Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Jul 26, 2017

It Starts With One Thing...

Salam.



I don't know why, tapi pemergian Chester Bennington pada 20 Julai yang lalu sedikit sebanyak buatkan aku terkenang zaman asrama dulu.






Semuanya bermula apabila seorang kawan bernama Adam perkenalkan lagu Crawling. Sejak daripada itu, aku mula tertarik dengan Linkin Park. Bukan aku sahaja, tapi ramai lagi kawan-kawan, senior dan junior asyik bercakap tentang Linkin Park. Linkin Park pada ketika itu menjadi fenomena. Genre rock alternatif (alternative rock) dan nu metal mula mengambil tempat di kalangan pelajar sekolah aku.

Tanpa disedari, terdapat kelompok yang memisahkan para pelajar berdasarkan genre kegemaran mereka. Ada peminat Limp Bizkit tetap kekal dengan rap rock mereka, ada yang peminat Grunge masih setia dengan Nirvana, ada peminat Metallica suka tunjuk jari tengah kepada peminat genre selain heavy metal. Tak kurang dengan peminat nasyid, gigih menyatakan bahawa muzik selain nasyid adalah melalaikan.

Aku?
Aku dengar semuanya.
Tak kira genre, asalkan lagunya boleh masuk telinga aku, aku layan. Lagipun, berada dalam asrama penuh yang tertutup dan terkurung dengan orang yang sama, barang yang sama dan perkara yang sama, jadi aku tak boleh terlalu memilih.






Satu waktu itu, ada satu artikel keluar di salah sebuah surat khabar berbahasa Inggeris tempatan yang dilanggan perpustakaan sekolah. Artikel itu menyentuh bagaimana muzik dapat mempengaruhi kehidupan seharian. Artikel itu letak sebelah menyebelah lirik lagu 'Papercut' dari Linkin Park dengan lagu 'I Will Survive' dari Gloria Gaynor. Lagu Papercut dikatakan mempunyai unsur negatif, dan lagu I Will Survive dikatakan lagu positif yang patut setiap orang dengar.

Dalam hati aku terdetik 'what the hell', kenapa perlu dibandingkan dua lagu yang sangat tak ada kaitan? Ini seolah-olah letak durian bersebelahan dengan lobak, dan gigih berkempen kata lobak itu lebih sihat. Kenapa tak boleh pilih kedua-duanya?

Ya, dari segi lirik, lagu Papercut memang lain macam sikit. Tapi sebenarnya lagu itu tersebut mengajar kita supaya menerima kegelapan dalam diri. Semua orang ada kegelapan masing-masing, terutamanya bagi budak belasan tahun yang terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga di asrama. Kami mahu menjadi baik dan terbaik, tapi dalam masa sama kami mahu juga berseronok, maka sudah tentu kami sangat tertekan mahu mengimbangkan kedua-duanya. Lagu Papercut adalah medium kami untuk meluahkan ketidakpuasan hati, supaya ia tidak terbuku dan membusuk. Lagu itu lagi banyak membantu kami berbanding lagu 'I Will Survive' yang kononnya beraura positif, padahal ia berkisarkan tentang orang putus cinta.

Oh, lagipun lagu Papercut lagi seronok dibuat jerit ketika mandi shower bersama-sama kawan di bilik mandi berbanding lagu I Will Survive.







Melihatkan keputusan ujian bulanan, English teacher kelas aku nampak yang kami lemah Bahasa Inggeris. Jadi dia suruh kami satu kelas berusaha lebih gigih untuk menguasai Bahasa Inggeris. Dia suruh kami keluar dengan satu idea di luar kotak, bagaimana kami boleh perbaiki Bahasa Inggeris kami.

Lalu, sedang aku dan dua orang kawan bersantai di asrama, kami datang dengan satu idea bernas.
"Apa kata kita translate lagu Linkin Park dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu?"

Lagu In The End menjadi pilihan kami. Liriknya menggunakan bahasa mudah, jadi tidak susah untuk kami terjemah. Mula-mula, kami terjemah secara kasar, direct translate, namun lama-kelamaan kami cantikkan bahasa kami. Kami rujuk kamus jikalau ada perkataan yang kami tidak tahu maksudnya, dan kami fahami makna tersirat dan tersurat lagu tersebut.

Hasilnya, kami dapat hasilkan satu lirik versi Bahasa Melayu untuk lagu In The End tersebut.

Mungkin Bahasa Inggeris kami tidaklah improve mana pun selepas itu, tapi peristiwa itu adalah highlight kepada zaman asrama aku. Bagaimana kami bertiga duduk bersama memikirkan perkataan yang sesuai, bergelak ketawa bila terjemahan menjadi tak sedap didengar, dan akhirnya sama-sama nyanyi lagu In The End versi BM kami.

Sampai sekarang, aku masih ingat satu demi satu lirik yang kami tulis.







Ada satu ketika itu, kawan-kawan aku suka letak nama artis kegemaran mereka di belakang nama mereka. Wujudlah nama seperti Aizat Shinoda, Shafiq Bennington dan bermacam-macam nama lagi. Daripada nama itu kita dapat tahu siapa artis kegemaran mereka. Berapa ramai nak jadi -Shinoda dan -Bennington, kesian pula dengan ahli Linkin Park yang lain (yang tidak terkenal).

Ada satu ketika kami perlu sertai satu kuiz matematik peringkat sekolah. Setiap kumpulan bertiga perlu keluar dengan nama kumpulan masing-masing. Aku masih ingat, disebabkan ahli kumpulan aku semuanya sukakan Linkin Park, maka kami keluar dengan Nama 'Hybrid Theorem', sebagai word play kepada nama lama Linkin Park dan album debut mereka, 'Hybrid Theory' dengan perkataan 'Pythagorean theorem' yang merujuk kepada teori matematik.

Hybrid Theorem. Kedengaran sangat nerd, tapi dalam masa sama, sangat cool.







Lagu Numb muncul pada saat yang tepat di mana setiap daripada kami semua sedang bertungkus-lumus memerah keringat otak untuk belajar. Jangkaan daripada para guru dan ibubapa sangat memberi tekanan. 24 jam sehari, 10 jam kami mengadap buku.

Melalui lagu Numb lah, kami (lebih kepada aku) melepaskan perasaan. Tiap kali masuk bilik mandi, lagu itulah yang menjadi dendangan aku ketika di bawah shower. Aku sentiasa berpendapat bahawa jika kita tertekan, jangan sesekali menidakkan tekanan tersebut. Jangan menafikannya. Jangan berbisik kepada diri sendiri supaya berkata 'saya tidak tertekan'. Embrace them. Mould in them. Live with them.

Dan aku dapat kekuatan untuk menerima tekanan yang ada melalui lagu Numb. Tidak sangka sebuah lagu cukup kuat untuk menolak aku bangkit daripada kelemasan.







Entahlah.
Kalau nak dikatakan fan, aku bukanlah fan yang setia untuk Linkin Park.
Aku berhenti mendengar Linkin Park selepas album Minutes to Midnight. Selepas itu, aku hanya dengar mereka melalui radio, tapi tidak mengikuti mereka secara rapat.
Lagu terbaru mereka sekarang (2017) yang dikatakan lari sangat dari genre asal sampai dikecam peminat itu pun aku belum dengar betul-betul lagi.

Tiba-tiba dengar berita Chester Bennington mati.

Beberapa hari lalu kawan aku ada message.
"Kau okay, C?" berkenaan kematian Chester, memandangkan dia tahu aku peminat Linkin Park semasa sekolah dahulu.

Sebenarnya, walaupun terkejut, tapi aku tidak terkesan sangat dengan kematian Chester. Mungkin sebab aku bukan peminat tegar Linkin Park. Walaupun Linkin Park pernah menjadi sebahagian daripada hidup aku, tapi ada juga waktu yang Linkin Park dilupakan.

Ada yang menyamakan kematian Chester dengan Curt Cobain. Jujurnya, aku tidak tahu Kurt Cobain pada hayat dia seperti aku tahu Chester semasa dia masih hidup, jadi aku tak boleh nak samakan mereka.

Tidak kira bagaimana cara kematian Chester, sama ada dia menggantung diri sendiri atau ada kontroversi mengatakan dia dibunuh, namun apa yang lebih memilukan aku adalah dia sudah tiada bererti untuk Linkin Park akan datang, tiada lagi suara dinamik Chester di mana pada saat dia perlu mendayu, dia boleh mendayu dan pada saat dia perlu menjerit, dia boleh menjerit.

Macam Chester, dia hanya diingati seketika selepas dia meninggal dunia. Pada masa kewujudan dia, dia sering dilupakan (termasuk aku) dan dia akan terus dilupakan selepas masa beransur pergi.

Itulah lumrah kehidupan manusia. Diingati pada masa di atas, dilupakan pada masa di bawah, dan dikenang hanya seketika selepas kematian sebelum dilupakan sepenuhnya.

Aku pernah kata, perkara pertama yang kita akan lupa tentang seseorang adalah suaranya. Tapi dalam isu Chester, aku tak akan lupa suaranya sebab bila saat aku tekan butang 'play' di player aku, aku boleh dengan jeritan suara dia yang pernah suatu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada kisah kehidupan remaja aku.

Chester Bennington, terima kasih.


"I've put my trust in you. Pushed as far as I can go. For all this there's only one thing you should know. I tried so hard and got so far but in the end, it doesn't even matter..."





.

Jun 8, 2016

Ada Apa Dengan Anak Bulan!



Salam.

Jadi ini adalah entri pertama untuk Ramadhan 1437H.
Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kepada kehidupan ke arah yang lebih baik.

Amin.





Ada beberapa perkara (dan istilah) yang aku dapati bila tiba Ramadhan, akan kedengaran dicanang berulang kali.

Minggu lepas aku bercerita tentang 'persediaan' Ramadhan di mana,
secara peribadinya aku kurang faham apa sebenarnya yang perlu kita sedia untuk mengharungi Ramadhan.
Aku tahu,
kalau kita sebut 'persediaan Syawal', kita tidak boleh lari dari memikirkan persiapan hari raya, mostly berkaitan dengan pembelanjaan kewangan (untuk balik kampung, baju raya, duit raya dan lain-lain).
Tapi ia tak sama dengan 'persediaan Ramadhan'.

Tapi terima kasih kepada kalian yang tinggalkan komen,
aku kini sudahpun faham apa itu persediaan Ramadhan.
mungkin aku boleh praktikkan ketika menjelang Ramadhan tahun depan, insyaAllah, kalau usia masih panjang.

Tapi ada lagi satu istilah yang pernah menjadi persoalan kepada aku ketika kecil dulu;
ANAK BULAN.

Semua tahu anak adalah kelahiran kecil daripada sesuatu yang besar.
Jadi, basically anak bulan adalah anak kepada bulan.
Or at least itu yang aku fikirkan semasa umur 5 tahun.

Dan seperti budak 5 tahun yang lain ketika berasa ingin tahu,
aku bertanyakan perihal anak bulan dekat Abah aku.
Abah aku seorang polis misai tebal yang serius.
Dia jarang nak melayan kerenah anaknya,
sebab dia tahu kalau start layan nanti dari satu soalan jadi dua soalan jadi tiga soalan jadi empat soalan sampai dia nak baca surat khabar pun tak boleh.

So,
masa aku bertanyakan soalan itu,
Abah aku menjawab dengan semberono.
Tapi aku tahu Abah tak berniat untuk misleading anak dia.
Mungkin dia nak aku kekal menjadi budak-budak dan mengelak daripada menjawab soalan yang (rasanya) orang dewasa pun tak boleh jawab dengan bagus.

Jadi,
apa itu sebenarnya ANAK BULAN?

Secara ringkasnya,
anak bulan adalah fasa bagi sesebuah bulan,
lebih tepat lagi adalah bulan sabit pertama selepas bulan gelap.
(bukannya bulan tu terberanak anak baru)

Disebabkan kalendar takwim Hijrah dikira menggunakan fasa bulan
(bukan menggunakan matahari seperti kalendar Gregori biasa),
maka perubahan antara fasa bulan gelap ke fasa bulan sabit awal (anak bulan) bermakna pertukaran bulan baru.

Kita melihat munculnya anak bulan sebagai tanda masuknya bulan Ramadhan dan bermulanya bulan puasa. Sebab itu melihat anak bulan adalah sangat penting bagi menetapkan tarikh mula puasa (dan raya).

Kalau nak diikutkan, tiap-tiap waktu nak masuk bulan baru, anak bulan akan kelihatan.
Bukannya untuk bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.
10 bulan yang lain pun ada anak bulan masing-masing.
Tapi kita tak ambil kisah tentang 10 bulan yang lain sebab tak ada puasa dan raya.

So, there you go.
Next time anak kecil kalian bertanyakan apakah itu anak bulan,
kalian ada dua pilihan:
1) beritahu perihal sebenar anak bulan berdasarkan kiraan fasa bulan, ataupun
2) biarkan imaginasi mereka menerewang seperti kanak-kanak normal dan pastikan mereka dapat didikan yang baik di kemudian hari supaya segala persoalan mereka dapat dijawab dengan ilmu.


Jadi,
macam mana puasa kalian?
Seronok puasa?
Ada yang dulu berpuasa solo, kini berdua.
Dulu berdua kini bertiga.
Aku je kekal solo buka puasa dengan semut di meja **lap air mata**


Tak ada siapa nak bagi kad raya dekat aku ke? **tetiba**






.

Mar 15, 2012

Generasi Kanak-Kanak Zaman Sekarang, Bila Mereka Dewasa Nanti, Apa yang Membuatkan Mereka Teruja?



Satu hari dalam minggu cuti sekolah ni,
aku berjalan di sebuah shopping mall berhampiran.

Sekali terdengar annoucement di corong speaker.

"Wassup Pelanggan.
Di pentas utama akan diadakan persembahan sempena cuti sekolah.
Jom semua kerumun, kalau tak rugi."

Sudah tentu bukan macam tu annoucement dia.
Tapi isi yang nak disampaikan tu masih ada.

Aku pun bergerak ke pentas utama.

Memang selalu shopping mall ni buat persembahan pentas.
Selalunya promo filem atau sekadar orang menari-nari.

Sekali, yang keluar ialah tiga Pokemon.



Sudah tentu kemunculan mereka dapat sorakan ramai.
Mereka menari-nari, buat sedikit sketsa.
Anak-anak kecil pengunjung semua teruja.
Ada yang menari bersama.

Aku?

Ini ekspresi aku....





Aku yakin, kebanyakan budak kecil yang teruja ni tak kenal pun apa benda yang menari-nari atas pentas tu.
Mereka teruja kerana ianya patung yang comel.
Budak kecil memang suka benda comel.

Aku lain.
Dari kecil, aku membesar dengan Pokemon.
Aku tengok anime bersiri dia.
Walaupun yang terkini agak mengarut, tapi aku masih tengok.
Aku main game Pokemon.
Dari GameBoy skrin hitam putih, sampai sekarang yang dah 3D.
Aku sampai kenal semua nama Pokemon dari generasi 1 sebanyak 150.
Tapi generasi seterusnya semakin ntahapehapentah,
jadi nak hafal nama pun payah nak sebut.

Pendek kata,
aku dewasa bersama Pokemon.
Peribadi aku, pasti ada sedikit terkesan dengan Pokemon.

Bila nampak Pikachu di depan mata,
ada timbul satu perasaan dalam diri aku.
Seolah-olah jiwa kanak-kanak aku dibangkitkan semua.
Aku terimbau penuh zaman kanak-kanak.

Dulu....
Sesama adik beradik berebut pilih Pokemon.
Beli patung Pokemon kecil kemudian tayang atas rak TV.
Beli komik Pokemon walaupun jalan cerita sama dengan cerita TV.
Dalam buku tulis sekolah, conteng makhluk aneh kemudian namakan dia dengan nama Pokemon.

Ya. Aku teruja.
Sangat teruja.

Ini membuatkan aku terfikir panjang.

Generasi kanak-kanak zaman sekarang,
bila mereka dewasa nanti,
apa yang akan membuatkan mereka teruja seperti aku melihat Pokemon?

Upin & Ipin?
BoBoiBoy?
BeyBlade?
X-Box? Wii? PS?

Apa pendapat kalian?

postquam-scriptum:
Tak lekang.
Permainan seperti teng-teng, penutup botol, galah panjang, polis sentri, konda-kondi dan lain-lain lagi permainan rakyat tak pernah gagal dalam membuatkan aku teruja juga.

.

Aug 2, 2011

Satu Hari di Bulan Ramadhan 3: Arkitek Kehidupan



1994, Kuala Lumpur.
Peristiwa ini berlaku semasa aku dalam sekolah rendah.





Semasa kelas Pendidikan Agama Islam,
Ustazah di hadapan mula perasan pelajar dalam kelasnya bermuka muram, kebosanan.
Hmm, budak sekolah rendah,
apa boleh kita expect, kan?

Lalu ustazah yang skema dan berusaha nak menghabiskan silibus mengikut jadual PnP yang ditetapkan pun bersuara,

"Sekarang semua orang bagitahu ustazah..
Apa cita-cita kalian?"

Soalan begitu dapat menarik minat beberapa pelajar pandai.
Namun, pelajar yang tiada cita-cita (macam aku) hanya mampu terus tenggelam dalam kebosanan.

Ada pelajar lain yang mahu jadi doktor.
Peguam. Polis. Pilot.
Alaa..jawapan standard budak sekolah rendah..
Mana ada tiba-tiba kata nak jadi
Pakar Pembangunan Bandar ke,
Jurutera Pembuatan dan Pemprosessan Makanan ke,
Pegawai Pengurusan Syarikat Minyak dan Gas ke...
Semua nak cita-cita pendek satu perkataan..

Ustazah teruskan.

"Sebenarnya, kita sudahpun jadi seorang arkitek.
Setiap manusia adalah arkitek kepada kehidupannya sendiri. Kita membina hidup seperti mana yang dikehendaki tapi kadang-kadang, bila kita dapati kita tak menyukai apa yang kita bina, kita akan cari orang lain untuk dipersalahkan. Sepatutnya kita berusaha mengubah diri kita sendiri."

Semua pelajar dalam kelas terdiam.

"Macam kamu semua.
Tidak menumpukan perhatian dalam kelas, tapi bila keputusan peperiksaan mengecewakan, kamu akan menyalahkan cikgu kamu kononnya kamu tak faham apa yang dia ajar. Sepatutnya kamu ubah perangai kamu semua dahulu, kan?"

Semua pelajar masih diam.
Nice one, Ustazah...but c'mon..
What did you expect bercakap macam tu dengan budak sekolah rendah?



Keesokan harinya,
semasa kelas Pendidikan Agama Islam juga,
ada sejumlah pelajar tidak masuk ke kelas.

Lalu Ustazah bertanya,
"Kenapa ada ramai yang tak datang?
Ada siapa-siapa tahu kenapa?"

Ada seorang budak dengan lantangnya bersuara,
"Mungkin mereka sudah berhenti sekolah.
Maklumlah, kita semua dah jadi arkitek.
Jadi buat apa pergi sekolah lagi.."



Pelajar kurang ajar itu adalah aku.

Nov 19, 2010

Ironi Kehidupan

dua-enam-KOSONG

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”



Aku seorang lelaki yang tak banyak kawan.
Dek kerana itu, aku amat hargai semua kawan-kawan aku..

Tapi,
dalam ramai-ramai kawan,
aku tak berkenan dengan satu jenis ni..
'Kawan yang memilih kawan kerana kejayaannya'

Ada seorang kawan. (dulu aku anggap dia member, tapi sekarang aku tak tahu status kami, sama ada kawan atau tidak lagi)
Dengan dia, kami pernah makan satu meja, buka puasa sama, duduk belajar sama-sama.

Tapi aku manusia,
ada jatuh bangun sendiri.
Malah aku akui, aku salah memilih masa depan satu tika dulu.
Ini membuatkan setiap langkah aku kini berat dengan beban.
Hingga ke satu tahap,
aku label diri aku sendiri sebagai seorang yang gagal, tiada apa-apa dan kosong. (dan dari situ aku dapat nama cEro).

Dengan kata lain, aku adalah manusia yang gagal.

Selepas berita kegagalan aku berkumandang di segenap telinga,
si kawan ni, langsung, diulang, LANGSUNG tidak bertegur sapa dengan aku, walaupun dalam Facebook, blog atau mana-mana medium yang wujud di alam fana ini.

Dia seolah-olah MALU nak mengaku aku sebagai seorang kawan lagi,
sedangkan satu masa dulu kita pernah makan tomyam satu meja disulami dengan gelak tawa lawak gay kita dulu.

Kalau aku seorang yang gagal,
sebagai kawan, kau patut membimbing aku,
atau paling kurang, masih menganggap aku sebagai seorang kawan.




Memang hadis Nabi S.A.W berkata kita hendaklah memilih kawan seperti petikan hadis yang aku kepilkan di atas,
tapi itu hadis yang membezakan antara rakan yang soleh dan rakan yang jahat.
Adakah dengan tidak berkawan dengan aku,
maksudnya aku adalah kawan yang jahat yang bakal membawa kau ke lembah kesesatan dan seterusnya menjadi bahan api neraka yang maha panas?

Dear friend,
at time I got stars,
and all As,
you were the one that came and asked for a hand.
And now, when I'm in my deepest valley,
you are the one that hide behind the damp.

YA!
Aku seorang yang gagal.
Sebab tu aku tak layak untuk mana-mana kebahagiaan.
Dan untuk anda si kawan,
aku redha!

postquam-scriptum:
Ironi, bila kita selalu dengar masalah orang, dan bila kita ada masalah, tiada siapa mampu mendengarnya.

Jul 7, 2010

Bagaimana Aku Mampu Menulis Semula Kenangan?

one-five-six


Dulu aku tinggal kat Ipoh.
Tapi memori kat sana tak berapa banyak
sebab umur 7 tahun aku dah pindah KL..

Tapi, ada satu yang aku ingat sangat..
Satu petang tu, aku terdengar abang aku berborak-borak dengan jiran sebelah merangkap kawan sekelas..
Masa tu, abang aku baru darjah 5 kot, aku 6 tahun..
Diorang berborak pasal perempuan..

Oleh sebab aku nak tunjuk yang aku dah besar,
aku pun decide nak join perbualan tu..
Pergh!!! Citer pasal pompuan kot, laki mane yang taknak join??
Hehehehe..

"Hang apsal datang sini??" Abang aku sound..
"Nak duk sembang gak..Tak leh??" aku jawab...
"Hm, hang nak sembang apa??" jiran tu tanya..
"Kita (kecik-kecik bahasakan diri 'kita') takut laa.." aku jawab..
"Takut hape??" Abang aku tanya..
"Takut laa, besar nanti, kalau ngandung nak beranak, mesti sakit..Sebab aritu tengok mak cam sakit jaa.." aku bersuara...

Suasana sunyi seketika...

Tetiba Abang aku bantai gelak besaq..
Jiran aku pun sama, sampai jatuh atas pasiaq gelak kat aku..
Aku blur..

"Apsal gelak???" aku bingung.
"Hang nak beranak ke?? Laki mana boleh beranak laa..." Abang aku explain sambil pegang perut dia tahan gelak..
Yang jiran aku tak habis menggelupur kat tanah bantai gelak..

"Ye ke?? Laki tak beranak ek??"
Aku lebih kepada blur daripada malu..
Dalam otak aku fikir,
"Ari tu mak bersalin dapat anak perempuan (adik aku)..
Kalau nak dapat anak lelaki, mesti laa abah yang bersalin.."


Bila teringat balik,
ape ke bodoh laa aku ni...
Ingat vegetative reproduction ke,
mak hasilkan anak perempuan
abah hasilkan anak lelaki???

-------------------------


Kecik dulu, hubungan kami adik beradik sangat rapat..
Naik basikal sama-sama..
Main jengket-jengket sama-sama..
Galah panjang, galah pendek, polis sentri..
Seronok sangat...

Tapi, bila diri semakin dewasa
hubungan tu macam sedikit renggang..
Masing-masing fokus dengan kehidupan sendiri.
Abang aku di atas dah ada keluarga, ada anak..
Yang lain pun kerja, balik penat..
Aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir kami adik beradik bergelak tawa sama-sama..

How can I rewrite my past?
I miss them so damn much!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License