Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label the gIrL. Show all posts
Showing posts with label the gIrL. Show all posts

Apr 29, 2011

Penyimpan Dendam Sepenuh Masa



Aku tak pasti kalau kalian,
tapi, pada diri sendiri, aku dapat kesan satu perangai negatif aku yang memakan diri sendiri.

Aku seorang penyimpan DENDAM sepenuh masa.

Baru-baru ni aku dapat berita
seorang yang dulu pernah menghina, menjatuhkan, menburukkan, dan mencaci aku,
sedang mengecap kebahagiaan.

Sebahagian dalam diri aku menjerit,
dia bahagia selepas melonjak dari kesengsaraan aku.
Bahagian diri aku ini
merancang dan berniat untuk membalas dendam,
dendam yang seribu kali lagi sakit dari aku.
Bahagian ini membara menyal-nyala.


Sebahagian dalam diri aku bertenang,
dengan merosakkan kebahagiaan orang lain
merupakan perbuatan yang tak kurang keji dari apa yang dia pernah buat pada aku dulu.
Bahagian diri ini,
seolah-olah pasrah dan redha
dan menganggap pengalaman dulu tak lebih
dari sekadar mimpi ngeri.


Sebahagian dalam diri aku gembira,
akhirnya dia tahu erti bahagia.
Bahagian diri ini pula,
diam dan tersenyum
malah bersyukur kerana paling kurang
dia akan kenal apa itu kebahagiaan
dan mungkin menyesal kerana pernah memusnahkannya dahulu.

Dalam tiga bahagian ini,
dendam seperti sangat dominan.

Aku tahu aku perlu buang rasa itu.

Tapi, tak semudah berbicara
melakukannya seribu kali ganda lebih payah.

Beritahulah,
bagaimana boleh aku buang DENDAM ini?


[388]

Apr 13, 2011

Terima Kasih...Terima Kasih



Aku tak berapa pandai dengan nombor,
aku sedar akan kenyataan itu,
isteri tercinta aku pun tahu mengenainya.

Suatu hari,
selepas solat Isya' berjemaah berdua,
si dia bersalaman, mencium tangan aku.
Sejurus semasa dia mengangkatkan kepala,
tangan kiri aku sedang menunjukkannya sekotak hadiah.

"Bukalah.." aku kata.

Si dia membuka hadiah tersebut di hadapan aku
dan wajahnya seperti kanak-kanak yang ingin tahu
akan isi yang terkandung di dalamnya.

Lalu,
dia terpegun melihat rantai leher idaman yang sering kali dia tatap ketika melintasi sebuah kedai barangan kemas di kompleks membeli belah berhampiran, kini, berada di hadapan mata di dalam tangannya.
Muka dia bersinar dengan senyuman.

"Abang, apa ni semua?" dia menyoal aku dalam senyuman.

"Selamat ulangtahun, sayang..."

Dia terdiam.
Lalu tergelak kecil.

"Abang, ulangtahun apa ni?"

"Ulangtahun kita."
Aku masih melihat senyuman di bibir dia.

Dia letakkan rantai leher itu di atas riba,
lalu kedua tangannya rapat memegang tangan aku.

"Abang. Saya tahu abang dan angka memang tak serasi.
Tapi tarikh ulangtahun kita lambat lagi,
beberapa bulan ke depan lagi."

Aku masih melihat senyuman di bibir dia.

"Abang belikan rantai ni, kan dah membazir."

Aku sedikit kecewa sebab tiada kata terima kasih yang aku dengar.

"Tapi, saya tetap suka hadiah ni.
Jadi, terima kasih banyak-banyak ye, sayang."

Bagaikan dia mampu membaca fikiran aku,
kata terima kasih yang diucapkannya meredakan hati.

Lalu aku berkata,

"Awak, hari ini memang ulangtahun kita.
Bukan ulangtahun perkahwinan kita,
tapi pada hari ini, beberapa tahun sudah,
saya pertama kali melihat awak
dan sejak itu, awak tetap di hati saya.
Sampai sekarang, sampai bila-bila."

Mata dia berkaca.
Kerana tak dapat menahan lebih lama,
dia peluk bahu aku sambil berulangkali berkata,
"Terima kasih...Terima kasih.."

--------------------------------


Maaf kalau terlebih dramatik,
tapi itulah impian dunia perkahwinan aku.

'Aku mahu mengimami solat jemaah bersama isteri aku dan di akhir selepas doa, kami berbual kecil mengenai kehidupan, diselangi dengan gelak tawa, kata serius, mahupun cerita sedih.'

Aku cuma mahu hidup seperti manusia normal.

Oct 14, 2010

Diari

two-three-four
I'm sorry...


Diari.

Satu ketika dulu, bila aku pernah beritahu orang aku ada diari, tiada siapa percaya.
Kalian percaya?

Memang agak 'rare' bila lelaki ada diari,
tapi, aku tulis diari sejak kecil lagi...
Namun, aku serius berdiari mula tingkatan tiga
dalam beberapa tahun selepas millennium...

Sehingga sekarang, hampir 9 jilid diari aku bukukan..
Tapi aku bukan tulis diari dalam buku diari yang mahal jual kat MPH tu,
aku beli dan pakai buku log kat kedai tulis..
Aku bukan tulis setiap hari,
tapi setiap momen yang pernah berlaku,
sama ada manis atau pahit,
akan aku coretkan ke dalam diari aku...

YA!
Bagi yang mengenali aku,
aku seorang yang suka berlengah, last minute person, pemalas, degil dan kuat tidur..
Semua perangai ni membuatkan orang luar berpandangan aku bukanlah gaya seorang penulis diari..
Tapi itulah hakikatnya...

Dan disebabkan pandangan itulah,
aku pernah kehilangan seorang kawan rapat,
dia pulang ke rahmatullah....







Dalam 9 jilid diari aku,
jilid ke-8 aku terpaksa ambil dan bakar..

Bermula selepas aku berpisah gaduh dengan ex-G aku,
si Is, kawan rapat aku sejak dari kecil,
aku rapat dengan seluruh keluarga Is,
ibunya aku panggil 'ibu'
abangnya aku panggil 'abang'...

Is terbaca luahan hati aku dalam diari yang kebetulan aku tertinggal semasa bermalam di rumah dia dalam sekitar awal 2009.

Is dapati kebanyakan pertelingkahan aku dan ex-G aku adalah disebabkan salah faham.
Maka, dalam rahsia, dia berhasrat nak berjumpa dengan ex-G aku untuk menerangkan segalanya.

Tetapi, ex-G aku, di luar rasional dia,
dia mempertikaikan kewujudan Is dan terus berpendirian bahawa Is adalah watak ciptaan aku untuk meraih simpati dia.
Ini adalah disebabkan Is berhubung dengan dia hanya melalui emel dan SMS sahaja...

Is tidak berpuas hati,
dia ingin bertemu ex-G aku dan seluruh kawan-kawannya untuk menerangkan bahawa dirinya WUJUD dan bukan WATAK CIPTAAN AKU.

Dalam perjalanan ke tempat pertemuan,
dalam hujan,
Is terkorban dalam satu kemalangan jalanraya...

Semasa aku mahu berada di sisi jenazahnya di hospital,
aku dihalau oleh abang Is.
Ibu Is ketika itu, menghulurkan aku diari jilid ke-8 itu dan berkata,
"Inilah punca segalanya..."

Dan lebih menyakitkan hati,
kematian Is dipandang enteng.
ex-G aku dan kawan-kawannya tetap anggap Is tidak wujud sampai sekarang.
Hingga kini, aku diperlekehkan kerana dikatakan menggunakan 'kematian kawan' sebagai taktik menamatkan WATAK CIPTAAN sebagai peraih simpati.

Disebabkan ego seorang perempuan,
aku hilang kawan rapat dari kecil,
hilang kawan baik,
hilang kawan-kawan,
putus hubungan seorang 'ibu'
putus hubungan seorang 'abang'
putus harapan dengan perempuan.

Kerana ianya terlalu perit,
aku bakar jilid diari ke-8 aku.
Dan sejak itu, aku benci perempuan EGOIS!
Dan aku simpan dendam,
suatu hari nanti, dia pasti dapat balasan.
Mungkin bukan dari aku, tapi....

WHAT GOES AROUND COMES AROUND!




postquam-scriptum:
14 Oktober adalah tarikh lahir Is.
Semoga dia tenang di sana.


postquam-subscriptum:
ex-G ialah ex-girlfriend.

Oct 1, 2010

Perempuan Itu • Perempuan Ini

triple-two
triple-sorry

106. turn on,
    g. Slang . to arouse or excite the interest of; engage: the first lecture that really turned me on. h. Slang . to arouse sexually.
as seen in dictionary.com

Aku dan tiga kawan duduk semeja di kedai makan.
Sambil tunggu mee goreng mamak yang aku order nak sipa, aku hirup air teh tarik perlahan-lahan.

cik cuAtro, encik sEis dan cik nuEve.
(of coz bukan nama sebenar)
sEis dan nuEve satu couple.

"weyh, cuAtro!
Aku nak tanya ko ni.
Lelaki camne yang ko 'turn on'?" nuEve tanya.

cuAtro jawab,
"Sudah tentu lelaki yang macho!
Tegap tapi tak nampak besar sangat macam mamat Mr. Universe tu.
Alaa, macam Taylor Lautner."




"Tanya orang lain, awak tu??" sEis tanya aweknya, nuEve.
"Alaa, saya 'turn on' kat awak je.."

Buweeekkk!!!
Nak muntah aku dengar ayat dia.
Bermesra-mesraan kat depan aku, memang geli habes.
si sEis tu wat muka bangga.

"Ko pulak, C?" sEis aju kat aku.


cuAtro kat sebelah dah dah senyum macam kerang busuk.
Aku diam sekejap berfikir.
Tapi mata aku sedang pandang keliling.

"Awek yang aku 'turn on' ek?
Perempuan yang gantung DSLR kat leher dia.
Perempuan yang pandai main gitar.
Perempuan yang pakai baju kurung."

"OOOOOOooo" sEis dan nuEve buat bunyik..
cuAtro plak, buat muka 'apakah' dia..

"Turn off plak?" nuEve sambung.
"Turn off plak?
Perempuan yang merokok.
Perempuan yang blonde rambut sepenuhnya.
Perempuan yang tak tahu senyum."

"OOOOOOoooooo" sekali lagi dari sEis dan nuEve.
cuAtro buat muka pelik.
Aku tahu, mesti dia pelik sebab tak pernah tahu pun itu ciri-ciri idaman (dan bukan idaman) aku.



Itu yang diorang tahu.
Yang diorang tak tahu adalah,
enam ciri-ciri yang aku senaraikan di atas,
semuanya ada di dalam kedai makan tu.
Perempuan yang sangkut DSLR kat leher.
Perempuan yang bawak beg gitar kat belakang.
Perempuan yang pakai baju kurung.
Perempuan yang merokok.
Perempuan yang rambut blonde.
Perempuan yang muka masam.

Semua aku ambil dari sekitar sebab aku malas nak fikir ciri-ciri 'turn-on' aku.
Hahaha.
Seriously, aku suka perempuan tu sebab aku suka.





postquam-scriptum:
sorry lukisan tu buruk dan annoying.
lukis guna 'paint pad', application dlm henset aku.
lukis masa dalam bas.

Apr 9, 2010

That's Lust not Love!

this is ninety-second,
and I'm sorry!!



Tergelak seketika bila aku teringat,
suatu masa lalu, dalam laman web sosial
Facebook aku
ada si kawan bujang perempuan ni update status dengan berkata lebih kurang begini..
"If a guy really loves a girl, he will not touch her.."

Ok, bukan nak sangkal ayat tu,
memang betul,
lelaki sepatutnya melindungi wanita kesayangannya.
'
Touch' yang dimaksudkan adalah tidak melindungi (dalam aspek bujang)..
Maka, lelaki yang
'touch' wanitanya,
bermakna dia tidak sayang wanita tersebut..

Yang menggelikan hati aku,
adalah komen selepas itu..
Penyataan itu membawa kpd berpuluh-puluh komen balas..
Dan salah satunya berbunyi,
"Agreed, that's LUST not LOVE.."

Orang yg balas penyataan dia atas, aku kenal..
Kenal sangat, sbb masa dia bercinta dengan bekas pakwe dia dulu,
laki dia hanya suka pegang tangan dia sambil berjalan kat shopping mall,
tapi yang si gadis ni pulak lebih suka laki tu rangkul pinggang dia sambil berjalan..
YUP!! Mengelinapkan tangan ke pinggang si gadis sambil berjalan..

Nak dijadikan lawak,
si gadis ni kononnya sangat baik..
Kononnya keluarganya terpelihara...
Namun, pada pandangan aku,
mcam tak berapa terpelihara je..

Bukan nak condemn penyataan dia..
Cuma, kalo nak nasihat, kita cuba ubah dulu..
Bukan tak boleh nasihat,
cuma ianya akan buat orang macam aku terfikir,
"Apahal dia nak kata camtu padahal aku tau dia bukan camtu"

Ok!!
Aku tahu banyak yang takkan bersetuju dengan aku..
Aku tak kata SALAH!!!
Aku kata
LAWAK!!!

Peace!!!

˙˙˙ʎpoqʎɹǝʌǝ ǝʌoן


p/s:
Mungkin dia baru tahu makna
LUST kot..
Biasa laa, orang baru tahu ni selalu nak tunjuk je yang dia tahu..
hehehehe!!!

Nov 2, 2009

Lagu ini Memberi anda Neraka

this is my twenty-seventh post..
and i'm sorry...


Wahai cerolian,
kalo kalian tonton video clip lagu nih,
sangat menarik!!! (pada aku laa)
But yg aku nk tekankan adalah lyric dia...
So bace laa...
N try translate...
serius best!!!

p/s:
aku tujukan lagu nih kepada seseorg yg dia tak tau pon aku tgh tujukan lagu nih kat dia...
hahahaha!!!

==============================
Photobucket




All American Rejects — Gives You Hell

I wake up every evening, with a big smile on my face
And it never feels out of place

And your still probably working at a 9 to 5 pace
I wonder how bad that tastes

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell

Now wheres you picket fence love
And wheres that shiny car,
And did it ever get you far

You've never seem so tense love
I've never seen you fall so hard,
Do you know where you are

And truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

Hope it gives you hell

Tomorrow you'll be thinking to yourself
Where'd it all go wrong, the list goes on and on

And truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

Now you'll never see, what you've done to me
You can take back your memories they're no good to me
And here's all your lies,
You can look me in my eyes
With that sad sad look that you wear so well

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you hear this song and sing along oh you'll never tell
Then you're the fool, I'm just as well
Hope it gives you hell
When you hear this song I hope that it will give you hell
You can sing along I hope that it will treat you well

==============================

Aug 19, 2009

19.6 - Sakit n Hujan..

this is my nineteen-point-sixth post (bley plak...)


Based on previous entry,
A friend of mine (you know who you are) cadangkan kat aku supaya nangis dalam bilik mandi semasa mandi...
Yeah, aku mmg nak cuba...
but yet, tak sempat sbb smalam aku tak mandi (kantoi)..

Nak di buat cerita, semalam hujan masa malam pkul 7.30ptg ke 8 mlm kat Shah Alam..
Aku nak gi kelas nih, tp hujan...
Hm, ape aku wat???
Hujan rintik2 tu aku tempuh dgn slamber je...
N the best part is, aku nangis dlm hujan tuh...

Mmg idea genius, takde sape tau aku nangis...
sbb air mata n air hujan dah berasimilasi kat muka aku...

Yeah, mcam kawan aku ckap, mmg lega lpas nangis..
Tp, starting dr tuh, aku mudah sgt nangis...
Sblom tido nangis...
Tgh tido nangis...
Bangun tido pon nangis...
Hahaha...

Yes, hal yg berlaku ttp tak berubah...
But at least aku yg dah berubah...
Aku hargai segala pengalaman nih...

Hm...
Dengan bersaksikan BLOG nih dan seluruh isinya...
Aku berjanji akan CUBA tidak menangis lagi...
TIDAK MENANGIS LAGI!!!!

[credit to Misz Liana]

Aug 17, 2009

19.5 - Sakit!!!

this is my nineteen-point-fifth post..(hahaha)


SAKIT..
Satu perkataan yg ringkas...

Aku penah rasa pelbagai jenis sakit...
Kena belasah waktu kat SBP dulu...sakit!!!
Belasah junior waktu form 5 pon...sakit!!!
Kena belasah waktu kat matrix dulu...sakit!!!
Belasah org kat komuter Seremban mase balik dr kenduri Teah pon...sakit!!!

Duit kena curi mase skolah dulu...sakit!!
Kena rotan sbb balik umah lambat mase kecik pon...sakit!!!
Kena warning dgn bapak budak pompuan sbb aku kaco anak dia...sakit!!!

Jatuh motor kali pertama, calar tangan...sakit!!!
Jatuh motor kali kedua, casing pecah...sakit!!!
Jatuh motor kali ke brape ntah, tangan tergeliat, dada sakit, kaki luka...sakit!!!
Jatuh hati kat tunangan orang pon...sakit!!!
Kena buang mcam sampah sebab nama aku bermula dgn 'AHMAD' pon...sakit!!

Patah2 blom lagi, tp tgk org patah tangan pon dah rase...sakit!!!
Sakit mata kena infection...sakit!!!
Sakit perut sbb minum kopi n Yakult...sakit!!!
Cramp kaki sbb main air kat air terjun...sakit!!!

Tapi,
ade org kate, sakit melahirkan adalah paling sakit,
dan sakit gigi adalah kedua yg tersakit selepas melahirkan...
comfirm laa aku takkan pnah rase sakit melahirkan...
Aku penah sakit gigi...memang sakit!!!

korg ckap je sakit ape, aku mgkin pnah rase...(kot!!!)

Namun,
pada aku...
Sakit yang paling sakit pernah aku rasa...
Dan masih alami sampai sekarang...
adalah SAKIT MENAHAN TANGISAN...

stupid...
banyak mende nak aku tangiskan...
tp aku tak mahu nangis...

Jul 29, 2009

Wishlist yang takkan termakbul...

this is my eighteenth post...

Budak kecik comey!!!
Maaf ler kalo kebelakangan nih aku slalu online tp tak selalu update page nih!!!

Setiap hari, aku ade wishlist aku sendiri...
Lain dr to-do-list,
wishlist lebey kpada perkara yg aku nak buat atau mahukan tp aku tau aku takkan dapat,
at least bukan dlm masa terdekat...
Kali nih, aku nak kongsi wishlist aku hari nih...

Tasik
Aku berharap,
aku dapat berdepan dengan si dia...
dan bagi tahu hal nih...

Awak, semalam saya bermimpikan sesuatu yang
indah...
Semasa sedang melihat ketenangan air tasik disirami
sinar mentari petang,
datang seorang kanak-kanak berumur dalam 2-3 tahun dari
belakang,
sambil dia menjerit,
Papa!!! Papa!!!

Aku menoleh dan menerima pelukan anak itu,
sambil mendukungnya ke bahu, aku melihat seraut wajah
senyum padaku...
Pemilik wajah tuh bergerak perlahan
kepadaku,
sambil mengekalkan senyuman manisnya...
Dan wajah itu milik kamu...
Aku tersenyum...

Malang,
itu semua hanya mimpi...
Dan kekal hanya mimpi...
kerana takkan mungkin terjalin apa2...

Satu wishlist yang begitu pendek..
Tapi begitu mustahil untuk aku lakukan...

Ketahuilah sesuatu...
Aku begitu rindukan senyumanmu...
Mungkin aku salah, but at least bgtau apa salah aku...
hm..
tak guna pon kalo aku luahkan dlm nih...
bukan dia baca pon benda alah nih...

p/s:
Aku petik hasil dr blog sorg kawan...
Pernah tak dengar orang cakap jangan pegang sabun kuat-kuat nanti dia terlepas?

Jul 7, 2009

Perempuan Makhluk Rumit #2 : Lelaki EGO Perempuan SETIA??

this is my seventeenth post...
a boy n two girls
ini satu kisah yang berlaku kat aku sendiri...
a living proof of ape org kata 'manusia berubah'..
tp pada aku, nih bukan berubah, tp bragging...
suka cakap ape yg kita nak jadi, bukan ape diri sendiri...

cerita bermula semasa aku dalam semester ke2 Ijazah Sarjana Muda di UiTM...
semasa satu subjek makmal nih, General Chemistry,
oleh sebab masa yg lama,
dan wat experiment yg remeh (bakar pita magnesium),
jadi aku dgn MALASNYA melepak kat luar kelas sorg2...

tgh syok melepak dan berangan,
datang dua org bdak pompuan yg aku knal,
kuar gak dr kelas tu n lepak sekali dgn aku...
one of them is the factor 00...
agaknye diorg same malas dengan aku nih...

nak dijadikan cherita,
terbukak laa plak cite psal balak masing2...
masing2 terus hentam lelaki...
kata lelaki nih FULL with EGO...
lelaki TAK SETIA...
lelaki itu...lelaki ini...

aku dengar je...
tp aku ingat setiap perkataan diorang...
EGO
sorg nih ckap yg walaupon dia dgn balak dia jauh kat oversea,
tp dia tetap setia dan takkan bertukar hati dgn mane2 laki lain...
hahaha,
shame on you...
tak sampai sebulan perkataan tu kuar dr mulut dia,
dia dah kuar dating dgn sorg mamat bermotor nih...
siap makan mcD tgh2 malam (pagi) lagi...
nampak berperwatakkan baik,
gi kelas pakai jubah...
perangai camtu plak...
soalnye, tu masa tgh couple (long distance) tuh...
dua tiga minggu lpas tuh,
dgr plak cite yg dia dah putus dgn laki dia tuh...
atas sbb, "you are too good for me"
alasan busuk pompuan skang kalo putus...
pdahal aku tahu, sebab dia lain...
aku tau citer dr A-Z...
yeah, she's the factor 00...
pathetic...

sorg lagi nih plak...
dia dh putus dgn laki dia sblom msuk U...
alasannye, tak dpt tumpu studi...
but dia kate yg hatinye ttp utk laki tuh...
"soulmate" katanye...
hahaha,
by the end of that semester,
dia dh couple plak dgn bdak kelas dia sendiri...
eh???
td kate putus sbb nak tumpu blaja,
n hati tetap utk org tuh...
tp nape cepat sgt plak couple dgn yg lain???
tak kaco blaja dah ke???
mgkin sbb sekelas kot, senang blaja sesame...

mungkin, aku ulang, MUNGKIN diorg ade alasan sendiri...
tp ape pon alasan diorg,
diorg ttp ckap tak serupa bikin...
dah abes kutuk laki,
bragging dgn 'setianya wanita',
finally gini plak citenye...
ingat bila kutuk laki dpan aku, aku tak rase pape ke???

tu blom aku cite lagi perihal diorg skang...
mcam aku ckap, 'living proof'..
dari berjubah ke baju senseng lengan...

mungkin ramai lelaki yang EGO di luar sana...
tp semua perempuan takde yg EGO gak ke???
Lelaki EGO
aku pernah jumpa sorng laki nih...
BEKAS girlfriend dia kena buatan org...
tp pompuan tu tak sedar...
tau kenapa??
sbb laki tu gi jumpa bomoh suruh tahan buatan org tuh...
tp bomoh tu kate takleh tahan, cuma boleh ganti...
demi sayang yang dah tak kemana,
laki tuh jadi pengganti...
sekarang laki tu tgh derita (spatutnya bukan dia)
yg pompuan tu plak tgh seronok menjaja cite buruk laki tuh kat kawan2...
haprak punye pompuan...
Hmm...
tu ke LELAKI YANG EGO???

okay lah...
cukup laa...
nanti marah plak pembaca pompuan...
tak pepasal kata aku seksis plak...

cuma aku nak tanya semua,
egokah semua lelaki???
setiakah semua perempuan???
egokah anda???
setiakah anda????

May 5, 2009

A Song to My F****** Ex-Girlfriend..

this is my fourth post


press play

Photobucket
by
The Wonders - That Thing You Do

You,
doing that thing you do
Breakin' my heart into a million pieces
Like you always do

And you,
don't mean to be cruel
You never even knew, about the heartache
I've been going through

And I try and try to forget you girl
But it's just so hard to do
Everytime you do that thing you do

And I,
know all the games you play
And I'm gonna find a way to let you know that,
You'll be mine someday
'Cause we,
could be happy can't you see
If you'd only let me be the one to hold you
And keep you here with me

Cause I try and try to forget you girl
But it's just so hard to do
Everytime you do that thing you do

I don't ask a lot girl(I don't ask a lot girl)
But I know one thing for sure (Know one thing for sure)
It's the love that I haven't got girl
And I just can't take it anymore (Woah!!)

Cause we,
could be happy can't you see
If you'd only let me be the one to hold you
And keep you here with me
Cause it hurts me so just to see you go
Around with someone new
And if I know you you're doing that thing
Everyday just doing that thing
I can't take you doing that thing you do

xx [end] xx
p/s :
this post is dedicated to her to celebrate her birthday on
(entah bile ntah aku pon wat2 tak ingat dah)...
and word ' F****** ' at the title sebenarnye bermaksud
'FANTASTIC'.. yeah, Fantastic

heyppy blurfday GIRL!!! you're F****** rockX!!! (i mean fantastic)

birthday cake

xxx [hahaahahahahahaha] xxx
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License