Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Monolog dengan Bulan. Show all posts
Showing posts with label Monolog dengan Bulan. Show all posts

Dec 31, 2014

Memori Silam Meresap Malam.


Hello buLan,

Biar saya beritahu sesuatu.
Saya selalu ingin bertanyakan khabar awak di sana,
tapi saya tidak pasti bagaimana.
Apa yang saya pasti ialah awak akan sentiasa disayangi.
Awak memang begitu.
Awak sentiasa membuatkan orang yang melihat awak akan menyayangi.
Naluri azali mereka akan melindungi.
Mereka akan tenang dengan awak.
You are lovable.
It's, somewhat, like a superpower you possessed.

If you ask how am I doing, I'm just okay.

2014 sudah menjadi sejarah.
Walaupun saya mulakan tahun itu dengan semangat yang berkobar-kobar,
tapi tetap ianya bukanlah tahun untuk saya.
Saya masih di takuk lama.
Takuk yang semakin hari semakin selesa walau bagaimanapun badai melanda di sekitarnya.
Takuk yang semakin lama semakin dalam saya gali.
Semakin lama semakin tinggi untuk saya daki.
Saya sedar tentangnya.
Selagi saya di sini, selagi itu saya tidak dapat pergi.
Pergi mencari sesuatu erti yang bakal memandu diri.

Even a Sandshrew will eventually evolve to Sandslash,
but Sandslash curls up into a spiny ball when threatened.
Should I curl too?

Tapi dalam tahun itu saya ada buat satu keputusan.
Keputusan yang selama ini saya was-was untuk putuskan.
Saya berhasrat mahu sambung pelajaran.
Sesuatu yang baru, atau sesuatu yang lebih maju,
itu saya akan perincikan kemudian.

It will be hard.
Tapi itu keputusan saya. Saya lelaki.
Dan lelaki tidak akan tarik kata-kata sendiri.

Seperti ada pemberat yang menjadi sauh cangkuk menghalang saya ke depan.
Adakah pemberat itu memori kita yang tersimpan?
Ya, memori kita.
Tapi ianya bukan pemberat. Ianya penguat.
Saya pasti amat.

Keluarga sudah bertanya tentang jodoh.
Saya tergelak kerana di alam sejajar yang lain, kita mungkin sedang bersama.
Tapi itu tidak berlaku di realiti ini.
Saya bodoh. Hodoh.
Dalam realiti ini, jodoh tidak pernah menjadi kerisauan.
Namun, jam biologi tidak pernah menunggu si tuan.
Satu hari satu masa saya tetap kena fikirkan.
Mungkin masanya ialah sekarang?
Mungkin juga masanya tidak akan datang?

Soalannya,
bagaimana mahu berdua jika yang pertama tidak terjaga?

Hidup ini seperti berlegar dalam gelung moebius tanpa kesudahan.
Ianya tidak teruk, tapi juga pastinya tidak bagus.
Tiada jalan keluar. Bagaimana?

Mungkin selama pra-2015 ini saya terlalu fokus pada diri.
Mungkin untuk pasca-2014, saya perlu lebih membahagiakan orang lain dengan harapan kebahagiaan kembali berbalik kepada sendiri.
Seperti bulan yang malar dalam keadaan jatuh ke bumi namun masih tidak mencecah tanah, tapi dalam usahanya mengejar batu ketiga itu masih mampu memantulkan cahaya bola suria pada malam yang indah dan berseri.

Gelaklah.
Aku sedang bercakap dengan bulan.
Kerana seperti bulan, aku juga begitu.
Satu sisi sentiasa menghadap.
Satu sisi lagi sentiasa bergelap.





.

Jul 19, 2011

Monolog Dengan Bulan - Cinta dan Jarak



Hai awak.
Biar saya berterus terang.
Awak tahu satu perkara saya tak yakin?
Ianya cinta jarak jauh.
Tapi saya bukan tak yakin dengan perasaan cinta itu sendiri, saya cuma tak yakin dengan diri sendiri untuk memberi komitmen terhadap cinta tersebut.

Setiap pasangan cinta jarak jauh akan berkata
"Hey, kita mampu lakukannya."
Dan dengan kepercayaan itu, mereka tempuh hari-hari seterusnya.

Mereka akan terus percaya,
walaupun dalam hati perit terasa.
Tiada suara, tiada belaian, tiada jaminan.
Hanya berbekalkan kepercayaan.

Satu hari, ketika orang sekeliling berpasang,
mereka hanya seorang.
Hakikat paling kejam dunia datang merejam
kesunyian datang mencengkam.

Hari demi hari,
panggilan makin kurang,
suara makin suram,
dan datang dugaan berulang
yang dekat lebih selesa
dari yang jauh kononnya percaya.

Curang. Nafsu. Marah. Geram.
Percaya semakin tenggelam.
Cinta yang diucap dulu, kini dalam kolam.
Mana semua janji?
Mana semua panji?
Mana kata "Hey, kita mampu lakukannya" pergi?

Maka, berakhirlah satu cerita cinta.
Yang dipisah bermula dengan jarak,
dan diikuti dengan percaya, yakin, tulus, cekal.
Lalu tiada apa yang tinggal.

Sebab itulah, awak.
Walaupun kita dipisah 400,000 KM perginya,
walaupun kita tiada suara datang berdering,
biarkah kisah kita berkubu di sini.
Di sini di mana semuanya bermula.

Andai satu hari nanti kita bertemu semula
kita akan fikirkan jalannya.
Sebelum tiba waktu itu,
hiduplah seperti sediakala,
bertemu sesiapa yang mahu ditemu,
ketawalah sekuat yang hendak ditawa,
menangis esak seesak-esaknya,
bercinta dengan hati yang penuh ria.

Kerana itulah kehidupan.

Jangan kerana cinta jarak jauh,
kehidupan digadaikan.
Kerana cinta itu sendiri adalah sebahagian dari kehidupan.



Biar apapun,
hati ini akan kekal, dan kekal ada ruang berisi sesuatu yang saya gelar 'awak'.

Jun 7, 2011

Monolog Dengan Bulan

Hai awak, sihat?

Pada masa macam sekarang, saya selalunya baring atas katil dan mengira kambing melompat pagar. Tapi entah kenapa saya hari ni nak sangat berbual dengan awak.

Awak tahu, saya sangat sangat sangat sangat sangat tak suka dengan diri saya sekarang. Keluar dan berjumpa kawan-kawan lama hujung minggu hari tu buat saya berfikir panjang.

Mereka semua seolah-olah sedang berada di atas kapal terbang menuju ke destinasi mereka, sedangkan saya masih sedang perit mengumpul duit syiling dalam tabung hendak dibuat modal beli tiket.

Mereka seolah-olah hidup dengan lancar, sedangkan saya tersekat, dan berundur, tersekat, dan meronta, tersekat dan tidak tahu bila akan selesai.

Kerana itu, duduk dan bersama mereka membuatkan mulut saya hilang kewujudan, saya senyap. Diri saya terasa begitu kerdil, kaki saya terasa mahu berjengket, dan nafas saya terpaksa ditahan, hanya kerana saya berada dekat dengan mereka, berpijak di atas bumi yang sama dengan mereka dan bernafas dengan udara yang sama dengan mereka.

Berkali saya renung kembali masa.
Banyak kali juga saya rasa saya sangat mahu mengundurnya, memadamnya dan seterusnya menulis semula jalur masa itu dengan peristiwa yang lancar supaya apabila masa kini tiba, saya sejajar dengan tingkat mereka.

Saya juga mahu berdiri sama tinggi, pijak di atas rumput hijau, dan bernafas dengan udara yang sama.

Namun, saya tahu, undur masa dan ubahnya hanyalah fiksyen ciptaan manusia yang gagal menempuh dugaan masa hadapan.



Duduk di luar rumah, mendongak ke langit berhias bintang dan menatap tepat ke bulan, dan berbual dengan awak memang seperti perbuatan orang kurang waras jika diperhatikan oleh jiran sebelah.

Tapi siapa kisah!

Kerana saya tahu, bila saya mengadap bulan dan berbual dengannya, di suatu tempat lain bawah hemisfera yang sama, awak juga mengadap permukaan bulan yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License