Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 7, 2011

Monolog Dengan Bulan

Hai awak, sihat?

Pada masa macam sekarang, saya selalunya baring atas katil dan mengira kambing melompat pagar. Tapi entah kenapa saya hari ni nak sangat berbual dengan awak.

Awak tahu, saya sangat sangat sangat sangat sangat tak suka dengan diri saya sekarang. Keluar dan berjumpa kawan-kawan lama hujung minggu hari tu buat saya berfikir panjang.

Mereka semua seolah-olah sedang berada di atas kapal terbang menuju ke destinasi mereka, sedangkan saya masih sedang perit mengumpul duit syiling dalam tabung hendak dibuat modal beli tiket.

Mereka seolah-olah hidup dengan lancar, sedangkan saya tersekat, dan berundur, tersekat, dan meronta, tersekat dan tidak tahu bila akan selesai.

Kerana itu, duduk dan bersama mereka membuatkan mulut saya hilang kewujudan, saya senyap. Diri saya terasa begitu kerdil, kaki saya terasa mahu berjengket, dan nafas saya terpaksa ditahan, hanya kerana saya berada dekat dengan mereka, berpijak di atas bumi yang sama dengan mereka dan bernafas dengan udara yang sama dengan mereka.

Berkali saya renung kembali masa.
Banyak kali juga saya rasa saya sangat mahu mengundurnya, memadamnya dan seterusnya menulis semula jalur masa itu dengan peristiwa yang lancar supaya apabila masa kini tiba, saya sejajar dengan tingkat mereka.

Saya juga mahu berdiri sama tinggi, pijak di atas rumput hijau, dan bernafas dengan udara yang sama.

Namun, saya tahu, undur masa dan ubahnya hanyalah fiksyen ciptaan manusia yang gagal menempuh dugaan masa hadapan.



Duduk di luar rumah, mendongak ke langit berhias bintang dan menatap tepat ke bulan, dan berbual dengan awak memang seperti perbuatan orang kurang waras jika diperhatikan oleh jiran sebelah.

Tapi siapa kisah!

Kerana saya tahu, bila saya mengadap bulan dan berbual dengannya, di suatu tempat lain bawah hemisfera yang sama, awak juga mengadap permukaan bulan yang sama.



13 comments:

  1. Terkadang kita merasa agak tertinggal bila membanding kehidupan kita dengan orang lain. Sabar!

    ReplyDelete
  2. Dear,

    akhir-akhir ni aku ingat nak bela lembula, nak joint venture? hehe..

    ReplyDelete
  3. get ya ass movin, and search for part-time work! cepat kumpul duit! ;p

    ReplyDelete
  4. semua org mulakan langkah dgn kaki yang sama, tp akhirnya knp destinasi nya berbeza? masa tibanya x sama? cEro, x semua pjalanan tu sama kan...

    ReplyDelete
  5. belum tiba masa kau cEro! biarkan mereka terbang tinggi dahulu yang pasti kau kena bersungguh2 terbang menyusul kemudiannya.

    ReplyDelete
  6. best kan tgk langit?! lagi2 klau full dgn bintang! heaven! tu la waktu plg sesuai nk buat confession :p

    hee.

    btw, jgn tgk remember me!!!
    SUCKS! -___-"

    ReplyDelete
  7. bercakap dengan bulan buat aku mengantuk.. yelah.. dah malam kan ..

    ReplyDelete
  8. rilek cero, kau ada sesuatu yang orang lain tak de. cuba tengok diri kau dari sudut positif

    ReplyDelete
  9. @Angah
    Tertinggal satu isu, tp tak nampak masa depan pon satu isu gak..adoi..

    @fISZ
    jom!! lembu satu...

    @me
    aku pon suka org yg baca entri ni..hehe

    @m i r a f i q a
    my ass is movin, tp none of the nearest workplace want a temp! dush!!

    @CikGusi BingbOo
    mak aku pernah ckap, kalau ada 1000 org, maka ada 1000 jalan cerita yg berbeza..cuma di mana kita itu yg perlu kita fikirkan...

    @hanaahmad
    kawan aku pernah kata, ada jenis org yg mula lambat tapi naik cepat..tp adakah aku org seperti itu??

    @Amirah Rashid
    tengok langit memang best, tapi pada masa takde perkara berat yang perlu difikirkan arr..heheh

    @JelinaJoli
    hahaha, sape suruh buat masa tgh malam..buat laa lepas isyak ke, lepas makan malam ke..heheh

    @hujanmalam
    haha, the thing is, aku tau aku ada sesuatu yg org lain takde, tp aku sendiri tak tau apekah ia..hoho

    @Nesa Wazir
    sangat sangat sangat mahu!!!

    ReplyDelete
  10. ko rindu L ke der?
    aku pun jadi rindu ngan kisah dia..

    ReplyDelete
  11. @pu3aan
    er...rindu tu tak jugak...
    tp rasa kosong bila dia takde...
    aku tak tau nak cerita apa sebab mmg takde cerita dah pon..sikit2 je..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License