Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label bEriTa cAra aKu. Show all posts
Showing posts with label bEriTa cAra aKu. Show all posts

Dec 13, 2017

Sempat atau Tak Sempat, Cuba Teka!


Salam.

Entri pendek ini diterbitkan pada hari rabu, 13 Disember 2017.
Jika kalian baca entri ini pada hari berkenaan,
semalamnya, hari selasa 12 Disember 2017,
aku buat keputusan nekad untuk sertai CKOM 2017.

Yang paling 'best' sekali ialah:
tarikh tutup CKOM 2017 ialah pada 15 Disember 2017.


Imej sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan isi entri.



CKOM 2017 adalah singkatan kepada Cabaran Komik Online Malaysia 2017,
satu pertandingan melukis komik 10 mukasurat yang dianjurkan MatKomik.
MatKomik adalah sebuah portal dan platform kepada para pelukis amatur (dan professional) untuk berkongsi bakat melukis masing-masing.

CKOM dianjurkan MatKomik setiap tahun sedari tahun 2014.
Sejak dari tahun lepas lagi aku sudah berhasrat untuk sertai CKOM bagi tahun 2017 ini.
Aku sudah senaraikan beberapa jalan cerita sendiri,
dengan harapan salah satu cerita aku kena dengan tema yang akan diumumkan.

Namun, pada 15 Oktober yang lepas,
MatKomik sudah umumkan tema CKOM bagi tahun ini iaitu:
SUKAN (kecuali bola sepak)

Semua idea jalan cerita aku tidak masuk tema.
Malah, pada beberapa bulan lepas, dek kerana kesihatan yang kurang mengizinkan, juga motivasi melukis yang hilang disebabkan aku merajuk dengan beberapa insan di dalam industri komik Malaysia, aku langsung tak fikirkan tentang CKOM 2017.

Sampailah pada beberapa hari lepas,
di mana atas nasihat beberapa orang sahabat dan kenalan,
aku buat keputusan untuk sertai CKOM 2017 ini sedaya mungkin.

Keputusan bulat itu dibuat pada 12 Disember,
sedangkan tarikh tutup CKOM 2017 adalah pada 15 Disember.
Aku hanya ada kurang 3 hari untuk siapkan 10 mukasurat komik bertemakan SUKAN.

TIGA HARI!

Jadi,
disinilah entri pendek ini akan tamat.

Satu soalan yang aku nak tanyakan kalian:
Siapa rasa aku akan sempat siapkan penyertaan sebelum tarikh tutup sila komen #TeamSempatSiap.
Siapa rasa aku mustahil boleh siapkannya sebelum tarikh tutup sila komen #TeamTakSempatSiap.

Minggu depan aku beritahu sama ada aku sempat siapkan atau tidak.

Secara peribadi,
aku rasa aku sendiri berada dalam #TeamTakSempatSiap

HAHAHAHAHAHAHAHAAHA


Update 14 Disember 2017:
Disebabkan aku lama tinggal industri komik tempatan,
maka aku terlepas berita yang tarikh tutup dilanjutkan 5 hari
menjadikan tarikh yang sepatutnya 15 Disember menjadi 20 Disember.
But still...aku masih dalam #TeamTakSempatSiap

Update 16 Disember 2017:
Matkomik sekali lagi panjangkan tarikh tutup
menjadikan tarikh pada sebelum 20 Disember kepada 25 Disember.
Nampak gaya macam aku tiada pilihan selain daripada terus berusaha.




.

Mar 4, 2015

Sains Di Sebalik Baju Putih/Emas Biru/Hitam #TheDress



Bagi yang perasan, aku jarang berbicara tentang isu semasa.
Ini disebabkan pemilik blog ini (aku) bersifat narsistik,
hampir setiap tempat di dalam blog ini ada muka cEro.

Tidak.
Bukan itu sebabnya.
Sebab utama aku jarang berbincang tentang isu semasa adalah kerana kebanyakan entri dalam blog ini sudah dijadualkan lebih awal dari waktu ia diterbitkan.
Dengan kata lain, kalau aku tulis isu semasa dan jadualkannya untuk diterbitkan rabu dua minggu lagi, itu namanya sudah tidak jadi isu SEMASA.
Lagipun blog Buasir Otak lagi bagus dalam membincangkan isu semasa.

Tapi kali ini lain...
Biar aku berbicara tentang isu yang hangat minggu lepas.
Isu mengenai The Dress,
satu baju yang dikatakan berjaya memecah-belahkan internet dan memutuskan banyak talian persahabatan sesama kawan.



The Dress.


Ceritanya bermula apabila seorang pengguna Tumblr bernama swiked memuatnaik satu gambar baju perempuan ke dalam laman Tumblr-nya dan bertanyakan,
"guys please help me - is this dress white and gold, or blue and black?
Me and my friends can’t agree and we are freaking the f*ck out"

Terima kasih kepada internet,
gambar itu menjadi viral ke seluruh dunia di mana secara tiba-tiba manusia terbahagi kepada dua kumpulan;
Team White/Gold dan Team Blue/Black.
Satu kumpulan nampak baju itu sebagai baju putih dengan belang emas,
manakala satu lagi melihatnya sebagai baju biru belang hitam.
Fenomena berbeza pendapat ini digelar sebagai The Dress.

Internet sangat pelik. Isu macam ini pun boleh jadi viral.

Menurut undian dari satu laman web terkenal BuzzFeed, lebih 2 juta pengguna mengundi mereka nampak baju itu sebagai 'putih belang emas' sebagai majoriti.
Malangnya, majoriti bukanlah realiti.
Baju itu sudah dipastikan melalui gambar lain sebagai baju biru belang hitam.

Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Bagaimana kita selaku manusia boleh melihat gambar yang sama,
tapi nampak warna yang berbeza?

Ini sangat menarik minat aku untuk kaji,
jadi ini adalah artikel 'isu semasa' yang aku rumuskan dari penjelajahan aku mencari jawapan di dalam alam maya.

Kalau rajin google, banyak laman web di luar sana sudah menceritakan secara terperinci mengapa perbezaan ini berlaku.
Tapi kebanyakan artikel tersebut tidak tepat (pada aku) dan berbahasa inggeris.
Jadi aku akan cuba terangkan dalam Bahasa Malaysia seringkas dan setepat yang boleh mudah difahami.

Beza kumpulan Biru/Hitam dengan kumpulan Putih/Emas bukannya terletak kepada beza retina mata,
ataupun betapa sensitifnya mata kita,
ataupun setting di dalam telefon bimbit kita,
ataupun berapa lama mata kita terdedah kepada matahari seperti yang dibincangkan oleh sesetengah pihak.
Semua sebenarnya hanyalah satu isu bagaimana otak kita mentafsir maklumat yang dihantar dari mata.

Ya, otak.
Bila sebut tentang otak, aku jadi super-teruja.
Aku peminat nombor satu otak.


White Balance dan Tafsiran Otak.


Untuk memahami isu ini lebih lanjut,
kita kena faham satu lagi konsep iaitu 'keseimbangan putih' atau dalam bahasa lebih dikenali, white balance.

White balance adalah satu proses di mana para jurugambar and juruvideo (atau mereka-mereka yang mengiktiraf diri mereka sendiri dengan gelaran seperti itu) gunakan untuk menghilangkan pengaruh pencahayaan sekitar terhadap objek yang mahu ditampilkan di dalam gambar supaya objek putih di luar gambar akan kelihatan putih di dalam gambar. Bila putih di gambar sama seperti di luar gambar, maka warna lain akan turut kelihatan semulajadi tanpa perlu pedulikan pencahayaan sekitar.

Alaaa, mudah cerita, kalau kulit kita sawo matang, tak kisah sama ada tangkap gambar di dalam bilik malap atau di bawah cahaya matahari, dengan adanya white balance ini, kulit kita akan tetap nampak sawo matang.



Kalau warna pada baju itu dikeluarkan satu persatu,
kita akan dapati warnanya bukanlah biru atau hitam atau putih atau emas.
Ianya lebih kelihatan seperti kelabu dan ungu gelap dan jingga gelap.

Tapi kenapa tiada yang kata baju itu warna ungu dan jingga?

Otak kita SANGAT HEBAT dalam mentafsir gambar terutamanya warna pada gambar supaya ianya kelihatan masuk akal.
Sebab itu kita tahu baju yang dipakai Hassan di dalam filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee dan rumput yang dipijaknya berwarna hijau walaupun wayangnya hanya hitam putih.
Siapa tahu, mungkin semasa penggambaran filem tersebut, P.Ramlee pakai baju warna pink dan rumput pula berwarna jingga.

Sebagai contoh,
lihat imej di bawah ini:

Sumber: Vsauce video 'This Is Only Red'

Walaupun gambar di atas kelihatan mempunyai pelbagai warna,
tapi percayalah semua warna di dalam gambar di atas adalah MERAH.
Ada lebih dari 50 shades of merah (see what I did there?) dalam gambar tersebut tetapi disebabkan otak kita terlalu hebat mentafsir gambar, kita akan nampak seperti wujudnya hijau, kuning, biru, jingga dan banyak lagi warna selain merah di dalam gambar ini.

Kalau kita belajar tentang warna, kita akan tahu bahawa WARNA SENTIASA BERUBAH.
Bergantung kepada sumber cahaya,
warna putih boleh kelihatan biru, jingga mahupun kelabu.
Sebab itu kita celup baju sekolah putih kita dengan warna nila biru,
supaya di bawah cahaya matahari terik, baju biru kita kelihatan putih bersih sedangkan warna sebenarnya ialah putih yang sudah dicelup nila biru.

Otak kita sangat hebat mentafsir warna sebenar disebalik warna yang ditonjolkan oleh objek.
Tanpa kebolehan menafsir ini, otak kita akan jadi keliru kerana warna objek di sekeliling kita sentiasa berubah bergantung kepada sumber cahaya.


Gambar dan Kamera.


Tidak seperti mata dan otak kita yang super-hebat,
kamera perlu menentukan warna putih menggunakan input di dalam gambar yang bakal diambil dan kemudian akan ditafsirkan menggunakan konsep white balance supaya warna lain seperti biru, merah dan hijau adalah tepat dengan warna sebenar di luar gambar.

Disebabkan warna putih sentiasa ada di dalam mana-mana imej dan gambar, maka ianya bukan satu masalah besar bagi kebanyakan gambar.

Tetapi, dalam kes gambar The Dress ini,
kamera yang digunakan sangat teruk (atau mungkin bernasib baik) dalam mentafsir warna putih dan white balance.
Kamera tersebut telah meletakan warna putih yang ditafsirnya di titik sempadan beza antara dua kemungkinan bagaimana seseorang mentafsir gambar menggunakan otak seperti yang telah kita bincangkan tadi.
Sesetengah otak mentafsir bahawa putih adalah cahaya terang di dalam gambar dan menjadikan belang gelap itu berwarna emas manakala sesetengah otak lagi melihat warna putih di belakang gambar sebagai titik menafsiran menjadikan baju itu berwarna biru berbelang hitam.



Tiada orang yang boleh nampak kedua-dua gabungan warna (Putih/Emas dan Biru/Hitam) secara serentak, jadi mana satu yang otak kita tafsir dan selesa menerimanya, maka itulah warna yang JELAS kita nampak pada baju tersebut.

Semuanya berkaitan dengan menafsiran mengenai apa yang kita nampak.
Kita akan nampak apa yang kita mahu nampak.
Dalam istilah sains, ini dipanggil 'perception' atau persepsi.

Seperti entri itik dan arnab yang pernah aku buat dulu.

Otak kita melakukan banyak keputusan di bawah sedar seperti ini setiap hari,
namun kebiasaannya setiap dari kita membuat keputusan tentang tafsiran yang sama.
Bila minda bawah sedar kata 'cEro pakai baju kuning',
orang lain juga akan tafsir perkara yang sama sebab kesemua kita nampak cEro pakai baju kuning.

Cuma dalam kes gambar The Dress ini,
ianya mampu membuatkan kita manusia menafsir dua gambaran nyata yang berbeza mengenai warnanya.


Kenapa Berbeza?


Kenapa ada yang lihat warna tertentu dan yang lain pula melihat warna yang berbeza sedangkan gambar yang sama?
Jawapannya terletak kepada permulaan kita menafsir data yang diterima mata ke otak.

Dari awal kita sudah diberi dua pilihan, Putih/Emas dan Biru/Hitam.
Dan dari awal kita sudah meletakan diri di pihak mana.
Inilah yang kita panggil 'perception' (atau persepsi) dan kalau ditanya mana-mana ahli psikologi, 'perception' penuh dengan sifat berat sebelah, atau dalam bahasa mudah difahami, 'bias'.

Bias atau sifat berat sebelah ini boleh ditentukan oleh banyak faktor.
Antaranya ialah jangkaan (expectation).
Jika pertama kali kita melihat gambar The Dress ini di twitter kawan-kawan, dan tweet yang ditulisnya berbunyi
'Aku tak faham kenapa ada yang tak nampak baju ni warna putih dan emas..',
maka kita sudah meletakan jangkaan di dalam minda bawah sedar kita bahawa baju itu berwarna putih dan emas.
Maka apa yang kita akan nampak adalah baju warna putih berbelang emas.

Dan kita sudah tentu akan terima sifat berat sebelah kita.
Maka kalau kita nampak baju ini sebagai putih dan emas pada awalnya,
sudah jadi susah untuk kita TIDAK nampaknya sebagai putih dan emas.
What you've seen cannot be unseen.

Tapi realiti tidak semestinya sama dengan apa yang kita nampak.




Otak kita sangat hebat dalam menafsir persekitaran,
dan itulah antara ciri-ciri yang membolehkan kita terus hidup sebagai makhluk yang berada di puncak siratan makanan.

Namun,
otak kita bukanlah sempurna.
Kita harus menerima hakikat bahawa lain orang lain yang dia nampak.
Kalau kita boleh terima hakikat itu, maka apa yang orang lain nampak adalah sama benarnya dengan apa yang kita nampak walaupun realitinya berbeza.

Jadi,
pergi jumpa balik kawan kalian yang terputus persahabatan dek kerana masing-masing nampak baju itu dalam warna yang berbeza.
Berbaiklah semula.
Dari konteks persepsi, dia tidak salah, anda pun tidak sepenuhnya benar.
Menghormati tafsiran otak dan akal orang lain adalah lebih penting daripada menegakkan siapa yang benar dan siapa yang salah walaupun realitinya jelas dan berbeza.

Gunakanlah organ jeli di dalam plat kranium yang kita junjung setiap masa itu.
Jangan disebabkan baju yang bukan pun kita punya, kita kehilangan insan bernama kawan.

...and by the way,
aku team Biru/Hitam.




.

Sep 23, 2012

'Kalau Sesat, Pulanglah ke Titik Permulaan'




Aku aktif melukis dulu.
Lalu aku kemalangan.
Doktor kata, tangan aku tidak selincah dulu.
Aku sedih.

Seorang kawan merangkap rakan blogger menasihatkan aku supaya terus cuba melukis.
Mungkin tidak sehebat dulu,
tapi apa salahnya.

Aku kembali bangun.
Bermula dari kosong.
Melukis perlahan-lahan.
Kerana katanya, latihan membuahkan kesempurnaan
dan kesempurnaan adalah jalan yang tiada penghujung.

Terima kasih teknologi,
aku boleh terus melukis menggunakan handphone.
Nokia 5800XM sangat banyak membantu aku.
Kebanyakkan lukisan dalam blog ini
dari tahun 2009 hingga 2011 adalah atas jasanya.
Aku suka.
Aku boleh melukis di mana sahaja.
Dalam kereta, keretapi, kenduri kahwin, jamban.
Di mana sahaja.

Akhir tahun 2011,
handphone aku bermasalah.
Aku terpaksa menukar handphone.
Pada mulanya, berniat nak ambil yang ada feature sama.
Touch screen, boleh lukis..
Tapi akhirnya, dek kemajuan teknologi,
handphone baru aku tidak sehebat lama,
mungkin boleh kata terlalu hebat...

Nokia 5800XM adalah handphone touch screen dengan pressure-sensitive, maknanya aku boleh lukis dengan menggunakan apa sahaja medium; jari, kuku, stylus pen, tap keychain, semua boleh asalkan boleh hasilkan tekanan.
Tapi, handphone baru pula, adalah finger-sensitive, hanya boleh menggunakan jari atau barang yang berangka tapi lembut macam jari.
Maknanya, walaupun ada aplikasi melukis dalam handphone baru,
tapi aku hanya boleh melukis gunakan jari.
Stylus pen, tap keychain, semua yang lain selain jari adalah tidak berguna.

Aku hampa.
Melukis guna jari seperti melukis guna calitan tahi hidung.
Berseni, tapi tidak memuaskan hati.

Maka,
sejak dari akhir Disember 2011,
aku menggunakan laptop dengan mouse untuk menghasilkan lukisan dalam blog ini.
Ya.
Dengan bantuan software dalam laptop, mutu lukisan menjadi lebih OK,
warna menjadi meriah,
tapi,
kepuasan semakin terhakis.

Aku suka perasaan memegang pen dan pensel.
Aku suka perasaan melihat garisan lurus menjadi tidak lurus.
Aku suka perasaan melukis dengan buruk, tapi kelihatan comel.

Dengan menggunakan laptop,
semua perasaan itu TIADA.

Malah,
ianya menyongsangkan tujuan aku melukis pada mulanya,
iaitu 'mahu melatih kembali kemahiran lama'.
Juga,
dek kerana kerap menggunakan mouse dalam tempoh masa lama dengan keadaan badan dan tangan yang tidak ergonomik dan ergodinamik,
ergo aku berisiko menghidap carpal tunnel syndrome.

.....

Untuk mengembalikan kepuasan melukis,
dan meneruskan aktiviti mengasah kemahiran lama,
juga menceriakan blog ini,
aku berniat, dan berharap, dan berazam,
ingin memiliki tablet (sama ada graphic tablet atau tablet PC) sebelum hujung tahun ini.

Maka,
dengan ini, aku umumkan...
Misi 3112.
Sempena mengambil tarikh akhir misi ini.
Misi mengumpul duit dan segala kelengkapan untuk memiliki sebuat tablet.

postquam-scriptum:
Terima kasih kerana mendengar (dibaca: membaca) keluh-kesah aku.
Aku tahu, tiada input untuk kalian,
tapi kalau nakkan pengajaran, ada satu,
'Kalau sesat, pulanglah ke titik permulaan jalan'.

postquam-subscriptum:
Sesiapa yang berminat nak bagi sumbangan,
aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Dan sesiapa yang berminat DAN memberi sumbangan
aku memang tiada kata-kata yang boleh mendefinisikan perasan bersyukur aku.
Oh..dan ini bukan entri meminta simpati. Sekian. Hehehe..



.

Jan 16, 2012

Bila Orang Berazam Baru, Kita Mempersoalkan Azam Mereka.


Dah lebih setengah bulan dah Januari berlalu..
Tapi ini baru entri pertama blog ni..

"Apa yang istimewa dengan tahun baru?"
"Kenapa orang sibuk nak buat azam itu ini?"
"It was just a passing day, why so excited?"


Aku pernah jadi orang yang sebegitu.
Mempersoalkan sesuatu yang begitu trivia.
In fact, frankly, I even hated my birth date so much, that I needed to fake my smile just to please people that wished me..

Until I realized two things..



Pertama,
SETIAP PERKARA PERLUKAN SEBAB..

Ya,
secara logiknya,
azam boleh dibuat bila-bila masa sahaja.
Hari ini, esok, semalam, awal bulan, akhir bulan,
tapi kenapa ramai pilih awal tahun baru?

Sebab ianya tahun baru.
Satu permulaan tarikh baru, sebagai signifikan kepada permulaan kehidupan baru berdasarkan azam yang baru.

Kita boleh mula berazam 2 Jan, 14 Jan, mahupun bila-bila masa dalam mana-mana hari,
tapi atas SEBAB apa?
Apa SEBAB yang lagi kuat untuk pilih tarikh tersebut daripada permulaan tarikh untuk tahun baru?
Kecuali kalian ada sebab lain seperti tarikh lahir, anniversary atau tarikh tu special seperti 12/12/12 which is in the last month of the year, the most unreasonable date to make a resolution.


Kedua,
SETIAP INSAN MAHU JADI ISTIMEWA..

Kita manusia terlalu tak signifikan.
Aku mungkin pernah berselisih dengan kalian di dalam Komuter,
atau duduk sebelah kalian di dalam McD,
ataupun beratur belakang kalian di pejabat pos,
tapi kalian ada perasan aku tak?

TIDAK.

Sebab aku tak signifikan dalam hidup kalian.
Begitu juga orang lain.

Jadi,
bagaimana mahu menjadi istimewa?

Jawapannya,
menjadi lain dari yang lain.

Bila orang ramai toleh ke kanan, kita toleh ke kiri.
Bila orang ramai tepuk tangan, kita berdiam diri.
Bila orang berazam baru, kita mempersoalkan azam mereka.

Ya.
Orang yang mempersoalkan azam orang lain dan bertanyakan soalan seperti
"Tahun baru hanya peralihan tarikh, kenapa perlu bising tentang azam?",
mereka sendiri sudah tahu jawapan kepada soalan mereka.

Kerana berazam di tahun baru terlalu 'mainstream'
mereka berkeputusan menentangnya.

Kerana apa?
Kerana mereka mahu kelihatan istimewa.
Seperti aku juga...satu ketika dahulu.



YES.
I AM TALKING ABOUT YOU SPECIFICALLY.
So, please don't question other people's resolution.

Jadi,
kepada yang lain yang takut nak berazam kerana takut ditemplak orang lain.
Angkat tapak tangan anda tinggi-tinggi ke langit dan menjeritlah.
Peduli apa angin kata,
kita hanya mahu menggapai bintang.



.

Nov 16, 2011

Setiap Perkara Bermula Dengan Kali Pertama


Pada masa aku menggunakan jari jemari aku menekan papan kekunci laptop ni, aku sedang merempat tepi kaki lima dekat LCCT.

Dan sudah tentu aku akan 'schedule'kan entri ni ke jam 0900 seperti biasa.



Ya, aku akan naik flight, ke luar negara.
Tak jauh pun, Brunei je.
Atas alasan apa? Aku tak ada kuasa nak beritahu.
"I have to kill you after I told you."
Something like that laa, tapi takde laa confidential tahap mission impossible punya.

Actually,
this is my first time ke luar negara.
Almaklumlah, keluarga aku bukan berada sangat.
Sekadar sederhana sahaja.
Jadi, ini memang peluang fresh aku untuk timba pengalaman baru.
(Kan aku dah kata, aku dah masuk gear turbo dah dalam menyelesaikan azam tahun 2011 aku)

Kenapa aku kata aku tengah merempat?
Flight aku pagi, dalam masa subuh,
The only possible transportation for me available at the midnight, jadi terpaksa laa merempatkan diri di kaki lima beberapa jam.

Setiap yang kali pertama, mesti gementar lain macam.
Tambahan, aku kena bergerak sendirian.
Dan laa first time, sengsorang plak tu.
Dibuatnya kena tipu, memang apa pun aku tak tahu.

Tapi, at least aku dah study sikit.
Aku dah ada 'survivor kit' dah dalam otak aku.
Jadi, insyaAllah aku selamat.

Kalian sila doakan aku.

Actually aku cilok wifi dari lounge premium.
Baik aku keluar dulu sebelum diorang perasan.
Nanti apa-apa hal, kalau tempat aku kat Brunei nanti ada sumber internet, aku update lagi.

And don't worry laa sayang...
This blog is far from being a travel blog.
Aku tak sekaya tu nak travel selalu...
Cuma pengalaman travel ke luar sorang2 memang tak boleh dibiarkan basi dalam diri sendiri.



Postquam-scriptum:
Actually, i wonder....
Masih adakah kawan-kawan yang membaca blog aku ni?
Ke tahap aku meraban syok sendiri sorang2?
Tu laa, malas lagi update, semua kawan dah lari..
Sob..sob.. (T_T)


.

Oct 7, 2011

Satu Pesanan Untuk Semua


Aug 18, 2011

Mungkin Ini Memang Jalan Takdirku, Mengagumi Tanpa Dicintai


Hari minggu kebanyakkan lelaki tempoh hari dikejutkan dengan berita yang...
entahlah...
mungkin berita baik kepada sesetengah orang,
dan juga berita buruk kepada sesetengah yang lain.







untuk lebih lanjut mengenai isu di atas,
klik sini

Semakin hari,
masyarakat kita dipenuhi dengan orang yang bercinta.
Namun, cinta mereka lain.
Orang yang dicintai mereka itu tak tahu pun kewujudan mereka.
Ya..
Robert Pattinson, Mizushima Hiro, Shaheizy Sam..
Lisa Surihani, Jessica Alba, Emma Stone (ehem..ehem)
Senarai nama kekasih hati (khayalan) sentiasa bertambah hari ke hari..
Syok sendiri namanya...
Soalnya, macam ada harapan...


postquam-scriptum:
Aku pernah fikirkan berapa peratus kemungkinan Emma Stone boleh jatuh cinta dengan aku.
Kalian tahu graf bagi garisan bawah persamaan y = 1/x
Garisannya takkan bersentuhan dengan nilai x=0, dan menuju ke titik infiniti?
Aku garisan itu, Emma Stone titik x=0..

May 17, 2011

Surat Untuk Cikgu Ali








Percayalah.
Anda boleh berada di mana anda sedang berada sekarang adalah kerana dia.
Insan bernama guru.

Selamat Hari Guru.

Apr 15, 2011

Revolusi Karipap Sardin

Dari kecil, aku suka karipap sardin.
Tambahan waktu karipap tu baru panas digoreng,
bila masuk mulut, rasa nak menangis kenikmatan.
Sampai sekarang, pantang nampak karipap sardin,
mesti aku nak cuba merasa kesedapannya.

Namun, karipap sardin pun mengalami revolusi.



















Okey,
bahagian terakhir tahun 2020 tu hanyalah sarcarsm.


Aku pernah tanya seorang makcik jual kuih,
"Kenapa harga kuih naik?"

"Gempa bumi kat jepun laa dik.."

Sampai sekarang aku tak mampu kaitkan gempa bumi kat jepun dengan harga kuih naik.

Apr 6, 2011

Bagaimana Wujudnya Lukisan Buruk cEro



Dah banyak kali dah orang tanya satu soalan ni,
melalui Formspring, melalui twitter
satu soalan yang berbunyi;
"Ko lukis lukisan ko yang buruk tu guna apa?"

Jadi ini jawapannya!

Aku pemilik Nokia 5800XpresMusic.
Melalui Ovi Store, aku dapat satu aplikasi yang pada aku,
pencetus arena conteng-menconteng aku ni..

Aplikasi 'Paint Pad'



Aplikasi 'Paint Pad' ni umpama aplikasi Paint dalam Microsoft
cuma lebih kecil dan mempunyai fungsi tambahan yang sedikit.

Oleh kerena Paint Pad adalah aplikasi percuma,
beberapa fungsinya disekat.
Sebagai contoh, fungsi 'save image' hanya untuk sesiapa yang berdaftar di bawah Nokia HongKong,
jadi pemilik Nokia yang berasal dari Kuala Lumpur (macam aku) tak boleh save gambar lukisan mereka.
Apakejadah boleh lukis tapi takleh save, kan?

Jadi, aku perlukan satu aplikasi lain sebagai sokongan
yang bernama 'ScreenSnap'.
'ScreenSnap' adalah satu aplikasi mengambil gambaran screen henset Nokia.
Yup! Macam fungsi 'PrtSC' (Printscreen) dalam PC.

'PaintPad' + 'ScreenSnap'
= Kebahagiaan dalam menconteng!




Jadi bagaimana aku melukis?

Bayangkan aku mahu satu entiti, kasut Converse warna hijau.
Aku google 'kasut converse' dan cari satu gambar idaman.



Tapi, nak ambil secara terus,
takut ada masalah hakcipta di kemudian hari.
jadi aku lukis dalam 'Paint Pad'.



Sebab kemungkinan lukisan tu adalah besar dan teliti,
aku selalunya pecahkan kepada beberapa entiti.

Dan selepas selesai melukis di 'Paint Pad',
aku 'ScreenSnap' lukisan tu,
dan bluetooth fail berformat .jpg ke laptop terchenta.



Sampai ke laptop,
aku edit sedikit sebanyak dalam perisian lain seperti Photoshop atau Paint.NET,
tapi oleh sebab aku tak suka layout Photoshop yang serabut
padahal nak guna satu dua fungsi je,
jadi aku lebih prefer guna Paint.NET



Selalunya gabung image, buang slack dan kotoran,
letak warna, letak tulisan dan sebagainya.

Selepas korek hidung beberapa kali,
akhirnya lukisan yang dimahukan SIAP!



dan image inilah yang aku guna pakai dalam entri sebelum ni.

Itulah kisah untuk setiap lukisan buruk yang kalian nampak di dalam blog ni.
Header, footer, dan lukisan lain yang aku lukis.
Walaupun ada juga bila masa aku malas aku terus rembat dari Google Image,
tapi aku selagi mampu, nak lukis sendiri.
Bukan apa, nak melatih tangan aku yang berkarat ni supaya cekap kembali.
Sapa suruh merempit? Kan dah sakit tangan..

Aku macam berangan nak ada tablet komputer
macam iPad ke, atau Samsung Galaxy Tab ke,
tapi mata aku dah terpesona dengan Acer Iconia Tab,
cam cool je...

Tapi, buat masa sekarang, aku suka dengan 'Paint Pad' aku,
dampaikan aku mampu lukis semasa dalam kereta,
tu yang ada beberapa lukisan aku macam orang sakit Parkinson je gayanya.

Pernah gak berangan nak beli graphic tablet,
tapi bila ada duit je, kena belanja ke tempat lain,
selalu impian tu terpaksa dilupakan..
Tapi kalau ada antara kalian nak belanja aku sebijik graphic tablet,
aku terima je dengan tangan yang terbuka..
HEHEHEHE...



~~~~~~~~~






Apa kata kalian yang belum 'like' Facebook Page untuk blog ni
tekan butang 'like' di atas..
Alaa, sekali-sekala kita memeriahkan Facebook Page tu, apa salahnya..
Boleh laa kita berinteraksi secara lebih intim, kan??

Feb 28, 2011

Dear Nyamuk,















postquam-scriptum:
Sekarang musim hujan yang tidak menentu.
Air bertakung di mana-mana.
Air bertakung tempat nyamuk membiak.
Aedes sejenis nyamuk pembawa denggi.
Jika tidak mahu demam denggi, atau tidak mahu orang tersayang mendapat denggi, atau tidak mahu siapa-siapapun dapat denggi,
SILA KEMAS PERSEKITARAN RUMAH ANDA.
Jangan biar ada tempat biak nyamuk.

Feb 19, 2011

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

Walaupun aku tak tahu apa kaitan aku dengan ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia), aku telah terima satu emel dari pihak mereka mengenai sesuatu yang menarik hati.



Untuk lebih lanjut mengenainya, sila ke sini.
'Like' mereka di Facebook Page LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal
'follow' mereka di Twitter @LAT_muzikal

Kepada yang tak kenal Datuk Lat, atau mungkin tak tahu Kampung Boy, atau mungkin kedua-duanya sekali, sila tinggalkan nama penuh, alamat dan no telefon supaya aku senang pergi dan sembelih anda hidup-hidup untuk diberi makan ikan talapia dalam kolam belakang rumah ketua kampung aku. Buat malu je kat IC ada tulis warganegara Malaysia tapi tak tahu LAT ngan Kampung Boy.

Aku bercadang nak pergi, mungkin tiket RM40 kot, yang duduk belakang kena pakai teropong nak intai pentas. Siapa nak join??

Feb 3, 2011

Dari Harimau Ke Arnab

3 Februari 2011
















Selamat Tahun Baru Cina 2011

selamat bercuti...

postquam-scriptum:
Aku tak rasa ada pembaca blog ni berbangsa cina.
Tapi, apa salahnya, kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License