Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 30, 2012

Selamat Tinggal?

Memandangkan blog adalah satu-satunya tempat aku tak perlu jadi hipokrit dan boleh meluahkan perasaan sesuka hati, aku membesar dengan blog ini.

Jadi, baru-baru ini,
Aku baca balik kebanyakan entri aku dalam blog ni yang lama-lama.
Aku rasa aku yang dulu sangat...
...
...
...
...sangat SERONOK!



Aku yang dulu sangat seronok.
Berbanding aku yang sekarang, aku yang dulu lagi best.
Aku yang sekarang asyik guna bahasa skema,
macam karangan budak sekolah rendah hingusan.

Aku yang dulu akan tulis seperti ini;
"Sambil menapak menuju ke kedai, aku korek hidung dan calit taiknya di dinding koridor membentuk satu garisan panjang berwarna emas yang bakal menimbulkan tanda tanya manusia."

Tapi,
aku yang sekarang akan tulis seperti ini;
"Semasa berjalan ke kedai, aku mengeluarkan kotoran hidung dan kemudian ditinggalkan di dinding koridor dengan membentuk satu carikan panjang."

See, NO FUN!

Kenapakah begini?
Kenapa aku sudah tidak seperti dulu?
Mungkin salah satu faktor adalah umur?
Atau aku yang sekarang kurang kasih sayang?



My posts are bad. I feel bad.

Aku yang dulu penuh dengan harapan dan semangat.
Aku yang sekarang dipenuhi dengan kebosanan.

Aku yang dulu sangat teruja di dalam setiap entrinya.
Aku yang sekarang, nampak macam buku teks sejarah sekolah menengah.

Aku rasa, aku sangat berubah berbanding dulu.
Aku menjadi semakin bosan dan tidak seronok.
Aku sangat rindu aku yang dulu.
Apa yang membuatkan aku yang dulu berubah?
Apa sudah jadi?

Mungkin sudah tiba masanya.
Sudah tiba masanya aku pertimbangkan semula keinginan untuk berhenti..
Tapi...





.


13 comments:

  1. berenti apa weyh?? jangan la berenti berblog? ko x habiskan lagi citer vorteks ko tu.. hahahaha~ XD

    bila meningkatnya umur, cara pemikiran n sudut pandang kita makin berbeza. n mungkin cara kita mengekspresikan keseronokan berbeza.
    tapi, hanya ko yang tau diri sebenar ko camne. so, think wisely.. before making any move. ;)

    ReplyDelete
  2. Haa. mula lah tu. meroyan tak tentu pasal. tampar nk?

    Apsal ko pun baca entry2 lama2 mcm ak jugak last week? lol. tbh ak pun rasa aku lebih fun dn kelakar masa awal2 tulis blog dulu tak macam skrg. tp bahasa dia gila annoying klu perati balik. mcm budak baru nak up.

    We are growing up so mmg automatik bahasa, idea, perpektif etc akan berubah sekali. so normal lah tu.

    Adakah dgn berenti blog ko akan menjadi lagi 'fun dan interesting'? No.

    ReplyDelete
  3. alaa..lek ar.. bese la tu. semakin meningkat umur, makin banyak pengalaman, makin banyak perubahan. perubahan tu adalah hak kita. dan aku x rasa pun semua tu adalah tak best.

    jom jom, kita seronokkan diri dengan menambah kenalan. jom lepak woi!

    ReplyDelete
  4. papepun..jgn berhenti bloging :(

    ReplyDelete
  5. Aku yang dulu pun sangat seronok sebab aku boleh ekspresikan diri aku dengan tulisan tanpa lukisan. Dan aku tersenyum setiap kali mereka kata mereka terhibur membaca blog aku.

    Aku yang sekarang masih sama cuma aku ekspresikan diri aku dengan lukisan. Tapi kadang kadang aku rasa macam skema demi nak menyesuaikan dengan peringkat umur pembaca.

    Tapi aku tak kisah, sebab aku rasa enjoy menghiburkan semua pembaca.

    Aku harap kau bukan maksudkan untuk berhenti blogging.

    Aku dah follow kau dah lama weih.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. kau seorang manusia normal yg makin membesar dan makin dimamah usia...bukan mcm peterpan (not peterporn), phobia adulthood punya pasal smpai sanggup lari ke neverland dan stay kat sana membentuk geng budak2 nakal yg nak berseronok saja 24/7 smpai bebila, ada hati nak tarik wendy lak tu buat awek kakakaa...cheer-up okies? ^^

    ReplyDelete
  7. NO..NO NO..NO..
    (sambil goyang jari telunjuk depan muka)
    jom g jogim ! :)(tibe2)


    ReplyDelete
  8. laa nak berenti dah ke..baru nak start bace blog ni..

    ReplyDelete
  9. Well, people change.

    Mungkin, dulu seronok sebab ramai blogger yang aktif, banyak bahan bacaan. Secara tak langsung, kita jadi 'best' sebab nak compete (even sikit).

    Sekarang, ramai blogger yang best hiatus terlalu lama, ramai juga yang rasa blog dah tak relevan. (I blame twitter for this)

    Just my two cents.
    (But seriously, when i read my blog in 2009, i felt so stupid. LOL)

    ReplyDelete
  10. aku pun sentiasa rasa aku masa dulu lagi baik dan fun dari aku yang sekarang..tapi aku kena selalu positifkan diri untuk hari esok2..

    hehe..cero, emma stone kirim salam kat ko..dia bagitau aku kat emel..

    ReplyDelete
  11. @Haris Khairuddin
    Betul kata kau..
    Pemikiran memang berubah, tapi perjuangan kalau boleh jangan laa berubah..

    @WZ
    Uih! Garang betul WZ..
    Nak berhenti blogging, mcam dah lama sgt dah fikir, tp tak pernah ada kekuatan nak berenti..
    Blogging mcam dah dalam hati dah..pekat dan lekat..

    @~* chirpy_chummy *~
    Jom lepak! Hari tu aku demam, tak boleh bangun..next time maybe, insyaAllah..

    @someone
    insyaAllah, kalau hati masih lagi kuat..

    @Aujinz
    sometimes, perubahan dalam diri kita ni mcam unacceptable je, kan?
    But apa yg boleh kita buat, go and make the full of it!

    @Kertas Kosong
    Entah laa..masih mempertimbangkannya..

    @plain83
    thank you..
    some very good perspective!
    Will be remembering it all my life!

    @MS. NO NAME
    Jogging? Hahaha.. sangat random!

    @Nerzhul
    Baru nak pertimbangkan..insyaAllah tak kot..

    @Emma Amir
    Betul gak tu..
    persekitaran berubah (online or reality)
    jadi nak tanak kita pon kena berubah laa, kan?

    @Jna marchello
    InsyaAllah tak..
    Berdoa laa yek..

    @nazha anua
    Uih! Jangan buat aku dengki!!
    Tidak mungkin Emma Stone kirim salam memalui ko..hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License