Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 28, 2012

6 Ayat yang Aku Harap Dapat Ucapkan tapi Tak Pernah Ada Kesempatan.


Tahu tak apa yang lagi tajam dari mata pedang?
Mata pedang yang bertatahkan berlian.


Tapi, kata-kata lagi tajam dari mata pedang.

Ramai orang bercakap.
Pada kebanyakan, bercakap adalah sesuatu yang...biasa.
Tapi tahukah anda,
kebanyakkan pakar manipulasi adalah orang yang pandai bercakap?
Contoh termudah, ahli politik.
Kita selalu disuap dengan penyataan dari ahli politik yang mampu menukarkan keadaan.
Begitulah kehebatan kata-kata.

Cuba fikirkan,
kalau semua orang ucapkan apa yang dia fikirkan tanpa lapik,
maka punahlah dunia.
Sebagai contoh, kalau ada cashier kedai berpakaian perempuan tapi dari rupa dan suaranya adalah seperti lelaki, adakah kita akan terus terang bertanya
"Hey, awak lelaki ke perempuan?"
Itu biadab, kan?

Inspirasi dari internet.
Berikut adalah ENAM ayat yang aku harap aku dapat ucapkan paling kurang sekali dalam hidup aku tapi tak pernah ada kesempatan sehingga kini.
Masuk akal ke tidak, itu perkara ke-350




Ketika sedang berada di kelompok ramai orang
seperti sedang menunggu bas di stesen bas
atau dalam komuter yang penuh,
aku selalu nak menjerit dengan kuat dan panjang
"TIIIIIIDAAAAAAKK!".

Agaknya,
apa reaksi yang orang ramai akan berikan?
Kalau jadi pada aku (orang lain yang buat),
aku rasa aku hanya akan tersenyum je dan teruskan buat apa yang aku nak buat.

Tapi, perbuatan terlalu dramatik ni pasti akan membuatkan orang tak selesa.
Memandangkan aku tak se'cool' itu nak membuatkan orang tak selesa,
jadi bila ada kesempatan, aku tak pernah buat.
Tapi...aku memang nak buat...





Sebenarnya,
aku selalu ada kesempatan nak ucap benda ni.
Banyak perkara aku boleh teka, dan selalunya tepat.
Contohnya, kalau lampu bilik berkedip-kedip tiba-tiba,
dan aku akan kata
"Ni nanti mesti ada black-out ni.."
Beberapa minit kemudian, betul-betul ada black-out.
Kalau orang biasa, akan terpacul dari mulut mereka seperti
"Kan! Kan aku dah kata.."
Tapi aku pula, tak tahu sebab apa,
aku tak pernah terniat nak cakap perkataan tu walaupun aku layak untuk cakapkannya.
Paling busuk pun, aku akan senyum je..
Tapi,
memandangkan dah black-out, siapa nampak aku senyum, kan?





Memandangkan aku bukanlah jenis yang merancang dan bersedia,
maka kesempatan nak ucap ayat seperti di atas tak pernah ada.

Memang ada orang jenis macam ni,
contohnya, bawa payung di waktu panas terik.
Bila ditanya, dia akan jawab,
"Sediakan payung sebelum hujan."
Ya, aku bukan sebegitu.
Tapi aku pun juga bukanlah orang terlalu ambil mudah untuk sesuatu perkara.
Kalau dah ramalan cuaca kata hujan, kalau nak keluar
bawa je laa payung tu walaupun panas terik





Macam aku cakap di atas,
kalau kita cakap setiap benda yang terlintas dalam fikiran tanpa tapis,
hidup mesti porak-peranda.

Semua orang pasti ada beberapa orang yang kita rasa
"Ish, dia ni.. Aku cekik nanti.."
tapi tak pernah nak luahkannya mungkin sebab alasan nak jaga hati atau imej.

Aku juga, ada beberapa orang yang aku rasa
"Dia ni lebih baik tak wujud dalam hidup aku.."
sampai tahap aku nak korek jantung dia keluar.
Tapi, semuanya dipendam dalam hati.

Kalau aku buat betul-betul,
rasanya ramai dah yang mati disebabkan jantung dikorek.
Yeah!





Aku suka komik.
Aku membesar (dan masih membesar) bersama komik.
Dan antara genre komik kegemaran aku adalah penyiasatan.
Komik seperti Detective Conan dan Kindaichi sentiasa membuatkan aku teruja.

Dan bila sudah teruja,
sudah tentu kita nak hidup di dalamnya.
Jadi, wujudlah keinginan aku nak jadi si tukang selesaikan kes itu.
Ya, yang kumpulkan semua suspek dan berkata
"Penjenayahnya berada di kalangan kita"
dan masing-masing muka suspek akan jadi super-gelisah sebab muka kita yang super-berkeyakinan itu.

Tapi, tak pernah ada kesempatan.
Mungkin takkan pernah, kot.





Dua perkara yang masih boleh dibuat secara percuma;
berangan dan kentut.

Zaman sekarang,
nak air pun kena bayar, nak buang air pun kena bayar.
Jadi,
apa salahnya sekali sekala berangan nak luahkan perasaan kat orang yang takkan dapat kita luahkan.
At least, merasa juga walaupun hanya bayangan.
(hashtag: #foreveralone)




xxxxxx

Itulah enam ayat yang aku harap aku dapat ucapkan paling kurang sekali seumur hidup jika ada kesempatan.
Walaupun ada yang memang ada kesempatan (contohnya no.6 *batuk-batuk*) tapi aku bukanlah sekejam itu nak ucapkan setiap kali ada peluang.
Menjaga hati orang itu, kadang-kadang, adalah perlu
tambahan dalam kehidupan bermasyarakat.

Kawan aku pernah berkata,
"Kalau tak nak hidup bermasyarakat, sila tinggal dalam hutan."
Tapi, hakikatnya, walaupun dalam hutan,
masyarakat tetap wujud.
Dalam hutan, kita bermasyarakat dengan haiwan-haiwan hutan dan para tumbuhan.
Perlu juga ada hormat menghormati sesama hidupan.

Kalian pula?
mesti ada juga ayat-ayat yang sangat nak diucapkan, kan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.

Updated:
Check-out entri respon dari ParaLoya di sini.



.

Nov 25, 2012

Lipas VS. Dunia


Tahu tak binatang apa yang boleh takluk dunia?
LIPAS.



Pada aku,
kalau lipas diberi akal seperti manusia,
lipas mampu berada di atas piramid penguasaan dunia.
Boleh beranak sekali lebih 16 anak,
dapat hidup di bawah sinaran radioaktif nuklear,
dilabel sebagai makhluk yang sudah tamat berevolusi,
ditakuti ramai manusia,
malah kalau lipas itu terbang, mampu membuatkan lelaki gagah berlari lintang pukang sambil menjerit macam pondan.

Dan fakta bahawa aku takutkan lipas bukanlah satu rahsia lagi.

Bersyukurlah lipas boleh dibunuh dengan selipar jepun.
Bayangkan kalau lipas berakal seperti manusia dan mampu bina bala tentera sendiri...



Sila baca entri 'Lipas Makhluk Sempurna'...
dan entri dari Nazha Anua (Kartunster) Jejaka yang Dihantui.
juga entri dari Aujinz (Lanun Ranggi) Spesis Yang Mampu Menguasai Dunia



.

Nov 21, 2012

Bulatan Keberahian cEro.


Tahu tak apa yang menipu setiap manusia?
Keberahian.


infatuation (ɪnˌfætjʊˈeɪʃən)

— n
1. the act of infatuating or state of being infatuated
2. foolish or extravagant passion
3. an object of foolish or extravagant passion


Sebagaimana aku suka meneliti kehidupan manusia,
aku juga suka meneliti kehidupan aku.
Bagaimana aku bertindak ke atas sesuatu keadaan.
Bagaimana aku berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Pada aku, sebelum layak menilai orang, aku perlu tahu menilai diri sendiri.
Tapi menilai diri sendiri adalah perkara paling sukar dalam hidup manusia, hanya disebabkan kita selalu bertindak 'bias' terhadap diri sendiri.

Jadi,
baru-baru ini aku dapat sesuatu dari diri sendiri.
Aku sentiasa di dalam satu 'loop' mengenai kesukaan/kegemaran/keberahian aku terhadap sesuatu.
Tak faham?
Teruskan membaca.
Aku panggil 'loop' ini sebagai
cEro's Circle of Infatuation.

'Loop' yang aku maksudkan adalah bagaimana sesetengah perkara kadang-kadang menjadi suka, bertukar kepada benci, bertukar kepada neutral, dan bertukar kepada suka balik dalam kadar yang sekata.

Oh, dan ianya berlaku kepada aku dan mungkin juga kamu.



PENERANGAN DIAGRAM

1. Recognition
Anda nampak sesuatu dan terdetik perasaan seperti "Uh, cantiknya.""Oh, sedapnya", "Wah, hebatnya." Anda memberikan sesuatu itu pengiktirafan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum memasuki peringkat seterusnya, ianya hanya sekadar sesuatu yang 'biasa' (typical).

2. Curiosity
Kerana pengiktirafan, ianya menarik minat anda. Anda akan berkata seperti "Macam mana dia boleh cantik?", "Kenapa ia sedap?", "Bagaimana ianya boleh hebat?". Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, ianya dipanggil 'pengabaian' (ignorance), sebab anda mengabaikannya walaupun anda ada perasaan ingin tahu.

3. Obsession
Perasaan ingin tahu yang membuak-buak mencetuskan obsesi. Anda akan cuba selidik apa yang anda nak tahu dari pelbagai sumber seperti lisan, internet, mahupun perbuatan. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda dipanggil 'peminat' (fan).

4. Downfall
Lambakan dan limpahan maklumat tanpa tapisan membuatkan anda terdedah dengan pelbagai perkara termasuk unsur negatif. Perkara tidak baik tentang sesuatu yang anda obses itu membuatkan anda berfikir "Rupanya begitu.." dan sedikit demi sedikit membuatkan anda terasa tertipu dan kecewa. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, dan menerima sesuatu itu seadanya, ianya dipanggil 'cinta' (love).

5. Rejection
Dek kerana perkara negatif yang anda dapat hasil dari obsesi sebelum ini, anda terasa tertipu dan menolak segala-galanya tentang sesuatu itu termasuklah perkara positif pertama yang membuatkan anda suka. Jika anda meninggalkan peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya, anda akan dipenuhi dengan rasa 'benci' (hate).

6. Acceptance
Masa berlalu membuatkan benci semakin berkurangan, dan anda kembali ke peringkat menerimanya kembali. Seperti peringkat 1 (Recognition), anda akan tertarik dengan unsur positif yang ditonjolkan (mungkin yang sama dengan sebelumnya, mungkin berbeza) dan kemudian pusingan 'loop' ini akan bermula semula.


Terlalu berat untuk difahami?
Tak apa, aku berikan contoh sesuatu yang berada dalam 'loop' ini bagi diri aku.


Contoh 1: Teh Tarik



Teh tarik, pada aku, sangat sedap (1.Recognition). Setiap kali aku ke kedai makan luar, aku akan memesan teh tarik dan membanding-bandingkan kesedapan antara kedai (2.Curiosity). Sehinggalah satu tahap, aku tak akan tak order teh tarik (3.Obsession) sampailah aku alami kesukaran untuk berak (4.Downfall). Lalu, aku putuskan untuk berhenti minum teh tarik (5.Rejection) dan berikan masa untuk perut berehat. Untuk satu tempoh masa, aku kembali mencuba teh tarik dan walaweh! Teh tarik memang sedap (6.Acceptance).



Contoh 2: Wayang 3D



Pada mula era wayang 3D, dengan spek dwi-warna tu, aku kagum (Recognition). Setiap kali ada filem yang tayang dengan wayang 3D, aku akan layan (Curiosity). Sampai satu tahap, setiap kali aku layan wayang, aku akan pilih wayang 3D dan menolak cerita lain yang tak ada 3D kerana seperti picisan (Obsession). Satu ketika, aku dapati mutu 3D sangat teruk, malah, kalau aku buka spek dwi-warna tu, aku masih boleh lihat macam biasa. Juga, wayang 3D sangat mahal (Downfall). Mutu teruk, beserta bayaran mahal membuatkan aku menolak wayang 3D (Rejection) dengan beranggapan ianya satu pembaziran paling bodoh manusia sejagat. Tapi selepas seketika, aku tak kisah untuk layan wayang 3D lagi, tapi tidak sekerap dulu (Acceptance).


OK.
Cukup kot dua contoh tu.
Kedua-dua contoh itu melibatkan bukan manusia, tapi cEro's Circle of Infatuation boleh juga diguna pakai kepada semua; manusia, bukan manusia, entiti mahupun bukan entiti. Contoh manusia yang berada dalam 'loop' ini bagi aku ialah minat aku terhadap Lisa Surihani (point of Downfall dia adalah masa dia kahwin dengan suami dia).

Maaflah kalau panjang dan membosankan.
Tapi aku cukup teruja bila boleh kenal diri sendir dengan lebih rapat.
Kadang-kadang,
bila aku dalam sesuatu peringkat, aku akan berfikir untuk diri sendiri
"Oh, aku sedang berada di peringkat Downfall ni"
Ya. Hubungan aku dengan henset aku adalah di peringkat Downfall.

Bagi yang faham penerangan aku ni,
cuba kongsikan dengan aku satu contoh perkara yang berada dalam cEro's Circle of Infatuation untuk diri kalian.

Bye!



.

Nov 18, 2012

Aku Kongsi: INSPIDERED by Gregor Czaykowski.



Nak main tipu sikit,
hari ni aku nak kongsi dengan semua satu komik yang memberikan aku motivasi dan inspirasi untuk terus berkarya walaupun tak sehebat mana.

Sila berikan masa komik ini untuk loading yek..
Maaf kepada yang internet connection dia perlahan.

INSPIDERED
by Gregor Czaykowski.




Sila klik imej untuk sumber.
Tinggalkan komen kepada tuan punya blog itu sebagai tanda terima kasih.

Kalian tahu kan perasaan ada impian tapi tiada motivasi ke arah merealisasikan impian itu?
Apa kata kalian?



.

Nov 14, 2012

6 Cara Selamatkan Gadis yang Diganggu Kutu Jalanan.


Tahu tak antara perkara yang tak pernah aku lakukan?
Selamatkan gadis dari diganggu kutu jalanan.


Inspirasi dari sebuah rancangan TV.
Bayangkan anda lelaki.
Anda baru balik dari kelas memasak.
Semasa anda sedang berjalan berseorangan menuju ke rumah,
dari jauh anda ternampak seorang gadis muda sedang diganggu oleh seorang lelaki.

Dengan muka separuh rempit, baju besar dan berambut pompadour,
lelaki tersebut, bersama mimik muka gatal,
sedang menahan-nahan seorang gadis dari berjalan
diikuti dengan gelak tawa besar.

"Ini tidak sepatutnya berlaku," kata anda.
Dengan semangat juang seorang lelaki yang cintakan kesejahteraan,
anda laju berjalan ke arah mereka.

Dari segi fizikal, anda tentu-tentu kalah.
Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah menggunakan akal untuk menyelamatkan gadis itu, sekaligus menyelamatkan diri dari dihinggap penumbuk dan penendang kutu jalanan tersebut.

Berikut adalah ENAM cara anda boleh selamatkan gadis itu dari gangguan kutu jalanan sekaligus tidak meletakkan risiko dibelasah.
Masuk akal ke tidak, itu perkara ke-349...




Ini cara paling biasa orang lakukan.
Menarik perhatian orang lain dengan menjerit,
dengan harapan bila orang lain dengar,
mereka akan berkumpul dan out-numbered and out-muscled si kutu tu.

"Tolong~~~!!"
Jeritan anda sungguh kuat, sampaikan si gadis terpaksa tutup telinga.
Terkejut dengan perhatian yang diperoleh,
si kutu tersebut pergi meninggalkan kamu berdua.
Si gadis selamat. Anda selamat.

"Terima kasih!" kata si gadis.
Anda hanya berlalu dengan senyuman menuju ke arah matahari terbenam.




Dengan muka retard, anda berkata,
"Lama tak jumpa. Rasanya hampir 30 tahun."
Sedangkan anda hanya berumur dua puluhan.

"Macam mana dengan adik? Dengar khabar dia masuk universiti?
Mak sihat? Hari tu macam ada berselisih kat pasar borong, tapi tak sempat nak tegur."
Reka cerita yang melibatkan keluarga si kutu.
Banyakkan bertanya perihal dia dan orang (yang mungkin) terdekat dengannya.
Tapi, jangan bagi peluang si kutu menjawab.
Malah, jangan langsung bagi peluang dia buka mulut.
Pegang bahu dia dan bawa dia ke arah berjauhan dengan si gadis.
Bila rasa sudah sampai jarak selamat, cepat-cepat beredar.

"Maaf, rasanya salah orang. Bye!"
Tinggalkan dia dalam kebingungan.




Sekarang, gunakan skil yang anda perolehi dari melayan Running Man ataupun anime.
Sambil menghalang si kutu lebih menghampiri si gadis,
pastikan mulut anda tidak berhenti berkata-kata bahasa asing.

"Maiochiru hanabira hira hira kokoro no sukima surenuketeku sunao ni nannakya.."
Pastikan tiada noktah dalam kata-kata anda.
Jangan bagi peluang dia berfikir.

Dek kerana keliru dan terasa seperti malu berkelakuan buruk depan warga asing (konon), si kutu akan pergi berlalu dalam kemaluan (?).

"Awak tak apa-apa?" tanya anda.
"Saya OK. Pandai awak cakap bahasa kaum Mayan.."
"Oh, walaupun bunyi macam Mayan, tapi itu sebenarnya Bahasa Jepun. Itu lagu opening untuk anime kegemaran saya."




Dengan wajah dan bahasa tubuh yang meyakinkan,
bergerak dengan dada ke depan dan berkata,
"Maaf, dia ada HIV. Saya doktor dia. Saya boleh sahkannya. Sebelum awak nak apa-apakan dia, cuba bayangkan kerugian yang awak dapat hanya kerana gagal mengawal nafsu yang sementara. Seumur hidup awak akan merana dengan HIV yang terjangkit."

Pasti, si kutu akan pergi ketakutan.
Kutu pun sayang diri, tahu?

"Sampai hati awak kata saya ada HIV?" kata si gadis, terluka.
"Yang saya maksudkan, awak HIV negatif."
Dengan senyuman, si gadis berterima kasih dan mengajak anda ke gerai Tako Tao melayan semangkuk takoyaki.




"Dia ni mangsa kemalangan ngeri. Dek kerana terkejut mati secara tiba-tiba, dia tidak sedar dia sudah mati dan menjadi roh sesat."

Muka si kutu keliru.

"Kalau tak percaya, sentuh tangan dia. Awak akan rasa sejuk. Tapi selepas awak sentuh dia, badi akan ikut awak. Percayalah saya. Saya boleh tengok hantu. Malangnya, awak pun macam saya, boleh tengok hantu."

Sebelum si kutu sempat menyentuh si gadis, dia sudah berlari pergi ketakutan.




Kenapa nak selamatkan gadis diganggu kalau anda yang suka diganggu?

"Hai, Bang. Abang ni seksi laa. Jangan laa pilih perempuan kerempeng ni. Jom laa layan I. I ada body baik punya, bikin kat Bangkok. Harap Abang punya bengkok."

Apa lagi geli dari dikacau si nyah gay yang mahukan belaian?
Sudah tentu suara mainkan peranan. Lagi garau suara, lagi geli si kutu dibuatnya.
Jangan risau, si kutu takkan suka.
Even gay pun memilih pasangan, dia takkan senang-senang nak rembat nyah tepi jalan yang offerkan diri sendiri.

Dan sudah tentu, si gadis akan naik geli dengan anda dan pergi berlari seribu langkah sebelum anda sempat habiskan skil.



xxxxxx

Itulah enam cara mahu selamatkan gadis dari diganggu kutu jalanan.
Mungkin agak over, tapi pasti berkesan.

Cuma situasi di atas jarang berlaku, at least, jarang berlaku di Malaysia.
Kutu jalanan yang suka kacau gadis yang berjalan seorang diri selalunya tidak akan berseorangan.
Meraka hanya berani jika berkumpulan, paling kurang dua orang.
Kalau ada yang berani buat seorang, selalunya sama ada dia kurang siuman, atau golongan gelandangan yang gersang.

Juga, tak pasti sama ada berita baik atau tidak,
tapi kebanyakan gadis di Malaysia tidak akan berjalan berseorangan dek kerana kurang kepercayaan kepada masyarakat awam.
Selalunya berteman.
Dan kalau tidak berteman sekalipun, mereka akan bergerak dalam kelompok besar.
Kita berada di era di mana manusia lagi takutkan manusia lain daripada entiti seram.

Situasi macam dalam drama di mana ada gadis kena ekor lepas tu lari masuk lorong belakang bangunan lepas tu penonton akan kata "hek eleh, dah tahu takut, pergi jalan kat lorong gelap tu apedehal?" takkan berlaku. Itu drama. Realitinya, gadis-gadis tak sebodoh itu. Kecuali gadis itu adalah pembunuh psiko kejam yang suka umpan lelaki keparat sebagai bahan sembelihan. Takutnya...

Kalian pula?
apakah cara kalian nak selamatkan gadis itu jika dalam situasi yang sama?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.
Kalian boleh ambil image ini sebagai bahan pelengkap.



.

Nov 11, 2012

TIDAK!


Persoalannya,
adakah ini pengakhirannya?







Jawapannya,
TIDAK!

Aku akan berjuang untuk apa yang aku mahukan.
Buat masa sekarang, aku mahu kamu!



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: