dia akan gunakan 'encik'.
Kalau dia lagi tua, dia akan gunakan 'adik'.

Nama.
Profesionalism membuatkan dia perlu memakai tag nama.
Jadi, aku tahu nama dia sekarang.

Kenyataan dari dia yang memerlukan dia merujuk keputusan kepada orang yang lebih berkedudukan memberitahu aku dia seorang 'junior' dalam bidang dia.
Sudah tentu, kalau dia sebaya aku, dia takkan logik menjadi seorang senior dalam kerjayanya.
Paling tidak, belum lagi.

Jarinya, cantik, tapi tidak mulus.
Ini memberitahu aku dia suka buat kerja sendiri di rumah seperti membasuh baju, mengemas, memasak.
Atau mungkin sekadar terlalu kuat kerja dalam suasana berhawa dingin.


Taakulan aku berhenti seketika di jari.
Lagi spesifik, jari manis.

Cincin.


Secara tipikal, cincin di jari manis bermakna sudah berpunya.
Sama ada sudah berkahwin, bertunang,
ataupun sekadar ikrar kasih setia pasangan berkasih.
Namun, secara tak tipikalnya,
ada juga yang bercincin hanya kerana mahu berhias,
atau sekadar mahu mengelak dari diganggu orang.

Cincin itu tidak berbatu.
Berwarna perak.
Sebab kurang arif tentang barang kemas,
aku tak mampu bezakan sama ada ianya perak atau platinum.
Pada mata aku, cincin itu hanya seperti cincin yang kita boleh beli di uptown atau downtown terkemuka tanahair.

Satu-satunya cara untuk aku ketahui dia sudah berpunya atau belum adalah cara biasa manusia sejagat yang takkan lapok dimamah zaman.

Interaksi verbal. Bertanya.


Tapi, itulah perkara yang paling aku tak suka buat.
Itulah kelemahan aku.
Verbal. Sh*t.


"Awak? Awak OK?," dia bertanya.
Aku tersentap dari lamunan.

"Awak macam hilang sekejap dari sini. Awak terbang dah sampai mana?"
Dia cuba berseloroh.

"Oh, Tak. Saya cuma tengah berfikir tentang awak."

Oh, sh*t. Macam mana boleh terlepas jujur pula.
Dia kelihatan terkejut, dan spontan tersenyum janggal.

"TAK! Maksud saya, saya terfikir tentang apa yang kita bincangkan tadi."
Aku kena 'cover' dengan jayanya. Janggal. Masih janggal.

"Baiklah. Awak ada apa-apa soalan?"

Ya.
Inilah masanya aku perlu bertanya tentang perihal cincin di jari manisnya itu.
Kalau aku tak dapat jawapan, aku mesti akan terus terfikirkan tentangnya untuk beberapa hari.
You know, unresolved thing always hunting.

"Ada soalan?"
"Tak ada."
"Ok, kalau macam tu, selesai. Datang lagi lain kali."
Kata dia dengan sekuntum senyuman manis, tanda sesi kami sudah berakhir.



Kill me, NOW!


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: