I'm sorry
Hari terakhir Mei 2010

Pernahkah anda
di mana dalam hati teramat mahu berada di tempat itu meraikan
tapi sebenarnya
adalah lebih baik tidak berada di situ
kerana inginkan yang terbaik buat semua orang??
Tahniah kawan-kawan aku yang sudah konvo semalam..
Aku SANGAT nak berada di sana
bersama-sama meraikan hari kegemilangan
Namun, akal logik berbicara
demi sebuah senyuman
adalah terbaik untuk aku tidak berada di situ
kerana dengan kehadiran aku
bakal mengubah suasana menjadi kelam dan gelap..
Andai ada jodoh,
garisan kehidupan kita pasti akan bersilang kemudian hari..
Dan aku amat berharap
kita semua dapat bertemu
di bawah ruang dan peluang yang lain..
Jika anda kawan,
jangan tanya KENAPA..
===============================
Penulis baru belajar sesuatu yang baru, dimana kebahagiaan yang dilepaskan demi melihat orang lain lebih bahagia dipanggil pengorbanan. DAN pengorbanan bukan bererti kekalahan, sebaliknya satu tanda aras kita sudah mengecap sesuatu, bernama KEMATANGAN..














































