Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label cite tiPu. Show all posts
Showing posts with label cite tiPu. Show all posts

Mar 15, 2017

Kisah Kucing Biru dan Lelaki Berbaju Kuning.




Salam.

Suatu petang aku keluar mahu membeli makanan.
Nafsu diri sangat ingin makan donut inti kacang merah.
Nasib baik gerai menjualnya sampai hanya dengan berjalan kaki,
tak perlulah aku nak habiskan minyak kenderaan bergerak jauh.
Berjalan kaki, badan pun sihat.

Dalam perjalanan pulang, aku ikut lorong belakang deretan rumah teres.
Jalan pintas, namun kawasan ini agak bahaya.
Bukan sahaja banyak anjing liar berehat, tapi lalu belakang rumah orang mungkin akan membuatkan aku dituduh berniat mencuri, apatah lagi muka tak kacak macam aku memang senang kena tuduh.

Pantang disebut anjing,
tiba-tiba ternampak seekor anjing sedang menyalak ke arah sesuatu di hadapan aku.
Ada sesuatu sedang menyorok di bawah timbunan sampah.
Anjing tersebut menyalak ke arah timbunan sampah tersebut,
namun tak dapat nak capai sesuatu yang menyorok itu kerana lubang tempat persembunyiannya itu kecil, tidak muat saiz anjing yang besar.

Mungkin yang menyorok itu kucing ketakutan.

Dulu masa kecil aku berangan mahu jadi ahli bomba sebab mahu jadi hero.
Tapi bila besar, aku tahu jadi hero tak semestinya perlu menjadi ahli bomba.
Cukup sekadar menyelamatkan kucing jalanan yang dibuli anjing liar sudah layak menjadikan aku hero.

Maka aku pun sebagai hero, menghalau anjing tadi dengan melemparkan batu ke arahnya.
Nasib baik anjing itu lari.
Kalaulah dia terkam ke arah aku,
aku memang sudah sedia kekuda untuk langkah seribu,
pecut laju berlari menyelamatkan diri.

Aku pun menghampiri timbunan sampah tadi dan meninjau apa yang sedang menyorok.
Lalu keluar satu makhluk dari tempat persembunyian tersebut.
Seekor kucing, tapi...

"Terima kasih, bro!"
Kucing tadi berterima kasih kepada aku.
Walaupun, YA, aku terkejut kucing itu boleh bercakap,
tapi lebih mengejutkan aku adalah kucing itu berbulu biru dan berekor bulat merah.

Belum pernah seumur hidup aku melihat kucing berwarna biru.

"Saya tahu awak terkejut. Tapi biar saya terangkan situasi," kata kucing biru itu.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku lari meninggalkan kepelikan ini tapi perasaan ingin tahu lebih kuat mendominasi diri daripada perasaan takut.

"Saya kucing dari masa hadapan. Robot kucing untuk lebih tepat. Entah macam mana saya tersesat ke zaman ini dan terperangkap dalam ancaman anjing liar ganas tadi. Awak datang tepat pada masanya dan selamatkan saya. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih."

Fakta bahawa dia adalah robot kucing sedikit menenangkan aku sebab warna dia biru. Kalau aku ada kucing robot pun aku akan warnakan dia warna kelabu metalik dengan jalur cahaya lampu biru gelap di sisi badannya. Baru nampak futuristik. Tapi kata kucing itu, dia dari masa hadapan. Kelakar apa yang dia buat ini? Mana ada wujud mesin merentas masa. Paling tidak aku belum pun dapat siapkan satu lagi. Mungkinkah aku akan berjaya cipta satu di kemudian hari?

"Disebabkan awak sudah selamatkan saya, saya akan hadiahkan awak SATU daripada TIGA alat masa hadapan yang ada dalam poket saya ini. Sebenarnya poket saya ada banyak alat canggih dari masa hadapan, cuma saya baru sahaja bersihkan poket ini. Jadi banyak barang yang sudah saya keluarkan dan lupa untuk dimasukkan semula."

Kucing biru itu tunjukkan poket kecil di depan perut dia.
Alat apa yang canggih sangat boleh disimpan dalam poket kecil macam itu?
Pencukur bulu ketiak nyamuk?
Pengepit kuku lipas?
Kain lap cermin mata labah-labah?

"Ini dia alat pertama...!!"
Kucing itu keluar sesuatu dari dalam poketnya tadi. Barang itu sangat besar, dapat keluar dari poket yang kecil itu memang melanggar segala hukum fizik yang pernah diajar di semua universiti dunia.




"...PINTU SUKA HATI!!"

Kucing itu keluarkan sedaun pintu dari poketnya.
Aku hampir pitam melihat kemustahilan itu.

"Pintu ini boleh bawa awak ke mana sahaja awak mahu tidak kira jarak. Hanya sentuh tombol pintu dan fikirkan, atau sebutkan, tempat yang hendak dituju dan buka daun pintu ini dan...TADAAAAA!"

Kucing itu membuka pintu, dan kelihatan satu tempat lain di sebalik pintu tersebut. Kalau tidak silap, itu menara Eiffel di Paris, Perancis. Wow! Aku kagum tak terkata. Lagi mengkagumkan aku ialah tangan bulat kucing tersebut mampu memegang tombol pintu. Ketidaklogikan apakah ini?

"Dengan pintu ini, tidak perlu lagi naik kenderaan berjam-jam lamanya hanya untuk pergi ke satu tempat. Awak boleh pergi ke mana-mana sahaja, bila-bila masa dan tanpa kenderaan!"
Semangat kucing biru itu menerangkan. Macam juru jualan langsung pula aku tengok.

Aku angkat tangan mahu bertanya soalan.

"Wahai kucing. Saya ada soalan. Pintu besar itu keluar dari poket kecil awak. Adakah kebolehan itu datang dari poket awak? Maksudnya kalau saya ambil pintu suka-suki..."

"..suka hati. Pintu Suka Hati!" kucing itu betulkan aku.

"Ya, suka hati. Kalau saya pilih pintu suka-suki ini, jadi saya kena usung pintu besar bagak ini ke sana ke marilah, kan?"

Kucing itu memegang dagunya dan mengerutkan dahinya.
Tangan bulat pegang dagu. COMELNYAAAAA!

"Betul. Tiada pilihan selain daripada mengusung pintu ini ke sana-sini. Nasib saya baik sebab ada poket dimensi."




"Oh, kalau awak tak mahu yang ini, saya tunjukkan alat kedua."
Kucing itu mengeluarkan sesuatu yang lain dari poketnya. Sehelai kain.

"Kain tudung bawal?" tanya aku.

"Bukanlah! Ini KAIN CAHAYA MASA!!"
Aku tidak faham kenapa setiap kali dia nak sebut nama alat dia,
dia akan sebut dengan nada tinggi yang riang dan gembira.

"Kain ini mampu ubah segala barang yang dibungkusnya sama ada ke masa lampau atau ke masa depan. Biar saya buat demonstrasi."

Kucing itu mengambil keluar sehelai baju lusuh, kotor dan busuk dari timbunan sampah tempat dia berdiri dan membungkus baju lusuh itu dengan alat canggih kain bercorak jam analog itu tadi. Selepas beberapa saat, dia buka kembali bungkusan itu dan mengeluarkan baju tadi. Baju itu sudah tidak lusuh, malah nampak sangat baru dan bersih. Siap ada tag harga lagi.

"Lihat. Baju yang buruk boleh kembali menjadi baru. Kain Cahaya Masa ini membuatkan baju buruk tadi ke masa baju itu masih baru dahulu. Tapi kena hati-hati. Lagi lama dibiar berbungkus, lagi jauh dia akan bergerak merentas masa. Kalau saya tinggalkan lebih lama, mungkin baju ini akan menjadi selembar kain, atau mungkin hanya akan jadi segumpal kapas, bergantung kepada bahannnya. Kalau terbalikkan kain ini, barang yang dibungkus akan bergerak ke masa hadapan dan menjadi buruk dan kotor kembali."

Aku angkat tangan sekali lagi untuk bertanya soalan.

"Maksudnya kain tudung bawal corak jam itu memanipulasi masa barang yang dia bungkus, kan? Time manipulation. Tapi adakah barang yang dibungkus akan mengekalkan memori yang ada?"

"Memori? Apa maksud awak?" tanya kucing itu.

"Memori. Maksudnya kalau contoh saya bungkus telefon bimbit saya yang sudah lama dan uzur bertukar menjadi baru, adakah memori macam segala nombor telefon dan gambar yang disimpan di dalamnya juga akan turut hilang?"

"Hmmm..." kucing itu mengerutkan dahinya berfikir.

"Kalau kononnya saya yang berumur 50 tahun ingin kembali menjadi muda seperti 25 tahun. Saya bungkus badan saya dengan kain ini. Adakah nanti memori saya dari umur 26-50 tahun akan hilang?"
Aku cuba terangkan dengan lebih lanjut supaya kucing itu faham.

"Hmmm...Saya tak pernah cuba bungkus manusia, tapi rasanya kalau kain ini merentas masa, maknanya segala memori yang sudah tercipta akan lenyap kalau diundurkan ke masa lampau."

"Huh!!" Aku mendengus kekecewaan.




"Baiklah, kalau awak tak suka ini. Ada satu lagi."
Kucing itu menyeluk poket dimensinya mengeluarkan sesuatu.

"LAMPU PENGECIL 2.0!"
Siap ada versi 2.0 lagi. Canggih sungguh alat itu walaupun nampak macam sekadar lampu suluh biasa sahaja.

"Dulu masa versi 1.0, lampu ini ada dua jenis; Lampu Pengecil dan Lampu Pembesar. Sekarang dalam versi 2.0, kedua-dua lampu ini digabungkan menjadi satu," terang si kucing itu.

"Bila ditekan suis pengecil dan halakan cahaya lampu ini ke arah objek, objek itu akan mengecil."
Kucing itu menghalakan cahaya lampu itu ke arah baju tadi. Baju itu menjadi kecil, sama saiz dengan baju untuk patung mainan.

"Dan bila ditekan suis pembesar, cahaya itu akan membesarkan objek yang dipancarkannya."
Baju yang tadi kecil menjadi besar, sama besar macam baju saiz XXXXXXXXXXXL yang selalu ditayang di kedai pakaian bersaiz besar.

"Awak boleh aplikasikan lampu ini untuk semua objek. Contohnya kalau rasa tak ada tempat letak kereta, bolehlah dikecilkan kereta tersebut dan disimpan di dalam poket. Kalau nak pakai, gunakan pula lampu pembesar."

"Wow, menarik! Tapi tidakkah nanti kereta itu akan cepat rosak? Maksudnya kalau disimpan di dalam poket, dan tanpa sengaja poket itu bergoncang-goncang sana sini, bukankan boleh rosak kereta tadi dibuatnya?"

Kucing itu mengerutkan dahinya lagi. Rasanya dia rasa semakin menyampah sebab ada sahaja kata-katanya yang aku bangkang dan hujahkan.

"Ya. Rasanya kalau barang seperti kereta, mungkin agak tidak sesuai disimpan dalam poket. Tapi kalau ada makanan kegemaran yang sayang nak makan sebab kuantiti sikit, gunakan lampu pembesar akan buatkan makanan itu jadi besar dan boleh dimakan banyak. Seronok, kan?"

Aku angguk faham.

"Baiklah. Saya ada TIGA alat ini sahaja. Awak pilihlah mana satu yang awak mahu. Saya akan hadiahkan sebagai tanda terima kasih kerana selamatkan saya tadi," ujar kucing itu lagi.




JADI,
KALAU KALIAN ADALAH AKU,
MANA SATU YANG KALIAN PILIH?

1. PINTU SUKA HATI,
2. KAIN CAHAYA MASA, atau
3. LAMPU PENGECIL 2.0?

Tinggalkan pilihan kalian di ruangan komen.












"Baiklah, saya pilih yang ini," sambil aku mengambil alat pilihan aku.
"Sebagai tanda terima kasih saya pula, saya belanja awak makan donut inti kacang merah yang sedap ini." Aku hulurkan donut yang baru aku beli tadi.

"Tapi saya ada satu lagi soalan."

"Apa dia?" balas kucing itu.

"Begini. Kalau awak adalah kucing robot yang datang dari masa hadapan dan ada tiga alat canggih dalam poket dimensi awak, kenapa awak tak gunakan alat awak itu semasa diperangkap anjing tadi? Boleh sahaja awak keluarkan Pintu Suka-Suki awak itu dan lari ke tempat lain, atau gunakan Kain Tudung Bawal tadi untuk jadikan anjing yang besar dan ganas itu kembali menjadi anak anjing yang lemah, ataupun guna Lampu Suluh Ajaib untuk kecilkan saiz anjing itu supaya tidak mampu melawan saiz awak?"

Kucing itu buat muka tidak puas hati dengan aku.

"Walaupun awak pakai cermin mata dan berbaju kuning, tapi awak tak sama macam lelaki bercermin mata dan berbaju kuning yang pernah saya kenal. Awak lebih menjengkelkan."

Kucing itu pun berjalan laju, hilang lesap dari pandangan mata.



Sekian. Terima kasih kerana membaca sampai habis walaupun panjang lebar.





.

Jan 29, 2011

Thank You Haters!



Ada orang bagi komen kata blog aku dah bosan.
Dan ada jugak Anonymous super-hebat kata aku bodoh dan stupid.

Untuk bosan, aku nak kata sesuatu..
Aku bukan penghibur, menghiburkan korang bukan kerja aku.

Untuk yang kata aku bodoh dan stupid,
aku ada buat sesuatu special untuk anda.
Aku rakamkan satu video khusus untuk anda

Oh ya, video ni agak berat, jadi kalau nak cepat tengok,
klik video tu dan tab baru akan muncul.
Ini khusus kepada yang kata aku bodoh dan stupid je.
Yang lain, aku merayu sangat, JANGAN TEKAN!




Hm, sekali-sekala layan haters best gak!

postquam-scriptum:
Maaf, tiada video dalam entri ini.
Maaf kerana berbohong.
Sebab kenapa ada haters dalam blog ni ialah diorang tak baca sepenuhnya apa yang ada dalam blog ni.
Kan aku dah tulis dalam ruangan Penafian dalam sidebar tu, kalau tak senang tekan Alt+F4.
Apa-apa pun, i love you all..

Dec 3, 2010

Kes Pembunuhan Haiwan Peliharaan

dua-tujuh-satu..



Namaku Hidari Shotaro.
Aku adalah seorang penyiasat yang (agak) terkenal di Bandar Fuuto ni.
Aku sayangkan bandar ni. Bandarnya yang sentiasa berangin, mampu menyamankan mana-mana perasaan manusia. Aku berjanji akan melindungi semua senyuman penduduk bandar ini dan mengesat semua airmata yang mengalir.

Walaupun banyak orang kata aku hanyalah penyiasat 'separuh masak (half-boiled)', aku tak kisah. Apa yang penting, cara aku sentiasa 'hard-boiled'.

Satu hari, seorang kanak-kanak bernama Den datang ke pejabat penyiasatan aku.
Dia menangis. Katanya haiwan peliharaannya di bunuh kejam. Dia mahu aku menyiasat siapa yang membunuh haiwan peliharaan kesayangannya.

Demi tidak mengecewakan Den, dan demi mahu menyesat airmatanya, aku terima kes itu.

Sampai ke tempat kejadian, Den berkata ada 3 suspek berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku.



Dari kiri: Encik Pemukul Serangga, Encik Penyembur Racun, dan Encik Spray Baygon.


Eh? Adakah mereka manusia?? Arghh!! Abaikan..

Jika salah seorang dari mereka adalah pembunuh,
maka, mungkin tempat kejadian ada meninggalkan bukti pembunuhan.

Setelah aku melihat tempat kejadian, aku terkejut...








"Alam APAKAH ini?"
"Siapakah (neraka) yang menjadikan LIPAS sebagai haiwan peliharaan?"
"Siapakah (neraka) mereka bertiga suspek tu? Alien?"
"Siapakah (neraka) yang tak boleh selesaikan kes ni dengan sekali pandang je?"



Aku terjaga dari tidur!
Cis, MIMPI!!
Itulah akibat dari layan Facebook, Kamen Rider W, dan sembur lipas di dapur guna Baygon spray sebelum tidur!
Mimpi bangang!


sumber gambar lipas : Facebook Encik Lüpi Véridiques

postquam-scriptum:
Agak-agak korang laa,
siapa pembunuh lipas tu yek??

Nov 25, 2010

Satu Alam : The Pink Story



cEro kata,
"Saya yakin cerita ini akan dapat 40juta pageviews."

postquam-scriptum:
cEro bukan peminat pink!

Oct 15, 2010

Asal Usul cErolian

dua-tiga-lima
Maaf...




nero nadea nerdy:
cEro, apa maksud cerolian?
dan mengapa kau tamo tunjuk muka kau?

ok, itu sahaja soalan dr para juri.
ngeh..ngeh..

Terima kasih nadea,
terima kasih para juri..

Nadea seorang blogger dan photographer yang comel.
OK, kalau nak perkhidmatan dia, contact kat blog dia.

Bagi menjawab soalan pertama.
'Apa maksud cerolian?'
Ceritanya agak sedikit memalukan.

Bagi yang belum tahu,
hobi aku sejak kecil adalah tengok langit, terutamanya langit malam.
Bukan berangan, cuma pandang isi langit dan kosong.

Dan kalau kalian belum tahu,
aku suka main game Pokemon.
Salah satu dari pekan dalam game tu bernama Cerulean City.

Aku buka google, aku cari definition 'cerulean'
Maka,
ce·ru·le·an [suh-roo-lee-uhn]
    –adjective, noun 1. deep blue; sky blue; azure.

Cerulean adalah warna biru langit yang selalu aku pandang.

Aku kagum!
Dan masa tu, aku baru nak buat blog.
Dalam hati, nak pakai nama tu untuk URL
Tapi dah memang perangai aku bertangguh dari dulu.
Sebulan kemudian baru aku buat blog.

Masa nak buat blog, aku lupa nak eja cerulean.
Jadi, oleh sebab aku pakai nama cEro,
aku nak (konon) twist sket nama jadi cErolean.
Tapi, masa menaip URL, konon laju,
aku tertaip 'cerolian' tanpa disedari..

Bila aku sedar hal tu,
aku dah ada beberapa blogger yang link-kan aku ke blog dia.
So, walaupun boleh tukar URL,
tapi nak beritahu blogger berkenaan bahawa link URL aku dah bertukar adalah kerja penat.
Jadi, aku biarkan..

Maka, jadilah 'cErolian' instead of 'cErolean' yang berasal dari 'cerulean' yang bererti biru langit.






Untuk soalan kedua,
aku tak tunjuk muka sebab aku tak hensem.
Kalau tunjuk, jadi bahan ketawa je..
Tak caya, cari aku kat Facebook.




postquam-scriptum:
Saja nak uji pembaca setia semua,
entri di berada bawah kategori 'cite tipu'
Jadi, kalian rasa cerita ni tipu ke, cerita betul?

Oct 6, 2010

Epik Sebuah Perang

double-two-and-a-six
I'm sorry.




"Kapten, keadaan kritikal...
Barisan pertahanan pertama gagal menangkis serangan musuh.."


Kapten garu kepala, dalam hati memang dah sumpah seranah.
Barisan pertahanan pertama sangat tak membantu.
Tambahan pula cuaca sekarang yang hujan, panas, hujan, panas.


"Nampak gaya, kita kena turun padang.."
Kapten bersuara.


"Sekarang,
barisan pertahanan kedua hanya melengahkan masa,
supaya kita bersedia..
Saya mahu kita bersedia untuk bertempur.
SEMUA!!! DALAM FORMASI!!!"


Atas arahan kapten, semua tentera pertahanan ketiga dalam keadaan sedia.
Senjata di kanan, perlindungan di kiri.
Masing-masing serius menanti kedatangan musuh.


"Wahai rakan-rakan!!!
Ketahuilah apa yang kita pertahankan..
Demi kesejahteraan,
NYAWA KITA HARUS DIKORBAN!!!!!"


"YEAHHHHH!!!!!"
Para tentera menyahut seruan semangat Kapten.


"Kapten, mereka sudah sampai!!!"


Muncul bala pemusnah musuh.
Wajah yang hodoh, ganas,
memang pembawa kemusnahan dan kesengsaraan...


"SERANG!!!!!"
Musuh menjerit.


"BERTAHAN!!!!!!"
Kapten menyorak.


Maka, bertembunglah dua entiti dalam satu perang.
Bahang perang memang terasa.
Dahulunya 98.6 °F, kini memuncak hampir mencecah angka 100.


"SISTEM!!!
Singkirkan yang sudah tumbang!!"











********************************







"HAAAAACCCCHHHOOOOOOMMMMM!!!!!!!!"


Aku bersin.
Aku lap mulut dan hidung dengan tisu.
Mata aku terasa panas.
Hidung berair.
Mulut kering.
Seluruh badan sejuk menggigil...

"Tu laa, mak dah pesan...
Lepas kena hujan, pergi laa mandi...
Degil!!!"
Mak aku membebel.
Tahukah dia, orang demam, kalau dibebelkan, sakit telinga?

YA.
Aku demam.
Memang baru malam tadi teruk.
Walaupun dah ada tanda sebelum tu, tapi aku buat dek je..
Sekarang, RASAKAN!!

Tak apa,
aku percaya sistem pertahanan badan aku KUAT.
Mereka akan menang.

Jun 12, 2010

Untuk KITA!!

Hari itu
aku terima satu panggilan telefon..
Jauh dari London..



"Hello..awak.."
"Owh,
Gemma..."

"Maafkan saya..."
"It's ok, saya tahu...
kita memang di dalam dua dunia yang berbeza..
Hubungan kita memang tiada masa depan, sejak awal lagi.."


"Adakah hubungan kita satu kesilapan??"
"Awak, jangan pernah cakap ianya satu kesilapan...
Anggap laa kita hanya berusaha, namun Tuhan yang menentukan..
Saat bersama awak, adalah satu kenangan
yang takkan saya lupa sampai bila-bila.."


"Saya pun..Maafkan saya.."
"Tak apa..
Usah mintak maaf...
Awak jalani kehidupan baru awak dengan bahagia..
Pastikan awak disayangi dia sepenuhnya..
Dia mungkin yang terbaik untuk awak
Untuk KITA!!"


"Terima kasih, awak..sob..sob.."
"Janganlah menangis..
Awak kelihatan sangat cantik dalam pakaian pengantin..
Senyumlah, senyuman awak indah..."


"Awak..."


Aku mematikan telefon..
Mata aku bergenang...
Aku tak mahu dia dengar suara aku menahan airmata..


=========================

Gemma Arterton, 5 Jun lalu dia secara mengejut berkahwin dengan seorang lelaki berusia 37 tahun bernama Stefano Catelli di Zuheros, Andalucia, Sepanyol...Catelli merupakan pengurus pemasaran bagi sebuah syarikat fesyen terkemuka
(hambik ko, aku memang bukan tandingan dia..)..
Dan aku kecewa lagi...(sila jangan gelak...)
(tapi aku berguling-guling tahan gelak masa buat entri ni..hahaha)


Lebih tentang perkahwinan mereka
Gemma Arterton: Spanish Wedding Pictures!
Gemma Arterton Pulls Off Secret Wedding in Spain

May 21, 2010

Warkah Cinta buat Elisa

one-two-four
I'm sorry




Kehadapan Elisa yang dicintai,

Warkah ini aku tujukan kepadamu
sebagai tanda kasih sayangku tetap setia untukmu..

Hampir tiga tahun sudah perkenalan kita.
Dari mula, kau tetap ayu
berkulit putih, bersayap biru
aku hiaskan kau dengan aluran warna merah..
Kau di mataku tetap senantiasa indah.

Elisa,
masihkah kau ingat
susah senang kita bersama?
Maafkan dulu aku pernah sakitimu..
Percayalah, aku lagi pedih melihat kau tercalar.
Namun aku rawati lukamu,
aku perbaiki perlakuanku
agar aku terus berhati-hati bersamamu
supaya kau tidak lagi terluka..



Elisa,
ingatkah kau memori kita berdua
bersebelahan berpelukan menikmati permandangan senja
mentari terbenam di ufuk jingga
kita berdua tersenyum leka
Saat indah kekal bahagia..

Elisa,
kita selalu basah bersama
kusabun badanmu, kau palit padaku
kusental belakangmu, kau calit dahiku
saat aku mandikan kau
saat kita bersama direnjis air pancuran
saat itu kekal diingatan.

Elisa,
tahukah kau aku sayang padamu?
Tiada galang ganti, tiada harga diberi
semuanya kuberikan untukmu
demi cinta suci..



Namun Elisa,
hujung minggu ini
akan ku ketemukan kau dengan bidadari hati
kerana dia ingin mendekati
harap kau sentiasa sudi..

Maafkan aku Elisa,
bukan niat mendua,
aku sayangkan kau..
Tapi aku lebih sayangkan senyumnya
Namun, yang pasti kita akan tetap bersama
bersamanya hanya seketika
bersamamu adalah selamanya

Aku sayang Elisa..

Yang ikhlas menyayangi,
mr cEro

=============================
Elisa adalah motosikal putih aku yang aku tunggang selama tiga tahun. Namanya diambil dari kereta impian aku Lotus Elise. Elisa adalah kenderaan kesayangan aku. Namun, hujung minggu ini kami bakal 'bertiga' dengan kedatangan L sebagai murid kepada aku untuk sesi pembelajaran menunggang motosikal. Harap Elisa tak buat perangai, sebab kadang-kadang dia tak suka kalau orang lain yang tunggang dia. Pernah abah aku pinjam Elisa nak ke tempat kerja, Elisa mati enjin di tengah jalan, sedangkan hal tersebut tak pernah berlaku pada diriku.

By the way, wish me luck this weekend.
Nak jadi sensei sekejap..

Jan 22, 2010

Aku Pembunuh Sepenuh Masa

this is forty-eighth,
and I'm sorry..


Walaupun aku boss, tapi aku suka wat kerja sendiri..
Semalam aku baru selesaikan kerja mengugut peguam daerah,
dan habuannya, aku dpat kereta peronda polis yang amat sesuai dengan penyamaranku...
Apa kerja aku??
Akulah pembunuh merangkap ahli KONGSI GELAP.



"Kenapa kau berani sangat menentang aku?", aku bertanya.
"Maaf boss, saya silap!!! Lepaskanlah saya" kata seorang pemuda yang terikat di kerusi.
Dia dibelakangkan 5-6 orang anak buahku...

Sambil memegang playar, aku berkata,
"Kenapa kau sanggup khianat aku?"

"Maaf boss, mereka tawarkan saya wang!!.."

"Maksud kau, aku tak ada wang???"

"Bukan Boss, saya..."
Tanpa mendengar keluhan dia lebih lanjut,
aku arahkan anak-anak buahku pegang mulutnya.

"Mulut busuk ni patut dibasuh dengan DARAH!!!"
Menggunakan playar, aku cabut gigi kacipnya satu, gigi taringnya satu, dan gigi gerahamnnya dua...



Jeritan yang kuat didengari,
umpama alunan mewah irama Mozart pada telingaku...

"MAAF BOSS, saya ada satu berita dari luar..."
Pembawa pesanan aku datang mencelah penikmatan laungan kesakitan itu...

"Donie Brasco istiharkan perang dengan kita..."
"Brasco?? Bukankah dia sekutu kita???"
"Ya, tapi dia berkeras mahu kalahkan kita, Boss"

Aku kemudian menuju ke pinggir bilik dan mengambil jacketku.
Serba putih, aku mengambil cermin mata ray ban aku dan memakainya.

"Kalau PERANG yang dia mahu, kita hiburkan dia dengan PELURU!!"
"MARI!!!"

**********


Aku dan bala tenteraku 105 orang sedang berdiri berhadapan dengan bala Brasco yang lebih ramai...
Donie Brasco,
berada level yang jauh lebih tinggi dari aku,
dengan pengalaman yang jauh lebih luas dari aku.
Dari segala segi aku memang kalah..
Namun, maruah membuatkan aku lebih bersemangat..
Semangat aku dapat disampaikan ke segenap anak buahku,
masing-masing menunggu dengan senjata di tangan...



Aku,
dengan Saber di tangan,
menggigil kegirangan...
peluh jantan berlinang di dahi,
namun mata ku tepat ke jantung Brasco yg bongkak sedang menghisap curutnya sambil menatap aku kejam..

Tepat jam 5.15 petang hari Ahad,
perang bermula...

"BUKAN KEMENANGAN YANG KITA CARI,
TAPI MAKAN MALAM BERLAUKKAN JANTUNG BRASCO!!!"
Jerit aku sambil berlari meluru ke gembala tentera Brasco!!
Semua anak buahku juga mencari mangsa masing-masing..
Brasco juga,
bala tenteranya menerjah ke arah kami...
Pemandangannya seperti epik perang antara Samurai dan Tentera Moden Jepun.

TIBA-TIBA...














"Alang, makan malam dah siap"










"BAEKK!!!"

Aku pon tinggalkan laptop aku sendirian dengan Mafia Wars masih terpasang..
Yup, MAFIA WARS...
Aplikasi permainan di Facebook aku yang paling aku minati...
Owh, mungkin 'minat' bukan ayat yang sepatutnya,
tapi 'ketagih' lebih sesuai...

Dah setahun aku berkecimpung dalam dunia Mafia Wars nih,
namun dua bulan belakangan ni agak sedikit aktif disebabkan kebosanan hidup yang menyelubungi..

HIDUP MAFIA WARS!!!



nota kaki:
aku ade gak main Farmville tapi kebengongan membuatkan aku berhenti!!
hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License