Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 29, 2012

Diari Ramadhan Aku : Tidur Siang


Kalian tahu apa masalah aku pada siang Ramadhan hujung minggu?
Masa yang tak boleh diramal...


Hujung minggu.
Nak keluar bersiar-siar, nanti cepat penat.
Lembik pula puasa.
Lagipun cuaca panas macam sekarang
terperap di ruang tamu bawah kipas lagi masyuk.

Selalunya,
masa itu diisi dengan tidur.

Selalu jadi pada aku,
kalau tidur tengahari
masa bergerak sangat perlahan.
Sekali pandang baru berlalu 5 minit.
Padahal dah mimpi panjang macam sinetron dah.

Tapi tidur petang lain pula.
Selalu masa lepas Zohor nak ke Asar
kalau tidur mesti tak ingat dunia.
Lali sekejap saja, tengok jam
dah lepas beberapa jam..

Mana logik?

Penyelesaiannya,
jangan tidur siang laa jawabnya.
Tapi hasilnya
tersengguk macam headbanging konsert rock masa tarawih nanti.
Hehehe..

Kalian suka tidur siang waktu bulan puasa?

.


10 comments:

  1. haha..ya, aku tidur siang..set alarm baru tak terbabas..hehe

    ReplyDelete
  2. aku kalu tidur siang memas tak puas..

    haha

    ReplyDelete
  3. Elie kalau time puasa, tidur memang bermasalah. Disebabkan tgh cuti, hari-hari mesti tidur pukul 2. bangun sahur 430 pagi, lepas subuh tidur semula.jam 10 baru bgun. tu pun ngantuk ag. kadang2, takde bnda nk buat, tidur semula. *buruknya perangai anak dara ni* :p

    bila petang memang jarang tidur, sebab masak untuk berbuka, tp jadi masalah, bila da nk buka, mulalah mata nk pejam. nasib baik terawih kali ni, tak pernah lagi terlelap macam tahun2 lepas,. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. aku bantai jer tidur ikut suka.. tapi time Asar tau lak bangun sendiri.. XD

    ReplyDelete
  5. tido jugak..tapi xselalu..sbb bgn mesti rasa kering kat tekak..ehee

    ReplyDelete
  6. ya rabbii.... memang haru sungguh la ko tdo camtu. dok main tdo bangun, tdo bangun je la siang2 time ramadhan ni ek? astaga...

    ReplyDelete
  7. wohoi. sungguh tak bermakna pose camtu. tidur tengahri la bagus sket ye..petang2 tu bwak2la pergi bazar ke, jln2 kt taman ke, takpon g masjid.ahah

    ReplyDelete
  8. kalau head banging masa trawih trus aku balik umah tido..haha

    ReplyDelete
  9. Heheh aku suka tidur waktu² lepas Zuhur tu tapi jarang mimpi pendek apatah lagi mimpi sepanjang sinetron..


    Paling lemah bila kena tahan ngantuk tima tarawih, pulak tu baru masuk rakaat kedua.. haha

    ReplyDelete
  10. @nazha anua
    aku rasa, aku dah ter'immune' dgn alarm sendiri..hehehe

    @fahim
    tak pernah puas.
    lagi tak puas bila ada orang yang kejutkan..hehehe

    @Elie Lily
    hehehe, heavennya hidup orang bercuti...
    selalunya mengantuk mmg datang petang2..berat je mata rasa...

    @Aujinz
    Bagusnya... mesti ko dah selalu latih diri, kan?

    @-sheyr-
    ahhaha, mungkin sebab air liur meleleh kot?
    hehehe

    @~* chirpy_chummy *~
    haha, takde laa hari2..
    selalunya berlaku hujung minggu..
    almaklumlah, forever alone, takde teman nak ajak hangout luar..hahaha

    @hara
    baik!! *insaf sebentar bila baca suruh pergi masjid..heheh

    @S.R
    hahaha, kadang2 tazkirah dalam tarawikh terlalu panjang sampai aku mengantuk gilak...

    @Yousof
    Pergh! aku kalo rakaat kedua dah mengantuk, aku terus balik je..
    Tak pon tidur skejap belakang masjid..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License