dua-enam-KOSONG
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Aku seorang lelaki yang tak banyak kawan.
Dek kerana itu, aku amat hargai semua kawan-kawan aku..
Tapi,
dalam ramai-ramai kawan,
aku tak berkenan dengan satu jenis ni..
'Kawan yang memilih kawan kerana kejayaannya'
Ada seorang kawan. (dulu aku anggap dia member, tapi sekarang aku tak tahu status kami, sama ada kawan atau tidak lagi)
Dengan dia, kami pernah makan satu meja, buka puasa sama, duduk belajar sama-sama.
Tapi aku manusia,
ada jatuh bangun sendiri.
Malah aku akui, aku salah memilih masa depan satu tika dulu.
Ini membuatkan setiap langkah aku kini berat dengan beban.
Hingga ke satu tahap,
aku label diri aku sendiri sebagai seorang yang gagal, tiada apa-apa dan kosong. (dan dari situ aku dapat nama cEro).
Dengan kata lain, aku adalah manusia yang gagal.
Selepas berita kegagalan aku berkumandang di segenap telinga,
si kawan ni, langsung, diulang, LANGSUNG tidak bertegur sapa dengan aku, walaupun dalam Facebook, blog atau mana-mana medium yang wujud di alam fana ini.
Dia seolah-olah MALU nak mengaku aku sebagai seorang kawan lagi,
sedangkan satu masa dulu kita pernah makan tomyam satu meja disulami dengan gelak tawa lawak gay kita dulu.
Kalau aku seorang yang gagal,
sebagai kawan, kau patut membimbing aku,
atau paling kurang, masih menganggap aku sebagai seorang kawan.
Memang hadis Nabi S.A.W berkata kita hendaklah memilih kawan seperti petikan hadis yang aku kepilkan di atas,
tapi itu hadis yang membezakan antara rakan yang soleh dan rakan yang jahat.
Adakah dengan tidak berkawan dengan aku,
maksudnya aku adalah kawan yang jahat yang bakal membawa kau ke lembah kesesatan dan seterusnya menjadi bahan api neraka yang maha panas?
Dear friend,
at time I got stars,
and all As,
you were the one that came and asked for a hand.
And now, when I'm in my deepest valley,
you are the one that hide behind the damp.
YA!
Aku seorang yang gagal.
Sebab tu aku tak layak untuk mana-mana kebahagiaan.
Dan untuk anda si kawan,
aku redha!
postquam-scriptum:
Ironi, bila kita selalu dengar masalah orang, dan bila kita ada masalah, tiada siapa mampu mendengarnya.
entry ni mengingatkan elie pada zaman tgh ramai kawan dulu..n elie ada je kawan macam tu..
ReplyDeletedats y elie tak percaya pada frenship never dies!grr..
tp kata org..kawan ketawa ramai, kawan menangis??? KOSONG!
hurrmmm.. :(
tidak patut die buat mcm tuh
ReplyDeletedem.sedih aku baca
ReplyDeleteade empat tomyam, empat telur dadar (:
ReplyDeletecero, jgn sedih.. huhu.
anggap ini sbg pengajaran..
kita tggu kau berjaya nnti, dia dtg balik tak kt kau?
*buat eksperimen. hehe
Semoga nanti awak digantikan dengan kawan yang lebih baik daripada kawan awak yang ITU
ReplyDeleteYang patah akan tumbuh kembali,
yang hilang pasti berganti
gagal sekarang, bukan bermaksud gagal selamanya kan? buktikan dekat kwn(atau bukan kawan tu) yang cero hebat! i believe u're not zero. =)
ReplyDeletekau ditinggal sebab kau gagal.aku ditinggal sebab dulu aku budak sekolah yang masih tak nampak hala tuju.Mungkin mereka lebih hebat.Tapi mereka lupa yang tak semua orang yang gagal tu sentiasa akan gagal.Impian aku satu,aku nak orang yang tinggal aku tu,datang konvo aku.Aku nak tayang diploma and degree aku.Tak pun aku sanggup datang tunggu depan company dia lepas dia habis waktu kerja. Aku nak dia ingat aku bukan sekadar budak sekolah yang selalu gagal.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteitu perkara biasa..even sy yg ramai 'kawan' ni pun tp bg sy dlm ramai2 tu hanya beberap kerat ja yg betol2 kawan..ehh cm pelik ayt..harap awk faham lah..
btw..boleh dikatakan sume entry awk sy bca..mostly awk ada sebut berkaitan dgn japan..minat anime japan ke?
otak aku tak mampu nak generate komen yg baik untuk kau.
ReplyDeleteapa yang aku boleh cakap,
aku kawan kau :)
bersabarlah. kawan ade byk lg yg bakal datang mahupun pergi.
ReplyDeletehey, siapa ko untuk tentukan layak tak layak dapat kebahagiaan?? u have to fight for it! trust me, there are still have the light to lighten ur life la.. tentang kawan itu, ada hikmah di sebaliknya.. gagal??? x ada manusia dijadikan untuk gagal.. sorang hilang, beribu2 org nak kawan dengan ko.. jangan sedih ok?
ReplyDeleteaku kenal hang dlm alam maya je..
ReplyDeleteer...my question...
kita kawan tak?hmm..
bro macam kisah aku je. haha.
ReplyDeleteaku rase ramai yg dah tahu kisah aku, kisah femes yg satu fakulti dah tahu. dan aku tebalkan je la muka pun.
dan saat aku jatuh, aku masih boleh tersenyum sebab masih ada member2 yang sudi berkawan dgn aku.
dan nampaklah sangat kan orang yang aku dulu hargai, orang yang cari aku time susah, orang yang katanya sayang itu ini pun dah tak kisahkan aku hanya kerana aku memilih jalan yang berbeza.
xpelah, at least aku tahu siapa dia yg sebenarnya. dan aku tak kisah kalau aku single sampai ke mati pun sebab dia =)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetahniah!!!
ReplyDeletesebab ko tau kesilapan & kekurangan ko dan ko cuba perbaikinya.
tu lebih baik daripada orang yang tau kelemahan diri tapi x nak berubah dan terus ego~
takpe... kawan leh dicari lagi cero~
insyallah =)
lagi satu.., ko kata ko orang yang gagal... mungkin ya...
SUATU masa dahulu ko gagal...
tapi aku rasa sekarang, ko semakin lama semakin berjaya...
berjaya dalam mengahadapi cabaran & dugaan...
lagipun, tanpa kegagalan, hidup ni x rasa masam masin manis nyer tau~
sabar & redha ke atas ketentuan-NYA
kalau sedih, ngadu kat DIA ye!
teman datang dan pergi ada juga yang kembali.
ReplyDeletesun will shine my fren..won't let u die my dear:D
ReplyDeletesabar cEro.. takpe, aku ada untuk baca semua kisah kau..huhu..
ReplyDeleteJangan sedih weh..nanti kau boleh jumpa kawan baru. Kawan sebenar ialah kawan yg stay kekal dgn kau dari waktu kau gagal..
u're not alone. ramai je org dpt dpt kwn2 haprak. i trust no one selepas apa yg aku lalu, jadi kwn yg boleh dianggap sahabat boleh dikira dgn jari
ReplyDeletetrue colors of ur frens showed when u're in deep shit.trust me!
stuju ngn entry ni...
ReplyDeletede mmber msa kite sng je die dtg tp bile kite ssh...tgur pon x...i really dont like this...
bleh x kate kwn camni hipokrit?
btw sgt x suke kwn yg suke mengungkit...msa kite ssh die tlg n kite da ucp thanks...pastu klu trjadi pape die cam gadoh ngn die ke...die ungkit blik sdgkn dlu kite pnh tlk prtlgn die...ugh!
yup..
ReplyDeletesalah satu sbb nape aku xde kawan baik smpai skrg..
bukan sume org yg boleh bkongsi kesusahan dan kegagalan kita..
tp bile gembira, senang lenang..ramai je yg nak join..
it's definitely ironic..