Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Lego cEro. Show all posts
Showing posts with label Lego cEro. Show all posts

Feb 11, 2015

What If....





-------------------------------------------------------------

Ada tiga sesi yang aku kesan dapat membuatkan aku berfikir dengan ligat tentang perkara-perkara remeh;
1) Ketika dalam bilik air/jamban
2) Atas moto
3) Waktu hujan
Tapi segala deep thoughts yang aku ada akan tamat sejurus sahaja sesi itu tamat.

To be frank,
aku lagi suka kalau entri ni aku buat dengan lukisan kartun aku yang tak seberapa tu.
Tapi aku tiada pilihan dari menggunakan (bootleg) Lego atas beberapa sebab.

Printer aku rosak.
Since printer rosak, maka scanner juga rosak sebab printer tu jenis 3-in-1 sekali dengan scanner dan copier.
Sebab aku ni orang zaman purba yang prefer melukis atas kertas daripada menggunakan graphic tablet, maka ketiadaan scanner amat mengganggu jadual update blog.
Inilah masanya aku mempersoalkan segala-gala yang x-in-1 dalam dunia ni.
Pada mula beli memang rasa macam ianya idea yang hebat bila memiliki benda 3-in-1.
Tapi bila rosak macam ni, apa pun tak boleh...

Kenapa tak repair?
Laptop rosak, komputer rosak aku boleh baiki sendiri sebab aku ada sedikit ilmu dalam bidang tu walaupun tak seberapa.
But I have cero knowledge about printers and all of the variations. Nada.
For starter, aku nak buka printer tu check circuit dekat dalam pun tak boleh sebab entah magik apa yang pengeluar itu pakai, printer aku (yang rosak ni) tak ada skru langsung.
Macam mana nak buka kalau tak ada skru?
Screw me!

Kenapa tak beli baru?
Buat masa sekarang, duit aku fokus kepada perkara yang lebih penting.
By 'lebih penting', aku maksudkan kesihatan.
No further comment on that,
tapi ingatlah, tanpa kesihatan, printer/scanner baru canggih tebabom macam mana sekalipun tak ada gunanya.

Tapi kenapa guna (bootleg) Lego?
Sebab scanner tak ada, so yang mampu aku buat adalah menggunakan benda yang aku ada.
Aku ada mainan dan kamera.
So dengan bantuan software dalam laptop, maka wujudlah entri ini.

Kalian pun,
takkan tak ada masa-masa di mana kalian akan terfikir tentang kehidupan?
Soalan-soalan popular seperti 'what if...'?
Angan-angan yang selalunya hanya angan-angan?
Cita-cita yang tahu takkan kesampaian?

Macam cita-cita aku nak berkawan dengan Emma Stone...

Ok, cut the crab crap,
I need to mend one broken heart.
Mine.






.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License