Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 21, 2015

Kapasiti Otak: BUASIR!









BUASIR OTAK: THE KOMIK

Rasanya ramai sudah tahu,
sebab kebanyakan pembaca blog ini juga merupakan pembaca blog rakan-rakan kaki conteng yang lain.
Tapi demi memeriahkan suasana, biar aku ceritakan sekali lagi apa itu BUASIR OTAK: THE KOMIK...

BUASIR OTAK: THE KOMIK merupakan koleksi himpunan komik-komik pendek yang diterbitkan secara indie hasil kolaborasi 13 orang blogger dan pelukis amatur di dunia maya internet iaitu Aika, Aujinz, Az, cEro (aku laa tu), Dayang Deno, Deaday, Nazha Anua, Plain83, Prince of Noob, Shada Wentz, The Sharkox, Syue Artz dan Yura Yu.



Klik image para pelukis di bawah dan beritahu mereka semua mereka power!


Oohhh, ada sorang lagi nak menyibuk...



Ini merupakan buku kolaborasi kedua aku (selepas KAMI!).
Kalau nak tunggul keluaran sulung edisi solo cEro, rasanya lambat lagi kot walaupun perancangan memang dah ada...
Biasalah #AllHailProcrastinator
hahahaha

SO,
basically buku BUASIR OTAK: THE KOMIK ni adalah versi komik kepada blog Buasir Otak di mana kebanyakan entrinya berkisar tentang norma masyarakat kita yang kadang-kadang (selalu sebenarnya) tak normal.
Ketidak-normalan dan ketidak-sempurnaan itulah yang membuatkan masyakarat kita unik.
Tapi, unik ke kalau selfie muka hidung kembang tapi letak hashtag #PrayForMalaysia ?

Tapi Malaysia tetap no.1 di hati. **tetiba**

Kembali kepada topik,
di dalam komik ini terkandung lebih 130 komik satu muka dengan yang dilukis oleh 13 pelukis yang 12 daripadanya amat aku kagumi.
Untuk bahagian aku lukis, aku ada selitkan beberapa 'hidden messages' kepada mereka-mereka yang membaca sambil buka mata dan juga terdapat 'cameo' daripada watak-watak yang biasa kalian lihat.
Siapa boleh teka?

Dapatkan buku ini segera kerana keluarannya terhad.
Sehingga entri ini ditaip, aku difahamkan stok semakin cetek.
Apa lagi? Pergi rembat segera!!



HARGA:
RM15 seunit

KADAR POS LAJU:
RM6 (Semenanjung Malaysia)
RM10 (Sabah dan Sarawak)

COD:
Hanya sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong sahaja.


Memandangkan buku ini dicetak dan diterbit sendiri, maka

STOK ADALAH TERHAD!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT



Untuk membeli hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com

Ingat ya, order bukan dengan aku, tapi dengan alamat emel di atas :)

Lebih lanjut, layari Projek Buku Buasir Otak: The Komik di blog Boss Noob.



Alien pun boleh datang ke Bumi untuk terhibur membaca BUASIR OTAK: THE KOMIK.
Kalian apatah lagi.



.


29 comments:

  1. aku je kerdil kat situ ;) anyway seronok dapat join projek buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shada wentz
      Mana ada, teacher!!
      Teacher antara yg paling aku suka dan kagumi :)

      Delete
  2. Mencik ah. Kena taip balik.. hahahaha...

    Aku memang gelak gegila tang otak tak dijumpai tu. Hahahaha...
    Aku respek semua sebab masing² ada cara tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm aku tapi kt blog ko la hari tu kena taip bali..duhh..huhu

      Delete
    2. @Aujinz @nazha anua
      Korang selalu jadi camtu kat blog aku tak??
      Korang selalu komen guna mobile, kan??
      Kalau mobile, aku pon selalu jadi camtu...Kena taip balik dr awal
      Tapi selalunya utk keselamatan, aku copy dulu komen aku tu sebelum aku publish...hehehe
      :)

      Delete
  3. Replies
    1. @Mat Komik
      Thanks Mat Komik....
      Bila ntah nak hantar hasil contengan ke website MatKomik...hehehe

      Delete
  4. aku rasa korang kena pre-warned dulu ah..mcm jenis aku, aku tak berapa suka beli secara impulse, bukak ah pre-order ke, atau hebahkan *ke aku je yg taktau* before actual book terbit supaya aku boleh start piggy bank. amboi, komplen banyak aku niii haha tahniah btw, laju laju buat solo book, go cEro!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Sorry for that, tapi aku hanya participant, jadi aku tak tahu sebenarnya bila organizer nak bukak jualan...
      Tapi jangan risau, RM15 bukannya mahal mana pon...hehehe
      Nanti buku solo aku, aku bgtau kau awal-awal...hehehe

      Delete
    2. Buku solo aku nak mintak diskaun ah boleh kan? Hahahahaha

      Delete
    3. @mashy_entah
      (Kalau ada buku solo) harga boleh runding...
      Jangan risau, boleh letak harga kawan-kawan...hahahaha

      Delete
  5. bestnya.. inshaAllah beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Sila laa beli...
      Nanti lepas baca kasi laa review or komen membina ye :)

      Delete
  6. ko buat guna sticky paper ke komik ni bero?hehe..
    awesome idea..
    cepatlah beli semua..qu putih2x barula putehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Betul, aku guna sticky paper, tapi disebabkan printer (scanner) aku buat hal, aku tak boleh scan hasil kerja aku...
      Jadi aku snap sticky note tu guna kamera dan edit dalam laptop.
      Sebab tu petak dia tak berapa nak kotak betul, sbb snap gambar je...hehehe

      Delete
  7. Korang semua ohsem siot, bangga aku dapat peluang untuk berkolaborasi dengan korang semuaaaa weheheh *tumpang glamor*~ ;3

    Aku baru dapat copy aku semalam weh, berair mata aku baca sambil gelak LoL! *Koala shit smell bery bad hahahaah!! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Sehingga komen ini ditulis, aku masih berada di luar kawasan walaupun aku dah difahamkan yg buku aku dah sampai ke rumah.
      Tak zabar nak balik baca...heheheh

      Delete
  8. aku baca kat blog plain psl ni. perrhh power arr collaborate 13 komikster ! power! power! aku dok ejas bajet. planning nk beli. tp aku jenis mls nk baca.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Beli ana. Baca tak baca tu, nanti sure akan baca punya...belek-belek pon dah tertarik hati dah...
      Cepat ANa, sementara stok masih ada :)

      Delete
    2. aku tengah berusaha. tenet sekarang ni sangat mencabar keimanan aku . adehh T__T

      Delete
    3. @anamizu
      Chaiyok Ana. Fighting!!
      **kpop sangat**

      Delete
  9. lepas baca nak kena cari ubat buasir ke cemana ni? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Hahaha...
      Kalau nak selamat, siapkan siap-siap ubat buasir dekat tepi sambil baca buku ni...
      Takut-taku terbuasir nanti, pedih...hehehe

      Delete
  10. Kena suruh adik saya belikan. Saya takde duit Malaysia. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Cepat! Cepat Farah!!!
      Takut nanti habis stok :)

      Delete
  11. Terbaik punya kolaborasi. Semua meeting via online jela ye. Aku baca teaser kt atas tu pn dh mcm wow. Komik the error bila nak release? Haha tetiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Yup, kami semua berbincang secara online je...hehehe
      Beli laa satu, Budak...
      Aku punya komik bakal menyusul, walaupun tak tahu bila nak start :)
      Hehehe

      Delete
  12. Macam tak caya je bila dh release. Rase menggelupur happy. Akakaka.. harap ade Buasir otak 2.0.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yusro Yusoh
      Harap-harap ada laa next 2.0...
      Suka sangat lukisan Yus, sangat cool dan bersahaja :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License