Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label fAmiLi. Show all posts
Showing posts with label fAmiLi. Show all posts

Jun 13, 2018

Sembang Ramadan: SAYANG & BENCI!



Salam.

Bertemu lagi kita dalam slot Sembang Ramadan,
slot di mana aku bersembang dengan kalian dengan menggunakan blog sebagai medium.
Ini adalah edisi terakhir untuk Ramadan 1439h dan insyaAllah kalau umur panjang tahun depan kita bersua kembali.

Minggu ini kita (aku) akan sentuh satu isu yang dekat dengan aku;
SAYANG & BENCI.




Lelaki lawannya perempuan.
Hitam lawannya putih.
Siang lawannya perempuan.
Langit lawannya bumi.
Sayang lawannya benci.

Tapi, bolehkah kedua-dua entiti berlawanan ini berada bersama?


Beberapa minggu lepas, aku bergaduh dengan seseorang yang dilabel keluarga.
Walaupun aku kata 'gaduh', tapi sebenarnya ia berlaku sebelah pihak sahaja.
Aku dimarah, diherdik, dihina, dicerca oleh si dia ini,
dan atas dasar hormat, aku langsung tidak melawan.
Bukan hormat kepada si dia, tapi hormat kepada ahli keluarga aku yang lain kerana peristiwa memalukan itu berlaku di hadapan ahli keluarga yang lain.
Ketika berlaku, aku perlahan-lahan melarikan diri ke bilik,
namun selepas aku masuk ke bilik pun aku masih lagi dikutuk, dihina, dimaki, dimarahi.

Itu adalah titik paling menyakitkan dalam hidup aku;
dihina dan dimalukan di hadapan keluarga sendiri, OLEH keluarga sendiri.

Disebabkan kejadian itu,
aku jadi benci dengan si dia ini.
Kalau boleh, aku langsung tidak mahu bersua muka dengan dia.
Aku rasa jijik dapat bernafas satu udara dengan dia.
Aku langsung tidak mahu tahu keberadaan dia.
Bagi aku, dia kini adalah orang asing.

Tapi, macam mana aku benci sekalipun,
dia masih keluarga. Dan aku sayang ahli keluarga aku.

Bertitik-tolak daripada peristiwa itu aku sedar satu perkara.
'Sayang' dan 'Benci', walaupun sering dilabel sebagai dua entiti yang berlawanan,
namun masih mampu wujud untuk satu orang dalam satu masa.

Aku benci dia.
Tapi kalau berlaku sesuatu terhadap dia, aku sanggup jadi galang ganti
kerana aku sayang dia.

Bila berbincang dengan ahli keluarga yang lain,
mereka cadangkan kepada aku supaya aku minta maaf kepada dia tu.
Tapi aku tak boleh.
Bukan ego, cuma yang dihina adalah aku,
yang dimaki adalah aku,
yang dituduh macam-macam adalah aku,
pada hari kejadian itu, satu perkataan pun langsung aku tak keluarkan kepada dia,
jadi atas premis apa perlu aku minta maaf?

Bayangkan,
si A hina si B, tapi kenapa si B perlu meminta maaf kepada si A?
Bukankah si A yang patut meminta maaf?

Pada aku, kalau dia nak minta maaf,
aku dengan seikhlas hati boleh memaafkan.
Aku ni, walaupun pendendam, tapi juga cepat hilang dendam.

Tapi, aku tahu.
Tidak akan mungkin si dia akan datang kepada aku dan meminta maaf.
Maklumlah, dia berstatus lebih atas.
Berpangkat lebih tinggi.
Daripada perangai dia yang aku kenal sejak dari kecil,
aku tahu, dia tidak akan mungkin meminta maaf.

Aku?
Seperti yang aku katakan tadi,
tiada keperluan untuk aku yang meminta maaf.
Yang disakiti itu, aku.
Yang menyakiti itu, dia.
Langsung tak logik untuk aku yang perlu meminta maaf.
Aku langsung tak buat salah dekat dia.

Tapi untuk hari raya yang bakal tiba satu dua hari lagi ini,
di kala semua ahli keluarga berkumpul untuk merayakannya,
aku berharap pada hari itu segalanya akan selesai.

Bagaimana itu aku tak pasti.
Adakah dia akan merendahkan egonya untuk meminta maaf kepada aku yang lebih rendah ini?
Ataupun aku akan reda dan anggap segala-galanya seperti tidak pernah berlaku?
Ataupun ada sesiapa yang mahu jadi orang tengah kepada kami berdua?
Aku tak pasti.

Yang aku pasti adalah
dalam diri aku ada perasaan benci dan sayang kepada dia itu.
Aku benci dia kerana dia hina aku seperti aku tiada maruah.
Tapi aku sayang dia kerana dia adalah keluarga.

Walaupun lelaki lawannya perempuan, tapi masih wujudnya khunsa di antaranya.
Walaupun hitam lawannya putih, tapi masih wujud kelabu di antaranya.
Walaupun siang lawannya malam, tapi masih wujud senja dan subuh di antaranya.
Walaupun langit lawannya bumi, tapi masih wujud udara di antaranya.

Walaupun sayang lawannya benci, tapi kedua-duanya ada di dalam hati ini.









Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.





.

Dec 21, 2016

Cukup Kuat Untuk Menempuhnya.



Salam

Beberapa hari lalu abang aku ada buat sedikit sambutan hari lahir anak dia merangkap anak buah aku.
Semua ahli keluarga dapat berkumpul meraikannya.

Maka dapatlah aku bertemu dengan anak buah aku yang berumur 7 tahun seorang ni.





Anak buah aku gelar diri dia Abang sebab dia ada adik.
Semua orang panggil dia Abang, aku je tak panggil dia Abang sebab aku rebel.
Aku bahasakan diri sebagai Uncle kepada dia,
jadi bakal isteri aku akan dipanggil Auntie (info tak penting!)

Abang ni tahu aku suka Lego.
Dia selalu selongkar bilik simpanan Lego aku bila balik ke rumah Mak Abah aku.
Selalu dia pujuk aku suruh bagi dia satu dua Lego Minifigure aku,
tapi sebab aku ni kedekut sayangkan koleksi aku,
aku pekakkan je telinga buat tak dengar permintaan dia.
Kalau dia desak juga, aku akan kata suruh Daddy dia belikan kat dia.
Bila sebut pasal Daddy, dia terus tak nak minta sebab Daddy dia garang (kot)

Sekali Daddy dia hadiahkan dia set Lego Classic yang ada 1000 pieces masa sambutan hari jadi dia yang lepas.
Original pulak tu.
Pastu tayang-tayang dekat aku adoyaiiiiii
Kalaulah dia bukan anak buah aku dah lama aku buat smackdown!

Tapi disebabkan dia hadapi saat susah sepanjang tahun 2016 ini
aku rasa hadiah mahal yang mampu buat dia tersenyum lebar memang berbaloi.
Tak sangka abang aku (Daddy kepada Abang) boleh tahan penyayang juga orangnya.
Padahal dulu masa kecik asyik bergaduh kalah main guli dengan aku hahahahaha.

Aku pernah cerita tentang anak buah aku si Abang ini di sini.
Aku tak pernah bertanya direct dengan Daddy Umi dia tentang perkembangan Abang
tapi dari apa yang aku dengar dari adik beradik lain,
aku dapat agak zaman kanak-kanak si Abang ni bakal dihabiskan dengan berulang alik ke hospital.

Zaman kanak-kanak adalah yang paling indah bagi sesetengah manusia kerana zaman itu adalah masa di mana kita sangat kudus dan tidak dipengaruhi anasir jahat luar.
We had nothing to worry. Our mind were free!

Main guli, main askar dalam longkang, main kereta Tamiya,
panjat pokok, main polis sentri, baling selipar,
jenguk rumah crush dekat tingkat 3,
tersipu-sipu nampak crush masa dekat pasar malam,
bayangkan,
semua ini si Abang mungkin tak dapat nak rasai sebab sibuk berulang alik untuk rawatan sakitnya.

Dan disebabkan sakit dia,
dia sudah tidak ke sekolah.
Sekarang aku jadi risau dengan pelajaran dia.

Tapi melihat dia dapat mainan kegemaran dan terus buka ajak Uncle dia main sama,
melihat dia tekun membina entah apa dari timbunan 1000 blok Lego yang ada,
melihat dia mampu siapkan sebuah lori ciptaannya tanpa bantuan orang dewasa,
aku tahu masa depan Abang masih jauh lagi untuk dia tempuhi
dan dia cukup kuat untuk menempuhnya.



Lego seribu ketul, kalau hilang 100 pun tak perasan, kan?
Hehehe
**niat jahat gosok-gosok tangan**




.

Dec 14, 2016

Ayam, Abah dan 'Inilah Kehidupan'.



Salam,

Tak ada komik sebab cuti panjang jadi aku pun berseronok bercuti.




So if you read my blog (which is you should)
beberapa minggu lepas aku bercerita tentang ayam jantan yang dibela Abah aku yang diberi nama Ayam.

Baca tentang Ayam di sini.

Baiklah aku tahu kalian sibuk tak ada masa nak ulangkaji cerita Ayam jadi aku ringkaskan: Abah aku bawa balik ayam dari kampung sebab nenek (dipanggil Tok) pindah rumah dengan niat awalnya mahu disembelih buat lauk tapi disebabkan sudah beberapa hari jaga jadi Abah aku terasa sayang nak sembelih dan dia buat keputusan untuk jadikan ayam itu sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Apa yang bakal kalian baca selepas ini ialah sequel kepada cerita Ayam itu.

Nak disambung cerita,
alhamdulillah Emak dan Abah dan Tok dan adik dapat peluang untuk menunaikan umrah.
InsyaAllah kalau ada keizinan-Nya mereka akan berangkat pada awal tahun depan.
Beberapa hari sahaja nak masuk tahun depan,
jadi sekarang semuanya sedang sibuk bersiap.

Satu isu besar sebelum pergi adalah jagaan Ayam.

Tak seperti haiwan peliharaan lain (kucing contohnya),
Ayam perlukan jagaan manusia.
Bawa keluar sarang, kasi lepas bebas di laman belakang dan bila masuk waktu beri makan dedak, semua itu diuruskan Abah dan kadang-kadang Emak.
Jadi bila mereka tiada di rumah, maka tiada siapa boleh jaga Ayam.




Hujung minggu lalu Abah bertanya,
"Ada idea nak selesaikan isu Ayam?"

Emak menjawab.
"Kita sembelih sahaja buat lauk."

Muka Abah berubah.
Dia betul-betul sudah sayangkan Ayam tapi rasanya dia sedar itu adalah jalan terbaik.

Lalu,
Abah memandang aku seraya berkata,
"Ang sembelih laa, boleh?"

Mungkin Abah tak sampai hati nak sembelih sendiri ayam kesayangannya.
Pada dasarnya aku tahu sembelih ayam,
tapi aku sendiri pun sudah terasa attached dengan Ayam ni jadi aku segera gelengkan kepala tanda tidak mahu.

Aku kata,
"Kalau tolong pegang bolehlah. Tapi nanti lauk tu Alang takkan makan tau."

Emak aku pula berkata,
"Sebijik perangai macam arwah Tok Wan dulu."

Emak beritahu, lepas arwah Tok Wan bersara dan tamat tugas sebagai ketua kampung, dia bekerja sembelih ayam di pasar basah di pekan. Arwah tidak akan makan ayam yang disembelihnya. Itu prinsip dia dan jangan ditanya kenapa.
Sama macam aku juga, aku tak akan makan haiwan yang aku sembelih atau aku nampak disembelih.
Sebab tu aku kurang berminat nak tolong orang sembelih lembu ketika musim Raya Korban (walaupaun alasan utamanya ialah MALAS).

Kemudian,
Abah buat satu cadangan yang sangat brilliant,
"Beberapa hari lagi Abah dan Emak akan balik ke kampung menjenguk Tok dan selesaikan dokumen umrah dia. Apa kata kita bawa Ayam balik sama dan beri Ayam kepada orang lain di kampung tu. Sama ada mereka nak ambil buat jaga atau nak sembelih, itu terpulang kepada mereka."

Emak dan aku angguk tanda setuju.






Abah dan Emak akan balik ke kampung bersama Ayam pada hari ini (14 Disember) bermakna cuti hujung minggu lepas adalah hari terakhir aku boleh bermain dengan Ayam.

Aku duduk mencangkung sebelah Ayam.
Dulu dia lari sebab tak kenal, tapi kali ini dia menghampiri aku.
Aku rasa dia sudah mula kenal aku.
Ada beberapa kali dahulu aku pernah bagi dia makan.
Haiwan ni, tak kira haiwan apa pun, akan kenal dengan mereka yang beri mereka makan,
jadi kalau Ayam kenal aku pun aku tak terkejut.

Aku sentuh badan dia, kepala dia.
Kekadang dia tak selesa dia geleng-geleng kepala.
Kekadang dia rasa suka dia terkepak-kepak teruja.
Fikir balik, ayam comel yang berketok-ketok ni adalah cucu cicit langsung Tyrannosaurus Rex yang merupakan raja daratan satu zaman dahulu.
T-Rex tu ganas, tapi Ayam ni comel.
Kontra sangat. Tergelak kecil aku.

Tapi memikirkan juga itu adalah kali terakhir kami akan bertemu
dan selepas ini sama ada dia akan jadi peliharaan orang lain
atau menjadi lauk makanan orang lain,
membuatkan aku sedikit syahdu tersentuh.

Bila difikirkan balik (lagi), Ayam cuma seekor ayam.
Kalau dia bercampur dengan ayam jantan lain,
aku yakin aku tak dapat beza pun mana satu Ayam mana satu bukan.
Sedangkan manusia pun aku cukup susah nak cam, apatah lagi ayam.

Tapi itulah kehidupan.
Ramai yang datang dalam hidup kita (mungkin manusia mungkin ayam),
keluarga, saudara, kawan,
tapi pasti satu masa semua itu akan pergi.

Ada yang pergi bersebab, ada yang pergi tanpa sebab.
Tapi apa-apa pun kita yang tinggal ini perlu terus hidup ke depan.





Aku sedikit rasa sugul menaip entri ini.
Sungguh aku tak sangka seekor ayam pun mampu membuatkan aku terkesan sebegini sekali.

Tapi aku tak nak akhiri entri ini dengan perasaan tak best.
Jadi,
apa kata kita main satu game.
Game ini aku dapat dari internet.
Game ini dinamakan Chicken Game.
Game ini seperti di bawah:




Siapa kalah?
Angkat tangan! Hehehehe





.


Oct 12, 2016

Ayam, Abah dan 'Saya Tidak Tahu'.




Salam.

Entri kali ini sepenuhnya cerita.
Mungkin sedikit ilmiah, atau sedikit satira bergantung kepada pembaca.
Poinnya, tiada komik.




Abah aku bela ayam. Seekor. Ayam jantan tua balung besar.
Abah dapat ayam tersebut daripada nenek aku di kampung.
Nenek aku pindah rumah, tapi rumah baru dia tiada reban ayam.
Jadi Abah bawa balik seekor ke rumah sini.
Pada mulanya niatnya nak sembelih buat lauk.
Tapi selepas tiga hari bela belakang rumah, Abah aku dah naik sayang jadi dia buat keputusan untuk terus membela.

Abah aku namakan ayam itu Ayam.

Sepanjang minggu lepas aku demam.
Masuk wad, keluar wad, cuti seminggu,
kemudian aku balik ke rumah parents aku.
Berhari-hari asyik terlantar sahaja atas katil.
Tatap dinding, tatap siling, tatap kipas, tatap masa depan.
Nak bergerak tak larat, tapi asyik baring pun tak produktif.
Jadi banyak masa aku habiskan dengan tidur sahaja.

Satu tengahari,
sedang aku baring atas katil, terdengar bunyi Ayam.
Kokok Ayam biasa sudah dengar. Ketok-ketok dia pun biasa sudah.
Tapi kali ini aku rasa bunyi Ayam lain sikit.
Bunyi pendek-pendek tapi tidak berhenti. Bertalu-talu. Macam distress call.
Aku mula rasa pelik.
Jadi aku turun ke bawah rumah untuk bertanya.
Gigih turun ke bawah rumah dua tingkat padahal badan lembik lagi.
Abah ke surau solat Zohor berjemaah.
Tinggal Mak sedang kemas bilik.
Aku beritahu Mak tentang Ayam.
Mak dan aku bergegas ke belakang rumah meninjau.
Pada masa itu, suasana sudah diam tiada lagi kidung Ayam.

Bila keluar tinjau tempat Ayam ditambat,
hanya tinggal tali rafia yang sudah tercarik-carik.
Ayam sudah tiada.

Bila kami pusing keliling kawasan, kami ternampak kelibat sesuatu di dalam parit belakang semak sana. Ada biawak sedang berenang menjauhi kawasan. Besar saiznya, macam anak anjing. Mungkin besar lagi.

Sebagaimana manusia tipikal lain, kami pun 'connect the dots'.
Satu kesimpulan yang kami dapat buat ialah:
BIAWAK DATANG TELAN AYAM BUAT LAUK.

Abah balik dari surau.
Kami ceritakan segalanya. Muka Abah berubah, nampak sedih.
Ayam yang dibelanya sudah jadi lauk biawak.
"Biawak punya biawak," kata Abah.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Beberapa hari lepas aku ada terlayan satu video di YouTube.
Video tentang satu soalan psikologi kepada orang ramai.
Soalannya berbunyi:
'Antara merah dan kuning, mana lagi berat?'

Kedengaran tak masuk akal, kan, soalan itu?
Tapi ramai yang jawab soalan ni.
Ada yang kata merah lagi berat sebab kuning warna lebih terang (lighter), jadi kuning lagi ringan. Ada juga yang jawab kuning lagi berat sebab spektrum cahaya, panjang gelombang kuning lagi pendek (dan rapat) berbanding warna merah.

Sebenarnya,
soalan itu tiada jawapan.
Yang bertanya soalan hanya mahu uji berapa ramai responden menjawab 'tidak tahu'.
Hasilnya, memang sangat sikit yang jawab tidak tahu.
Kebanyakannya akan cuba cari jawapan menggunakan sebanyak mana logik yang ada.

Ada kajian menyatakan, 'sorry' bukanlah perkataan paling susah disebut manusia seperti yang dicanang dalam lagu 'Sorry Seems To Be The Hardest Word' tapi sebenarnya 'I don't know'.
Okay, maybe 'I don't know' bukanlah satu perkataan, tapi you all get the point, right?

Kalau tanya kepada manusia tipikal atau kawan-kawan satu kepala anda, mesti mereka akan kata semua itu bertitik tolak kepada sikap ego manusia. Manusia tidak mahu nampak lemah, bodoh, dan gagal dengan sebut perkataan 'I don't know' atau sekadar mengaku tidak tahu. Belum lagi tanya siapa lagi banyak jawab 'saya tidak tahu' sama ada lelaki atau perempuan. Yang lelaki mesti cakap perempuan, dan yang perempuan mesti tuding ke lelaki.

Jangan nafikan. Aku pun begitu.

Berita baiknya, 'saya tidak tahu' adalah ayat paling susah disebut tidak ada kena mengena dengan ego. Ia adalah lumrah manusia. Atau lebih tepat mekanisma otak untuk terus hidup.

Begini, otak kita memang sudah diprogram untuk sentiasa mencari jawapan. Otak kita akan sentiasa mahu 'tahu' segalanya. Ia adalah ciri unik otak yang membuatkan spesies kita dapat hidup lama dalam alam ini.

Sebab itulah kita nampak titik bertindih dan penutup kurungan sebagai muka orang tersenyum :)
Sebab itu juga baju belang melintang kononnya menampakkan kita lebih gemuk.
Sebab itu juga kita nampak bayang dalam gelap sebagai lembaga hantu sedangkan ia sekadar seluar yang tergantung di pintu.

Sebab itu juga wujud fenomena pareidolia di mana kita nampak lampu dan bumper kereta sebagai muka. Ini kerana waktu nenek moyang kita dulu sedang gigih nak hidup luar dari gua, dapat kesan muka haiwan dalam semak samun akan memberikan kelebihan untuk mereka lari dahulu sebelum jadi lauk haiwan pemangsa. Itu bagaimana kita survive.

Semuanya adalah persepsi.

Otak kita sudah di-hardwired-kan supaya sentiasa mencari jawapan.
Dengan kata lain, otak kita tidak suka tidak tahu.

Kalian tahu kan perangai tipikal dalam drama melayu bila si awek ternampak pakwe dia berjalan dengan perempuan lain lepas tu terus tuduh lelaki itu curang dan tak setia main campak-campak barang semua, kan?
Itu memang berlaku, dan berlaku kepada semua orang, bukan sekadar drama.

Aku dulu percaya semua itu hanyalah 'tanggapan' dan 'assumption' daripada hati orang itu sendiri yang kurangnya nilai percaya dalam hubungan tapi kini aku mengaku aku silap. Itu bukan sekadar 'assumption'. Lebih tepat lagi, assumption bukan suatu pilihan, tapi adalah mekanisma otak mencari jawapan. Pendek kata, semua orang assume.

It is how we live.

Otak kita memang tidak mudah mengaku TIDAK TAHU KEBENARAN dan sentiasa mencari jawapan.
Otak kita tidak mahu berfikir 'ahh, aku tidak tahu', sebaliknya dengan sendiri mencari jawapan dan tidak peduli sama ada jawapan itu adalah kebenaran ataupun tidak.
Kadang-kadang bila sudah dijelaskan sekalipun, sesetengah mekanisma otak tidak mahu menerima jawapan tersebut kerana kalau terima maknanya otak (pemikiran) kita itu adalah salah. Otak tidak suka mengaku salah.

Bila lihat dari sudut lain, sebenarnya agak tepat bila kita kata semua itu EGO.
Tapi yang ego bukannya jantina, bukan lelaki, bukan perempuan, tapi otak itu sendiri.

Ilmu kajian otak, pada aku, sangat menarik.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Berbalik kepada cerita Ayam,
Abah masuk ke rumah dengan hampa.
Ayam yang sudah mula dia sayang, kini dirembes asid di dalam perut biawak.

Beberapa jam kemudian, riuh kedengaran bunyi kanak-kanak berlari di belakang rumah.
Bila ditinjau, rupanya mereka teruja melihat ada seekor ayam di seberang parit.
Budak bandar, dapat tengok ayam hidup memang akan riuh satu taman.
Selalu nampak ayam KFC je.

Abah, Emak dan aku membuat kepastian.
Ayam yang diriuhkan itu memang adalah Ayam.
Ayam sedang berdiri di atas rumput, seberang parit sebelah sana.
Rupanya liat nyawa Ayam ni.

Abah pun bergegas pusing keluar taman perumahan untuk ke seberang parit.
Ditangkapnya Ayam dan dibimbitnya pulang ke rumah dengan riang gembira.

Kami simpulkan,
Ayam nampak biawak menghampirinya dan kemudian meronta-ronta sehingga terputus tali rafia yang menambat. Bila sudah bebas, dia lari sepuas hati menyelamatkan diri. Itu cara otak kami 'connect the dots'. Tidak pernah sekalipun kami mengaku 'kami tidak tahu' walaupun secara dasarnya kami tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Misterinya sekarang adalah,
bagaimana Ayam dapat merentasi parit yang bukan sahaja lebar dan dalam, malah mengalirnya air yang deras dan dihuni oleh pelbagai makhluk pemangsa?





Terima kasih kerana baca sampai habis.






.

Jun 29, 2016

Masa Depan Masih Lagi Jauh ke Hadapan.

Salam.

Post kali ini adalah teks sepenuhnya.
Tiada komik, tiada soalan retorik, tiada gelak tawa lawak sendiri.
Kali ini, sepenuhnya luahan hati.



Kanser.

Sering kali kita didedahkan dengan perihal kanser.
Sakitnya, deritanya, ceritanya, survivor-nya.
Tapi bagi badan yang sihat walafiat (alhamdulillah) ini,
apa yang kita boleh buat hanyalah bersimpati.

Empati?
Bullshit! Kecuali kau pernah hidap kanser,
jangan kata kau ada rasa empati dengan pesakit kanser.

Lagi mengecewakan,
ada makhluk yang gunakan kanser sebagai cara mahu tarik perhatian orang lain.
Umum diri menghidap kanser di media sosial hanya kerana mahu simpati daripada orang yang membaca.
Mahu menjadi pusat kepada perhatian.
Mahukan interaksi supaya diri dihargai.

Makhluk sebegini tidak layak digelar manusia.
Sampah pun berasa terhina jika digelar sama dengan makhluk ini.






Hari isnin lepas,
satu mesej whatsapps memeranjatkan semua yang membacanya.
Aku bergegas bersama keluarga aku di rumah menuju ke Shah Alam.
Yang sedang bekerja meminta cuti separuh hari.
Yang belum masuk kerja memohon agar dilepaskan sepanjang hari.
Kami menuju ke Hospital Shah Alam mengejar tengahari.

Naik ke tingkat 12, wad pediatrik,
ternampak abang baru selesai menjawab telefon di lobi wad.
Mata sembam, suara perlahan, aku tahu seluruh hatinya sedang bergoncang.
Ia bukan satu berita yang menyenangkan.

Kami sekeluarga diiring masuk ke wad.
Sampai di satu katil, kakak ipar yang nampak kelibat emak terus meluru dan peluk emak kuat-kuat.
Emak menenangkan kakak dengan menggosok belakangnya.
Hati seorang ibu, hanya ibu yang tahu perasaan ibu yang lain.
Tiada kata-kata, tiada senyum tawa, hanya tangisan air mata.

Abang beritahu kami bahawa anaknya yang berusia 6 tahun, yang juga kami panggil 'abang', dikesan memiliki jumlah sel darah putih yang tidak normal tingginya di dalam badan.

Abang didiagnos menghidap kanser darah, dalam kata nama yang lebih dikenali, leukemia.


LEUKEMIA.




Aku pelajar biologi.
Memang tiada dalam silibus pembelajaran aku untuk mempelajari penyakit manusia seperti leukemia ini. Tapi for the sake of knowledge, aku pernah baca banyak perkara tentang leukemia, bagaimana punca dan simptom, bagaimana cara rawatan dan pencegahan. Pendek kata, aku tahu serba sedikit mengenai leukemia.

Tapi ilmu leukemia yang aku tahu itu sekadar tahu atas nama ilmu.
Aku tidak pernah menyangka salah seorang ahli keluarga aku bakal menghidapnya.
Aku tidak pernah fikir penyakit itu akan menyerang salah seorang daripada kami.
Apatah lagi menyerang anak buahku yang hanya berusia 6 tahun.

Abang baru berusia 6 tahun setengah.
Dia baru sahaja menikmati zaman sekolah rendah darjah satu.
Zaman suka ria gelak tawa dengan kawan-kawan.
Zaman di mana sekolah adalah menyeronokkan.
Zamannya baru bermula.

Anak kecil seusia dia diduga dengan leukemia.
Aku selaku orang dewasa berasa ralat.
Bukankah masa depan dia masih lagi jauh ke hadapan?
Apa budak berusia 6 tahun tahu dengan leukemia?
Abah dan emaknya yang diterangkan secara terperinci tentang sakit itu pun masih belum memahami sepenuhnya, apatah lagi dia?
Semasa kami datang melawat pun, dia masih lagi boleh bergelak ketawa,
tidak faham akan apa yang dihidapinya, yang bakal dihadapinya.




Melihat wajah abah dan emaknya, yang juga abang dan kakak ipar aku,
pasti begitu banyak perkara yang difikirkan mereka.
Sakit perih anak mereka, masa yang perlu didedikasikan untuknya,
kos rawatan, kos penjagaan, kos penginapan,
masa depan, masa rawatan, masa sekarang,
kerja, hidup, tidur, puasa, raya.
Aku tak boleh kata aku tahu apa yang mereka fikirkan,
tapi aku tahu pasti sangat banyak perkara yang perlu mereka timbangkan.





Sepanjang hari aku terdiam.
Mesej whatsapp, telegram yang berdentum datang pun aku tidak endahkan.
Sampai sahaja di rumah, aku kaku terbaring di bilik menatap dinding.

Anak saudara aku yang aku sayangi,
baru dua hari lepas kami bermain lego bersama,
bergelak ketawa riang gembira bersama.
Kini dia terlantar di hospital menahan sakit yang datang.

Aku pula?

Apa patut aku buat?
Apa boleh aku lakukan untuk membantu?
Aku buntu...
Aku buntu...








.

Jun 8, 2016

Ada Apa Dengan Anak Bulan!



Salam.

Jadi ini adalah entri pertama untuk Ramadhan 1437H.
Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kepada kehidupan ke arah yang lebih baik.

Amin.





Ada beberapa perkara (dan istilah) yang aku dapati bila tiba Ramadhan, akan kedengaran dicanang berulang kali.

Minggu lepas aku bercerita tentang 'persediaan' Ramadhan di mana,
secara peribadinya aku kurang faham apa sebenarnya yang perlu kita sedia untuk mengharungi Ramadhan.
Aku tahu,
kalau kita sebut 'persediaan Syawal', kita tidak boleh lari dari memikirkan persiapan hari raya, mostly berkaitan dengan pembelanjaan kewangan (untuk balik kampung, baju raya, duit raya dan lain-lain).
Tapi ia tak sama dengan 'persediaan Ramadhan'.

Tapi terima kasih kepada kalian yang tinggalkan komen,
aku kini sudahpun faham apa itu persediaan Ramadhan.
mungkin aku boleh praktikkan ketika menjelang Ramadhan tahun depan, insyaAllah, kalau usia masih panjang.

Tapi ada lagi satu istilah yang pernah menjadi persoalan kepada aku ketika kecil dulu;
ANAK BULAN.

Semua tahu anak adalah kelahiran kecil daripada sesuatu yang besar.
Jadi, basically anak bulan adalah anak kepada bulan.
Or at least itu yang aku fikirkan semasa umur 5 tahun.

Dan seperti budak 5 tahun yang lain ketika berasa ingin tahu,
aku bertanyakan perihal anak bulan dekat Abah aku.
Abah aku seorang polis misai tebal yang serius.
Dia jarang nak melayan kerenah anaknya,
sebab dia tahu kalau start layan nanti dari satu soalan jadi dua soalan jadi tiga soalan jadi empat soalan sampai dia nak baca surat khabar pun tak boleh.

So,
masa aku bertanyakan soalan itu,
Abah aku menjawab dengan semberono.
Tapi aku tahu Abah tak berniat untuk misleading anak dia.
Mungkin dia nak aku kekal menjadi budak-budak dan mengelak daripada menjawab soalan yang (rasanya) orang dewasa pun tak boleh jawab dengan bagus.

Jadi,
apa itu sebenarnya ANAK BULAN?

Secara ringkasnya,
anak bulan adalah fasa bagi sesebuah bulan,
lebih tepat lagi adalah bulan sabit pertama selepas bulan gelap.
(bukannya bulan tu terberanak anak baru)

Disebabkan kalendar takwim Hijrah dikira menggunakan fasa bulan
(bukan menggunakan matahari seperti kalendar Gregori biasa),
maka perubahan antara fasa bulan gelap ke fasa bulan sabit awal (anak bulan) bermakna pertukaran bulan baru.

Kita melihat munculnya anak bulan sebagai tanda masuknya bulan Ramadhan dan bermulanya bulan puasa. Sebab itu melihat anak bulan adalah sangat penting bagi menetapkan tarikh mula puasa (dan raya).

Kalau nak diikutkan, tiap-tiap waktu nak masuk bulan baru, anak bulan akan kelihatan.
Bukannya untuk bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.
10 bulan yang lain pun ada anak bulan masing-masing.
Tapi kita tak ambil kisah tentang 10 bulan yang lain sebab tak ada puasa dan raya.

So, there you go.
Next time anak kecil kalian bertanyakan apakah itu anak bulan,
kalian ada dua pilihan:
1) beritahu perihal sebenar anak bulan berdasarkan kiraan fasa bulan, ataupun
2) biarkan imaginasi mereka menerewang seperti kanak-kanak normal dan pastikan mereka dapat didikan yang baik di kemudian hari supaya segala persoalan mereka dapat dijawab dengan ilmu.


Jadi,
macam mana puasa kalian?
Seronok puasa?
Ada yang dulu berpuasa solo, kini berdua.
Dulu berdua kini bertiga.
Aku je kekal solo buka puasa dengan semut di meja **lap air mata**


Tak ada siapa nak bagi kad raya dekat aku ke? **tetiba**






.

May 4, 2016

Aku dan 3 Anak Kucing.


Salam.

4 Januari 2016 yang lepas,
kucing aku melahirkan 3 anak kucing yang comel kiut miut rasa nak picit.





Ibu kucing yang melahirkan itu sebenarnya berbadan kecil,
jadi sedikit merisaukan bila dapat tahu dia mengandung dulu.
Ye laa,
badan kecil, dibuatnya melekat 4-5 anak tak ke sengsara nak mengusung perut?

Tapi kekuatan kehidupan,
dia berjaya melahirkan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Tiga anak kucing.
Seekor berbulu hitam penuh, dua lagi sama pattern dengan emaknya, berbulu campur warna hitam putih dan jingga.
Yang hitam jantan, dua lagi betina.

Kami namakan mereka Blacku (disebut black-ku), Tim dan Tip.


Aku tak pasti naluri keibubapaan aku makin melonjak akibat faktor usia,
ataupun memang semua kucing dilahirkan begitu,
tapi yang pasti, anak kcuing sangat comel.

Aku ikuti perkembangan mereka bertiga daripada bulu masih jarang berbadan pink,
mula mengiau meminta susu badan ibu mereka,
mula berjalan terketar-ketar menjelajah keliling sangkar,
mula membeliakkan mata melihat alam sekeliling,
mula bergomol bergurau sesama mereka...

..aduh.
Melihat anak kucing seperti satu penghilang stres yang amat berkesan,
tambahan pula awal tahun ini banyak dugaan yang berhadapan.

Aku ingat lagi kali pertama mereka bertiga dibawa keluar menjejakkan kaki ke tanah di luar rumah.
Masing-masing muka tercangak-bangak macam bertukar dimensi.
Tapi beberapa saat kemudian,
naluri pemburu dalam gen mereka membuak-buak,
terus seronok bermain di celahan rumput yang tidak meninggi.
Walaupun langit panas terik disinar mentari, aku tak peduli.
Itu adalah saat yang aku perlu ada dan lalui untuk diperhati.

Blacku, selaku satu-satunya jantan, lebih suka bersendiri dan memerhati.
Dia seperti ninja.
Bila dicari tak jumpa. Sedar-sedar sedang berdiri tegak di tengah laman.
Namun sekali sekala dia juga bersama adik-beradiknya yang lain bermain.

Tim dan Tip seperti kembar. Sama. Sebiji. Copy paste.
Tidur bersama. Bermain bersama.
Tapi Tim lebih kepada mangsa bulian si Tip.
Tip lebih agresif dan suka bergurau kasar.

Semakin membesar, mereka suka memanjat.
Panjat meja, habis semua barang ditolak mereka.
Panjat sofa, mereka sudah mula pandai mengasah kuku bercakar.
Panjat langsir umpama ahli bomba memanjat tali.
Waktu paling aman adalah ketika mereka tidur.

Aku selalu perhati gelagat mereka tidur.
Selalunya, hidung terkemut-kemut.
Telinga bergoyang-goyang.
Tangan tergedik-gedik secara tiba-tiba.
Entahlah. Mimpi rasanya.
Bila mereka mula sedar aku sedang memerhati, tetiba terus dipusingkan badan ala-ala manja.
Kucing, kalau dia tunjukkan perut mereka, tandanya mereka percaya.


Namun,
ibu mereka bukanlah dari baka yang elok.
Nenek moyang mereka adalah kucing yang kami kutip dari pasar, kelaparan.
Dibawa ke rumah, dibela sampailah bertukar generasi.
Baka domestik liar, sudah tentu ada masalahnya.

Hasil dari pemerhatian aku beberapa generasi ini,
pada awal 3-4 bulan pertama selepas dilahirkan,
anak kucing aku akan melalui fasa kritikal.
Mereka akan mudah diserang penyakit,
sama ada selesema, sakit mata atau kecacingan.
Banyak yang kecundang pada usia seawal 2-3 bulan, tapi yang mana dapat lepasi tempoh 3-4 bulan itu akan membesar dengan sihat dan gagah.



Bila mula masuk bulan April, aku jadi risau.
Blacku dan Tim mula menunjukkan perubahan sikap.

Blacku, dia makan paling banyak, tapi badannya tetap kecil.
Tak pasti pergi mana makanan dia, tapi bila dipegang badannya,
terasa tulang belulang yang ada.
Dia terlalu kurus untuk seekor kucing yang makan banyak.

Tim pula, walaupun selalu jadi mangsa buli Tip,
tapi kebelakangan ni dia selalu sangat tidur.
Kucing seusia dia patut keluar bermain dan menjelajah.
Tapi Tim lebih suka bergulung dan tidur.
Bila makan, jenuh dipanggil baru sampai.



25 April lalu, Blacku mati dalam tidurnya di dalam sangkar.
Tiada lagi ninja.
Tiada lagi si kuat makan.
Aku tidak pasti apa sakitnya, tapi kalau perlu deduksi, rasanya kecacingan.
Makanan yang masuk tidak sampai ke badan, hanya sampai ke parasit di dalam badan.

30 April seterusnya, Tim pula pergi.
Badannya terlampau kurus dan tidak bermaya sebelum hilang kesedaran.
Sebelum ini, dia tidak makan, tidak minum, hanya tidur.
Sepanjang minggu aku risau, tapi nampaknya risau sahaja tidak mengubah apa-apa.

Maka, kini, sehingga entri ini ditulis,
tinggallah Tip seorang diri.
Tunggal.
Tiada adik-beradik.
Tiada teman sepermainan.














Entahlah.
Aku jadi sangat cepat sayu apabila melalui fasa kehilangan kucing peliharaan.
Tambahan pula jika peristiwa kehilangan itu berturutan seperti ini.





.

Nov 1, 2015

Adieu, Kembang!


Salam.




28 Oktober 2015, kucing aku mati. Seekor lagi.

Namanya Kem. Dia ibu kepada Gem yang mati tiga hari sebelumnya.
Juga seekor kucing betina domestik baka biasa.
Nama Kem adalah singkatan bagi 'Kembang'
dan ya, nama itu datang dari bulu dia yang kembang macam bulu kucing mahal.

Tapi Kembang bukanlah satu-satunya namanya.
Mengikut tahap kemanjaan, kami sering tukar-tukar nama.
Dari Kembang jadi Kembong, Kembiang, Embang, Embong.
Once, out of nowhere, kami panggil dia Embang Maembong.

Kembang sudah tua.
Tak ingat berapa umurnya tapi dia lagi tua dari anak buah aku.
Anak buah aku sekarang umur 6 tahun
jadi kalian pandai-pandailah kira.

Walaupun tua, tapi dia sangat sihat dan 'sihat' (berisi)
Dialah ibu kepada lagi empat kucing kami (kini tinggal tiga).
Masa mudanya begitu ceria dan suka berlari-lari,
tapi apabila meningkat usia, beranak pinak,
kebanyakan masanya dihabiskan dengan tidur.

Kembang sangat rapat dengan Gem.
Bukan setakat rapat, malah disebabkan bulu mereka sama warna
selalu orang anggap mereka adik-beradik, bukannya emak-anak.
Makan bersama. Tidur bersama.
Jelas Kembang sayangkan Gem sangat-sangat.



Segalanya berubah setelah Gem mati pada 25 Oktober.
Dia kelihatan termenung di bawah pokok pandan luar rumah kami.
Dia jarang berada di luar rumah.
Tapi sekali sekala berada di luar tidaklah merisaukan.

Namun,
apabila dipanggil untuk makan, dia tidak pulang.
Masih berada di bawah pokok pandan. Berbaring.
Kami terpaksa angkat dia bawa pulang ke rumah.

Setelah diangkat dan diletakkan di lantai,
kami sedar ada sedikit kelainan pada Kembang.

Dia tak mampu berjalan lurus.
Jalan dia terhuyung-hayang dan asyik berpusing-pusing di tempat yang sama.
Badannya kelihatan layu dan lemah.

Itu bukanlah satu yang mengejutkan kerana anaknya yang paling rapat baru sahaja mati dilanggar.

Kami faham keadaannya,
maka kami angkat dia ke pinggan makanan.
Dia tidak makan. Tiada selera mungkin.
Jadi, kami suap makanan ke mulutnya.
Walaupun jamah hanya sedikit, tapi syukurlah.
Paling tidak dia makan.

Namun keadaan begitu berlarutan selama beberapa hari.
Jika ini berpanjangan, kami risau dia akan jatuh sakit.

Kami memantau keadaan dia sepanjang masa.
Dia kelihatan murung.
Dia hanya suka berbaring,
dan hanya kadang-kadang sahaja beralih tempat.
Untuk memudahkan pergerakannya,
kami benarkan dia berbaring di sebelah pinggan makan
dengan niat kalau dia lapar, tidak jauh untuk dia cari makanan.
Kami sediakan air untuk minum.
Kami juga kadang kala sapukan air ke belakang badannya bertujuan untuk memberi kelegaan.

Namun keadaannya tidak berubah juga.
Kembang tetap murung.



Kami bertanyakan jiran sekeliling.
Ada jiran menceritakan pada pagi hari kejadian Gem dilanggar,
ada yang terlihat Kembang dan Gem sedang tidur bersama-sama di bawah satu kereta.

Dari situ kami beranggapan bahawa
kejadian Gem dilanggar sehingga mati itu kemungkinan besar berlaku di hadapan mata Kembang.

Seorang ibu melihat kejadian ngeri kematian anaknya di depan mata,
ibu mana yang tidak murung, kan?
Hati mana yang tidak robek, kan?
Parents shouldn't outlive their children. Not otherwise.



Kami beranggapan Kembang dalam keadaan terkejut dan trauma.
Dan dari apa yang aku belajar
haiwan terhoyong-hayang dan berpusing-pusing di tempat yang sama
adalah petanda kepada kerosakan pada saraf telinga.
After all, fungsi telinga selain mendengar ialah untuk keseimbangan badan.

Walaupun tiada fakta yang kukuh,
tapi aku rasa kejutan dari kematian anaknya membuatkan Kembang trauma dan mengganggu emosi seterusnya fungsi badan dia.
Anggaplah seperti orang yang terkejut,
ada antara kita akan memilih pengsan sebagai defense mechanism
dan dalam kes Kembang,
trauma itu mengganggu sistem badan dia yang sudahpun tua itu.
Fungsi badan yang selama ini kuat disebabkan adanya keluarga.
Kini anaknya sudah tiada, kekuatan itu pun hilang.

Itu cuma rumusan aku.
Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya
tapi keadaan Kembang merosot mendadak selepas kematian Gem.
Itu sahaja rumusan logik yang mampu aku buat.



Selepas tiga hari, 28 Oktober,
Kembang pergi semasa di dalam pembaringan.

Kami tanam bersebelahan dengan tempat kami tanam Gem.
Dalam hidup mereka tidur bersama,
biarlah dalam mati juga mereka turut bersama.



Aku?
Senang kata, Oktober tamat dengan sayu.
Satu rumah berada suram dan muram.

Dua kematian kucing dalam kurang empat hari.
Aku rasa aku tak mampu nak tanggung lagi keadaan macam ni.
Walaupun aku gelar diri kuat,
tapi aku sedikit sensitif tentang perkara seperti ini.

Tapi kali ini aku tidak menangis.
Down, yes. Tapi tak menangis.
Sebab aku dapat pengajaran yang berharga.
Aku kagum dengan kasih sayang yang Kembang tunjukkan.
Kasih sayanglah yang jadi penguat kepadanya selama ini.
Fizikal dan mental.

Seorang ibu sangat sayangkan anaknya tidak kira apa.
Baik manusia, baik haiwan, mahupun kucing.







.

Oct 26, 2015

Gem The Gem.


Salam.




25 Oktober 2015, kucing aku mati.

Namanya Gem.
Seekor kucing betina domestik biasa tapi berbulu agak lebat dan kembang.
Nama Gem datang dari perkataan 'Gemuk' kerana masa dia kecil,
dia gemuk berbanding adik-beradik sebayanya.

Tapi semakin besar, badan dia semakin kurus.
Muka dia pun kelihatan bosan dan tidak bermotivasi.
Jadi dari 'gemuk', kami tukar nama jadi Gem yang juga boleh datang dari perkataan 'Gembira', dengan harapan supaya kehidupan dia lebih ceria.

Tiap kali panggil makan, Gem yang pertama akan datang.
Tak padan dengan kurus, tapi dia makan banyak.
Sebab makan banyak, dia juga berak banyak.
Memang fakta kucing betina domestik hanya suka duduk dalam rumah
jadi tempat berak kegemaran dia adalah bilik air rumah.

Nasib baik pandai berak dalam tandas.
Kalau berak atas kusyen, kan susah...

Gem ada sedikit kesukaran dalam hidup dia.
Dia seperti tak pandai kawal pundi kencing.
Tempat yang dia selalu lepak selalunya akan dibasahi air kencing yang keluar tanpa dikawal.
Walaupun bukanlah cabaran besar bagi kami manusia,
tapi siapa suka bila karpet yang dibentang menjadi basah dengan kencing.

Ini menjadikan Gem sebagai kucing yang paling kurang kami minati.
Tapi sebab sudah jadi sebahagian dari keluarga,
tak pernah terniat kami mahu hantar ke mana-mana.
Kami jaga sedaya kami walaupun ada ketika kesabaran tercabar dan tercalar.

Tiada keraguan adik-beradik Gem yang lain dapat layanan lebih mesra dari dia.




Pada pagi 25 Oktober lepas, pintu rumah aku diketuk jiran.
Kata jiran, ada kucing berdarah di bawah kereta dia.
Jiran aku itu juga membela kucing yang hampir sama warna
tapi dia takut nak melihat lebih teliti kucing itu kucing siapa.

Kami tak pernah duga itu Gem kerana Gem selalunya hanya berada di rumah.
Dia jarang keluar.
Untuk dilanggar di luar, kami lebih risaukan kucing jantan kami yang lain.
Tapi bukan Gem.

Selepas memberanikan diri,
kami lihat di bawah kereta yang disebutkan tadi.
Tidak salah, itu memang Gem.
Gem yang kuat makan dan tak dapat kawal kencing.
Gem kami.

Terlintas memori semalamnya,
aku memarahi Gem sebab dia kencing atas alat penimbang berat.
Aku hambat dia dengan penyapu,
walaupun tak kena (yang disengajakan) tapi jelas wajah Gem ketakutan.

Aku mengaku,
waktu itu aku dibayangi nafsu amarah.
Selepas beberapa ketika aku rasa kesal dengan kelakuan aku itu
namun ego aku menyatakan bahawa aku tidak berbuat apa salah
jadi ianya perkara kecil yang harus aku lupakan.

Namun setelah melihat Gem dalam keadaan rahangnya lari, berdarah
membuatkan hati aku tersentap kuat.
Jelas ianya luka dilanggar.
Mungkin sipi kereta. Mungkin juga motosikal.

Yang pasti Gem sudah pergi.
Menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kaku keras di hadapan mata aku.

Gem ditanam.
Adik-beradik Gem yang lain juga berada di sekitar tempat kami menanam Gem
mungkin juga memberi penghormatan mereka yang terakhir.




Sesalan menerjah masuk ke dalam hati aku.
Bayangkan interaksi terakhir aku dengan Gem adalah menghambat dia dengan penyapu.
Ekspresi mukanya pada aku yang terakhir adalah wajah ketakutannya.

Kini Gem sudah tiada.
Tiada lagi untuk berak di bilik air.
Tiada lagi kencing di atas karpet.
Tiada peluang lagi aku nak minta maaf atas kekasaran aku menghambatnya dengan penyapu.

Jantung aku berdegup kencang.
Hati aku tak tenteram.
Aku lari masuk bilik dan duduk di sudut menekup muka.
Air mata tidak berlinang, tapi aku yakin ianya bergenang.

Lagi menyakitkan hati aku ialah
jauh sudut hati, aku rasa lega Gem sudah tiada.
Tiada lagi aroma busuk yang menusuk hidung bila dia berak di bilik air.
Tiada lagi kesusahan membasuk karpet akibat kencing Gem.
Tidak perlu lagi jerit lolong memarahi perangai pelik Gem.

Jahatnya aku. Aku berasa lega dengan kematian Gem?
Waktu tu aku tidak peduli,
egokah, jantankah, aku tidak peduli...
Aku menangis sunyi di dalam bilik. Sendiri.

Menangis sebahagiannya kerana sudah tiada lagi Gem dalam hidup aku.
Tapi selebihnya kerana keburukan aku yang berasa lega kerana Gem tiada.

Aku rasa aku amat jahat.
Aku rasa aku tak layak membela haiwan.
Aku perasan diri aku sebagai pencinta haiwan hanya kerana aku bela tiga empat ekor kucing.
Tapi adakah mereka benar-benar selesa dengan aku?
Adakah mereka selamat dengan aku?
Mesra dengan aku?
Cintakan aku?

Jelas Gem perlukan perhatian lebih memandangkan dia mempunyai kesukaran.
Tapi apa yang aku buat adalah memarahinya.
Baikkah aku? Layakkah aku digelar manusia?



Kematian Gem sangat terkesan kepada aku.
Gem buat aku berasa mahu reevaluate,
menilai semula semua tindakan aku sebelum ini.
Perangai aku.
Perbuatan aku.
Impian aku. Cita-cita aku.
Masa depan aku.
Siapa aku sayang, siapa aku benci.
Siapa aku patut sayang, siapa patut aku tidak benci.
Semuanya...

Aku berkeputusan untuk hidup tanpa kebencian lagi.
Kalau ada yang patut dibenci, itu adalah diri aku sendiri.
Aku akan hapuskan semua senarai benci aku
dan cari permulaan baru.

Thanks to Gem,
aku tahu aku bukanlah sebaik yang aku sangkakan
dan langkah pertama untuk berubah ialah mahukan perubahan.

Gem,
you are my gem.
Thank you, Gem. Thank you.





.

Aug 17, 2014

Unko dan Aiskrim.



Satu hari di kampung,
anak buah aku yang berdua tu sedang bermain mainan mereka di ruang tamu.
Si Adik tiga tahun, si Abang lima tahun.
Si Adik sedikit moden, layan video 'Let It Go' dari iPad.
Manakala si Abang pula main tanah liat mainan dan Lego.

Aku menghampiri si Abang.

"Uncle nak pinjam tanah liat, boleh?
Uncle nak buat sesuatu..." kata aku sambil merampas tanah liat dari tangan si abang.
Si Abang pasrah...tak, dia lebih kepada teruja sebab Uncle dia nak berkarya dengan tanah liat miliknya.

Setelah beberapa saat gentel, pusing dan bentuk,
aku berjaya jadikan tanah liat mainan si Abang kepada satu bentuk objek yang familiar.

Bentuk tahi.




Memang niat aku nak buat tahi.
Jadi bila si Abang bertanya, "Uncle buat apa tu?"
aku selaku Uncle yang baik hati dengan ikhlas membalas,
"Abang cuba teka Uncle buat apa..."

Si Abang tenung lama....

"Haa, dah tahu dah. Uncle buat aiskrim!"

Aiskrim?
AISKRIM!

Keras perut aku tahan gelak.
Kudus sungguh...
Nak jadikan suasana lebih menarik, aku iyakan saja 'aiskrim' itu.

Si Abang pun tatang 'aiskrim' tu di tapak tangan kecilnya.
Dibawanya 'aiskrim' itu kepada adiknya untuk dibanggakan.
Si Adik yang tadi leka layan Elsa, sekarang menjadi tertarik dengan 'aiskrim'.
Mereka berdua beradik bersama-sama membawa 'aiskrim' itu untuk ditunjukkan kepada semua orang yang ada.
Opah, Tok Wan, Mak Tok, Mak Long, Daddy, Umi, Mak Mok, Maksu, semua ditunjukkannya.
Semakin teruja melihat reaksi audien yang pelbagai, mereka berdua turut membawa 'aiskrim' itu kepada Nek Yang mereka.

Semua audien bantai gelak bila mereka berdua berkata,
"Tengok ni, Abang ada aiskrim..."

Sudah tentu mereka gelak,
semua orang dalam rumah itu kecuali mereka berdua tahu apa yang Uncle mereka buat untuk mereka bukannya 'aiskrim' seperti yang dicanangkan, tapi TAHI.
Apa lagi kelakar dari melihat budak kecil kudus berlari dari seorang ke seorang yang lain sambil menatang tahi di tapak tangan sambil berkata 'aiskrim'...

HAHAHA...

Sedikit rasa bersalah (sedikit!) mula muncul dari hati aku,
maka aku panggil dua insan suci itu datang kepada aku.

"Biar Uncle upgrade aiskrim ni..."

Menggunakan baki tanah liat mainan yang lain, aku buat kon untuk 'aiskrim' itu.




Sekali lagi mereka berdua jadi teruja.
Masakan tidak, 'aiskrim' kini sudah dinaiktaraf dan mempunyai kon.

Lalu si Adik ambil 'aiskrim kon' itu dari tangan si Abang.
Dia kemudiannya menjilat 'aiskrim' itu seolah-olah ianya aiskrim sebenar.

Aku terpause sebentar sebelum bantai gelak sampai bergegar rumah kampung.


"Korang nak tahu tak, nanti korang besar, Uncle akan ceritakan kisah ni dekat korang supaya korang tahu beza antara pemikiran kudus budak kecil dengan otak matang orang dewasa."

Disebabkan mereka tak faham apa Uncle mereka katakan dek kerana ayat Uncle penuh dengan perkataan yang masih di luar tatabahasa mereka, mereka berdua hanya angguk dan senyum, sambil si Adik masih menjilat 'aiskrim kon' di tangannya.





Ini adalah contoh klasik untuk bidalan:
'Kanak-kanak umpama kain putih, kita orang dewasa yang bakal mencorakannya.'
Eh...itu bidalan ke? Entah.

Moral cerita, kalian beruntung sebab tidak ber-uncle-kan aku...Hehehe

Jadi, kalian dapat agak kan apa maksud 'Unko' dari tajuk entri ni?





.

May 9, 2011

YES! I'm DEFINITELY at Home!













Walau di mana kita berdiri,
ianya hubungan suci yang kekal abadi.

Selamat Hari Ibu.


Feb 8, 2011

Tanpa Tajuk #2

Neh! Aku tahu entri tEka-tEki takkan mendapat sambutan hangat dari para blogger sebab tak ada sapa nak tunjuk hebat di blog orang lain dengan menjawab tEka-tEki yang dia tak tahu jawapannya.
So, hari ini aku keluarkan entri kedua pada pukul 12.01 tghari.

Kenapa 12.01 tghari?
Sebab smpai sekarang aku tak pasti 12 tghari adalah 12am ataupun 12pm.
Oleh kerana ini adalah scheduled post,
aku hanya tahu 12.01 pm adalah 12.01 tghari...
(Tiba-tiba aku rasa aku sedang merumitkan keadaan)

-------------------------------------------



Aku ada anak buah, seorang..
Yup! Aku seorang uncle..hahaha
Ceritanya anak buah aku yang setahun lebih ni baru je dapat kaki untuk berjalan.
Dulu asyik duk sorong dia dalam kereta sorong baby tu je (hape ntah namenya)
Kini, dia bebas untuk bergerak ke mana saja dia nak.

Sedang berjalan-jalan kat shopping mall,
kami semua sekeluarga berjalan ke satu arah.
Tiba-tiba budak kecik ni melencong ke kanan...
Teka dia ke mana?
Dia ke seorang awek cun tengah berdiri tepi dinding bergayut telefon.
Dia pergi peluk kaki awek tu, awek tu tergelak je..
Abang aku (merangkap bapak budak tu) pergilah selamatkan kehidupan awek tu sebelum lebih diganggu budak tu..

Perkara yang sama berlaku beberapa minit kemudian.
Budak kecik tu berlari menuju ke satu kelompok perempuan sedang berbual di meja makan.
Yang menarik, ada 3 orang gadis,
seorang agak jauh,
seorang cun rambut perang sikit,
seorang badan berisi dan tak menarik...

My dear nephew terus menuju ke yang cun berambut perang tu.
Siap peluk dekat pinggang mintak nak dukung...

Abah aku (merangkap datuk budak kecik tu) berkata,
"Pandai pulak budak kecik ni memilih orang ek.."

Aku jawab,
"Abah patut bersyukur, at least cucu abah tu lelaki sejati..
Jadi satu hal pulak kalo dia pergi peluk lelaki, kan?"

-------------------------------------------

Nafsu manusia tak pernah berkesudahan, kan?



Aku selalu ber'window-shopping' ke dalam kedai Apple.
Sebab aku berangan nak dapat iPad sebijik.
Perasaan memegang, menyentuh dan menggosok permukaan iPad macam lebih seronok dari makan makanan kegemaran.
Tapi, bila aku tengok price label dia, hamekkaw...
Pecah tabung pon tak cukup lagi...
So, aku biarkan ia terus jadi angan-angan...

-------------------------------------------

Bertemu dengan satu manusia ini di sebuah shopping mall amatlah menyakitkan mata aku.
Dia bukan musuh aku, malah juga bukan kawan aku.
Aku tak kenal dia, dia pun takkan kenal aku.
Tapi, aku tetap sakit mata dengan dia.
Bertembung dengan dia membuatkan aku nak bunuh diri.
Memusingkan mood aku sepanjang hari.
Pencemaran!!

Dia perempuan.
Bertudung.
Pemakaiannya agak up-to-date laa sebab dia pakai jaket kecil dengan puffy-shoulders.

Tapi apa yang menyakitkan hati?

Dia pakai baju singkat, nampak pusat.
Dan maafkan aku, aku tak patut sebut hal ni...
Tapi pusat dia jelas hitam berdaki.
(Aku dapat bayang ekspresi muka kalian bila baca ayat di atas)






Please! Cover your navel!

Oct 18, 2010

Kaki SMS Sepenuh Masa

two-three-se7en
I'm sorry...




Beberapa hari lalu,
aku bermotor kena jemput adik aku kat Bukit Jalil
sebab dia yang sedang belajar di Melaka nak balik bercuti hujung minggu.
Untuk yang tak tahu, Bukit Jalil kini menjadi terminal sementara,
sementara menunggu Pudu diubahsuai dan Terminal Bersepadu Selatan dekat Bandar Tasik Selatan siap dibina.

OK, berbalik ke cerita adik aku.

Aku dah nampak dia dari jauh.
Teka apa dia tengah buat?
YA!
Berjalan sambil SMS.

Dan sepanjang perjalanan dari Bukit Jalil ke rumah aku,
cuba teka apa dia buat?
YA!
Dia SMS sambil membonceng.

Sampai rumah, salam mak salam abah.
Dia masuk dalam bilik.
Lama baru dia keluar.
Cuba teka apa dia buat dalam bilik lama-lama?
SALAH!
Dia bukan kemas baju dari beg.
Dia SMS atas katil.





Hampir 24 jam sudah dia di rumah,
dan aku sangat pelik dengan perlakuan dia.
Henset tak pernah lepas dari genggaman tangan dia.
Walaupun tengah makan malam!

Kat meja makan,
aku tunggu je bila Mak dan Abah aku nak sound,
dulu aku SMS masa makan,
tulang ayam terbang datang cium ke pipi aku.
Tapi malangnya,
Mak dan Abah aku buat dek je...
Aku hangin...

"Hang sepenuh masa ke??"
Dialog aku bermula semasa kami di ruang tamu..

"Hm..ye laa..
Sepenuh masa laa..
Bukan separuh masa..."
Dia jawab.

"Hang tau ke ape yang orang maksudkan dengan 'sepenuh masa'?"

"Belajar kan?
Orang memang belajar sepenuh masa pun.."

Walaupun muka aku nampak serius,
tapi perut aku dah berombak-ombak menahan gelak.

"Orang kata hang tu kaki SMS sepenuh masa laa.."

"JAHAT!!"
Dia tumbuk bahu aku.

"..and I bet u even SMSing in bathroom, kan??"

----------------------

Esoknya,
sedang aku menikmati air sejuk dari peti ais,
Mak aku bagitahu aku yang henset adik aku tu rosak.
Aku tanya kenapa boleh rosak,
Mak jawab masuk air.

"Air apa?" aku tanya lagi.
"Air jamban..."

Spontan, aku bersembur sebab tak dapat tahan gelak!





postquam-scriptum:
Sebenarnya, aku lebih suka guna perkataan 'texting' dari 'SMSing'.
Tapi kebanyakan orang keliling aku guna SMS,
so aku kena laa guna SMS jugak.

Oct 7, 2010

Batu-Kertas-Gunting

two-twenty-seven
I'm sorry

Ready, Set, GO!



Selalu main o-Som dengan adik aku..
Rock-Paper-Scissors ni pun lebih kurang jugak...
Dalam jepun dipanggil 'Jan-Ken-Pon'
walaupun dasarnya adalah 'Batu-kertas-gunting'
tapi o-Som masyarakat Melayu lebih kepada 'batu-burung-air'


Bila baca artikel di atas,
baru aku tahu ada World Championship untuk permainan ni.
Rujuk lebih di wikipedia


Dan disebabkan ada artikel ni laa,
aku selalu menang dengan adik aku..
LOSER!!

postquam-scriptum:
Sampai ke tanda seru kedua di perkataan 'LOSER' di atas,
aku mengambil masa 124 saat untuk buat entri ni.
Rekod terpantas memandangkan aku tengah demam dan otak tak ligat.
*Sigh*

Oct 5, 2010

Warkah buat Adik

dua-dua-lima
Maaf, aku rock!!




Adikku,


Setiap kali aku ke 7-E,
wajib bagi kau 'pow' satu Slurpee.
Setiap kali aku kata diri aku hensem,
wajib bagi kau kata sesuatu yang antonim.


Aku suka ejek kau 'jerangkung'
dan kau akan balas kata aku 'orang kampung'.
Aku suka suruh kau buatkan aku air Milo,
dan setiap kali, kau akan katakan 'NO'...


Bila aku puji diri sendiri hensem,
kau datang kat aku, tenung-tenung
dan kata "ish, kesian! Muda dah buta!"
Bila aku kata diri ni buruk,
kau datang kat aku, tenung-tenung
dan kata "Demam ke?? Kesian."






Adikku,


Satu hari aku bawa pulang aiskrim,
kata aiskrim itu untuk kau.
Kau ke dapur, bawa penyapu
dan herdik
"Keluar kau dari badan abang aku, jin apa yang datang mengganggu!"


Selalu, kau kata "Nak pinjam duit"
Aku merungut, tapi tangan tetap menghulur.
Aku tahu, 'PINJAM' pada kau adalah 'MINTA'.
Memang benar, sampai sekarang kau tak pernah ganti.
Kempis wallet aku.


Selalu, kau suruh hantarkan ke sekolah dengan moto.
Aku merungut, aku kata
"Pergi laa jalan kaki, pemalas!!"
Kau pergi, tapi dalam hati aku
"Kesian, lain kali aku hantar.."
Namun, aku tetap tak hantar.




Adikku,


Kau suka merungut.
Itu salah, ini salah
Itu tak betul, ini tak betul..
Aku tensen, terhinggap satu pelempang di muka.
Kau merajuk, aku tak layan.
Namun dalam hati aku terdetik,
"Sakit ke ek kena pelempang"
Aku lempang diri sendiri. Memang sakit.
Tapi esoknya, kau kembali menegur.


Walau apa pun berlaku antara kita.
Walau bagaimanapun benci aku pada kau.
Walau berapa sakit hatinya kau pada aku.
Kaulah adik aku.
Aku tetap abang kau.






Maka,
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR!
SEMOGA BERJAYA.
Alangmu sentiasa mendoakan yang terbaEK untuk adiknya.

Ikhlas,
AKU.



postquam-scriptum:
Harap dia takkan baca mende alah ni sebab nanti dia akan geli dan muntah hijau.
Hahaha.

Sep 8, 2010

Satu Cerita Bosan 4 : Kad Raya

two-o-one
I'm sorry


Pertengahan Ramadhan..

Adik: Apakah di tanganmu itu, wahai abangku..

Aku : Ini kad raya yang bakal abangmu hantar kepada kawan-kawannya, wahai adikku.

Adik: Kad raya?? So classic... Sedarkah kamu bahawa sekarang sudah wujud emel, e-kad, dan jugak Facebook?

Aku : Wahai adikku, jika kita dapat e-kad, kita hanya dapat membacanya hanya bila ada e (elektronik)..Tapi, kad raya adalah satu bentuk kewujudan, kamu boleh membacanya walaupun di dalam jamban.

Adik: Sungguh pandai abangku berhujah, namun realiti tetap realiti.
Percayalah, di akhir Ramadhan, bilangan ucapan raya kamu yang ditagged di Facebook Photo adalah lebih banyak dari kad raya yang kamu dapat, wahai abangku..


Aku: Let us wait and see..





Hujung Ramadhan
28 Ramadhan (Selasa)..

Aku : Adikku yang hodoh, tahukah kamu aku baru dapat kad raya dari posmen yang bertugas??

Adik: Abangku yang jijik, adakah mukaku seperti orang yang mengambil kisah tentang hal itu??

Aku : Lagipun, aku dengar tiada langsung kad raya yang tiba untukmu, wahai si LOSER.

Adik: Then tell me, o brainless man, how many cards did you get??

Aku : None of your business my douche sister..

Adik: Dan sudah tentu, secara mutlaknya, bilangan photo Facebook yang ditagged nama kamu, wahai abangku, adalah lebih banyak dari kad raya yang kamu dapat, kan??

Aku : Adakah muka aku seperti peduli semua tu?? (balas ayat dia tadi)

Adik: HAHAHA, lihat siapa yang LOSER sekarang...

Aku : Am I?? Oh!! Nak pergi baca kad raya ini kat dalam jamban..
Bolehkah kamu, wahai adikku, baca e-kad kamu dari dalam jamban..
Don't bother to answer it, my sister..
HAHAHAHAHA!!


Lalu aku berlalu ke dalam jamban dalam ketawa!



================================

Sedarkah kita,
dulu kirim kad raya satu tradisi??
Bila raya, kad raya yang dapat digantung di dinding??

Sekarang??
bolehkah e-kad digantung di dinding??
Apa jadi pada tradisi??
Posmen dah tak sibuk dalam bulan Ramadhan??

Ya,
jawapannya memanglah PEREDARAN ZAMAN.
Tapi, adakah kita juga mahu melihat duit raya diganti dengan e-money satu masa akan datang??




postquam-scriptum:
Aku hantar 10 kad raya kepada kawan-kawan.
Hanya 1 dibalas..
(tapi memang salah aku sebab aku tak tulis alamat kat dalam kad tu..)
Sedangkan aku ada 15 photo yang ditagged di Facebook sebagai ucapan selamat.

Aug 25, 2010

Tangan yang Memegang Pensil

One-less-to-one-ninety
I'm sorry...


Tiba-tiba adik aku bertanya,
"Kenapa dah lama tak nampak Alang pegang pensel ek?"


Jika hobi korang mengumpul setem,
dan tiba-tiba hasil setem kumpulan korang hilang,
korang masih boleh mula kumpulnya kembali.

Jika hobi korang bermain bola,
dan tiba-tiba but korang terkoyak,
korang masih boleh beli but baru.

Jika hobi korang blogging,
dan tiba-tiba blog korang diserang virus,
korang masih boleh buat blog yang baru.

Tapi, jika hobi kalian melukis,
dan tiba-tiba kalian hilang kebolehan melukis,
bagaimana kalian nak teruskan hobi kalian??


Pernah aku beritahu di entri terdahulu,
aku kehilangan kebolehan melukis akibat terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
Namun, apa yang aku tak beritahu adalah
tiada seorang pun dari ahli keluarga aku tahu hal itu.

Dalam keluarga, aku mengambil peranan sebagai
'anak yang banyak rahsia'
kerana peranan itu sesuai untuk aku.
Pada aku, selagi aku mampu teruskan hidup sendiri
aku akan sedaya upaya tidak menyusahkan dan membimbangkan keluarga aku.
Termasuklah mereka tidak tahu aku pernah kemalangan motosikal
dan mengakibatkan otot dan pergerakan tangan kanan aku tidak secekap dulu.

Kini, aku nak lukis garis lurus pun satu cabaran besar.

Pernah sekali, aku ke pameran lukisan di sebuah galeri seni.
Aku berdiri di hadapan sebuah lukisan..
Tanpa aku sedari, air mata berlinang,
Aku sedar air mata itu selepas seorang atendan menyapa
"Kenapa adik menangis?"
Mungkin padanya aku menghayati lukisan itu.
Namun, pada aku,
menjadi pelukis adalah cita-cita pertama aku.
Dan sejak kecil, aku berusaha menggapainya.


Sekian lama aku tinggalkan pensel aku.
Sekian lama buku sketch aku tidak diusik.
Beritahu kepadaku,
patutkah aku cuba melukis kembali dari awal?
Seperti kembali mengumpul setem yang hilang?
Seperti kembali membeli but yang koyak?
Seperti kembali membuat blog baru?
Apa jawapan aku patut beri kepada soalan adik aku tu?

untuk kembali melukis
Patutkah aku?
patutkah?

Jul 22, 2010

Raikan Chenta

one-six-seven
I'm sorry..




Sekarang keluarga aku sedang meraikan chenta..

Mak dan Abah aku,
bila naik petang je, mesti tak ada kat rumah..
Diorang berdua keluar berdua
kadang-kadang ke shopping mall
kadang-kadang ke taman tasik..
Pergh!!!
Dah tua pun nak dating-dating lagi..
Bagus!!

Abang aku,
walaupun dia ni jenis yang senyap je,
tapi aku tahu dia tengah seronok berchenta..
Bila pukul 10 malam je, sama ada dia keluar dari rumah
atau berkurung dalam bilik
pergi bergayut dalam henset dengan kekasih hati..
Dan baru-baru ni,
dia dapat hadiah bantal teddy bear..
Aku nampak kat katil dia,
ALAHAI...Chomelll....!!!!

Adik aku yang belajar kat Melaka,
aku pun tahu dia tengah hangat berchenta..
Alaaa, tak payah dia bagitahu..
Aku baca status Facebook dia pun aku dah tahu dah..
Ayat tak mau laa jiwang-jiwang gila..
Hari tu kononnya dia berselisih faham sikit dengan couple dia..
Mintak maaf melalui status Facebook..
Adui laaa...
Senak perut aku ketawa...

Adik bongsu aku pun sama je..
Dia ada blog,
aku tak follow laa dia sebab dia tak tahu aku ada blog jugak..
So, aku baca blog dia
geli perut eden..
Jiwang karat jugak dia tu ek...
Muka taknak ganas,
last-last lembut dek penangan chenta...
Aduilaaa...

Habis seisi keluarga dilamun chenta..
Eh, jap...
Aku tak kot..
Aku takde laa letak status jiwang dalam FB..
Aku takde laa bergayut telefon pukul 10 malam..
Tapi aku ada jugak laa cite jiwang sikit dalam blog..
Tapi itu just luahan yang ada hati je
Tak tahap berchenta pon...
HAHAHAHA....


Marilah kita meraikan CHENTA!!!!!

p/s:
Cinta tak semestinya untuk kekasih,
boleh juga untuk kawan, sahabat, kenalan
dan yang penting
cinta kepada Tuhan dan Rasul-Nya

Jul 8, 2010

Tak Boleh Tidur Kalau Katil Tak Selerak

one-five-seven
I'm sorry..



Satu perkara yang aku bangga dengan perangai aku ialah
aku tak banyak songeh dengan tidur..
Setengah orang kena ada selimut,
panas sikit merungut, sejuk pulak tak selesa..
Tapi aku, asalkan ada ruang, aku boleh tidur di mana-mana pun..
Luas, sempit, bukan masalah...

Hasil dari perangai aku tu,
katil aku
(single bed) menjadi sarang tempat aku berlabuh..
Di situ ada komik, pen, pensil, kertas lukisan, hard disk,
laptop di hujung kepala, topi di kepala katil,
kamus, headset, surat bil broadband, cermin mata,
cermin mata hitam, cermin mata perang, cermin mata putih,
pendrive, keychain, sarung tangan, kotak isi barang,
CD, DVD, disket, basket...
Semua itu
(dan banyak lagi..) ada di atas katil aku...


Laptop tersayang di hujung kepala..


Isi kotak serbaguna yang hanya 1/3 dari keseluruhan keselerakan.

------------------------------

Petang tadi,
Mak dan Abah balik dari 'dating',
Mak berkata pada aku,
"Kami dah pesan tilam untuk hang, Acik (abang no2 aku), dan adik (adik bongsu aku)..Esok pagi sampai..."

Aku jawab,
"Pesan tilam?? Nak buat ape??"
"Takde laa, mak tengok tilam hangpa dah teruk dah nipis, tukaq laa.. Baru selesa..." Mak aku jawab...

"Esok pagi kemas barang atas katil tu..
Buang tilam, ganti dengan yang baru..."


Dengan itu,
bermakna esok pagi aku bakal mengemas katil aku..
Arghhh!!!
Aku paling tak suka kemas katil...
Aku suka katil selerak!!!
Aku tak boleh tidur kalau katil tak selerak!!!

Eh? Jap!!
Bukan ke awal post ni aku cakap aku tak banyak songeh dengan tidur dan boleh tidur dalam apa jugak keadaan??
Nampak gaya aku ni banyak songeh gak,kan??

Tak boleh tidur kalau katil tak selerak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License