Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 15, 2012

Kasut Roda, Malu dan Keterujaan



Awal bulan lalu
aku telah buat keputusan spontan untuk mencuba hobi baru.

Jadi,
aku beli kasut roda.

Aku tidak pernah main kasut roda.
Ikutkan sejarah hidup,
kemahiran seimbangkan badan aku sangat teruk.
Berapa kali aku kena ulang ambil lesen menunggang motosikal.
Sampai tahap sikit lagi nak putus asa.
Semua gara-gara gagal nak seimbangkan motosikal waktu ujian meniti titi.

Basikal jangan sebut.
Walaupun boleh kayuh, tapi sangat bengap.
Kawan-kawan lain hebat gila siap lepas tangan,
aku nak lepas sebelah tangan pun terus masuk longkang.

Pendek cerita,
aku teruk dalam skil imbang badan.

Kerana takutkan jatuh,
aku tidak terus mencuba main kasut roda yang baru aku beli itu.

Macam-macam aku fikirkan,
kalau jatuh kepala terhantuk, macammana?
Jadi aku beli helmet.
Kalau jatuh lutut luka, macammana?
Jadi aku beli knee-elbow-palm pad.
Kalau jatuh orang ketawa, macammana?
Aku tak dapat jawab.
Umur suku abad baru nak cuba main kasut roda.
Malulah kalau jatuh.

Natijah,
kasut roda itu terperosok di sudut bilik
dan mula mengumpul habuk.

Hingga semalam,
semasa aku dan adik-beradik pergi berseronok di Kota Keriangan.
Aku mencuba Flying Coaster Spider-man tu,
akhir beberapa kali datang situ,
aku tidak pernah mencubanya kerana perlu beratur panjang,
dan aku sangat benci beratur panjang.
Tapi rezeki kali ni,
barisan pendek dan tiada alasan untuk aku tidak mencuba.

Semasa itu,
semasa berada di 20 meter atas tanah,
semasa aku bakal mengecap kelajuan 25 batu sejam dengan daya-G menghampiri 3.6,
baru aku terasa keterujaannya.
Keterujaan mencuba perkara baru.

Disebabkan keterujaan itulah,
aku tetap mencuba walau berkali-kali gagal ujian menunggang motosikal dahulu, dan akhirnya berjaya sehingga kini penunggang tegar.
Disebabkan keterujaan itulah,
aku tetap bangun selepas jatuh ke dalam longkang akibat cuba melepaskan tangan dari pemegang basikal.

Kerana keterujaan itulah,
aku akan tiup habuk pada kasut roda 'baru' aku itu,
dan menuju ke taman tasik pagi ini,
dan terus dan terus dan terus mencuba walau gagal.
Walaupun digelak kerana jatuh.
Walaupun luka kepala, badan dan ego.

Doakan aku berjaya.





Sekarang,
terjemah cerita aku di atas kepada jalan kehidupan kalian.


.


12 comments:

  1. Elie bawak basikal pun lambat. darjah empat baru pandai bawak basikal roda dua. itupun lepas berlanggar dengan kereta sagar kat belakang rumah! Menjerit tak hingat! hee.

    n rollerblade? dulu main. sekarang dah lama tak main, kaki tangan semua seperti kayu. main icekating aritu pun tergolek jangan cakap. Jerit tu confirm!

    rollercoaster lagila.. even tak takut tinggi, tapi confirm jerit je lebih!

    so kalau buat apa-apa2 sebelum jadi pandai, perkara utama akan elie buat adalah JERIT! sampai terlebih-lebih! hahha.

    ReplyDelete
  2. aku takde masalah dengan basikal, tapi aku pernah masuk longkang semasa menunggang motor.

    Aku tak pernah cuba roller blade atau roller skate tapi aku pernah cuba roller coaster dan ia mengujakan.

    Aku tak ingat berapa kali aku jatuh dan bangun, tapi ia adalah pengalaman yang berbaloi

    ReplyDelete
  3. aku pun lambat pandai moto, orang darjah 4 dah bleh bawak moto aku umor 20 baru pandai. tapi bab meniti tu mata ko kena pandang jauh la baru tak gayat.

    ReplyDelete
  4. saya main kasut roda start darjah 4. hadiah dari ayah sebab dapat nombor 4 dalam kelas. sejak tu, kawan - kawan mula ikut membeli kasut roda. jatuh tu selalu sangat. jatuh sampai batu masuk dalam kulit lutut, terseret di jalan, dan pernah sekali buat kerja gila kawan tarik dengan moto dan saya di belakang. waktu dia membelok, saya hilang kawalan dan terbang masuk bendang.
    rasa macam superman.

    tapi itulah yang best. bila dah terer, buat aksi macam mana pun tak heran dah. dah pandai.

    sekarang, kat langkawi ada satu kelab kasut roda. rasa macam nak main balik walaupun badan dah tak ringan macam dulu. hm.

    ReplyDelete
  5. aku teringin nak belajar skate :|

    -nekmo-

    ReplyDelete
  6. sy beskal failed...
    moto pon failed...g brek dgn tapak kaki..abis pth kuku...
    rollerblade pasti lg hancus...sbb smpai umo dh tua ni...xpnh try ag...
    sekian

    ReplyDelete
  7. @Elie Lily
    sebab takut tu laa kita kena lalui jugak kan?
    kalo nak takut, sampai bila2 pon tak tahu ape akan jadi..kan?

    @Aujinz
    Sangat berbaloi..
    jatuh, bangun dan jadi lebih hebat..
    itulah cara manusia belajar, kan?

    @ParkAir
    haha, kalo dulu aku dpat tips camtu, sure aku tak kena ulang2 amik lesen moto..heheh

    @fina fento
    hehe, bestnya dr kecik dh pandai main kasut roda...
    aku dah besar baru nak jadi macam budak kecik..heheh

    @Anonymous
    nekmo, kalo ko btol2 nak belajar, tak pernah ada julat usia utk benda tu..try laa..jom nak?

    @katak merah
    patah kuku?? uuuuhhhhh!!
    baca pon dah meremang badan, mesti sakit kan??

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah mungkin nasib sy agak baik dr kalian kecuali dalam bermain rollerblade, sy memang teruk . mungkin ianya harus belajar di gelanggang yang asli baru selamat. tapi sy mengambil keputusan untuk mencuba kasut roda quad jenis selamat, biarlah dikata old fashion janji selamat, kerana sy melihat ramai orang putih juga menggunakannya, kenapa kita tidak?

    ReplyDelete
  9. visit www.trade2door.blogspot.com

    Harga Inline Skate serendah RM99/pc excluding postage.

    Maz Nan

    ReplyDelete
  10. Pengalaman masa dulu mmg mencuit hati.
    Sgar dlm ingatan

    ReplyDelete
  11. Pengalaman masa dulu mmg mencuit hati.
    Sgar dlm ingatan

    ReplyDelete
  12. Pengalaman masa dulu mmg mencuit hati.
    Sgar dlm ingatan

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License