Hello kawan-kawan yang aku suka.
Dalam entri dua minggu lepas aku ada berkongsi aku berjaya menyelesaikan salah satu daripada azam aku tahun ini iaitu menderma darah 10 kali. Aku juga ada kata bahawa pencapaian sebegitu di dalam tahun mencabar 2020 ini adalah sesuatu yang besar dan aku patut beri ganjaran kepada diri sendiri.
Dan semalam, 24 November, aku belikan sesuatu sebagai ganjaran untuk diri sendiri.
Sesuatu itu adalah satu headphone bluetooth. Ia bukannya dari jenama yang terkemuka tapi berfikir dua tiga kali juga untuk membelinya disebabkan harga.
But why specifically a bluetooth headphone?
Sebenarnya pada suatu ketika dahulu yang tidak lama mana pun, sedang aku dengar lagu dari komputer riba di atas meja dengan menggunakan earphone berwayar, tiba-tiba telefon aku yang berada di atas katil berdering dan aku kemudian dengan pantas bangun mahu capai telefon itu tanpa menyedari telinga aku masih berwayar bersambung dengan komputer maka tertariklah seluruh komputer riba itu jatuh dari atas meja disebabkan kebodohan diri.
Pada masa itu aku nekad mahu beli satu headphone/earphone yang tidak berwayar.
Dan tibalah hari ini, aku sudahpun memiliki satu headphone bluetooth.
Pada mulanya aku mahu beli jenis yang earpod benda seketul kecil yang boleh sumbat dalam telinga tu sebab fikir senang kalau aku nak gunakan earphone di mana-mana. Benda earpod tu kan kadang-kadang orang tak perasan pun kalau sumbat dalam telinga jadi bolehlah aku layan apa-apa tanpa orang lain perasan.
Tapi earpod SANGAT MAHAL.
Walaupun jenis jenama yang tidak terkenal pun masih mahal.
Berpeluh aku tengok tanda harga.
Maka, simpanlah hajat aku untuk beli earpod tu. Mungkin sesiapa yang baik hati boleh berikannya kepada aku pada tarikh hari jadi aku yang tidak lama lagi ini sebagai hadiah. TIDAK, aku tidak berharap. Tapi kalau jadi realiti, itu akan menjadikan aku manusia paling gembira. Tidak, tidak. Aku tidak berharap. Cuma.... *senyum*
Ok, moving on.
Pada waktu aku nyahkotak (unboxing) headphone yang baru aku beli ini semalam, aku sedikit terkejut kerana ia ringan dan kelihatan sedikit kecil. Aku cuba pakai di kepala tetapi bahagian tekup telingan headphone itu tidak sampai ke telinga aku. Aku jadi risau. Adakah aku bangang terbeli headphone untuk kanak-kanak tadika? Adakah aku kena scam? Adakah kepala aku terlalu besar untuk manusia normal?
*Tiba-tiba kenangan aku diejek kepala besar oleh kawan sekolah semasa darjah dua dahulu muncul balik ke dalam benak fikiran aku.*
Jawapannya,
aku memang bangang, tapi bukan sebab tersalah beli atau kena scam, tapi sebab tangkai headphone itu jenis yang boleh laras. Ia dilaras ke saiz paling kecil bagi mengecilkan ruang kotak. Tapi apabila aku laraskannya dan cuba memakainya, tekup telinga itu betul-betul muat ke telinga aku hanya selepas aku cuba laras yang paling besar. Ternyata kepala aku betul-betul besar.
Cuma walaupun muat-muat sahaja pada larasan paling besar, tapi disebabkan tangkainya ada lapik lembut, maka kepala aku tidak rasa sakit dicengkam pun. Sangat selesa. Sangat fit dengan kepala. Bila aku cuba pakai dan berlari-lari sekitar bilik untuk mencuba kelasakannya, headphone ini tidak jatuh pun. Langsung tidak tertanggal dari kepala.
Aku sukakannya.
Tapi aku tahu headphone sebegini hanya akan aku pakai di dalam bilik sahaja kerana ia terlalu menonjol. Bayangkan kalau aku usung headphone ini ke dalam MRT atau tempat awam, sudah tentu akan menarik tumpuan orang ramai. Aku tak suka begitu.
Mungkin perlu kumpul duit mulai sekarang untuk beli earpod yang mahal itu.
Sekian.
aku dulu ada juga wireless headphone,tapi dah patah,haha,sedih juga sebab tu hadiah orang bagi. tapi apapun tahniah atas kejayaan derma darah tu. =)
ReplyDeleteAku baru tahu that wireless earphone yg macam biji manggis tu dipanggil earbuds bukan earpods.
ReplyDeleteNampak sangat buta teknologi hahahaha
cERO..NI AKU LUMUT. KO INGAT LAGI TAK???
ReplyDeleteaku x sangka ko still menulis dekat blog..
aku nak tulis gak tapi aku dah lupe password blog aku..dan jugak password email yg aku buat blog..bodoh kan aku haha..
anyway hepi tgk ko update blog weh!!!
saya pon beli headhphone bluetooth...tpi kdg2 terputus2 pulak bunyinya..barangkali line bluetooth tk elok atau pun headphone tu bermasalah..tpi sy syg headphone tu..
ReplyDeletetpi earbuds sekarang ad aja yang murh.bole cri
loqlaq laa sampai jatuh laptop ishhhh :P
ReplyDelete25/11/2021 reading
ReplyDeletereal estate developers in pakistan
ReplyDeletelamanya x update blog ni. Dah follow lama dah dari 2015. Sob sob sob
ReplyDeletelama tuan tak update blog
ReplyDeletecero..harap kau sehat.
ReplyDeleteMoga sihat sejahtera selalu cEro
ReplyDeletedari aku sekolah rendah sampai masuk asasi aku baca blog ni. semoga sihat sentiasa cEro!
ReplyDeleteIt seems unlikely that the Zombie branch of the franchise would have continued, considering the fact that Halloween II only just doubled its $15 million budget at the box office. It seems almost inevitable that the franchise would have returned to its roots in some way, but had Curtis committed to her post-Halloween H20: Twenty Years Later character death, the new films might have relied more on an ensemble of returning characters, like those who came back for 2021's Halloween Kills. That film featured the return of many original actors from the franchise, including Charles Cyphers, Nancy Stephens, and Kyle Richards. None of these actors are marquee names (though Richards is well known for being a part of the Real Housewives franchise), so it seems more likely that Blumhouse would have put their efforts into coaxing Paul Rudd to reprise his Halloween 6 role as Tommy Doyle, rather than recasting him with Anthony Michael Hall.
ReplyDeleteRindu zaman sekolah dulu baca blog ni
ReplyDeletehuhu sama lah kite
DeleteSalam 2024
ReplyDelete