Salam.
Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba!
Marhaban ya Ramadhan, Marhaban ya Ramadhan
*nyanyi guna suara Opick*
Sekali lagi, tajuk tiada kaitan dengan isi entri.
Okay.
Ketika entri ini diterbit,
rasanya ada kurang seminggu lagi nak masuk Ramadhan.
Dalam seminggu sebelum entri ini ditulis,
ada beberapa kali (lebih tepat, 3 kali) aku dengar peringatan seperti ini:
"Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi bulan puasa?"
"Apakah persediaan anda untuk Ramadhan kali ini?"
"Tinggal seminggu lagi, dah ready?"
Secara jujur aku nyatakan,
aku tak pasti dan tak faham apa yang dimaksudkan dengan 'sedia'.
Maksud aku,
apa yang perlu kita sediakan?
Sedia ke, tak sedia ke, Ramadan tetap akan datang.
Bukannya Ramadhan datang awal untuk yang bersedia
dan dapat ditangguh untuk yang masih belum sedia.
Apa sebernarnya yang perlu kita lakukan untuk 'bersedia'?
Adakah bersedia bermaksud pasang alarm awal pagi untuk sahur?
Atau meregangkan badan untuk menempuh terawih 20 rakaat?
Atau semak balik bacaan niat puasa dalam Bahasa Arab?
Atau riki bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah supaya senang nak beli juadah berbuka nanti?
Ini adalah satu soalan jujur yang aku harap kalian dapat jawab sebelum Ramadhan masuk.
Apakah maksud 'bersedia' dalam menanti kedatangan Ramadhan?
Nota kaki:
Untuk penulisan Bahasa Malaysia, ejaan bulan puasa ialah bulan Ramadan (tanpa h).
Tapi aku lagi suka eja Ramadhan (dengan h) sebab feeling dia lagi sampai. Huhuhu
.
hahaha patutlah atas sekali tu tetiba kau gemuk. Aku oun x faham maksud sedia tu sebenarnya. Bagi aku sedia untuk tak makan siang kot. Sebab tu orang selalu prektis puasa time bulan syaaban. untuk lebih bersedia maybe?
ReplyDelete>NADIA
DeleteDia jadi persoalan dekat aku sebab ramai sangat yang tanya 'dah sedia ke belum?' tanpa terangkan apa yang perlu disediakan. Maybe betul kot sedia untuk tak makan siang. Hahaha
ala, takde soalan banyak2 lagi ke hmm..hehe
ReplyDeletepada aku ramadhan ni macam sekolah..
kalau nak masuk darjah atau tingakatan baru, kita selalu buat persediaan baju seluar rambut dll..
so bila nak msuk ramadhan, apa yang ko tulis tu pun betul-sebahagia n dari persediaannya..
cuma yg paling penting, mental dan fizikal dan iman kita ni dah bersediakah nak berebut2 kumpul pahala berganda-ganda dalam bulan ni..dah ready nak kaut semua?
>Nazha
DeleteHahaha. Takpe. Minggu depan insyaAllah aku sediakan banyak soalan untuk kau jawab. Huhuhuh
Hmmm..mungkin itu kot maksud sedia. Sediakan diri untuk mengaut pahala yang berkali-kali lipat. Sedia dari segi mental dan fizikal. Hehehe
Entahlah, bila org asyik tnya dh bersedia ke belum ni rasa cm ramadhan tu satu bebanan pula..
ReplyDeleteHahaha mkn byk siap2 = isi minyak penuh bila esok harga minyak naik.
>Zyra
DeleteKaaannnn?
Sebab sedia atau tak sedia, Ramadhan waits for no one. Huhuhu.
Sebenarnya, sebelum Ramadhan ni macam ada urge untuk telan aiskrim banyak-banyak. Hehehe
Kalau begitu, mkn lah siap2 takut nnt bila mkn eskrim masa puasa nnt cepat haus dan sakit tekak pula, eh skema la pulak hahahha..
Delete>Zyra
DeleteSiang tadi dah makan satu aiskrim potong dah, tapi rasanya esok nak tibai lagi kot. Kalau boleh Paddle Pop pelangi. Hehehe
Kalau orang pompuan aku rasa sedia tu lebih kepada, puasa dah ganti habis ke belum..
ReplyDelete>Mon
DeleteOoooo...Lupa pulak perempuan ada isu. Tak salah aku kalau tak ganti sebelum masuk Ramadhan, nanti kena ganti double, kan?
Lupa plak subjek PAI dulu. Hehehe
Yas mon... my thoughts also go to this area... hohoho...
Delete>plain83
DeleteTapi, kalau lelaki? Takut nanti orang salah faham tuduh tak cukup puas apulak Ramadhan lepas. Hahahah
kalau tak ganti puasa pada durationnya, kena bayar fidyah dan qada puasa sebarapa banyak hari yang ditinggalkan.
Delete- kudozu
>kudozu
DeleteOooo...
Jadi yg kata jadi double tu tak betul laa ek?
Thnaks for the info :)
tak betul hehe
Delete-kudozu
>kudozu
DeleteOoooo...kira selama ni aku misinformed laa ni. Heeheh
Oh yg aku faham bersedia is nak ramp up amalan, sebelum ni baca quran sebulan sekali, try upkan sebulan 2 kali, ke atau lebih utk kita rebut pahala berganda time Ramadhan. And kurangkan (lebih baik hapuskan) amalan lagha, cam main game ke, banyak tido ke. Kira persiapan utk berpuasa dlm erti puasa sebenar. Tak nak sia2kan peluang sebulan tu. Persiapan tu kena ada cth ada yg buat jadual, hari ni nak buat apa, baca quran 10 muka ke, sedekah rm20 ke. Takdela time Ramadhan nnt baru sibuknak pk hujung2 tak terlaksana.
ReplyDeleteps: aku pun tak buat persediaan pape senanya OTL
-Star-
>Star
DeleteOoo...sediakan diri untuk rebut pahala dan tinggalkan perkara sia-sia. Make sense.
Kalau nak diikutkan, aku pun banyak betul perkara lagha yang aku buat. Huhuhu
Kalau ikutkan definisi kau, maknanya aku pun tak bersedia lagi la. Hehehe
Geram je tgk Cero kat banner tu, rasa nak cucuk dgn jarum.
ReplyDelete-Star-
>Star
DeleteHahahaha. Kau ingat bila cucuk jarum dia keluar angin ke hape? Keluar darah laa. Hahahahahah
Bersedia membuat lebih ibadah mungkin dan bukan tahan lapar dan dahaga sahaja. Tu yang aku paham lah.
ReplyDelete>Kon
DeleteOoo...Betul dah tu kot.
Tapi orang macam aku ni, bersedia ke tak sedia ke sama je, tak buat pun ibadah lebih. Yang wajib pun banyak kena baiki lagi. Hehehehe
sukar untuk pitiskan jawapan...yang penting setiap kali puasa, memang kena bersedia dari semua segi...
ReplyDeletehopefully ramadhan tahun ni lebih bagus dari sebelumnya..tu je
>sofie adie
DeleteHahaha. Ayat harap lebih bagus dari tahun lepas tu selalu aku guna, tapi secara peribadi aku rasa macam tak ada berubah pun aku ni. Perangai tetap teruk jugak. Hahahaha
bersedia untuk berubah menjadi lebih baik. pfftt sebenarnya anytimepun boleh. tapi mungkin nak ambik berkat ramadhan?
ReplyDeletebtw cute header. dahlah kelmarin baru bukak youtube cero. cute jugak suara. hahahaha.
>Kei Konves
DeleteSecara konsepnya, memamng anytime pun boleh berubah jadi lebih baik, tapi mungkin Ramadhan adalah waktu terbaik, kot? Huhuhu
Hahaha. Header je cute. Aku tak cute pun. Suara aku cute? Hey, itu suara macam orang nak cari gaduh pun cute ke? Hahahaha
Bersedia untuk mengumpul pahala dengan sebanyak mungkin, menahan lapar dan dahaga (serta apa2 perkara lain yang dapat membatalkan puasa), serta menjadi three wise monkeys (Mizaru, Kikazaru, Iwazaru) agar pahala puasa tidak ketirisan. Bulan Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan banyak dugaan. Sama2lah kita bersedia dan buat yang terbaik... yosh! Happy Ramadhan~ X3
ReplyDelete>plain83
DeleteItu dia penerangan panjang dari Cik P. Hehehe.
Thanks. Bersedia nak kumpul pahala tu lebih kepada mental dan spiritual, 3 monkeys pulak lebih keoada fizikal dan behavioral. Nice!
Happy Ramadhan :)
pergh~ ni bukan ready tuk posa,
ReplyDeleteni ready tuk hibernate musim salju
ahahaha
>budoxe lee
DeleteHahahha..
Biasa laa. Bila dengar puasa nak dekat, tetiba terasa macam nak makan semua benda, padahal masa 11 bulan tak puasa tu takde pulak teringin. Heheheh
Salam. Baru dengar dari tazkirah pasal persediaan Ramadhan. Bulan Ramadhan ni macam musim menuai. Kita da ready sebenarnya 11 bulan sebelumnya, 2 bulan sebelumnya lebih lagi iaitu Rejab dan Syaaban. 2 bulan ni, kita dah cuba kurangkan maksiat, kawal nafsu, perkemaskan bacaan alQuran. Bila tiba Ramadhan, bukanlah bulan kita baru nak belajar hukum puasa, makruh puasa, tajwid dan sebagainya. Supaya dalam bulan Ramadhan kita dapat fokuskan ibadah, dan pengharapan satu dalam bulan Ramadhan, iaitu pengampunan oleh Allah.
ReplyDeleteJadi, bulan Ramadhan ini kita berlumba2 untuk dapatkan hasil tuaian kita bulan2 yg lepas. Persediaan bulan Ramadhan termasuk seperti membersihkan dan menghias rumah, sediakan pakaian yang elok untuk kita pakai sepanjang Ramadhan, lagaknya seperti kita menerima tetamu.
Dalam satu sabda Nabi, Jibrail berkata, "Celakalah orang yang didatangi bulan Ramadhan, tetapi dosanya tak diampunkan." dan Nabi SAW aminkan. - yang ni boleh rujuk sumber.
Amalkan doa ni setiap malam di bulan Ramadhan:
Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul-'afwa fa' fu 'anni
Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku.
banyak lagi nak share, tapi ilmu aku pun tak cukup, takut salah sampaikan hehe. Mohon betulkan sekiranya ada silap.
Terima kasih soalan yang ditujukan Cero. Pasti kau sebenarnya memang faham tentang persediaan Ramadhan tu kan.
Sorry komen panjang hahaha.
BTW, Selamat Menyambut Ramadhan
Selamat Berterawih
Selamat Bersahur
Selamat Berpuasa
dan Selamat Berbuka!
- kudozu
>kudozu
DeleteNice one Dil.
Maknanya pesediaan sebenarnya sepanjang 11 bulan yang tak puasa tu laa, kan?
Sebab tu aku pelik sikit bila dekat puasa je ramai yang tanya dah sedia ke belum sebab pada aku dalam masa terdekat tu apa je yang boleh disediakan, kan?
Hehehe
Thanks for the ilmu. Banyak manfaat aku dapat :)
BTW, Selamat Menyambut Ramadhan juga
Selamat Berterawih juga
Selamat Bersahur juga
Selamat Berpuasa juga
dan Selamat Berbuka juga!
Jom buka sama-sama jom. Hehehe
Yup betul.
DeleteAnalogi: Bulan Ramadhan ialah hari pertandingan lumba lari.
Bulan2 sebelum tu kita dah prepare dah buat banyak training sebelum hari pertandingan.
Jadi masa bulan Ramadhan ni lah kita guna sepenuh tenaga dan apa yg dah kita training berlumba sampai kita garap kemenangan (Hari Raya) nanti.
lebih kurang lah. haha
-kudozu
>kudozu
DeleteOoo..Faham.
Kalau jenis yang masuk Ramadhan baru nak buat itu ini tapi tak bersedia pun sebelum tu payah sikit jawabnya, kan?
hehehe
bagi BV la, persediaan ramadhonnn nie macam bersedia dari segi mental dan fizikal cewahhh. ready la untuk kenali diri. perangai sebenar kita, sebab setan dah kena kurung. entah2 sebenarnya diri sendiri yg setan. hahhahaha. XD
ReplyDeletesemoga menjalani ramadhonnn ya lancar ya cEro!
>BV
DeleteBetul laa tu.
Sebab pernah dengar kata ustaz dulu, 11 bulan dah syaitan goda. Bulan Ramadhan ni syaitan kena ikat so musuh utama kita sekarang adalah diri sendiri (dalam bentuk nafsu)
Terima kasih, BV. Salam Ramadhoon untuk BV juga :)