Salam.
Salam Ramadhan.
Ramadhan ke berapa aku tak pasti dah sebab sudah lost count. Hehe
Tapi aku tahu,
setakat ni tak ada lagi antara kalian yang order delivery McD waktu tengahari, kan?
Hehehe
Entahlah.
Setiap Ramadhan mesti aku akan ada pengalaman terlajak sahur.
Set alarm baik punya, setiap 10 minit akan berdering.
Tapi rasanya sebab terlalu banyak alarm, jadi telinga dah lali.
Sebab tu kekadang terlajak terlepas waktu imsak.
Secara teknikalnya,
Imsak adalah 10 minit sebelum Subuh.
Kita berpuasa bermula pada waktu Subuh.
Pada waktu entri ini ditulis,
Imsak di Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya ialah 5:32 pagi.
Logiknya,
aku set alarm dalam pukul 4:45 supaya ada buffer time sebelum betul-betul bangun.
Tapi buffer time pun,
kalau janji kata 5 minit buffer tup tap tup tap terlajak jadi 90 minit tak jadi juga, kan?
Jenis macam aku, tak suka makan dalam keadaan tergesa-gesa.
Makan tergesa-gesa tak sedap, tak nikmat.
Jadi bila sudah terlajak imsak, dalam masa 10 minit nak masuk Subuh tu, aku kira skip je sahur.
Berlaparlah kau seharian sambil dinding perut kena hakis dengan asid.
Padahal kalau ikutkan dua tiga minit sempat je kalau nak tibai 2 biji kurma dan segelas air kosong.
Kalian pula bagaimana?
Pernah terlepas alarm sahur?
Pernah tak buka mata dah azan subuh?
Kalau macam tu kira macam mana ek?
Boleh lagi ke nak telan kurma dan segelas air padahal sudah azan Subuh?
Cuba bagitahu sikit...
.
Sbb sy perempuan, maka.. TAK PERNAH lagi terlajak waktu sahur. hehehehe.. bunyik alarm je terus bangun sbb mmg xsuka bunyi alarm, walaupun dh setkn ke lagu kegemaran.
ReplyDeleteBangun pkl 4.45. Ngeliat seploh minit pastu prepare simple dish, 5.25 siap mkn suma, lepastu berangan sampai subuh, haha
aku pompuan, selalu jek terlajak sahur.. TTTTATTTT Or, aku bukan pompuan sebenaqnya..? *sob2*
Delete>Zyra
DeleteEhh? Kenapa sbb perempuan jadi tak pernah terlajak sahur?
Perempuan ada power boleh bangun on time ke?
Sama laa. Selalunya 5.25 dah selesai semua, tunggu makanan turun masuk perut betul-betul je. Hehehe
>Lee-chan
DeleteHaaaahhhh. Kau kena check bali ni Lee. Manalah tau...hehehe
Eh maaf, tergeneralize pulak. Tp lazimnya pompuan snang bangun. Hasil dr pemerhatian abg dan kakak. Lagipun salu wife yg bangun dulu masak apa semua baru kejut hubby tp ada je yg vice versa so chill Lee, hahaha
Delete>Zyra
Deletehahaha...
Clearly my adik tak termasuk dalam golongan perempuan senang bangun sebab kalau nak kejut dia, mesti berdentum satu rumah. Hahahahaha
Semenjak berpuasa di perantauan, selalu je skip sahur. Boleh bilang berapa kali je bersahur
ReplyDelete>munirah mansor
DeleteTerbaca perkataan 'perantauan' je aku dah rasa sebak dah.
Bertabahlah, Munirah!
hari ni cuti. kira dah 17 ramadhan.. sbb nuzul qur'an.
ReplyDeletesetakat ni alhamdulillah x pernah terlepas sahur lg.. klu lmbt bgn n mata xleh bukak pon biasanya aku capai gak kurma & air. sbb ada berkat dlm bersahur.. kan?
sedetik berkumandangnya azan manakan boleh dijamah lagi..?? hatta meneguk air waima setitik sekalipun. (ayat prosa tradisional tu aku tulis. hahaha..)
>Haryz Khairuddin
DeleteBetul. Dalam sahur ada berkatnya. Sebab tu aku tak pernah percaya sahur awal pukul 12 or 11 camtu. Hehehe
Tu laa pasal. Kiranya tak boleh makan dah, kan?
Tapi dulu ada ustaz kata, kalau terjaga lewat buka mata dah azan, masih boleh makan lagi sehingga sama waktu dengan 60 baris ayat. Entah betul ke tak. Hahaha
waktu bulan Ramadhan zaman Nabi SAW dulu, azan Subuh dikumandangkan 2 kali. Bilal bin Rabah akan azan pertama sebelum waktu Subuh. dari azan pertama ke azan kedua jarak masa lebih kurang 50 ayat (tempoh masa ni dipanggil tanbihun - waktu berjaga2 @ orang sekarang panggil imsak). masuk waktu Subuh, Abdullah ibn Ummi Maktum akan azan.
Deletejadi mungkin yg ustaz kau kata tu waktu azan pertama Bilal bin Rabah. sebab masuk je waktu Subuh, dah habis waktu sahur.
>Haryz
DeleteWahhhh! Ilmu baru ni. Baru tahu.
Jadi kiranya 50 ayat tu adalah sama dgn jarak waktu imsak dengan subuh laa, kan?
Maka bila azan subuh berkumandang, dah tak boleh makan dah kan?
Thanks for the ilmu. Banyak lagi kena belajar ni :)
Pakailah mode snooze kat alarm handphone huhu
ReplyDelete>Boss Noob
DeleteHahah. Tak berminat nak set alarm dekat henfon sebab nanti habis bateri cepat. Dah laa bateri tengah kong sekarang ni. Hahaha.
Setakat ni aku dah terlepas sekali time housemate aku balik kampung.. heh. time lain alhamdulillah. pakat kejut mengejut utk bangun sahur
ReplyDelete>Mon
DeleteHahaha. Kalau sesame housemate jenis senang jaga dan bangun dikejut okey laa.
Aku tak. Semua jenis nak kena kerah dulu baru bergerak seinci dua. Bangun ke tidak itu tak pasti lagi. Hahahaha
aku skrg tak terlajak dah sebab dikejut mak. time blaja dulu bunyi alarm, raba air botpl, togok sambil mata pejam, tidur balik. hahahha. plus aku jenis sng jaga.
ReplyDeletedah azan x blh la oi hahaha
>NAD
DeleteAku kalau cukup masa tidonya (min 4 jam) maka senang laa jaga. Kalau nak pulak malam tu bersengkang sampai pukul 3, pastu expect pukul 4.45 nak terjaga memang tak bangun laa jawabnya. Hahaha
Kalian pula bagaimana?
ReplyDeleteAku sama ngan kau.. dengar alarm dah tak lut.. Otak aku bangun ikut suka hati.. =_=
Pernah terlepas alarm sahur?
Pernah kalau tidur lambat sangat..
Pernah tak buka mata dah azan subuh?
Pernah juga.. *nanges pekup muka kat bantal.*
Kalau macam tu kira macam mana ek?
Puasa jele.. Setakat ni alhamdulillah larat lagi..
Boleh lagi ke nak telan kurma dan segelas air padahal sudah azan Subuh?
Boleh tapi batal puasala..hahaha..XP Serious answer, tak boleh sebab kita dah tau subuh masuk pukul bape.. sedangkan masa azan pun tak boleh makan..apetah lagi lepas azan.. UAU
>Lee-chan
DeleteAku pun sangat yakin kalau dah azan dah tak boleh makan walaupun terlajak bangun. Tapi dulu ustaz aku pernah kata boleh atas alasan darurat. Tu yang sampai ke purba ni aku jadi confuse tu. Hahaha
kat tempat aku subuh je dah pukul 4.52...kira imsak 4:42 lah kan....bulan ni aku kira dah empat kali kot aku terlajak sahur...ni tak lain kes lima minit punya pasallah...sodih!
ReplyDeletetapi alhamdulillah semuanya masih mampu dibendung...
>sofie
Deleteamak aih. Awalnya subuh. Maka bersahur pun kena laa lagi awal, kan?
Baguslah kalau dapat dibendung. Jangan nanti jam baru pukul 9 pagi terus rasa nak telan megi sebaldi. Hehehehe
Kalian pula bagaimana?
ReplyDelete-mcm ni lah bero
Pernah terlepas alarm sahur?
-3x dah tmasuk hari ni
Pernah tak buka mata dah azan subuh?
-lepas sahur stay dulu, lepas subuh pejam balik
Kalau macam tu kira macam mana ek?
-mcm tu mcm mana?kalau mcm tu, ha mcm tu lah haha..
Boleh lagi ke nak telan kurma dan segelas air padahal sudah azan Subuh?
mane boleh..batal sudah pose tu baa kecuali ko rasa ko mengigau termakan kurma..
>nazha
DeleteHahaha. Parah dah tu kalau mengigau termakan kurma. Mengigau laa makan megi ke, nasi beryani ke, baru laa kenyang sikit. Hahahaha
IQ pernah sekali jer terlajak dan tak sahur. Yang selain hari tu, memang sahur. memang tak boleh percaya dekat alarm. husband da set untuk 3 handphone pun still dia boleh membuta...IQ jugak dengar alarm pertama dah bangun..heee
ReplyDelete>IQ
DeleteNampak gaya kena tukar alarm tu kasi rancak berdentum dentam sikit barulah senang bangun. Hehehehe
Ramadhan kali ni.. 1x ja aku terlajak... sedar-sedar dah 6 lebih. haha.Tapi, jenis aku.. xboleh banyak sangat set jam. Satgi semua x dengaq. sebab macam ang la cero.. dok layan-layan.. lepas tu hanyut haha
ReplyDelete>Nekmo
DeleteKan?
Lagi tambah payah kalau jenis alarm yang mendayu-dayu macam ajak tidur balik. Memang alamat sampai sudah laa tak terjaga. Hahahahaha
Wat masa lom lgi terlajak sahur tapi terlajak solat subuh tu selalu.. hmmm
ReplyDelete>Afif Rayyan
DeleteAlaaaa...
Malu pulak aku nak cerita pasal terlajak solat subuh.
Faham-faham je laa...Hehehehe
Minggu lepas! Sekali je, satu rumah tak de pon yg tersedar. Kikiki.. biasanya kalo aku bangun dulu aku gerak la satu rumah. Ikut lah siapa yg bgn first. Tp biasa nya mak aku lah yg bgn dulu. XD
ReplyDelete>Yus
DeleteHahaha.
Kalau satu rumah tak tersedar, tu kira rare tu.
Rumah famili plak tu. Hehehe.
Aku pun biasanya kalau terjaga dulu, kejutkan yang lain.
Tapi biasanya aku yang dikejut kalau duduk rumah famili. Hehehehe
kalau BV, alarm sendiri takdengar, alarm adik2 dan yg lain2 dengar pulak. hahahahhaa XD jarang jugak terlajak sahur kecuali jauh dari family.
ReplyDelete>BV
DeleteDulu duduk sebilik dgn abang.
Alarm dia bunyi ayam berkokok.
Annoying gila bila berkokok tak habis-habis, tapi berkesan sebab terbangun juga akhirnya. Hahahahaha
biasa la terlepas sahur. Kalau tinggal 10 mitnit tu nyk lagi masa. Kalau aku jadi kau, aku minum air la at least. Bukan susah pun nak minum air. At least dapat la juga mencari keberkatan sahur tu....
ReplyDelete>Bro Ley
DeleteHahaha. Nak menuju ke dapur capai cawan untuk minum air tu kena guna masa, tenaga dan usaha jugak tu.
Aku ni malas.
Selalunya nampak ada 10 minit terus anggap terlepas je.
Huhuhu