Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 12, 2012

6 Wanita yang Aku Mahu Belanja Makan di Kedai Mamak.


Kalian tahu kenapa kedai mamak?
Sebab di kedai mamak, kita boleh jadi diri sendiri.



Kalian tahu kan,
di restoran fancy yang mewah dan ada class,
kadang-kadang perlu pada dress-code tertentu.
Kalau bunyi sudu garfu kuat sikit, orang dah pandang.
Kalau gelak-gelak kuat sikit, waiter datang tegur.
Nak tak nak, kita tak mampu jadi diri sendiri di sana.

Tapi TIDAK di kedai mamak.

Gelaklah kuat-kuat.
Makanlah segelojoh manapun.
Kalau orang pandang, kita pandang balik.
Hehehe..

Jadi,
makan di kedai mamak adalah antara cara yang bagus untuk menilai persepsi orang terhadap diri kita.

Berikut adalah ENAM wanita yang aku harap dapat belanja di kedai mamak.
Walaupun ada yang tahap mustahil, tapi...




Ya, aku tahu. Tak ada gaya Emma Stone pun.
Aku lukis guna memori, jadi agak tak tepat (*alasan).
Tapi, Emma Stone sentiasa berada di atas mana-mana senarai aku.
Dapat bayangkan tak bila dia makan nasi lemak mamak, dan pedas,
mata dia yang cantik tu berair dan suara dia yang seksi tu mengeluh kepedasan.
Hahaha..berangan laa, berangan...



Ini Nenek aku di kampung.
Setiap kali balik kampung dan diajak makan di luar,
dia akan bagi alasan seperti
"Nak jaga ayam itik.." atau
"Pening kepala laa.." padahal tadi bersemangat ke kebun bercucuk tanam.
Kalau aku mampu bawa dia keluar rumah,
maka aku mampu takluk dunia..Hehehe



Nora Danish.
Aku peminat dia, tapi aku lebih berminat nak kenal personaliti dia.
You know, certain artis ni kalau di khalayak ramai suka sangat pakai cermin mata hitam.
Jadi, kalau bersama dia, aku harap Nora Danish tak pakai cermin mata hitam.
So, Cik Nora, saya nak belanja ni..
Cheese naan, tandoori, mee goreng, roti canai, you name it.
Asalkan you sudi, saya pun sudi..hehehe
Call me, maybe?



Ini amoi di sebuah kedai handphone di kompleks membeli-belah dekat dengan rumah aku.
Dulu mungkin aku racist sebab tak pernah dalam hidup aku suka dengan amoi cina
sehinggalah aku bertemu dengan amoi ni.
Dia comel, sopan, mata sepet, dan sentiasa senyum pada aku bila aku lalu depan kedai dia.
Aku sentiasa cair bila nampak senyuman dia.
Tapi aku tak pernah berkeberanian nak tegur dia, atau at least pretend nak beli handphone hanya untuk berbual dengan dia.
Harap-harap aku mampu di masa akan datang.



Hana Ahmad.
Pemilik blog Manusia Egois yang Mahal Air Mata.
Tak pernah jumpa dia, tapi dah beberapa kali merancang nak berjumpa.
Cuma aral melintang banyak sangat. Hehehe..
dari twitter dan blog dia, aku rasa dia ni seseorang yang seronok jika dibuat kawan.
Ya. Jenis yang senang berborak, senang bergurau dan seronok.
Kan? Betul tak Hana? Kan?



Bakal isteri aku yang masih misteri.
Pada aku, bakal peneman hidup aku adalah seseorang yang boleh bertolak ansur dengan kehidupan 'lepak di kedai mamak' aku tanpa ada sebarang prejudis.
seseorang yang tak kira apa kelas kehidupan, tidak memandang kedai mamak sebagai kelas ketiga atau mungkin tiada kelas langsung.
dan dia perlu tahu apa yang suka order di kedai mamak.
Itulah (bakal) isteri yang bagus. Hehehe...


xxxxxx

Itu enam wanita yang aku harap dapat belanja makan di kedai mamak.
No wonder lah aku bujang sampai sekarang.

Kalian pula?
siapa enam wanita yang kalian harap dapat duduk minum bersama di kedai mamak?




.


19 comments:

  1. kenapa wanita mistteri rambut dia mcm tu. kah kah. ko buat mcm tu nk je ak sebut. "whoo's that pokemon?'

    For me anyone ak nk bwk pegi kedai mamak as long dia boleh dibawak sembang dan tak banyak songeh. =)

    ReplyDelete
  2. harap sgt one day cero beranikn diri tegur amoi cina tu :D

    rase tercabar x? muwahaha!

    ReplyDelete
  3. kalau tak beli hp

    buat2 tanya top up pun jadilah kan kan kan??

    hehehehehe

    ReplyDelete
  4. haip haip haip.. Emma Stone kau boleh ambil.. Nora Danish jangan kacau.. wakakkakaa..


    Ala Cero, ko tegur jer amoi tue cakap nak beli topap.. hohohoho

    ReplyDelete
  5. HAHA! Patutlah aku rasa melonjak-lonjak nak datang jenguk blog kau ni cEro! Ha..jom, jom! Aiseh. Ntah bila kan? Aku nak curi lukisan tu! HAHA.

    ReplyDelete
  6. amboiii...nak ikot gak kalau Hana jumpa ko. nak jugak! x aci ni. Hana, bawak aku woi!

    ReplyDelete
  7. pergh! alasan yang sama dengan nenek aku bila diajak keluar!

    ReplyDelete
  8. nesa suke lepak ngan mak, skrg tgh addict plk ngan layer tea..pehh

    ReplyDelete
  9. gua nak ajak pasah sandah.. boleh jumpa jejai yg kaya raya itu

    ReplyDelete
  10. @kata kila
    Haha, kalau aku buat 10, mesti ko ada..heheh

    @WZ
    Haha, tu sbb aku tak berapa nak boleh describe gadis misteri itu..tu yg buat 'who's that pokemon' tu..hahah

    @Chuu Muqhlis
    alaaaa, susah laa..
    tengok dr jauh je kot boleh..heheh

    @.::WaNiE::.
    Haha, idea tu..idea..
    Nanti aku try camne..

    @Aujinz
    Nanti aku try tanya topup kat dia..sekali dia tak jual, kan??
    hehe, amik laa Nora danis, aku nak ajak makan kat kedai mamak je..hehhe

    @hanaahmad
    insyaAllah nanti kita akan bersua muka jua..hahaha

    @~* chirpy_chummy *~
    haha, boleh..boleh..
    kita sama2 berjumapa bersama2..mesti best, kan?

    @Haikal Blank
    Kan? Aku rasa orang berumur mmg tak suka keluar makan kot..

    @ana
    untung aku kalau jumpa hana..hehehe

    @Nesa Wazir
    Lepak dgn mak best, kan?
    Tapi mak cEro macam "eh? mamak lagi? tukar laa kedai lain pulak.."
    hehehe

    @JelinaJoli
    Kalau Pasah Sandah, aku nak mintak tumpang Jejai punya BumbleBee..hehehe

    ReplyDelete
  11. Lukis berdasarkan memori! Hebat! ;D

    Alasan nenek kau memang alasan yang biasa orang² tua akan bagi heheh.


    Kalau aku nak ajak Irma Hasmie, Diana Amir, Izara (bertudung) ;D, Elyana, kawan blogger perempuan yang rapat, Farah breep² AF dan juga bakal isteri (harap² rambut tak sebesar rambut bakal isteri misteri kau tu). Ok dah.

    ReplyDelete
  12. sore eye nora danish..haha

    harap emma watson mendengar luahan encek cero..

    ReplyDelete
  13. @Yousof
    Uih! Ramainya..hehehe
    Rambut besar tu metaphor je, maknanya aku tak kisah apa pun rupa dia, aku tetap akan terima..hehehe

    @nazha anua
    *emma stone
    hahaha

    ReplyDelete
  14. Heheh kata enam orang.. ;D


    Ok² itu yang terbaik..

    ReplyDelete
  15. @Yousof
    Kira 6 laa tu..hehehe
    Ko tak ada list?

    ReplyDelete
  16. rumet aku suka main mineswipper!!! hahaha... masa dia tanya aku...aku tau xmain tu... aku kata... bendalah apa tu??? hahhaha....nampaklah aku tak reti! kalau aku! aku xsuka main bendalah tu! mari buat origami! haha... >.< selamat mencari cero

    ReplyDelete
  17. @2462099269192512994.0
    Haha, best laa main minesweeper..
    try laa...
    byk guna logik game tu..

    btw, wey, jom dating..hahahha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License