Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 25, 2020

Ganjaran untuk Diri Sendiri.

Salam.
Hello kawan-kawan yang aku suka.

Dalam entri dua minggu lepas aku ada berkongsi aku berjaya menyelesaikan salah satu daripada azam aku tahun ini iaitu menderma darah 10 kali. Aku juga ada kata bahawa pencapaian sebegitu di dalam tahun mencabar 2020 ini adalah sesuatu yang besar dan aku patut beri ganjaran kepada diri sendiri.

Dan semalam, 24 November, aku belikan sesuatu sebagai ganjaran untuk diri sendiri.

Sesuatu itu adalah satu headphone bluetooth. Ia bukannya dari jenama yang terkemuka tapi berfikir dua tiga kali juga untuk membelinya disebabkan harga.

But why specifically a bluetooth headphone?

Sebenarnya pada suatu ketika dahulu yang tidak lama mana pun, sedang aku dengar lagu dari komputer riba di atas meja dengan menggunakan earphone berwayar, tiba-tiba telefon aku yang berada di atas katil berdering dan aku kemudian dengan pantas bangun mahu capai telefon itu tanpa menyedari telinga aku masih berwayar bersambung dengan komputer maka tertariklah seluruh komputer riba itu jatuh dari atas meja disebabkan kebodohan diri.

Pada masa itu aku nekad mahu beli satu headphone/earphone yang tidak berwayar.

Dan tibalah hari ini, aku sudahpun memiliki satu headphone bluetooth.

Pada mulanya aku mahu beli jenis yang earpod benda seketul kecil yang boleh sumbat dalam telinga tu sebab fikir senang kalau aku nak gunakan earphone di mana-mana. Benda earpod tu kan kadang-kadang orang tak perasan pun kalau sumbat dalam telinga jadi bolehlah aku layan apa-apa tanpa orang lain perasan.

Tapi earpod SANGAT MAHAL.
Walaupun jenis jenama yang tidak terkenal pun masih mahal.
Berpeluh aku tengok tanda harga.

Maka, simpanlah hajat aku untuk beli earpod tu. Mungkin sesiapa yang baik hati boleh berikannya kepada aku pada tarikh hari jadi aku yang tidak lama lagi ini sebagai hadiah. TIDAK, aku tidak berharap. Tapi kalau jadi realiti, itu akan menjadikan aku manusia paling gembira. Tidak, tidak. Aku tidak berharap. Cuma.... *senyum*

Ok, moving on.

Pada waktu aku nyahkotak (unboxing) headphone yang baru aku beli ini semalam, aku sedikit terkejut kerana ia ringan dan kelihatan sedikit kecil. Aku cuba pakai di kepala tetapi bahagian tekup telingan headphone itu tidak sampai ke telinga aku. Aku jadi risau. Adakah aku bangang terbeli headphone untuk kanak-kanak tadika? Adakah aku kena scam? Adakah kepala aku terlalu besar untuk manusia normal?

*Tiba-tiba kenangan aku diejek kepala besar oleh kawan sekolah semasa darjah dua dahulu muncul balik ke dalam benak fikiran aku.*

Jawapannya,
aku memang bangang, tapi bukan sebab tersalah beli atau kena scam, tapi sebab tangkai headphone itu jenis yang boleh laras. Ia dilaras ke saiz paling kecil bagi mengecilkan ruang kotak. Tapi apabila aku laraskannya dan cuba memakainya, tekup telinga itu betul-betul muat ke telinga aku hanya selepas aku cuba laras yang paling besar. Ternyata kepala aku betul-betul besar.

Cuma walaupun muat-muat sahaja pada larasan paling besar, tapi disebabkan tangkainya ada lapik lembut, maka kepala aku tidak rasa sakit dicengkam pun. Sangat selesa. Sangat fit dengan kepala. Bila aku cuba pakai dan berlari-lari sekitar bilik untuk mencuba kelasakannya, headphone ini tidak jatuh pun. Langsung tidak tertanggal dari kepala.

Aku sukakannya.

Tapi aku tahu headphone sebegini hanya akan aku pakai di dalam bilik sahaja kerana ia terlalu menonjol. Bayangkan kalau aku usung headphone ini ke dalam MRT atau tempat awam, sudah tentu akan menarik tumpuan orang ramai. Aku tak suka begitu.

Mungkin perlu kumpul duit mulai sekarang untuk beli earpod yang mahal itu.



Sekian.


  
.

Nov 18, 2020

Di Mana Perlu Aku Mula.

Salam.
Aku nak jadi penulis, tapi aku tak tahu bagaimana nak mula.

Ya.
Aku simpan cita-cita nak jadi penulis (apabila aku kata 'penulis', aku maksudkan penulis seperti penulis novel, penulis cerita pendek fiksyen mahupun bukan fiksyen yang menghasilkan buku fizikal).

Pada dasarnya aku rasa aku tidak layak nak jadi penulis disebabkan aku bukanlah pembaca novel yang setia. Aku tidak pernah habis baca novel. Novel amat memerlukan komitmen masa untuk dihabiskan, maka selalunya aku akan terberhenti di pertengahan jalan.

Macam mana seseorang yang tidak pernah habis baca novel mahu menulis cerita?

Tapi aku tidak mahu menulis novel. Paling tidak bukan ke situ arah yang aku mahu tuju.

Aku mahu tulis cerita pendek. Jenis yang sekali baca sudah habis. Cerita yang tidak panjang tapi masih memberi kesan kepada pembaca. Tapi yang seronoknya, cerita pendek yang banyak ini kalau dibaca dengan betul, akan menjadi satu cerita yang panjang kerana semua ceritanya berada di dalam alam yang sama.

Aku tidak pasti dengan orang lain, tapi disebabkan aku banyak membaca dan melukis komik dari kecil lagi, maka di dalam kepala aku ada satu alam ciptaan aku sendiri yang terdiri daripada watak-watak yang aku sendiri reka. Bermula dengan satu watak, kemudian lama kelamaan bertambah lagi sedikit demi sedikit dan sedar tidak sedar, untuk usia aku sekarang, alam itu cukup besar sehinggakan otak aku tak mampu nak kawal.

Sebab itu aku mahu tulis cerita pendek. Cerita ini cerita mereka, dan aku mahu abadikan cerita mereka dalam bentuk fizikal di alam nyata dan dikongsikan dengan orang lain, bukan sekadar cetusan impuls di dalam kepala sendiri.

Tapi masalahnya aku tidak tahu di mana perlu aku mula.

Kalau aku tulis cerita pendek itu di blog ini, tiada audiens yang cukup untuk aku sebarkannya. Jadi aku perlu tulis cerita di medium yang lain, satu medium yang aku masih tidak tahu apakah ia.

Di mana perlu aku mula?






Sekian.
  
.

Nov 11, 2020

Setahun Hanya Sepuluh Kali.

Salam.

 



Salah satu azam aku, bukan pada tahun ini 2020 sahaja, malah beberapa tahun yang sebelumnya adalah mahu derma darah setahun 10 kali.

Bila aku kata derma 10 kali setahun, aku maksudkan derma aferesis. Derma darah aferesis berbeza dengan derma darah biasa. Derma darah biasa hanya boleh dilakukan sekali setiap 90 hari (3 bulan), manakala derma aferesis pula boleh dilakukan setiap dua minggu.

Jika boleh derma setiap dua minggu, maka jika setahun ada 52 minggu aku mampu menderma 26 kali, kan? Logiknya, 10 kali bukanlah sesuatu yang susah mana pun, kan?

TIDAK.

Derma darah aferesis tidak seperti derma darah biasa. Derma darah aferesis memerlukan kita untuk setkan temujanji lebih awal, tidak seperti derma darah biasa yang boleh dilakukan secara tanpa temujanji. Walaupun biasanya boleh dilakukan setiap dua minggu, namun kadang-kadang ada hari yang sudah penuh dan kuota tidak menjamin dapat tarikh setiap dua minggu.

Tapi kalau sekali setiap TIGA minggu sekalipun, maka masih ada 17 peluang setahun, kan?

TIDAK.

Tetap tiada jaminan boleh dapat tarikh untuk setiap tiga minggu. Malah sekali sebulan pun hanya boleh dilakukan oleh orang yang betul-betul komited.

Tapi, kalau sekali sebulan pun masih dapat 12 peluang setahun, kan? Tetap lebih daripada 10, kan?

TIDAK.

Kerana dalam kes aku, aku tidak akan derma darah pada bulan puasa. Bukan tidak boleh, tapi timing yang diberikan tidak kena. Untuk bulan puasa, sama ada datang awal pagi sementara badan masih bertenaga, ataupun datang selepas berbuka kerana sudah dapat kembali tenaga. Dan YA, derma aferesis memang memerlukan tenaga. Derma biasa hanya mengambil masa 15-20 minit tetapi derma aferesis biasanya mengambil masa satu jam.

Jadi, azam derma 10 kali setahun, pada aku, masih mampu dicapai tetapi tidaklah semudah yang difikirkan. Ini membuatkan azam itu lebih bermakna.

Tetapi, pada tahun-tahun sebelum ini aku langsung gagal nak mencapai 10 kali setahun. Selalunya disebabkan aku terlalu ambil mudah dalam mengira masa. Tapi tahun lepas pula azam itu terganggu kerana aku perlu jalani pembedahan mata. Semua penderma yang melalui apa-apa pembedahan perlu berehat selama paling kurang 6 bulan sebelum boleh menderma semula. Malah penderma aferesis perlu mula dengan menderma darah utuh dahulu sekali (atau dua kali) sebelum boleh menderma aferesis kembali.

Sebab itu, pada tahun 2019, aku hanya mampu menderma darah DUA kali sahaja setahun.

Namun,
pada 9 November lalu, aku menderma darah aferesis. Itu adalah pendermaan ke-90 untuk entri buku merah aku dan pendermaan ke-10 untuk tahun 2020 ini.

Maka dengan itu, aku berjaya selesaikan salah satu azam aku untuk tahun ini.

Tahniah kepada diri sendiri.

Bila difikir semula, pencapaian sebegitu di dalam tahun mencabar 2020 ini adalah sesuatu yang besar, kan? Mungkin aku patut beri ganjaran kepada diri sendiri.



Sekian.


  
.

Nov 4, 2020

Matlamat yang Dicabut.

Salam.


 



Sesuatu berlaku baru-baru ini yang membuatkan aku mempersoal kesemuanya.

Salah satu perkara yang aku persoalkan ialah matlamat blog ini.

Sejak dari awal lagi aku tahu apa matlamat blog ini. Blog ini adalah medium utama aku meluahkan tentang apa sahaja yang aku mahu luahkan. Kadang-kadang manusia mahu mendengar, tapi tidak betul-betul mendengar. Aku tidak katakan medium manusia sebagai tempat luahkan perasaan tidak bagus, tapi kadang-kadang kita kena mengelak daripada manusia tersebut membentuk satu persepsi.

Sedangkan batu yang dititik air setiap hari pun akan berlekuk sampai satu ketika, inikan pula manusia.

Jadi,
matlamat blog ini jelas. Medium untuk aku meluahkan perasaan tanpa meninggalkan persepsi kerana para pembacanya terdiri daripada mereka-mereka yang BUKAN di sekeliling kehidupan aku.

Tapi, betulkah itu halnya?

Sudah tidak terkira lagi manusia yang aku kenal melalui medium blog ini. Bermula dengan kenalan maya, berubah ke kenalan di dunia luar, dan ada yang sudah bergelar kawan.

Jadi, bukankah blog ini sudah tidak menjalankan matlamatnya? Iaitu menjadi tempat aku luahkan perasaan tanpa perlu memikirkan persepsi orang. Kini sebahagian daripada audien blog ini adalah orang yang aku kenal, juga orang yang berada di sekeliling aku.

Aku tidak boleh lagi nak luahkan sebarangan di sini kerana akan ada, YA, AKAN ADA yang akan bawa perkara yang aku luahkan ini ke dunia sebenar. Bukan sekali dua, banyak kali juga aku sudah beri peringatan bahawa perkara dalam blog hanya dibincangkan di dalam blog, bukan di dunia luar, tapi malangnya sudahpun namanya manusia, maka ada juga yang terlepas walaupun sudah diingat banyak kali.

Haaaaahh!! *Mengeluh*

Kenapa hidup ini susah sangat.

Aku cuma mahu jadikan blog ini tempat luah perasaan, kenapa perlu ada juga cabaran sebegini?

Aku sudah di tahap dapat merasakan bahawa segala perkara yang aku mahukan, walaupun sekadar perkara mudah seperti ini pun susah nak dapat.

Adakah lebih baik untuk aku pendamkan dalam diam-diam tanpa perlu luahkan kepada sesiapa? Adakah cara itu lebih baik walaupun aku tahu bakal memakan diri sendiri?



Sekian.


.   
.

Oct 28, 2020

Suap Balik Negatif yang Memakan Diri.




Salam.
Mungkin pada kalian, aku sudah lama tak kemaskini blog ini. Tapi sebenarnya aku masih menulis blog setiap hari Rabu. Cuma kekosongan yang ada adalah disebabkan aku tidak tekan butang 'publish'. Segala coretan yang aku tulis hanya disimpan sebagai 'draft'. Selepas aku tamat menaip, aku terasa apa yang aku kongsikan itu terlalu peribadi dan kemudian aku buat keputusan untuk tidak kongsikannya di sini. Dan perkara itu berulang setiap minggu sehinggalah ke hari ini.

Tapi kenapa kali ini berbeza?

Kenapa kali ini aku tekan butang 'publish' itu?

Jawapannya,
kali ini aku perlu pandangan peribadi kalian.

Begini ceritanya...



Aku ada sukakan seseorang. Bukan suka pandang pertama. Aku sebenarnya sudah perhatikan dia lama juga. Pernah bertukar perbualan sekali dua tapi aku yakin dia tidak peduli pun kewujudan aku. Tapi yang pasti aku sedar kewujudan dia.

Bagi yang tidak tahu, aku senang suka orang. Seseorang hanya perlu buat baik pada aku dan aku akan mula sukakan dia.

Mengenalpasti kelemahan 'senang sukakan orang' ini, aku mula kembangkan satu suap balik negatif bagi membendung diri aku daripada terus sukakan orang. Pada aku, sukakan ramai orang tidak elok, apatah lagi kalau sudah libatkan hati dan perasaan. Aku lemah bab hati dan perasaan ini. Aku takut. Aku takut dilukai teruk lagi.

Jadi, bagi mengekang kelemahan aku itu daripada menguasai diri aku, aku bina satu mekanisme suap balik negatif yang akan menghalang aku daripada terus suka orang. Caranya, aku akan cari kelemahan dia dan 'highlight' kelemahan itu di dalam otak aku. Dengan cara itu, aku akan mula kurang sukakan orang kerana manusia ada kelemahan.

Aku pernah tulis mengenai ini di blog ini suatu masa lalu.

Mekanisme ini sangat berkesan. Sudah berapa kali, apabila aku mula nak baik dengan seseorang, nak kenal hati budi dia, akan berlaku sesuatu yang membuatkan aku dan orang itu menjadi jauh.

Dan mekanisme ini sangat berkesan sehinggakan aku turut lakukannya bukan sahaja kepada perempuan yang aku mula suka, tapi juga terhadap lelaki. Malah kepada ahli keluarga juga.

Pendek kata, aku akan mula menjauh dengan orang yang aku suka, tidak kira siapa.

Hasilnya, aku kini sendirian.

Kawan-kawan sama ada makan hati dengan aku, atau mereka berasa aku makin jauh dengan mereka, dan akan akhirnya sudah tidak berhubung.

Alasan mereka mungkin berbeza; Pemikiran berlainan. Tidak boleh masuk. Aku sombong. Mulut aku jahat. Aku berniat tidak baik. Dan macam-macam lagi. Semuanya berteraskan isu sama; aku bertindak balas negatif kepada orang yang aku mula suka.

Kalian yang baca entri ini juga mungkin salah seorang daripada 'mangsa' mekanisme aku itu.

Mekanisme yang aku cipta bertujuan untuk mengawal diri, kini memakan diri aku sendiri.

Ini bukan sesuatu yang aku banggakan. Namun, aku terlalu lama dan kerap lakukannya sehinggakan aku tidak tahu macam mana nak lari daripadanya. Tindakbalas ini automatik tanpa perlu aku cetuskan pun.



Berbalik kepada dia yang aku mula suka itu.

Aku tahu, kalau aku mula rapat dengan dia, mungkin bertukar status daripada kenalan kepada kawan, atau mungkin ke peringkat seterusnya, aku mungkin akan lakukan hal yang sama kepada dia. Dan kami mungkin berakhir menjadi orang asing.

Ia belum berlaku. Aku dan dia kini masih hanya kenalan.

Aku sukakan dia. Tapi aku takut kalau aku ke hadapan, aku akan kehilangan dia secara total.



Dan aku perlukan pandangan kalian tentang bagaimana boleh aku tangani isu aku ini. Aku tidak boleh duduk berbincang dengan kawan rapat dan orang sekeliling aku kerana aku tahu mereka tidak akan cuba memahami apa yang aku nak sampaikan. Ahhhh, aku rasa kalian yang baca entri ini pun tidak semua faham apa yang aku nak sampaikan, kan?

I don't know.
Aku tidak jangkakan akan dapat penyelesaian dengan bertanyakan di sini, tapi sini adalah SATU-SATUNYA medium untuk aku bertanya.



Entahlah. Mungkin aku lebih baik hidup sendirian sahaja agaknya.


Kemaskini 26 Oktober 2020:
Sehari selepas aku siap taip entri di atas dan tetapkan untuk diterbitkan pada hari Rabu 28 Oktober, aku dapat tahu si dia yang aku maksudkan di atas sudah berpunya.
Memegang prinsip tidak akan menjadi orang ketiga di dalam mana-mana perhubungan manusia, aku buat keputusan tidak akan meneruskan apa-apa perancangan aku terhadap dia.
Mungkin aku memang ditakdirkan untuk hidup sendirian.





    



 
 .

Jul 30, 2020

Episod 13 - Muka [Planet cEro]


Salam.




Nota cEro:
Sesetengah orang senang dibaca. Dari muka sudah boleh tahu apa emosi yang sedang dialaminya.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 12 | Episod 14

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 28, 2020

Episod 12 - Temuduga [Planet cEro]


Salam.









Nota cEro:
Sudah tentu ini hanyalah satu exaggeration sahaja. Jangan sesekali melawan penemuduga walau salah macam mana pun di pihak dia. Kalau rasa dia bersikap tidak professional, boleh terus buat laporan ke bahagian sumber manusia syarikat itu. Tapi selalunya penemuduga itulah sumber manusia. Kalau demikian, buat surat rasmi dan hantar terus ke kepala syarikat. Senang cerita.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 11 | Episod 13

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 26, 2020

Episod 11 - Lupa [Planet cEro]


Salam.






Nota cEro:
Antara perkara yang paling aku takut akan terjadi pada aku adalah ini. Kalau dah seharian terlupa, rasanya banyak benda buruk yang boleh terfikir. Tak tidur malam sebab mengenangkannya.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 10 | Episod 12

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 24, 2020

Episod 10 - Mungkin... [Planet cEro]


Salam.





Nota cEro:
Komik ini berinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku depan mata aku.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 09 | Episod 11

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 20, 2020

Episod 09 - Untuk Kekasih [Planet cEro]


Salam.





Nota cEro:
Berani sungguh dia buat andaian yang aku ada kekasih. Itu adalah lawak paling menyedihkan bagi mana-mana orang single yang wujud.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 08 | Episod 10

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 18, 2020

Epiosd 08 - Kopi [Planet cEro]


Salam.




Nota cEro:
Kalau dikelar tangan, rasanya aku akan berdarahkan kopi.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 07 | Episod 09

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 16, 2020

Episod 07 - Gosok Gigi [Planet cEro]


Salam.




Nota cEro:
Aku tak pernah percaya bila dalam filem dan drama ada tunjuk pelakonnya gosok gigi dengan 'kemas' sekali. Itu kerana tiap kali aku gosok gigi, buih ubat gigi itu berada comot di mulut, dan kadang kala sampai ke badan dan lantai.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 06 | Episod 08

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 14, 2020

Episod 06 - Ketuk Tingkap [Planet cEro]


Salam.





Nota cEro:
Apa lagi logik daripada makhluk asing kalau tiba-tiba tingkap bilik yang berada di tingkat empat diketuk? Kalau hantu buat apa ketuk? Hantu kan boleh je tembuk masuk lalu dinding.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 05 | Episod 07

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 12, 2020

Episod 05 - Tidur Awal [Planet cEro]


Salam.





Nota cEro:
Biasanya, bila merancang nak tidur awal mesti nanti jadi tak boleh nak lelapkan mata. Entahlah.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 04 | Episod 06

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 10, 2020

Episod 04 - Ondeway! [Planet cEro]


Salam.





Nota cEro:
Ramai sangat fikir masa mereka lebih berharga daripada masa orang lain.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 03 | Episod 05

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 6, 2020

Episod 03 - Si Kaki Tangguh [Planet cEro]


Salam.




Nota cEro:
Aku memang sedar diri aku suka bertangguh. Itu kerana aku lebih efisien apabila bekerja di bawah tekanan (alasan!)


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 02 | Episod 04

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 4, 2020

Episod 02 - Cukup [Planet cEro]


Salam.




Nota cEro:
Satira keghairahan orang ramai yang kira 'muka surat' hari hanya pada awal dan akhir tahun sahaja. Aku pun salah seorang daripada orang itu.


Ke episod sebelum atau seterusnya:
Episod 01 | Episod 03

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 2, 2020

Episod 01 - Pengenalan [Planet cEro]


Salam.




















Nota cEro:
Ini adalah episod pertama untuk siri 'Planet cEro' yang bermula tahun 2020. Sudah tentu adalah episod pengenalan kepada watak utama siri ini, iaitu C.


Ke episod sebelum dan seterusnya:
Prakata | Episod 02

Ikuti Instagram @planetcero untuk lebih banyak #KomikcEro



   




.

Jul 1, 2020

Planet cEro


Salam.




Mulai separuh masa kedua tahun 2020 ini, aku akan post komik yang pernah aku post di Instagram @planetcero sebagai content untuk blog ini.

Walaupun kalian boleh baca komik itu di blog ini, tapi aku cadangkan kalian follow akaun @planetcero itu untuk dapat baca komik lebih terkini.

Sebenarnya aku berharap akaun itu akan dapat lebih ramai follower, tapi aku tak mahu paksa dan desak kalian untuk follow. Kalau kalian rasa akaun itu layak untuk kalian follow, silakan follow. Kalau belum layak, beritahu aku apa tambah baik yang boleh aku lakukan pada akaun itu supaya kalian boleh follow.

Untuk baca episod pertama untuk komik cEro tahun 2020, sila klik di pautan di bawah.


| Episod 01


Mari sama-sama menuju kejayaan.

Sekian.



  




.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License