Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 23, 2012

'Kalau Sesat, Pulanglah ke Titik Permulaan'




Aku aktif melukis dulu.
Lalu aku kemalangan.
Doktor kata, tangan aku tidak selincah dulu.
Aku sedih.

Seorang kawan merangkap rakan blogger menasihatkan aku supaya terus cuba melukis.
Mungkin tidak sehebat dulu,
tapi apa salahnya.

Aku kembali bangun.
Bermula dari kosong.
Melukis perlahan-lahan.
Kerana katanya, latihan membuahkan kesempurnaan
dan kesempurnaan adalah jalan yang tiada penghujung.

Terima kasih teknologi,
aku boleh terus melukis menggunakan handphone.
Nokia 5800XM sangat banyak membantu aku.
Kebanyakkan lukisan dalam blog ini
dari tahun 2009 hingga 2011 adalah atas jasanya.
Aku suka.
Aku boleh melukis di mana sahaja.
Dalam kereta, keretapi, kenduri kahwin, jamban.
Di mana sahaja.

Akhir tahun 2011,
handphone aku bermasalah.
Aku terpaksa menukar handphone.
Pada mulanya, berniat nak ambil yang ada feature sama.
Touch screen, boleh lukis..
Tapi akhirnya, dek kemajuan teknologi,
handphone baru aku tidak sehebat lama,
mungkin boleh kata terlalu hebat...

Nokia 5800XM adalah handphone touch screen dengan pressure-sensitive, maknanya aku boleh lukis dengan menggunakan apa sahaja medium; jari, kuku, stylus pen, tap keychain, semua boleh asalkan boleh hasilkan tekanan.
Tapi, handphone baru pula, adalah finger-sensitive, hanya boleh menggunakan jari atau barang yang berangka tapi lembut macam jari.
Maknanya, walaupun ada aplikasi melukis dalam handphone baru,
tapi aku hanya boleh melukis gunakan jari.
Stylus pen, tap keychain, semua yang lain selain jari adalah tidak berguna.

Aku hampa.
Melukis guna jari seperti melukis guna calitan tahi hidung.
Berseni, tapi tidak memuaskan hati.

Maka,
sejak dari akhir Disember 2011,
aku menggunakan laptop dengan mouse untuk menghasilkan lukisan dalam blog ini.
Ya.
Dengan bantuan software dalam laptop, mutu lukisan menjadi lebih OK,
warna menjadi meriah,
tapi,
kepuasan semakin terhakis.

Aku suka perasaan memegang pen dan pensel.
Aku suka perasaan melihat garisan lurus menjadi tidak lurus.
Aku suka perasaan melukis dengan buruk, tapi kelihatan comel.

Dengan menggunakan laptop,
semua perasaan itu TIADA.

Malah,
ianya menyongsangkan tujuan aku melukis pada mulanya,
iaitu 'mahu melatih kembali kemahiran lama'.
Juga,
dek kerana kerap menggunakan mouse dalam tempoh masa lama dengan keadaan badan dan tangan yang tidak ergonomik dan ergodinamik,
ergo aku berisiko menghidap carpal tunnel syndrome.

.....

Untuk mengembalikan kepuasan melukis,
dan meneruskan aktiviti mengasah kemahiran lama,
juga menceriakan blog ini,
aku berniat, dan berharap, dan berazam,
ingin memiliki tablet (sama ada graphic tablet atau tablet PC) sebelum hujung tahun ini.

Maka,
dengan ini, aku umumkan...
Misi 3112.
Sempena mengambil tarikh akhir misi ini.
Misi mengumpul duit dan segala kelengkapan untuk memiliki sebuat tablet.

postquam-scriptum:
Terima kasih kerana mendengar (dibaca: membaca) keluh-kesah aku.
Aku tahu, tiada input untuk kalian,
tapi kalau nakkan pengajaran, ada satu,
'Kalau sesat, pulanglah ke titik permulaan jalan'.

postquam-subscriptum:
Sesiapa yang berminat nak bagi sumbangan,
aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Dan sesiapa yang berminat DAN memberi sumbangan
aku memang tiada kata-kata yang boleh mendefinisikan perasan bersyukur aku.
Oh..dan ini bukan entri meminta simpati. Sekian. Hehehe..



.


9 comments:

  1. mohon belikan seketul.. conteng2 menggunakan jari jemari memg tak boleh dipisahkan

    ReplyDelete
  2. aku masih ingat lagi time ko lukis menggunakan henpon lama ko. ah, tetiba teringat tentang gadis L. apa kabar dia?

    dan ya, aku masih ingat kata kata semangat daripada seorang rakan blogger itu terhadap ko, untuk terus meneruskan melukis. *senyum*

    seakan baru semalam aku membaca itu smua.

    ReplyDelete
  3. Tablet apekah? bkn k Samsung Galaxy Note boleh lukis gna pen hp mcm pensel tue k?

    ReplyDelete
  4. berapa kos tablet tu semua? rasanya klu lukis guna mouse mmg idok ler rasa puas. Ayuh! Misi 3112.

    ReplyDelete
  5. kabanyakan henpon sekarang menggunakan capacitive screen iaitu memerlukan jari.

    aku usha galaxy note sebab seperti hang, aku suka melukis di mana mana. Aku ada tablet, tapi aku terpaksa usung laptop ke hulu ke hilir..

    baru baru nie aku ter usha touch screen monitor yang berharga bawah RM1000 dan berskrin lapan belas inci. dan ia berfungsi sama seperti tablet tetapi kita boleh terus melukis pada skrin.

    ya, itu adalah misi aku tahun ini. Kalau berjaya, aku tak perlu lagi berangan memiliki Wacon Cyntiq yang berharga berbelas ribu ringgit itu.

    ReplyDelete
  6. @3815803138314140610.0
    Kawaii DYSHA,
    Niat di hati memang sebegitu..
    Tapi apakan daya, duit bukan boleh dipetik sesuka hati, kan?

    @~* chirpy_chummy *~
    Haha, aku sendiri pun sangat nak tahu apa sudah jadi dengan dia..
    Rindu oo...
    Sekejap je rasa, kan?

    @Miss Comot
    dalam hati memang nak Galaxy Note 10.1, tapi itu bergantung kepada ketebalan wallet..hehehe

    @WZ
    Aku anggar dalam RM2000 tak lebih, tapi mungkin harga vary ikut keadaan, kan?

    @Aujinz
    Kann??
    Ko mesti sangat faham dengan masalah aku, kan?
    Kalaulah duit bukan masalah, dah tentu aku beli aku sebijik, siap belikan utk kau sebijik jugak...hehehe

    ReplyDelete
  7. @cEro
    seriously, ko memang x kontek ke L?

    ReplyDelete
  8. Walaupaun tangan aku bukan tangan seni maca kau tapi aku faham perasaan kau ni. Ada banyak yang tersimpan tapi terpaksa dipendam dulu gara² kau belum ada platform yang hebat dan seselesa handphone kau dulu.. Semoga misi kau berjaya!

    Kalau sesat, pulanglah ke titik permulaan jalan. ;)

    ReplyDelete
  9. @~* chirpy_chummy *~
    ada contact, tp bukan laa perkara yg boleh diceritakan sangat..hehehe
    very complicated rasanya..

    @Yousof
    Orang yg sesat selalunya takut.
    AKu harap aku tak takut..
    Sbb tu aku nak pulang ke titik asal, walaupun jauh..kan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License