Salam.
Biar aku mulakan
dengan memberitahu bahawa aku kurang pandai nak bercerita, apatah lagi nak
bercerita kisah seram. Jadi, jangan buat andaian bahawa cerita yang bakal aku
sampaikan ini akan membuatkan kalian tidak dapat lelap mata tidur malam ini.
Ceritanya
bermukadimahkan aku pada usia 12 tahun. Pada usia tersebut, aku mula perasan
yang mata aku semakin rabun bertitik-tolak dari peristiwa aku gagal untuk
fokuskan penglihatan apabila sedang cuba skodeng crush aku dari jauh. Walaupun aku tahu aku rabun, tapi aku hanya
mula pakai cermin mata (secara sambilan - on
and off) pada 5 tahun kemudian, itupun disebabkan aku terpaksa bertungkus
lumus belajar untuk SPM.
Seperti orang buta,
walaupun cacat penglihatan namun deria-deria yang lain menjadi tajam.
Lima tahun
bergelumang dalam arena kerabunan tanpa cermin mata menyebabkan aku mampu
mengasah beberapa kemahiran istimewa: Telinga, hidung dan penglihatan periferal
(peripheral vision) aku menjadi
tajam. Aku mampu dengar dengan baik, aku mampu hidu dengan baik, malah aku
mampu kenalpasti objek bergerak dengan baik.
Tapi aku masih
rabun. Rabun membuatkan aku sangat gagal dalam cam muka.
Okey, cukup
mukadimah. Terus ke isi utama.
Aku tinggal di
tingkat paling bawah sebuah kuarters empat tingkat. Bilik yang aku tinggal
sekarang dihuni dua orang termasuk aku. Walaupun bilik agak sempit, tapi
disebabkan jadual kehidupan kami selalu berbeza, maka aku dan rakan sebilik aku
(si Roommate) jarang berada di dalam bilik pada masa yang sama. Bila seorang
kerja malam, seorang lagi kerja siang, dan sebaliknya.
Satu malam, aku
berseorangan di dalam bilik. Aku nak bagitahu yang aku sedang membaca buku tapi
kalau aku bagitahu, mesti kalian tak percaya sebab kalian tahu betapa tak suka
membacanya aku ini. Maka, anggaplah aku sedang melayari internet seorang diri
di dalam bilik.
Tiba-tiba, ada bunyi
benda bergolek dari siling atas bilik aku. Bunyi datang dari lantai bilik atas
bilik aku.
Seperti yang panjang
lebar aku cerita dalam mukadimah tadi, telinga aku sangat tajam apatah lagi
bawah suasana malam yang sunyi dan kurang pencemaran bunyi. Dari bunyi
tersebut, aku dapat menaakul bahawa bunyi bergolek itu datang dari objek
berbentuk sfera, keras dan berat dengan diameter objek tersebut lebih dari lima
inci dan kurang dari sepuluh inci. Objek terbaik untuk ciri-ciri tersebut, pada
aku, ialah bola boling.
"Neraka apakah
yang difikirkan oleh jiran di atas bermain golek bola boling pada malam hari
nan syahdu begini," aku mengomel seorang diri.
Bunyi bergolek itu
tidak berhenti sekali, malah ianya bersambungan setiap selang beberapa saat
sehingga hampir sepuluh minit seolah-olah cukup untuk meliputi keseluruhan
lantai bilik. Golek ke utara, patah balik ke selatan, pusing ke timur, kemudian
kembali ke utara, dan giliran barat, dan selatan, dan utara dan seterusnya dan
seterusnya....
Bercita-cita hendak
menjadi jiran yang baik, aku batalkan niat aku untuk menjerit kuat sebagai
amaran supaya jiran di atas hentikan apa sahaja yang dia sedang lakukan. Bunyi
golekan itu agak menjengkelkan walaupun tidaklah bingit. Pada aku, ianya lagi
menjengkelkan daripada bunyi katil bergoncang malam jumaat. Namun, aku kekal
positif dengan memberitahu diri sendiri bahawa jiran di atas sedang praktis
balingan bola boling untuk pertandingan yang akan disertainya esok hari. Dia
perlu menang kerana jika dia kalah, tanah pusaka arwah bapanya di kampung akan
tergadai dek hutang piutangnya kepada lintah darat. Lagipun crush-nya, si Daiyan anak ketua kampung
juga bakal datang memberi sorakan semangat untuknya. Gagal bukan pilihan, sebab
itu dia perlu berlatih.
Sedang aku asyik
mereka back story untuk jiran atas tersayang aku itu, bunyi golekan berhenti.
Aku sangka ianya akan bersambung lagi, tapi kali ini ianya berhenti terus.
Tiada sambungan.
Aku senyum. Aku
lega. Aku mengantuk. Aku tutup lampu dan aku tidur.
Keesokan pagi, aku
bertembung dengan si Roommate di dalam bilik. Aku bersiap untuk pagi, dia baru
pulang dari kerjanya. Selaku teman sebilik yang baik, aku mulakan perbualan
kosong,
"Bro, jiran
atas rumah kita ni ada tournament
boling ke? Malam tadi giat betul dia praktis golek-golek bola..."
Perlahan, si
Roommate menoleh pandangannya ke arah aku. Mukanya jelas tertulis tidak tidur
malam. Namun, dia kelihatan seperti perlu beritahu sesuatu kepada aku. Dia buka
mulutnya dan bertanya,
"Kau dengar apa
malam tadi?"
"Jiran atas
kita golek bola boling," jawab aku.
"Atas bilik
ni?"
Aku angguk.
Si Roommate terdiam
seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum sambung berkata.
"Bro, atas
rumah kita ni tak ada orang tinggal. Dekat empat bulan dah kosong."
Kami berdua berdiri
tegak bertentang mata tanpa kata-kata. Perlahan-lahan aku berpusing badan dan
meneruskan rutin bersiap aku. Si Roommate pun dengan perlahan merebahkan diri ke
atas katilnya untuk menggantikan waktu tidurnya.
Tiada lagi perbualan
tentang bilik rumah atas atau mana-mana tournament
boling.
.
Alah, tikus lah tu yang main bola boling tinggalan penduduk terdahulu. No magic, use logic
ReplyDelete*Sedapkan hati sendiri, heuheuheuheu
@Zyra Roxx
DeleteHahaha...Aku pon fikir logik je tikus tu bakal ada tournament boling nanti...hahaha
Anda pasti bola boling... dan bukannya kelapa? Eh.. kepala? Wuwuwuwuwu
ReplyDelete( "-___________-)...
Delete@Aujinz
DeleteBila difikirkan, betul jugak kan?
Saiz dah lebih kurang sama. Bentuk pon lebih kurang sfera...
Jeng jeng jeng!!
bunyi mcm tu normal kot kalau rumah kosong.. haha.. tp aku xdela dgr bunyi bowling.. lebih kpd bunyi guli.. slow sket.. hahahahah
ReplyDelete@Razfira
DeleteMemang selalu dengar cerita psal bunyi guli tu, tapi kali ni bunyinya lebih berat, sbb tu tak fikir apa-apa mula mula dengar...hehehe
burung je tu bro..
ReplyDelete@skulluv
DeleteHarap-harap burung laa...hehehe
boleh cuba difilemkan macam villa nabila nih
ReplyDelete@Prince of Noob
DeleteKalau buat filem sure pecah panggung...hehehe
Apa benar bunyi tu dtg dr bilik atas yg kosong? Anda pasti?? Sebabnya kata org klu kita dgr 'bunyi'2 mcm tu dtg dr bilik atas, sebenarnya 'diorang' tgh 'main'2 dekat je dgn kita… hoho
ReplyDeletemenyesal aku baca tak skip langsung. sipbaik aku dok rumah felda yang sebijik-sebijik aje. takde tingkat2. ok nk tido terus. lariii!
Delete@Haryz Khairuddin
DeleteSelalu jugak aku dgr benda tu.
Yg 'jauh sebenarnya dekat dan dekat sebenarnya jauh' tu aku rasa lebih kepada bunyi suara, mengilai dan gelak ketawa.
Tang objek aku tak pasti...hehehe
@anamizu
DeleteRumah sebijik-sebijik lagi banyak cerita laa ana...
Tak tau ke? hehehe
Ofismet kakak aku pernah kena kacau. Wkt tu dia stay hotel sbb kursus. Dia dgr kat bilik atas dia ada suara budak kecik, pastu dgr bunyi org alih2 katil, bunyi ckp2. Pastu esoknya bila dia tny kwn2 dia, dorg kata mana ada bilik kat atas floor dorg. Terus seram sejuk badan dia.
DeleteSo teori tu x terpakai utk bunyi mengilai je. Lgpon dunia makhluk tu mmg berlawanan dgn dunia kita kan?
@Haryz Khairuddin
DeleteKau saje nak takutkan aku kan?
Kan? Kan??
**sorok bawah selimut**
Rumah sebijik-sebijik lagi banyak cerita laa ana...
DeleteTak tau ke? hehehe
siang mmg tak sempat aku nak mmbaca blog ko ni. asal mlm je, aku mesti dtg sini. aiseh salah timing lah baca psl nih.
err dan xyah citerlah psl rumah sebijik2 tu hahaha
@anamizu
DeleteHehehe...
Sorry laa salah timing :)
Tapi betul ke taknak dengar cerita psal rumah sebijik2 ni?
Hehe
Dem dem demit!
ReplyDeleteP baca di mlm hari! Haha
Aku baru je baca psl bunyi guli,tarik2 perabot tu. Baruku tau. Waktu Form 1 pernah duduk asrama,dorm kitorg tingkat atas,tp 1 tu je yg ada org. Dorm sebelah letak loker2 kayu yg lama. Tiap2 mlm dgr bunyi2an org dok tarik2 perabot. Ingatkan normal la duk asrama bising,tp pelikla apsal rajinnya mengemas setiap hari,kalo awal2 tahun tu fahamla nk kemas. Lepas tu satu hari menjenguk dorm kosong sebelah tu,tgk2 loker tu sume dh teralih kedudukan drpd kedudukan asal yg disusun. Tataula kalo ada pekerja g ubah kan,tp xlogik semua jd selerak gitu,sbb kitorg sendiri yg susun loker2 tu. Pintu pulak dimangga,bilik tu mmg tak pakai dah.
Btw,asrama kitorg tu sebelah kuil besar,n tapak tu dulunya pernah ada kuil.
N now that i think of it,duk menyewa apartment dulu pun slalu dgr bunyi guli.
Eh panjang plak aku komen.
@star
DeleteKalau cerita asrama kau dulu, memang power...
Daripada urban legend, sampai laa pengalaman sendiri. Hehehe
Tapi apa seronok asrama kalau tak ada cerita hantu, kan?
Hehehe
2 kali aku baca baru aku mcm paham apa benda yg kau cerita ni. Hahahaha. Konfius dia sama level dgn bila baca journal kat nature
ReplyDelete@mashy_entah
DeleteHehehe...
Baca laa utk kali ketiga kasi lebih faham...hahaha
Nasib baik baca post ni dekat sekolah. Jadi, tak takut sangat.
ReplyDelete@Farah
DeleteFarah tak ada cerita hantu salji ke?
Hehehe
berair mata baca *seram*
ReplyDelete@nourel A
DeleteSeram ke?
Hehehe
Ko tau tak, aku baca cerita ni malam tadi pukul 12:30 tengah malam. Sampai half cerita, aku dah mula tak senang duduk. Aku terus tutup. Malas nak ingat walaupun macam dah agak sesuatu. Tapi cerita ko ni menghantui masa nak tidur aku. hampeh!
ReplyDeletePagi ni aku baca semula. Dah agak dah..dah agak. Huh! >.<
@~* chirpy_chummy *~
DeleteAla Mar, sekali sekala apa salahnya...hehehe
Tapi aku rasa takde laa seram mana pon...hehehe
Saya rabun sampai sekarang tak lekat spek kat muka. Macam terbatas penglihatan.
ReplyDeleteTapi kenapa deria saya yang lain2 tak tajam punnnn *sedih*
Pasal isu 'jiran yang suka bermain'ni, saya nak share pengalaman saya.
Saya start jadi tak heran dengan gangguan/gurauan sebegini bila selalu berkunjung ke rumah adik di Putrajaya. Kuarters kerajaan. Diorang tinggal kat tingkat 5. Bunyi orang menarik kerusi, ketuk dinding, bunyi seperti guli-guli dijatuhkan ke lantai tu dah jadi perkara biasa mainan halwa telinga di kala malam hari.
Anak-anak dia punya lah dah terbiasa dengan keadaan ni, sampai satu petang tu 'dia' rasa nak 'bermain' awal kot, terdengarlah bunyi-bunyian tu dan terus anak buah sy yang sulung (9 tahun) ni tegur "Awai pulak dia hari ni" punyalah tak heran dah jadi perkara biasa bagi diorang hihi
Kacau2 macam tu boleh la diterima lagi. Jangan sampai ganggu kesihatan sudah. Mintak dijauhkan.
@Shafina Othman
DeleteKena selalu praktis, pina...Baru laa lama-lama deria jadi tajam.
btw, not sure mana lagi seram;
sama ada duduk kuarters tingkat lima asyik dengar bunyi bukan-bukan,
ataupun sebab selalu sngat dengar, jadi dah tak takut...
Hehehe
Org ckap kalau dgar bunyi guli jatuh kat siling tu tanda umah kita yg ada gangguan. Tp kes hang ni, bola bowling...gua tak tauu lak apa kes nye.hahha mungkin guli too mainstream tu yg try main bowling lak.peh
ReplyDelete@nanadhoi
DeleteKalau guli mmg pernah dengar cerita psal gangguan apa semua tu, tp kali ni bunyinya agak berat, so masa dengar langsung tak anggap itu gangguan...
Mungkin dia nak main benda sfera yg lagi besar kot...hahaha
sampai part roomate ko citer hal sebnar, tiba2 jek trasa meremang bulu roma aku...tengok kiri kanan takde orang mahupun bola boling..fuuuuh..lega..yang x nampak dek mata kasar taktaula kan.. *gulp.*
ReplyDelete@Lee-kun
DeleteYang selalu aku dengar cerita orang ialah bunyi guli berguling,
tu yang bila aku dengar benda yg lagi besar tu aku tak expect apa-apa...hehehe
seriously, masa mula2 baca, rasa macam kelakar sangat sbb cara penyampaian mmg betul2 mencuit hati ina. tp, bila sampai part ending, masyaallah seram. rasa tak nak scroll je gambar tu,,,
ReplyDelete@Sabrina
DeleteHeh heh heh...
Malam-malam jangan plak nak cuba dengar apa yang tak patut didengar tau...hehhe