Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 15, 2016

Misteri Jiran Rumah Atas: The Sequel


Salam.

Kalau kalian semua ingat lagi, aku pernah tulis satu entri berkenaan rumah kosong atas rumah. Untuk ringkasan, disebabkan aku tinggal di rumah kuarters empat tingkat di tingkat paling bawah, maka bermacam-macam bunyi dari rumah atas aku dapat aku dengar. Bunyi bola bergolek, guli bertaburan, bunyi barang berat jatuh, malah terdapat juga bunyi hentakkan kaki secara kuat. Pada mulanya aku ingat jiran atas rumah aku seorang yang aktif, tapi selepas dijelaskan oleh teman sebilik a.k.a roommate, rupanya rumah atas aku kosong tidak berpenghuni, menjadi tanda tanya kepada aku berkenaan dari mana datangnya bunyi-bunyi tersebut.


Itu ringkasan. Kini ada pula kesinambungannya.



Walaupun gangguan bunyi itu tidak pernah berhenti, tapi bukanlah selalu. Walaupun bukan selalu, tapi bila berlaku, aku tidak boleh buat tidak tahu. Aku mesti perasan. Bayangkan, sedang khusyuk baca komik Lawak Kampus sambil sekali sekala berdekah-dekah ketawa seorang diri, tiba-tiba datang bunyi berdentam seolah-olah ada bola boling jatuh menghempas. Sedang sedap korek hidung sambil layan siri Doctor Who tiba-tiba kedengaran bunyi guli-gli bertaburan. Siapa tidak perasan, kan?

Tapi sebab gangguan ni sudah berlaku lebih setahun, aku sudah tidak kisah. Malah bila berlaku, aku tersenyum saja.

Namun, gangguan ini kedengaran semakin kerap berlaku sejak beberapa minggu sebelum masuk bulan Ramadhan, malah tidak berhenti apabila Ramadhan menjelma. Risau juga aku.

Alkisah bermula apabila aku sendirian di satu malam Ramadhan baru-baru ini. Roommate tiada, orang lain pun tiada. Maka satu rumah adalah milik aku seorang. Niat hati nak pasang filem dekat TV lalu naikkan volume ke paras tinggi biar bergegar dinding rumah, tapi memikirkan jiran sebelah Makcik Nab yang ada bayi kecil cucu keduanya, aku batalkan niat orang bujang aku itu.

Angin di luar bertiup kencang tapi tiada hujan. Sekali sekala dengar bunyi daun kering berterbangan menghempas ke kaca tingkap. Suasananya seperti satu senario malam petanda sesuatu buruk bakal berlaku yang selalu dimainkan di dalam drama dan filem seram. Manalah tahu, ada psikopat pecah masuk rumah sambil bawa sabit dengan pemegang panjang berniat nak suka-suka cantas kepala penghuni rumah. Nauzubillah.

Sedang seronok membaca surat khabar sendirian di ruang tamu, keseorangan, tiba-tiba bunyi pintu diketuk.

Tok! Tok! Tok!

Jam di dinding tegak menunjukkan jam 11 malam, dan angin di luar masih begitu kencang. Kemalasan untuk bangun dari kusyen empuk ini membuatkan aku rasa patut diabaikan sahaja ketukan pintu itu. Lagipun kalau ia sesuatu yang penting, mesti nada ketukannya berbeza.

Tok! Tok! Tok!

Sekali lagi kedengaran ketukan. Tidak kuat, tidak gopoh, malah tidak bermaya. Siapa yang gigih mengetuk pintu rumah orang lain tengah malam sebegini? Nak kata teman serumah yang lain, masing-masing ada kunci sendiri. Kalau kunci hilang sekalipun, WhatsApp-lah beritahu.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan kali ini buat aku tidak senang duduk. Gigih dia masih ketuk walaupun sudah aku abaikan. Kau ketuk sekali lagi, baru aku bangun pergi melayan.

Tok! Tok! Tok!

Cis!
Kata itu kota. Sebab sudah janji dengan diri sendiri, aku pun mengangkat punggung bergerak menuju ke pintu yang diketuk tadi. Tatkala tangan kau ingin membuka pintu, terasa sejuk sahaja tombolnya. Sejuknya meresap sampai ke otot. Seram pula rasa. Siapa di luar ya?

Tok! Tok! Tok!

“Siapa tu?” aku bertanya tanpa membuka pintu. Jantung sudah berdegup kencang seperti baru lepas tersentuh tangan dan bertentang mata dengan crush semasa mahu tolong dia angkat buku yang terjatuh di lantai, cuma bukan hormon serotonin dan oxytocin yang merembes, tapi hormon epinephrine dan cortisol yang memainkan peranan. Rasa seram menjalar seluruh badan dalam persediaan untuk ‘fight or flight’, walaupun rasanya respon yang aku akan lakukan hanyalah ‘flight’ sahaja.

“Siapa tu?” tanya aku sekali lagi, manalah tahu suara aku tadi tidak jelas kedengaran.

“Jiran.”
Kedengaran suara dari luar menjawab.

“Jiran mana?” tanya aku kembali.
“Jiran rumah atas.”

Kepala otak kau.
Atas rumah aku tu rumah kosong, mana ada orang tinggal. Bukankah bulan Ramadhan ni semua syaitan kena ikat tambat? Kenapa ada terlepas seekor menunggu aku buka pintu ni? Tak cukup ke kacau aku dengan baling guli dan golek bola boling?

Ketakutan sudah meresap ke seluruh sel saraf. Kalau orang lain yang kena, lama dah aku nasihatkan suruh baca apa-apa ayat Al-Quran yang patut. Ayat Kursi ke, Ayat Seribu Dinar ke, Al-Fatihah ke. Tapi sebab aku sendiri yang terkena, terkelu lidah terbeku otak. Aku ‘flight’. Aku lari ke dalam bilik selepas mencapai telefon bimbit aku di ruang tamu. Pantas, aku mencari nama roommate di dalam senarai ‘contact’ telefon aku. Jari sedang menggeletar, gigih aku skrol atas bawah senarai tersebut.

“Mana dia? Mana dia? Haaa, jumpa pun.”
Lalu aku tekan punat hijau, menunggu panggilan diangkat di hujung talian.

“Hello?” Suara roommate di hujung talian kedengaran.
“Hello bro! Balik cepat, bro! Aku duduk rumah sorang ni. Balik cepat, bro! Please!”
“Kenapa ni? Aku dah on the way, tapi ada laa setengah jam lagi. Kenapa?”
“Ada benda ketuk pintu tadi… Lepas tu… Lepas tu…”
“Lepas tu apa? Neves pula aku tunggu kau tergagap-gagap ni.”
“Lepas tu… Lepas tu…”
“Kau sebut lepas tu lagi, aku letak fon. LEPAS TU APA, BANGANG!”
“Lepas tu, dia claim yang dia tu jiran atas rumah kita. Atas rumah kita mana ada orang tinggal, kan? Habis tu dia siapa? Baliklah cepat. Please!”

Hujung talian senyap seketika. Beberapa saat kemudian, talian terputus. Lebih kepada diputuskan.

Berbakul aku mencarut. Tak guna punya roommate. Ingatkan sahabat sehati sejiwa sangat, rupanya meninggalkan aku di kala aku betul-betul memerlukan.

Entah macam mana, aku end up terlena di atas katil sendiri dengan telefon bimbit di tangan.
.
.
.
.
.
.
.

Bila aku tersedar kembali, ternampak kelibat roommate sedang duduk di atas katilnya, memerhatikan aku.

“Kau dah balik? Apa sudah jadi?” tanya aku.

“C, aku nak kata kau bangang, tapi aku tak sampai hati. Tapi rasanya kau memang bangang tak boleh dibendung lagi ni…” Roommate bercakap dengan nada yang tenang tetapi sinis.

“Sudah 2 bulan rumah atas kita ni diduduki orang. Tadi, jiran kita tu ketuk pintu sebab nak minta ambilkan baju dia yang terjatuh ke balkoni rumah kita sebab kena tiup angin kuat malam tadi.”

“Eh? Ye ke?”

“Lain kali, cubalah hidup dalam harmoni sikit dengan mengambil tahu jiran sekeliling. Jiran masuk rumah dua bulan pun kau tak ambil tahu. Apa punya masyarakat daa…”

Aku pun tergaru-garu kepala yang tidak gatal sambil tersenyum serupa kerang busuk.


Nota kaki:
Cerita ditokok tambah untuk menghasilkan suasana lebih dramatik.







.


37 comments:

  1. hahahhahaha. dari seram terus terjun ke drama kelakar ni memang boleh buat aku rasa nak berbuka. hampeh betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Kih kih kih!
      Maaflah kalau mengubah mood kau. Hahahah
      Kalau nak berbuka, tunggu azan Maghrib dulu. Hehehe

      Delete
  2. eeeee bodohnya nasib baik aku baca pukul 9 pagi.kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Kalau baca 9 malam pun apa salahnya.
      Bulan Ramadhan ni syaitan kena tambat. Hehehe

      Delete
  3. Memula ingat yg ketuk tu pencegah maksiat. Lepastu ingat roomate tu 'jelmaan' yg mengetuk td. Hahaha plot twist sgt, dan brown pun tabik.

    Ce interbiu jiran baru tu. Maklumlah, dia kn sekrg menghuni rumah kosong byk bunyik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hahaha.
      Rajin pulak pencegah maksiat nak serbu rumah bujang.
      Ramadhan ni takde nye jelmaan sesiapa. Hehehe

      Nak jugak tanya khabar jiran. Apa khabar penghuni bilik atas? Main boling lagi ke? Hehehe

      Delete
  4. apa ni apa ni apa ni? Ya tuhan.. Hahahahaa.. AKu pernah jadi kes camni tapi hati aku keras, roy.. So tak rasa pape. Pernah dia mengganggu di dapur main ketuk-ketuk lantai. Aku jerkah satu kali, diam dia sampai hari ni.

    Mungkin ko patut buka pintu rumah tu masa kena ketuk, orang ka jembalang ka, kau jerkah je. tak boleh tunggu esok ke nak mintak amikkan baju. Siot sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Ketuk-ketuk selalu jadi. Dah macam lali dah.
      Selagi tak ganggu hidup, aku tak kisah sangat.
      Harap-harap jangan laa start ganggu hidup lepas aku cakap camni. Hehehehe

      Delete
  5. kah kah.. penat je aku rasa seram. ingat citer Conjuring 3 tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Gah Gah Gah!
      Maaf ler. Cerita pun belum tahap Conjuring lagik sampai nak kena panggil exorcist. Hehehehe

      Delete
  6. Cute. Ahahahaha. Rumah aku pon selalu bunyi mcm2. Tapi as long as it remains as bunyibunyian aku tak kesah. Jgn ade jelmaan sudehh.. kdg tu sbb bnyk sgt lyn horror, aku jd tak cepat rase seram dh kalo ade pape. Just another makhluk doing their business. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yus

      Sama laa aku pun. Setakat bunyi takpe lagi. Selagi tak kacau aku buat donno je. Kalau dah tahap jelmaan, maka itu dah dikira kacau dah tu, panggil je ustaz nanti halaukan. Hehehehe

      Delete
  7. -Ayat-

    Aku pun pernah jadi ketuk2 pintu ni. Tapi waktu tu dekat kampung, dah la rumah kampung aku tengah2 bendang. Waktu tu bukan bulan puasa, malam waktu isyak orang dah balik sembahyang dah waktu tu. Tengah sedap2 tengok tv tiba2 pintu diketuk....tak tak tak, biase lah pintu rumah kampung yang hanya guna kunci selak. Aku ingat bapak aku dah balik dari masjid, aku pun cepat2 lah nak bukak pintu, bapak aku pun bukannye berani sangat sebab nak sampai rumah dari tempat letak motor jalan jauh gak.
    Waktu nak bukak pintu tibe2 aku rasa tak sedap hati sebab naluri rasa macam kat luar takde orang, aku pun tanya "sape tu? abah ke?" takde orang jawab......takde bunyi ketuk pintu dah.....aku pun tak jadi lah bukak pintu, setengah jam lepas tu baru bapak aku balik.

    Sorry lah komen gile panjang sebab aku pun pernah alami keadaan macam ni, exited sikit nak cite..tapi cite ni takde tokok tambah k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ayat

      Seram pulak aku baca komen kau ni.
      Nasib baik tak bukak pintu. Takut-takut kalau buka nanti apa laa yang ternampak nanti. Huhuhu

      Delete
  8. kemain semangat baca sebab nak terasa dah chill seram dia. tup2. hahahaha.

    kat rumah dulu selalu jugak ada ketuk2 pintu tapi takdak orang nie. rupanya budak2 suka main ketuk2 rumah pastu larik. hahahhahaa XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa ni selalu orang main ketuk-ketuk romadhon je
      #hambar

      Delete
    2. >BV

      Hahaha. Wujud lagi ek bebudak yang main ketuk-ketuk lari tu. Ingatkan bebudak zaman sekarang main tablet je. Hahaha

      Delete
    3. >Zyra

      Bermusim-musim dah Ketuk-Ketuk Ramadhan, satu episod pun saya tak pernah layan. Hahahahahaha

      Delete
  9. Replies
    1. >Kakak Tiri Cinderella

      Best kan? Best kan? Best kan?
      Hehehehe

      Delete
  10. Hahaha! Suka dialog roomate yang 'mesra alam' gitu. Apapun part dialog "Jiran mana?" "Jiran atas." tu memang sangat seram! Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aman Wan

      Thank you Aman Wan. Tapi takleh lawan seram Aman Wan lagi. Hehehe

      Delete
  11. kuaja XD

    -kudozu

    ReplyDelete
  12. aku punyalah tak mboh baca sebab takut seram memalam....at last cuba untuk khatam time ada org teman...sib baik tak seram....maunya terbawak dlm mimpi...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Maafkan ambe. Hehehe
      Kalau tak baca sampai habis tak tau laa seram ke idok. Hehehe

      Delete
  13. Hohoo... nice writing C, leka aku membacanya hahaha. Kalo buat komik one-shot 5 page ni best gak nih, style lukisan seram2 morbid gitu (mehehehe) ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Hahaha. Stroke aku tak sesuai buat cerita seram. Nampak kelakar.
      Kalau stroke seram ni tak semestinya kena lawa, tapi yang penting seram dia kena sampai laa..Hehehe

      Delete
  14. ehem. jiran anda lelaki atau perempuan? hahahahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kei Konves

      Setelah diselidik, jika aku tu keluarga baru. Huhuhu
      Baru berhajat nak berjirankan perempuan bujang. Hahahahaha

      Delete
  15. Replies
    1. >Afif Rayyan

      Harap dapat pengajaran. Hehehe

      Delete
  16. Ya allah kelakar gile entry ni. gelak dr awal sampai akhir. ending xleh bla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Hehehe. Sampai tak twist tu? Hehehe

      Delete
    2. memang sampai laaa hahaha

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Sebenarnya dah fikir dah pasal ni tapi just tak ada willing to proceed. Malas maybe hahahahaha. Tp it's a good idea.

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License