Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 29, 2016

Masa Depan Masih Lagi Jauh ke Hadapan.

Salam.

Post kali ini adalah teks sepenuhnya.
Tiada komik, tiada soalan retorik, tiada gelak tawa lawak sendiri.
Kali ini, sepenuhnya luahan hati.



Kanser.

Sering kali kita didedahkan dengan perihal kanser.
Sakitnya, deritanya, ceritanya, survivor-nya.
Tapi bagi badan yang sihat walafiat (alhamdulillah) ini,
apa yang kita boleh buat hanyalah bersimpati.

Empati?
Bullshit! Kecuali kau pernah hidap kanser,
jangan kata kau ada rasa empati dengan pesakit kanser.

Lagi mengecewakan,
ada makhluk yang gunakan kanser sebagai cara mahu tarik perhatian orang lain.
Umum diri menghidap kanser di media sosial hanya kerana mahu simpati daripada orang yang membaca.
Mahu menjadi pusat kepada perhatian.
Mahukan interaksi supaya diri dihargai.

Makhluk sebegini tidak layak digelar manusia.
Sampah pun berasa terhina jika digelar sama dengan makhluk ini.






Hari isnin lepas,
satu mesej whatsapps memeranjatkan semua yang membacanya.
Aku bergegas bersama keluarga aku di rumah menuju ke Shah Alam.
Yang sedang bekerja meminta cuti separuh hari.
Yang belum masuk kerja memohon agar dilepaskan sepanjang hari.
Kami menuju ke Hospital Shah Alam mengejar tengahari.

Naik ke tingkat 12, wad pediatrik,
ternampak abang baru selesai menjawab telefon di lobi wad.
Mata sembam, suara perlahan, aku tahu seluruh hatinya sedang bergoncang.
Ia bukan satu berita yang menyenangkan.

Kami sekeluarga diiring masuk ke wad.
Sampai di satu katil, kakak ipar yang nampak kelibat emak terus meluru dan peluk emak kuat-kuat.
Emak menenangkan kakak dengan menggosok belakangnya.
Hati seorang ibu, hanya ibu yang tahu perasaan ibu yang lain.
Tiada kata-kata, tiada senyum tawa, hanya tangisan air mata.

Abang beritahu kami bahawa anaknya yang berusia 6 tahun, yang juga kami panggil 'abang', dikesan memiliki jumlah sel darah putih yang tidak normal tingginya di dalam badan.

Abang didiagnos menghidap kanser darah, dalam kata nama yang lebih dikenali, leukemia.


LEUKEMIA.




Aku pelajar biologi.
Memang tiada dalam silibus pembelajaran aku untuk mempelajari penyakit manusia seperti leukemia ini. Tapi for the sake of knowledge, aku pernah baca banyak perkara tentang leukemia, bagaimana punca dan simptom, bagaimana cara rawatan dan pencegahan. Pendek kata, aku tahu serba sedikit mengenai leukemia.

Tapi ilmu leukemia yang aku tahu itu sekadar tahu atas nama ilmu.
Aku tidak pernah menyangka salah seorang ahli keluarga aku bakal menghidapnya.
Aku tidak pernah fikir penyakit itu akan menyerang salah seorang daripada kami.
Apatah lagi menyerang anak buahku yang hanya berusia 6 tahun.

Abang baru berusia 6 tahun setengah.
Dia baru sahaja menikmati zaman sekolah rendah darjah satu.
Zaman suka ria gelak tawa dengan kawan-kawan.
Zaman di mana sekolah adalah menyeronokkan.
Zamannya baru bermula.

Anak kecil seusia dia diduga dengan leukemia.
Aku selaku orang dewasa berasa ralat.
Bukankah masa depan dia masih lagi jauh ke hadapan?
Apa budak berusia 6 tahun tahu dengan leukemia?
Abah dan emaknya yang diterangkan secara terperinci tentang sakit itu pun masih belum memahami sepenuhnya, apatah lagi dia?
Semasa kami datang melawat pun, dia masih lagi boleh bergelak ketawa,
tidak faham akan apa yang dihidapinya, yang bakal dihadapinya.




Melihat wajah abah dan emaknya, yang juga abang dan kakak ipar aku,
pasti begitu banyak perkara yang difikirkan mereka.
Sakit perih anak mereka, masa yang perlu didedikasikan untuknya,
kos rawatan, kos penjagaan, kos penginapan,
masa depan, masa rawatan, masa sekarang,
kerja, hidup, tidur, puasa, raya.
Aku tak boleh kata aku tahu apa yang mereka fikirkan,
tapi aku tahu pasti sangat banyak perkara yang perlu mereka timbangkan.





Sepanjang hari aku terdiam.
Mesej whatsapp, telegram yang berdentum datang pun aku tidak endahkan.
Sampai sahaja di rumah, aku kaku terbaring di bilik menatap dinding.

Anak saudara aku yang aku sayangi,
baru dua hari lepas kami bermain lego bersama,
bergelak ketawa riang gembira bersama.
Kini dia terlantar di hospital menahan sakit yang datang.

Aku pula?

Apa patut aku buat?
Apa boleh aku lakukan untuk membantu?
Aku buntu...
Aku buntu...








.


14 comments:

  1. I.. i dunno what to say. Nak cakap sabar mcm meaningless bg telinga yg mendengar. Buat i hope Abang dan famili stay strong dan jgn pernah jemu bagi sokongan.

    Kakak sulung sy seorg survivor breast cancer. Alhamdulillah, sekrg dia dh boleh kembali ketawa after countless chemo session and pain. Thats is cancer made of: broken heart, tears, and pain.

    Kakak tak bagitahu sesapa sampailah hari dia nk masuk wad utk operate. Ya Allah tuhan je tahu perasaan masa tu. Dgn anak2 dia yg masih sekolah, suami dh takde.

    I guess she fight for the sake of her kids. Tp itu cerita org dewasa. Tapi Abang.. its hard to imagine him wth chemo, huhu. Apa pun awk sokonglah dia, gembirakan hatinya. Positif sentiasa di samping jgn penah putus berdoa. Mungkin masih blm terlambat utk mlm lailatul qadr, malam di mana semua doa diterima?

    Stay strong..

    ReplyDelete
  2. Sedih..


    Paling dekat kes leukemia ni masa kat matriks dulu, anak seorang lecturer Biologi aku.. The closest in family, makcik aku, ada breast cancer.. dah 2-3 kali masuk hospital, bedah.. She's a survivor tapi the cancer continues taking its toll on her..


    Aku tak dapat bayangkan kalau jadi dekat aku.. Aku taktau apa reaksi aku pun tapi Allah takkan uji manusia tu melebihi kemampuan dia.. Abang dan kakak ipar kau bukan calang2 orang, mungkin the chosen one untuk terima ujian sebesar ni.. And aku rasa kau pun macam dorang jugak..


    When it comes to things like this, kau berdo'a banyak2.. Needless to say support Abang and rawatan untuk Abang.. Do'a ringankan kesakitan Abang and mana tau ada miracle.. Macam kata Zyra, malam lailatul qadar..

    Maaf kalau ada kata2 aku yang menyinggung sebab I'm not in your shoes but I tried to put myself in it..still, tak sama.. Aku do'a Allah ringankan beban Abang, kau dan seluruh keluarga kau..

    ReplyDelete
  3. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Be strong cero and family. sungguh besar dugaan ni. always be there. be positive around him. bagi kata2 semangat. keep praying keep praying keep praying. saat kau rasa terjunam dalam hidup, bersujudlah. he's a little innocent boy, Allah will send angel for him. inshaAllah. he's strong, u should too.

    ReplyDelete
  4. Aku doakan ketabahan keluarga ko cEro..

    ReplyDelete
  5. TT_TT, Chilldhood Leukimia. Anak sepupu aku ade sorang. Diagnosis di sah kan mase umur 4 tahun. It was a painful test from Allah but I have seen with my own eyes how strong the family has grown into after all the years. And I believe it's gonna be the same with yours.

    Treatment often cures childhood leukemia. InsyaAllah abang ade chance yang tinggi untuk pulih. It's ramadhan. I'll pray for abang and your family. Be strong. Abang need the family to be strong. Sbb dia akan jadi kuat sama.

    ReplyDelete
  6. wow..so sad..

    walaupun senang aku nak cakap "sabar eh cero and family", aku tau tu cuma consolation speech je..

    bertabah ok bero..
    selalu2 la doakan dia cepat sembuh..
    aku dgr mmg kena buat pemindahan tulang sumsum untuk bantu pesakit mcm ni eh..

    ReplyDelete
  7. Im so sorry to hear that..

    ReplyDelete
  8. Aku doakan semoga segala urusan rawatan anak saudara kau itu dipermudahkan dan berjalan lancar. Semoga kau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Stay strong C...

    ReplyDelete
  9. cEro... tak tahu nak cakap apa. Buat saya teringat pada seseorang.. :(

    ReplyDelete
  10. Aku maybe tak pernah ada pengalaman sebegitu, tapi aku rasa moral support tu penting. Untuk 'abang' yang berusia 6 tahun, mungkin dia tak tahu or paham lagi apa yang bakal dilaluinya. So treat dia macam as usual dan kalau boleh, beri perhatian yang lebih kat dia. Stay strong. Aku harap semoga dia kuat dan berjaya melawan penyakit tersebut.

    Untuk ur bro and his wife, again moral support. Dorang perlu kuat dan tabah untuk hadam kenyataan yang dorang tengah lalui. Untuk itu, orang sekeliling gak memainkan peranan. Berikan dorang moral support. Kalau dapat tolong dari segi wang, maybe boleh beri sedikit.

    Entah, aku rasa kalau perkara sebegini memang perlu banyakkan bersabar dan tabah. Sentiasa doa pada Allah. Semoga tabah dalam menghadapi ujian yang Allah beri ini.

    ReplyDelete
  11. i know how it hurt bila dapat tau orang paling dekat dengan kita iaitu family bila ada sakit macam nie. serius terkejut sangat T^T i really know that feeling, sebab bapak BV sendiri disahkan kanser, tu pun baru tahun nie. (taksukanya cerita sedih2 camnie T^T) sedihnya cuma ALLAH je la tau bila fikirkan masa depan since bapak adalah pencari rezeki utama keluarga.

    benda macam nie memang perlu ketabahan sebab taknak orang yg sakit tau kita sedih sebab sakit dia. be happy around him.

    most important, ALLAH adalah sebaik2 penyembuh, doa banyak2 kat ALLAH.

    ReplyDelete
  12. Tersentuh bila baca entri nie.. banyak2 bersabat la ye

    ReplyDelete
  13. Am so sorry to hear this. May Allah grant Abang and his family strength to overcome this situation.

    ReplyDelete
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan Abang n family. Untuk budak umur 6 tahun ni, elok la kalau kau dapat bg dia experience riang ria selagi dia ada naluri kebudak budakan dan naluri nak bermain2 ni... Bg dia simpan experience yg best2.. kalau dah besar dia dah tahu dia ada leukimia, mungkin dia dh tak nak enjoy2 lagi...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License