Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================
Showing posts with label Sun. Show all posts
Showing posts with label Sun. Show all posts

Apr 8, 2018

PENYELIDIKAN LAPANGAN: Episod Burung Api Lagenda.



Salam.

[Maaf. Entri ini sarat dengan istilah-istilah khusus untuk permainan aplikasi Pokémon GO yang akan memberi sedikit cabaran kepada pembaca bukan pemain untuk memahami.]

Hi. Aku cEro.
Jarang nampak aku update blog hari Ahad, kan?
Aku pernah kata blog ini adalah tempat aku berkongsi hobi dan cerita.
Pada masa hobi aku melukis, aku kongsikan komik hasil lukisan aku.
Kalau hobi aku menjahit, blog ini akan penuh dengan cerita jahitan.
Sekarang, hobi aku ialah main Pokémon GO, so...here we are!
Anggaplah ini satu update untuk diri aku sendiri sebab aku tak ada medium lain nak salurkan keterujaan aku tentang Pokémon GO ini.
So, bear with me.




Kemaskini aplikasi Pokémon GO 0.97.2 mula dilepaskan pada hujung bulan Mac lalu dan antara feature terbarunya yang diperkenalkan adalah 'Research', satu feature di mana pemain perlu menyelesaikan sesuatu tugasan untuk mendapat sesebuah ganjaran. Feature ini seperti 'quest' di dalam game lain, seperti contoh di dalam game aplikasi 'Subway Surfers' kita kena kumpul huruf-huruf tertentu untuk berjaya membuka kotak ganjaran yang lebih lumayan.

Dua jenis 'Research' yang diperkenalkan;
1) Field Research, dan
2) Special Research.

Dalam entri kali ini, aku akan bercerita tentang kejayaan aku menyelesaikan Field Research yang pertama dan ganjaran yang aku dapat.
Cerita tentang Special Research aku kongsikan dalam entri ini.

----------------------------------------


Konsep

Konsep Field Research adalah kita perlu selesaikan paling kurang satu tugasan untuk mendapatkan satu cop setem setiap hari. Selepas kumpul selama 7 hari (7 cop setem), maka ganjaran yang besar akan diberikan.

Screenshot untuk muka Research pada hari pertama.


Tugasan hanya boleh didapati apabila kita pusingkan Pokéstop. Satu Pokéstop satu tugasan sahaja untuk satu hari. Hanya Pokéstop sahaja tempat untuk dapatkan tugasan, jika pusingkan cakera foto di PokéGym, tiada tugasan akan diberikan.

Para pemain boleh menjalankan TIGA tugasan dalam satu masa. Tugasan yang dirasakan susah BOLEH dibuang, namun semakin susah satu tugasan, semakin lumayan ganjaran yang diberikan. Jika ada tugasan yang dibuang, dan pemain pusingkan kembali Pokéstop yang sama, tugasan yang sama dengan yang dibuang tadi akan dapat kembali.

Tugasan ada pelbagai. Daripada yang senang sehinggalah yang hampir mencapai tahap mustahil. Di internet luar sana penuh dengan senarai tugasan dan ganjaran yang disediakan oleh para pemain Pokémon GO bagi memudahkan, namun pada pendapat aku, Research ini lebih seronok dilakukan tanpa perlu bersedia untuk apa-apa. Jika kita tahu ganjaran untuk setiap tugasan yang disediakan, ini sedikit mengurangkan keseronokan bermain.

----------------------------------------


Perjalanan

Field Research dapat dimain bermula pada tarikh 31 Mac (Sabtu) dengan tugasan pertama aku ialah 'Catch 3 Flying-Type Pokémon' dan ganjarannya adalah 'encounter a mysterious Pokémon'. Selepas selesaikannya, aku berpeluang untuk tangkap satu Pokémon, Doduo, satu Pokémon yang jarang aku jumpa. Nice!

Selepas claim ganjarannya (Doduo), aku dapat cop setem yang pertama bertarikh '31 Mar'.




Walaupun selepas dapat cop itu kita teruskan juga selesaikan tugasan-tugasan yang lain, namun cop hanya diberi SATU setiap SATU hari selepas menyelesaikan SATU tugasan.

Tak perlu aku berikan secara terperinci apa tugasan yang aku lakukan pada hari seterusnya. Namun aku berjaya untuk dapatkan satu cop setiap hari selama 6 hari, dengan cop setem bertarikh dari '31 Mar' sehinggalah ke '5 Apr'.








Pada hari ketujuh, tiada cop setem bertarikh diberikan namun ikon ketujuh akan muncul lingkaran putih (seperti dalam imej di bawah) menandakan kita sudah selesaikan tugasan pada hari ketujuh.




Selepas ikon hari ketujuh ditekan untuk mengutip ganjaran, muncul Professor Willow buat (kekonon) panggilan video untuk mengucapkan tahniah.




Lalu muncul skrin di bawah ini, memberikan kita peluang untuk buka kotak yang berisi ganjaran hasil titik peluh penat kita selesaikan tugasan selama 7 hari berturut-turut.




Bila ditekan 'CLAIM REWARD!', muncul ganjaran yang ditunggu-tunggu.
Salah satu daripada tiga Pokémon burung lagenda, Moltres.




Moltres yang diberi sebagai ganjaran berada di level 15.
Moltres tidak akan dapat dijumpai di keliaran luar.
Dahulu, peluang untuk menangkap Moltres hanyalah melalui legendary boss raid battle level 5 yang berlangsung beberapa minggu sekitar bulan Ogos tahun 2017. Moltres yang berjaya ditangkap pada waktu itu berada di level 20, maka CP (Combat Power)-nya lebih tinggi.

Kini, semua orang mampu menangkap Moltres tanpa perlu mengembara ke zaman silam.



----------------------------------------


Ulasan

Research, pada pendapat aku, adalah satu feature yang addictive. Bila kita dapat sesuatu tugasan, kita ada perasaan mahu menyelesaikan tugasan tersebut secepat mungkin. Research juga dikatakan menarik minat pemain lama yang sudah lama meninggalkan Pokémon GO untuk kembali bermain, di samping menggalakkan pemain baru untuk mula bermain.

Tapi,
memiliki satu set penuh senarai tugasan untuk diselesaikan dan senarai ganjaran yang berulang, pada pendapat aku, akan membuatkan feature ini menjadikan pemain cepat bosan. Macam aku sebagai contoh, pada hari pertama dan kedua aku cukup teruja nak selesaikan tugasan secepat dan sebanyak mungkin. Namun apabila masuk hari ketiga dan seterusnya, misi aku untuk hari itu hanyalah supaya dapat satu cop setem. Aku tidak lagi seteruja seperti hari pertama.

Niantic. Inc selaku pembangun aplikasi ini perlu ada perancangan untuk mengubah senarai tugasan dan ganjarannya mengikut semasa ke semasa supaya para pemain tidak cepat bosan dan hilang rasa seronok.

Ganjarannya, satu peluang menangkap Pokémon lagenda seperti Moltres juga kelihatan terlalu berlebihan. Maksud aku, dari segi mahu menarik pemain lama untuk datang bermain kembali dan menggalakkan kedatangan pemain baru, ganjaran itu sangatlah berkesan. Siapa tidak mahu peluang kedua menangkap salah satu burung lagenda, kan? Namun, Pokémon lagenda tidak banyak. Jika dikira untuk tiga generasi sekarang, Pokémon lagenda tidak melebihi bilangan jari di tubuh badan kita. Jika setiap minggu ganjarannya adalah satu Pokémon lagenda, maka sampai satu tahap, bilangan ganjaran Pokémon lagenda yang diberikan akan habis. Jadi, what's next?

Rasanya, aku dapat jangkakan ganjaran Pokémon selepas ini tidak semestinya merupakan Pokémon lagenda. Mungkin sejenis Pokémon dari kelompok pseudo-lagenda seperti Dragonite, Tyranitar dan Salamence, atau Pokémon yang berada di kelompok 'rare' seperti Chansey, Blissey atau Snorlax, ataupun Pokémon dari kelompok 'regional' seperti Mr. Mime dan Farfetch'd. Kepelbagaian ganjaran (tidak semestinya lagenda) mungkin dapat membuatkan feature 'research' ini bertahan lebih lama.

Apa-apapun spekulasi, apa yang boleh aku dan kita semua buat adalah menunggu untuk minggu kedua dan bongkar apa pula Pokémon ganjaran yang seterusnya. Adakah masih Pokémon lagenda, atau seperti yang aku teka, juga melibatkan Pokémon yang lain?

Nantikan episod seterusnya dalam siri Penyelidikan Lapangan di minggu hadapan.
Selamat menjalankan penyelidikan!






.

Jan 24, 2016

Doodle #7 - Future.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Seminggu sudah berlalu, ini doodle terakhir yang dapat aku kongsikan.




Mungkin ada di antara kalian yang sudah tahu apa masalah aku.
Ia adalah cabaran (seperti yang aku tulis) bukan masalah.

Apa yang aku belajar,
kalau sudah sampai tahap tertentu,
tak salah untuk menyerah.
Menyerah sekarang bukan bererti tidak berjaya akan datang.
Ia bererti kita jumpa jalan yang tidak membawa kepada kejayaan.
Banyak lagi jalan yang lain boleh diterokai.

Aku tulis ini sebagai cEro pada dua minggu lepas.
Aku harap cEro masa akan datang yang baca entri ini tahu bahawa diri dia tidak kalah.

Go cEro, go!
Go Positive cEro, GO!

Sekian.




.

Dec 6, 2015

Dear Future Me...



Salam.

Ini entri khusus daripada aku (cEro) untuk diri sendiri.
Kepada yang bukan cEro dan membaca entri ini, keep in mind that semua isinya adalah daripada Past cEro (cEro yang sedang menaip) kepada Future cEro (cEro yang sedang membaca), jadi gaya bahasa dan pemahamannya akan jadi sedikit lain macam daripada selalu.

Aku cadangkan, yang bukan cEro agar tidak terus membaca entri ini.
You've been warned.





Hello Future cEro,
apa khabar? Sihat?
Since kau boleh baca entri ini, so aku rasa kau sihat je, kan?

Apa jadi dengan impian dan cita-cita kau?
Sudah dapat sambung belajar?
Sudah dapat cipta mesin masa?
Ataupun sekarang kau sedang berehat atas sofa mewah di dalam loft tingkat atas Menara cErolian yang kau bina selepas berjaya takluk dunia?
Empuk tak sofa tu?

Aku tahu kau sangat obses dengan fakta-fakta trivia sejak dari...hm...kecil?
Dan setiap kali kau berbual dengan orang tentang fakta-fakta tersebut,
aku tahu kau nampak muka si pendengar akan berubah seolah-olah mempertikaikan apa jenis manusia kau ni suka berborak tentang hal-hal yang tak beri kesan kepada orang lain.

Macam mana aku tahu?
Aku tahu sebab aku adalah kau dari zaman silam. Hehehe

Aku juga tahu betapa berminatnya kau dengan sisi educational di dalam YouTube.
Di kala orang lain sibuk melayan video klip dari artis kegemaran mereka,
kau pula sibuk menulis nota trivia tentang segala ilmu dan kajian daripada video YouTube yang kau subscribe.
Pelik, siapa dalam dunia yang study guna YouTube?
Boleh dapat ijazah sarjana sains trivia dari Universiti YouTube Kebangsaan ke?

Aku juga tahu pada 4 Disember lepas,
kau secara rasminya baru upload video pertama kau ke dalam channel cErolian.
And guess what? That video sucks!

Sebelum aku share embeded video tu di sini, izinkan aku untuk kutuk dan kemukakan beberapa kelemahan nyata dari video tersebut kerana bak kata orang, "the best criticism of the bad is the practice of the better" walaupun aku tak pasti apa maksud sebenar kata tu.

Pertama,
aku dapat idea kau menggunakan series of still images di dalam video tu,
lagipun itulah definisi sebenar video, kan?
Tapi gunakan image dari blog sendiri, wow!
Itu level paling bawah dalam kategori 'originality'.
Perasaan menontonnya macam tengah layan powerpoint, kecuali ianya tak power dan kurang point. Wahahahahaha.

Kedua,
duuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuddddeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Narration video tu sangat...WTF?
Aku tahu kau record suara kau guna henfon lama kau yang telah di downgrade jadi music player tu, tapi itu ke suara kau sebenar?
You sound better in my head. Your head.
Kalau aku tak tahu, aku teka kau ni orang jawa sebab suara kau ada pelat jawa.
Suara yang mendatar, too scripted and trying too much.
Kau kata nak buat narration yang lebih santai dan lepak,
MANA SANTAINYA dan LEPAKNYA DI SITU?

Tapi disebabkan first time, bolehlah dimaafkan...kot.

Ketiga, audio (music).
SOOOOOO much originality **sarcastic**
You should make a song, I'll sure you will be #1 in top ten of all time music list.
Ceduk dari brick game dan tetris sounds.
Just WOW, C. Just WOW!

Overall,
aku tahu kau buat video tu dalam satu hari cuti sahaja.
Guna laptop purba yang asyik CPU usage atas 80% tu dengan RAM 83% all the time.
Tambahan pula dengan connection internet kau yang tahap siput tu.
Pada aku, dengan semua itu, dapat hasilkan video berdurasi kurang 2 minit
itu boleh dikatakan hebat...kot.

Tapi persoalannya,
kalau kau ada mesin yang lebih hebat,
lengkap dengan noise cancelling microphone dengan computer generasi baru yang sudah tentu memiliki processor dan RAM yang lebih tinggi nilainya,
adakah kualiti video yang kau hasilkan akan lebih baik?

Dan adakah akan ada video lain menyusul selepas itu?
Adakah video kau itu tidak menjadi salah satu penghuni di dalam lembah crappy video dengan low view count yang penuh dihuni di dalam tanah besar negara YouTube itu?

Soalan-soalan itu,
hanya kau sahaja, Future cEro, yang ada jawapannya.

As for me,
I just hope that you don't give up.
Tiap-tiap hari kau kata nak give-up,
tapi sebab tiap-tiap hari kau katalah, kau tak give-up-give-up dari dulu.


Okay,
masanya sudah tiba untuk aku tunjukkan video pertama yang kau buat ini.
Ianya sama ada menjadi titik hitam yang memalukan dalam hidup kau,
ataupun titik permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat di masa akan datang.

Enjoy the video.



Hahaha...
This kind of video bakal menjadi bahan ketawa aku pada masa akan datang.

Apa pendapat kalian yang bukan cEro dan dah baca sampai sini?
(Eh? Bukan aku dah suruh jangan baca ke??)


For those yang nak baca tEka-tEki itu versi blog,
sila ke sini.

Yang mahukan jawapannya, sila ke sini tapi link ini hanya available bermula 9 Disember 2015.

Siapa yang nak mengutuk video ini dalam YouTube,
sila ke sini.

Siapa baik hati nak like video itu
atau subscribe channel cErolian dalam YouTube,
boleh ke sini.



Oh,
pada keesokannya selepas aku publish video itu di YouTube,
aku datang balik dan lihat...



0 Subscribers
8 views
0 Likes
0 Dislikes

Well, it's something.






.

Nov 1, 2015

Adieu, Kembang!


Salam.




28 Oktober 2015, kucing aku mati. Seekor lagi.

Namanya Kem. Dia ibu kepada Gem yang mati tiga hari sebelumnya.
Juga seekor kucing betina domestik baka biasa.
Nama Kem adalah singkatan bagi 'Kembang'
dan ya, nama itu datang dari bulu dia yang kembang macam bulu kucing mahal.

Tapi Kembang bukanlah satu-satunya namanya.
Mengikut tahap kemanjaan, kami sering tukar-tukar nama.
Dari Kembang jadi Kembong, Kembiang, Embang, Embong.
Once, out of nowhere, kami panggil dia Embang Maembong.

Kembang sudah tua.
Tak ingat berapa umurnya tapi dia lagi tua dari anak buah aku.
Anak buah aku sekarang umur 6 tahun
jadi kalian pandai-pandailah kira.

Walaupun tua, tapi dia sangat sihat dan 'sihat' (berisi)
Dialah ibu kepada lagi empat kucing kami (kini tinggal tiga).
Masa mudanya begitu ceria dan suka berlari-lari,
tapi apabila meningkat usia, beranak pinak,
kebanyakan masanya dihabiskan dengan tidur.

Kembang sangat rapat dengan Gem.
Bukan setakat rapat, malah disebabkan bulu mereka sama warna
selalu orang anggap mereka adik-beradik, bukannya emak-anak.
Makan bersama. Tidur bersama.
Jelas Kembang sayangkan Gem sangat-sangat.



Segalanya berubah setelah Gem mati pada 25 Oktober.
Dia kelihatan termenung di bawah pokok pandan luar rumah kami.
Dia jarang berada di luar rumah.
Tapi sekali sekala berada di luar tidaklah merisaukan.

Namun,
apabila dipanggil untuk makan, dia tidak pulang.
Masih berada di bawah pokok pandan. Berbaring.
Kami terpaksa angkat dia bawa pulang ke rumah.

Setelah diangkat dan diletakkan di lantai,
kami sedar ada sedikit kelainan pada Kembang.

Dia tak mampu berjalan lurus.
Jalan dia terhuyung-hayang dan asyik berpusing-pusing di tempat yang sama.
Badannya kelihatan layu dan lemah.

Itu bukanlah satu yang mengejutkan kerana anaknya yang paling rapat baru sahaja mati dilanggar.

Kami faham keadaannya,
maka kami angkat dia ke pinggan makanan.
Dia tidak makan. Tiada selera mungkin.
Jadi, kami suap makanan ke mulutnya.
Walaupun jamah hanya sedikit, tapi syukurlah.
Paling tidak dia makan.

Namun keadaan begitu berlarutan selama beberapa hari.
Jika ini berpanjangan, kami risau dia akan jatuh sakit.

Kami memantau keadaan dia sepanjang masa.
Dia kelihatan murung.
Dia hanya suka berbaring,
dan hanya kadang-kadang sahaja beralih tempat.
Untuk memudahkan pergerakannya,
kami benarkan dia berbaring di sebelah pinggan makan
dengan niat kalau dia lapar, tidak jauh untuk dia cari makanan.
Kami sediakan air untuk minum.
Kami juga kadang kala sapukan air ke belakang badannya bertujuan untuk memberi kelegaan.

Namun keadaannya tidak berubah juga.
Kembang tetap murung.



Kami bertanyakan jiran sekeliling.
Ada jiran menceritakan pada pagi hari kejadian Gem dilanggar,
ada yang terlihat Kembang dan Gem sedang tidur bersama-sama di bawah satu kereta.

Dari situ kami beranggapan bahawa
kejadian Gem dilanggar sehingga mati itu kemungkinan besar berlaku di hadapan mata Kembang.

Seorang ibu melihat kejadian ngeri kematian anaknya di depan mata,
ibu mana yang tidak murung, kan?
Hati mana yang tidak robek, kan?
Parents shouldn't outlive their children. Not otherwise.



Kami beranggapan Kembang dalam keadaan terkejut dan trauma.
Dan dari apa yang aku belajar
haiwan terhoyong-hayang dan berpusing-pusing di tempat yang sama
adalah petanda kepada kerosakan pada saraf telinga.
After all, fungsi telinga selain mendengar ialah untuk keseimbangan badan.

Walaupun tiada fakta yang kukuh,
tapi aku rasa kejutan dari kematian anaknya membuatkan Kembang trauma dan mengganggu emosi seterusnya fungsi badan dia.
Anggaplah seperti orang yang terkejut,
ada antara kita akan memilih pengsan sebagai defense mechanism
dan dalam kes Kembang,
trauma itu mengganggu sistem badan dia yang sudahpun tua itu.
Fungsi badan yang selama ini kuat disebabkan adanya keluarga.
Kini anaknya sudah tiada, kekuatan itu pun hilang.

Itu cuma rumusan aku.
Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya
tapi keadaan Kembang merosot mendadak selepas kematian Gem.
Itu sahaja rumusan logik yang mampu aku buat.



Selepas tiga hari, 28 Oktober,
Kembang pergi semasa di dalam pembaringan.

Kami tanam bersebelahan dengan tempat kami tanam Gem.
Dalam hidup mereka tidur bersama,
biarlah dalam mati juga mereka turut bersama.



Aku?
Senang kata, Oktober tamat dengan sayu.
Satu rumah berada suram dan muram.

Dua kematian kucing dalam kurang empat hari.
Aku rasa aku tak mampu nak tanggung lagi keadaan macam ni.
Walaupun aku gelar diri kuat,
tapi aku sedikit sensitif tentang perkara seperti ini.

Tapi kali ini aku tidak menangis.
Down, yes. Tapi tak menangis.
Sebab aku dapat pengajaran yang berharga.
Aku kagum dengan kasih sayang yang Kembang tunjukkan.
Kasih sayanglah yang jadi penguat kepadanya selama ini.
Fizikal dan mental.

Seorang ibu sangat sayangkan anaknya tidak kira apa.
Baik manusia, baik haiwan, mahupun kucing.







.

May 17, 2015

Lelaki Berjambang Berbaju Kuning.


Salam,

Wolverine adalah superhero kegemaran aku sejak dari awal aku baca komik X-Men dulu lagi.
Antara sebab aku suka Wolverine ialah kuasa penyembuhan segera dia, which is sangat cool kalau aku ada.
Masa kecil, masa shampoo rambut,
aku suka bikin rambut bertanduk macam rambut Wolverine,
lepas tu selit berus gigi celah jari kekonon macam dia punya claws.
(Dah besar pun selalu buat lagi sebenarnya...)




[04] Previous-----05-------Next [06]

Rangka badan Wolverine disadur dengan logam Adamantium.
Adamantium (seperti Vibranium) juga adalah logam rekaan dalam Marvel.

Wolverine juga ada catchphrase,
"I'm the best there is at what I do, but what I do best isn't very nice,"
Cubalah cari ayat tu dalam mana-mana filem X-Men (hehe)

Hugh Jackman, pelakon yang sinonim dengan watak Wolverine ada buat pengumuman pada 7 May 2015 lepas bahawa filem Wolverine ketiga yang bakal ditayangkan pada 2017 adalah filem terakhir dia sebagai Wolverine.

Persoalan timbul di kalangan peminat tentang siapa yang bakal melakonkan watak Wolverine seterusnya.
Aku sudah nampak satu calon yang sangat sesuai,
muka pun sama, badan pun sama **batuk batuk**
tapi malangnya dia bukan pelakon.
Aku jumpa dia tiap kali aku duduk depan cermin
**double finger guns with a wink**

('v')


Wolverine pertama kali muncul dalam komik. Macam kucing pun ada...




Be great. Have a good day :)




.

Feb 23, 2014

F untuk Fuwa Fuwa.


Zaman sekolah sudah lama aku tinggalkan.
Apatah lagi zaman sekolah rendah.
Namun, ada kenangan yang aku susah nak lupakan.
Kebanyakan kenangan tersebut memberi kesan kepada aku,
menjadikan aku sebagai aku.



Kali ini,
sekali lagi aku akan ceritakan kisah aku semasa sekolah rendah dulu.
Aku tak pasti kenapa, tapi kebelakangan ni banyak sangat perkara yang membuatkan aku terkenang zaman seluar biru dulu.
Kebanyakan orang sebaya aku sudah hilang memori tentang zaman sekolah rendah.
Tapi pada aku, bukan mudah nak hilangkan memori yang terkesan, kan?

Tiga jenis kawan sekolah rendah yang (pada aku) amat memberi kesan kepada aku ialah:
1. Kawan baik/rapat.
2. Crush (dalam BM apa ek?)
3. Pembuli

Sebut tentang pembuli,
seminggu lepas, aku ditag pada satu gambar dalam Facebook.
Gambar tersebut adalah gambar lama kelas aku sewaktu darjah 6.



...dan dalam gambar tersebut terdapat pembuli setia aku.
Nama dia F.

Aku mula sekelas dengan F pada darjah 5.
F, pada gambaran aku, seorang perempuan yang sporty.
Dia wakil sekolah dalam hoki.
Walaupun bertubuh kecil, tapi dia memang lincah atas padang.
Satu ciri dia paling aku gemar ialah dia sentiasa ceria.
Sentiasa senyum, ketawa (besar) dan aktif.
Tapi pipi dia sedikit tembam, sentiasa merah, fuwa fuwa.

Hubungan aku dengan F sedikit rumit.
Dia selalu bergaduh dengan aku.
Atas sebab tertentu, dia selalu ejek aku 'ikan keli'.
Mula-mula aku marah, tapi lama-lama aku jadi tak kisah.
Malah, nama itu jadi spesel, hanya dia sahaja yang dibenarkan panggil aku dengan nama tersebut.

F suka cari pasal dengan aku.
Bayangkan,
tiba-tiba dia datang meja aku, rampas pemadam,
lepas tu bawa ke meja dia.
Bila aku datang nak ambil balik, dia campak ke belakang.
Bila hilang, dia akan kata 'padan muka' sambil gelak.
Jahat, kan?

Tapi esoknya, bila aku datang ke sekolah,
ada pemadam baru atas meja aku.
Aku tahu F ganti, tapi bila aku tanya dia, dia kata 'bukan' sambil tersengih-sengih.

Pernah satu ketika dia rampas air sirap bungkus aku punya dan buang dalam tong sampah.
Tapi pada waktu balik, dia ajak aku nak belanja aiskrim.

Sebab tu aku tak pernah ambil hati dengan sikap F.
Walaupun kadang-kadang kurang ajar,
seperti contoh suka ketuk kepala aku dengan kertas gulung tanpa sebab,
aku hanya akan marah tengking.
Aku tak akan pernah balas fizikal semula.
Sebab aku tahu, F memang macam tu.

Dari pakaian dia, beg dia, alat tulis dia, kasut dia,
aku tahu F datang dari keluarga berada.
F tinggal di perumahan sebelah taman aku.
Perumahan rumah teras 2 1/2 tingkat, kawasan rumah orang kaya.
Aku hanya duduk rumah kuarters.
Dari situ aku tahu, perangai F mungkin datang dari latar belakang keluarga dia.

Bila kami berdua bergaduh, masing-masing akan bermasam muka.
Tapi selepas beberapa waktu (pembelajaran), kami akan berbaik semula tanpa perlu mengungkit pergaduhan sebelumnya.
Tapi beberapa minit kemudian, kami gaduh balik.
Dan kemudian baik balik.

Dinamika persahabatan antara aku dan F buatkan kami rapat, tapi dalam masa sama selalu bergaduh.



Dijadikan kisah,
awal tahun darjah 6 memang sibuk dengan sukan.
Wakil-wakil sekolah akan berlatih waktu petang selepas persekolahan.
F wakil sekolah dalam hoki.
Aku wakil sekolah dalam olahraga.
Kami berlatih di atas padang yang sama.

Aku selalu duduk tepi padang berehat sambil tengok budak hoki berlatih.
Atas padang F memang serius. Tak senyum langsung.
Tapi dia punya gelecek kayu hoki sangat mantap.
Muka dia yang jadi merah dan berpeluh-peluk sambil bawa bola dengan kayu hoki ikut celah-celah pemain lain, pada aku, memang sangat cool.
Imej dia itu sangat terlekat dekat otak aku.
Aku hanya perlu pejam mata dah boleh bayangkan gerak-geri dia yang nampak macam menari tu.

Satu hari,
selepas latihan olahraga, aku ke kantin nak beli air.
Kantin kosong, hanya makcik-makcik sibuk berkemas sebab sudah petang.

Tiba-tiba, dari jauh aku ternampak satu tubuh duduk seorang diri tertunduk di kerusi paling hujung.
Setelah diamati, yang duduk itu ialah F.
F jarang duduk seorang.
Dia selalu ditemani kawan-kawan lain.
Jadi, merasakan sedikit pelik, aku cuba nak menghampiri dia.
Tapi,
dari jauh aku boleh nampak badan dia turun naik turun naik.
Kadang kala terdengar bunyi teresak-esak.
Waktu tu, aku tahu.
Jadi aku batalkan niat aku untuk menghampiri dia.
Kenapa?
Sebab aku tahu F sedang menangis.

Itu kali pertama aku nampak dia sedih.
Kali pertama dan kali terakhir.
Pada waktu itu aku sedar,
F juga manusia biasa.
Dia juga ada hati dan perasaan.
Dia juga boleh gembira, boleh bersedih.
Dia sama seperti aku. Sama. SAMA.

F seorang yang tinggi ego,
jadi sudah pasti dia tak mahu orang nampak dia menangis,
apatah lagi kalau yang nampak tu 'mangsa buli' dia sendiri, iaitu aku.
Sudah tentu dia tak mahu kelihatan lemah.
Jadi aku buat keputusan untuk tidak menghampiri dia yang sedang menangis.
Aku patah balik dan buat tak tahu walaupun dalam hati aku perasaan ingin tahu sebab apa dia menangis tu sangat tinggi.

Pada waktu itu,
aku fikir itu adalah keputusan TERBAIK yang aku boleh buat.
Keputusan aku ialah dengan tidak menghampirinya.

Esoknya, dia kembali ceria,
seperti sebelumnya, bergelak ketawa, riuh rendah sana sini.
Tapi aku sedar sesuatu,
dia seperti kekurangan sesuatu.
Ketawa dia lain, walaupun masih sama.
Suara dia lain, walaupun tidak ada yang berubah.
Perangai dia lain, walaupun masih seperti sebelum ini.

Ada sesuatu pada dia yang sudah 'hilang'.
Tapi aku tak pasti apa, aku tak tahu apa.
Yang aku tahu, sejak kejadian menangis di kantin itu,
F sudah tidak sama seperti F yang aku kenal.
Dan ianya berlarutan sehinggalah ke hujung tahun...

...dan aku masih berdiam diri tidak bertanyakan dia kenapa....




Seperti pernah aku cerita, selepas UPSR
aku dan kawan-kawan sekolah rendah putus jejak.
Semua sebab aku masuk asrama.
Tempat baru, kawan baru, persekitaran baru, belajar perkara baru.
Semua baru.

Tapi satu perkara yang aku tak dapat cari ganti semasa di sekolah asrama ialah kawan/lawan seperti F.
Seseorang yang aktif, riang, ceria dan suka rampas pemadam aku.
F seolah-olah seperti watak perempuan ganas yang selalu menjadi kawan baik kepada watak utama hero dalam siri anime.
Seperti Arisawa Tatsuki kepada Kurosaki Ichigo.
Seperti Hokuto kepada Tsuchimikado Harutora.

Tiada siapa dapat jadi pengganti F kepada aku.

Setiap kali aku cuti di asrama dan balik rumah,
aku selalu berharap dapat bertembung, bertemu dengan F.
Tapi tak pernah. TAK PERNAH.
Aku tak ada jalan nak berhubung kembali dengan dia.
Jadi, segalanya hilang sedikit demi sedikit...




Selepas ditag pada satu gambar kelas darjah 6 dalam Facebook baru-baru ni,
berpusu-pusu notification masuk, termasuklah beberapa 'friend request'.
Salah satu 'friend request' itu datang dari F.

Like a stalker i am,
aku pun meneliti setiap gambar dalam photo Facebook dia selepas comfirmkan friend request dari F.

Seperti yang aku jangka, semua gambar yang ada adalah gambar ceria.
Senyum, gelak, berperangai keanak-anakan walaupun sudah tak berapa nak muda.
Lebih mengejutkan, dia sudah kahwin.
Dikurniakan seorang anak, sinar ceria F ada pada anaknya.

Pada waktu itu, aku sedar sesuatu.
Rahsia kenapa F berubah, kenapa dia menangis,
nampaknya akan kekal menjadi rahsia yang kemungkinan besar tidak akan pernah akan terbongkar.

Pada waktu itu, aku juga sedar.
Keputusan aku untuk tidak menghampiri F di saat dia sedang teresak-esak di kantin adalah satu keputusan yang bodoh.
Apa salahnya seorang kawan mengambil berat kawannya yang lain.
Apa salahnya seorang manusia menolong manusia yang memerlukan sokongan.
Apa salahnya aku bertanya masalah F pada ketika itu.
Kalaupun dia tak mahu bercerita, paling tidak dia tahu ada yang sudi membantu, atau paling kurang jadi teman mendengar.

Aku bodoh.

Pada waktu itu juga aku sedar,
aku terkenangkan F bukan sebab dia (3.) pembuli, juga bukan sebab dia (1.) kawan baik,
tapi....




terlambat.





.

Jan 5, 2014

Apa yang (Tidak) Berlaku Pada Tahun 2013.




Bila aku ditanya "Kenapa azam di awal tahun?"
Aku jawab dengan soalan "Kenapa tidak?"



Kenal Brian Brushwood?
Dia merupakan hos rancangan Scam School di channelnya dalam YouTube.
Scam School adalah rancangan yang mengajar anda menjadi baik.
*batuk batuk*
Aku ada cerita tentangnya sebelum ini.

Dalam salah satu videonya yang berjudul 'Why Resolutions are DUMB',
Mr. Brushwood tekankan ada tiga elemen yang perlu ada dalam azam supaya azam itu tidak dilabel DUMB:
  1. Spesifik.
    Pastikan azam kita spesifik dan teliti untuk setiap perkara.
    Sebagai contoh, azam 'nak jadi lebih baik' tidak spesifik.
    Tekankan lebih dari segi usaha yang boleh dilakukan untuk kita jadi 'lebih baik'.

  2. Boleh dihitung.
    Azam 'nak jadi lebih baik' tidak boleh dihitung.
    Letakkan suatu nilai kuantiti, sebagai contoh 'nak kerjakan solat sunat paling kurang dua rakaat setiap hari', 'nak jogging tiga sesi 20 minit setiap minggu', ataupun 'nak kumpul duit sekurang-kurangnya RM 10 ribu sebelum bulan Ogos'.

  3. Ada tarikh tutup.
    Tarikh tutup penting sebagai penyukat.
    Pada tarikh tutup, kita boleh label azam kita sama ada berjaya atau terkandas.
    'Nak kerjakan solat sunat paling kurang dua rakaat setiap hari' boleh diberikan tarikh tutup seperti 'selepas bulan Januari, aku akan solat sunat paling kurang dua rakaat setiap hari tanpa gagal'. Maka, sebelum tamat Januari, kita boleh suaikan diri dan merancang waktu bila paling sesuai untuk mengerjakan solat sunat tanpa menyebabkan kegiatan seharian kita terganggu.



"Eleh! Benda tu kan basic. Semua orang boleh fikirkannya."

Itu yang aku fikirkan.
Itu yang semua orang fikirkan.
Tapi benarkah?

Jom kita singkap balik entri mengenai 6 resolusi aku untuk 2013.



  1. Lakukan 25 Perkara Baru.
    Tahun 2012 aku nak buat 50.
    Tapi sebab angkanya terlalu tinggi, aku turun jadikan 25.
    Rupanya 25 pun bukan satu yang aku mampu tercapai.
    Aku mampu capai hanya 9 perkara baru aku lakukan.
    Mungkin hidup aku terlalu bosan atau aku sekadar malas,
    tapi aku akan bawa azam ini ke tahun 2014 kini.

    Jadi,
    aku anggap azam ini TERKANDAS untuk tahun 2013.


  2. 10 Kali Derma Darah.
    Ini adalah contoh azam yang tepat.
    10 kali derma darah dalam 2013.
    Kalau tak capai 10 sebelum tamat 2013, aku dikira gagal.
    Kalau capai 10, aku berjaya.
    Spesifik, boleh dihitung, dan ada tarikh luput.

    Tahun 2013, dalam 10 kali percubaan,
    aku berjaya derma darah 9 kali.
    Semuanya disebabkan tempoh berehat 6 bulan untuk operation pada tahun 2012.
    Jadi,
    azam ini juga dikira TERKANDAS.


  3. Penuhkan Tabung.
    Ini adalah contoh azam yang lemah.
    Lebih-lebih lagi, aku ada banyak tabung.
    4 tabung, dan salah satu darinya boleh dipecah jadi tiga.
    Maka, adakah 'penuhkan tabung' bermakna penuhkan semua tabung yang ada?
    Adakah kalau aku dapat penuhkan satu tabung, azam aku dikira berjaya?
    Kekurangan maklumat spesifik macam ni buatkan azam ini lemah.

    Kalau digabung semua isi tabung,
    aku rasa tabung paling besar aku boleh dipenuhkan.
    Tapi, disebabkan azam ini azam yang lemah,
    maka,
    aku anggap azam ini juga TERKANDAS.


  4. Habiskan Baca Buku yang Ada.
    Ini ialah antara pencapaian terhebat aku.
    Tahun 2013 merupakan tahun di mana aku berjaya habiskan satu novel yang aku mula baca 2 tahun lepas.
    Malah, ada beberapa buku lagi menyusul selepasnya.
    Rupanya, membaca taklah seteruk mana.

    Tapi, dari segi azam,
    frasa 'habiskan baca buku yang ada' agak lemah.
    Sedikit spesifik mungkin menjadikannya lebih baik.
    Tapi, dalam penerangan aku mengenainya di dalam entri itu
    jelas diterangkan aku mahu habiskan baca novel yang dihadiahkan kawan pada 2 tahun lepas.
    Dan aku berjaya.

    Azam ini dikira BERJAYA dilaksanakan.


  5. Upgrade Lesen B Penuh.
    Antara angan-angan aku ialah memiliki motosikal kuasa besar.
    Jadi, memiliki lesen B penuh adalah kemestian.
    Namun, nak upgrade dari B2 kepada B penuh bukannya mudah.
    Selain dari kos yang agak tinggi, aku juga tiada masa untuk praktis.

    Dari segi azam,
    ianya sangat jelas dan tepat.
    Sehingga tamat 2013, aku masih tiada lesen B penuh.
    Maka,
    malangnya azam ini dikira TERKANDAS juga.


  6. Belajar Bahasa Asing.
    Ini juga antara azam yang lemah.
    Maksud sebenar 'belajar' boleh didebat.
    Adakah ianya bermaksud 'mula belajar'?
    Adakah ianya bermaksud 'tamat belajar'?
    Adakah perlunya pengesahan rasmi dan professional (seperti sijil)?
    Adakah hanya sekadar tahu satu dua perkataan baru sudah dikira 'belajar'?

    Apa-apapun,
    aku memang sudah mula belajar sendiri satu bahasa asing ni.
    Tapi, aku dapat rasakan belajar sendiri bukanlah satu idea yang bagus.
    Belajar bahasa perlukan guru. Guru yang benar.
    Setakat online, buku dan YouTube, takkan ke mana.

    Aku akan improvise azam ini
    dan bawanya ke tahun 2014.
    Tapi, untuk 2013
    azam ini juga dikira sebagai TERKANDAS.



Maknanya,
dari enam azam mudah,
aku hanya mampu capai satu. SATU!
Ini menunjukkan betapa kurang motivasinya hidup aku.
Hehehe...
Kalau azam-azam itu lebih spesifik dan tepat,
mungkin ada yang boleh dikira BERJAYA satu dua lagi.

Tahun 2014 ni,
aku hanya bawa azam yang terkandas ke depan
dan tambah beberapa lagi azam yang aku tak boleh kongsi.


Okay,
cukup cerita tentang azam.
Aku dapat rasakan kalian dah cukup bosan dengan topik azam, kan?

Cuma,
bagaimana dengan azam kalian untuk 2014?
Betul-betul bermotivasi atau cuma semangat di awal Januari?



.

Dec 15, 2013

Rambut Oh Rambut #5 [Oh Rambut Idaman]




Hello,
nama aku cEro.
Sebutannya 'se' (seperti dalam tosey) dan 'ro' (seperti dalam semberono)
Lagi bagus kalau sambil sebut tu kalian masukkan sekali slang Asturian atau Spanish.
Sedap sikit dengar.

Aku adalah pemilik tunggal blog ini.

Jika kalian baca blog aku dari dulu,
kalian akan perasan antara isu yang selalu timbul dalam blog ini selain dari kisah cinta yang tidak kesampaian, entri-entri lukisan yang disulami dengan lawak yang kurang memberangsangkan dan cerita tentang diri yang tidak siapapun peduli
ialah isu rambut.



Di atas adalah karakter yang aku selalu pakai untuk mewakili diri aku sendiri.
Rambut yang aku lukis untuk karakter tersebut adalah yang paling hampir dengan keadaan rambut aku sekarang.
Rambut aku lurus tak lurus, kerinting tak kerinting.
Yang pasti, hujungnya akan bergulung ala-ala rambut palsu hakim mahkamah.
Aku suka rambut aku.
Tambahan pula, aku tak berapa minat sikat rambut.
Rambut aku yang tak tersikat masih lagi kelihatan boleh diterima orang.
Jadi, aku OK.

Namun,
aku pun ada rambut idaman.







Rambut Belah Tengah

Rambut belah tengah adalah rambut idaman aku masa sekolah rendah.
Tak salah aku, masa tu memang 'in' habis rambut ni.
Katanya, semua disebabkan BackStreet Boys yang cukup popular waktu tu.
Siapa tak kenal Nick Carter kan?
Tapi, aku lebih terpengaruh dengan Future Trunks dari Dragon Ball.

Tapi, sebab masa tu aku sekolah rendah lagi.
Peraturan sekolah rendah, rambut tak boleh lebih kening.
Selaku pengawas yang berdedikasi, aku kena ikut peraturan.
Barulah boleh tangkap budak yang rambut panjang masa perhimpunan.
Hahaha.







Afro

Believe it or not, ada satu tahap dalam hidup aku di mana aku sukakan rambut afro.
Afro, rambut kembang besar bulat yang selalunya bouncy.
Since aku pun tak berapa nak putih, jadi aku rasa rambut afro sangat kena dengan aku.
Ada tengok filem Ada Apa Dengan Cinta?
Ingat kawan sekelas Rangga yang cool gila rambut afro tu?
Dialah pencetus minat aku dengan afro.

Tapi, malangnya.
Rambut afro kena bermula dengan kinky hair, rambut kerinting ala-ala orang afrika.
Orang yang tak berambut kinky, kalau nak buat afro, susah nak maintain.
Kena rajin. Aku tak rajin.
Jadi, idaman tinggal idaman.







Dreadlocks

Dari sejarahnya, Dreadlocks terbentuk apabila rambut yang memanjang tidak disikat dan dibasuh, membuatkan rambut tersebut terbelit dan terlilit sesama sendiri.
Tapi rambut jenis ini juga boleh dibuat di salon.

Dreadlocks mula menarik minat aku selepas aku baca manga Eyeshield 21.
Salah satu watak dalam cerita tersebut bernama Agon.
Agon seorang genius dalam sukan American Football, seorang pemain serba boleh, mampu berada di mana-mana posisi.
Disebabkan kegeniusan dia, dia menjadi seorang yang bongkak, sombong dan kaki perempuan.

Agon Kongo berambut dreadlocks.
Aku, sebenarnya, nak jadi macam Agon.
Tapi, rambut dreadlocks untuk orang macam aku,
sama ada akan dihalau keluar dari rumah ataupun kena putus keluarga.








Rambut belah tengah, rambut afro dan rambut dreadlocks.
Ketiga-tiganya merupakan rambut idaman aku.
Tapi, ketiga-tiga jenis rambut ini hanyalah idaman yang bermusim.
Sekarang dah tak idaman dah.
Tapi, aku ada satu rambut idaman sepanjang zaman, sampai sekarang....


...iaitu,




Macam kenal je..Macam kenal je..

Mohawk

Semua orang tahu rambut Mohawk macam mana.
Tapi tak ramai orang tahu, Mohawk ada banyak variasi.
Mohawk yang kononnya orang muda buat ala-ala tarik rambut tegak ke tengah tu dipanggil fauxhawk, dahulu pernah dipopularkan oleh David Beckham.
Sesetengah peminat mohawk anggap fauxhawk itu bukan mohawk sebenar.

Tapi, mohawk yang aku minat lebih radikal.
Aku minat 'fanhawk', mohawk berbentuk kipas.
Kalau bahasa aku dulu-dulu, aku panggil rambut trojan.
Tapi mungkin tidaklah sebegitu keras macam berus macam kita selalu nampak budak-budak punk buat.
Sekadar cukup selesa untuk berada di atas kepala, sudahlah.

Tapi, aku sudah dewasa.
Apa yang menghalang aku dari memiliki rambut mohawk idaman?


Faux Pas

Dari empat jenis rambut di atas, tiga daripadanya adalah faux pas.
Rambut afro, dreadlocks dan mohawk secara umumnya tidak diterima dari segi sosial.
Sesiapa yang mempunyai rambut sebegini akan dipandang masyarakat.
Pandangan yang diberikan termasuklah pandangan positif dan (terutamanya) pandangan serong.
Hakikatnya, manusia memang menilai seseorang dari pandangan luaran.
Dengan kata lain, kalau ingin memiliki rambut seperti ini,
keyakinan diri kena tinggi.
Kena tahan pandangan mata yang sentiasa memerhati.
Kena tahan kata cemuh yang sentiasa dilempari.

Selain itu,
di dunia ini seperti ada satu 'unspoken rule'
di mana apabila berbicara tentang lelaki kemas,
kita akan mula terfikir lelaki yang berambut pendek.
Lelaki yang tidak berambut pendek akan dilabel tidak kemas.
Syarikat-syarikat korporat mengkehendakkan semua pekerja lelaki berambut pendek.
Sektor awam ada peraturan tentang tatacara dan etika pemotongan rambut.
Mak mertua sentiasa mencari bakal menantu lelaki yang berambut pendek.
Awek-awek jenis kontrol selalu suruh pakwenya potong rambut bila rambut panjang.

Dengan kata lain,
lelaki berambut afro, dreadlock dan (real) mohawk akan dipandang rendah masyarakat.

Aku pun tak tahu kenapa.
Seperti perempuan dilabel sebagai pemandu yang teruk,
lelaki pula dikehendaki berambut pendek untuk diterima di setiap peringkat sosial.

InsyaAllah,
bila aku berjaya tawan dunia ni,
aku akan ubah peraturan tersebut.

BERIKAN KEBEBASAN RAMBUT KEPADA LELAKI.






Lagi Rambut Oh Rambut:
Rambut Oh Rambut #4 [Diari Rambut Ahad]
Rambut Oh Rambut #3
Rambut Oh Rambut #2
Rambut Oh Rambut

Lagi mengenai rambut:
Cikgu Anita dan Epal Washington
Pendek? Bengong!
'Spiky' jadi 'Spooky'




.

Dec 8, 2013

Permainan Kelaparan: Menangkap Api.


Kadang-kadang, aku kuat berangan.
Agaknya, bagaimana kalau aku jadi tribute untuk Hunger Games...



Tentu aku paling awal terbunuh.



Ok, tak lawak.
Tapi, siapa dapat tahan penangan Katniss Everdeen, kan?

Bagi yang sudah tonton The Hunger Games: Catching Fire
mungkin boleh ingat scene yang aku ubah di atas.
Part tu, satu panggung jerit terkezut.
Aku pun.

Oh, aku bukanlah peminat kepada cerita The Hunger Games,
tapi aku suka idea jalan ceritanya
di mana seorang perempuan menjadi pencetus kepada revolusi.
Ianya memberitahu bahawa tak kira jantina, umur, atau kedudukan,
seseorang mampu mengubah dunia asalkan ada semangat dan kecekalan.

Ok, kidding...
Sebenarnya aku peminat Jennifer Lawrence sejak kemunculan dia dalam X-Men: First Class.
Aku even beli badge X-Men masa singgah Big Bad Wolf kelmarin.
Aku tertunggu-tunggu filem X-Men tahun depan.
Aku peminat X-Men terutamanya Wolverine.
Cita-cita aku nak ada jambang macam Wolverine.
Kalau aku ada jambang, aku nak berambut botak.

Nampak tak macam mana aku boleh jauh menyimpang dari topik utama.
Itulah keistimewaan aku. Mungkin super power kot.

Baidewey,
aku dengar next installment untuk Hunger Games (Mockingjay) ada dua bahagian: Part 1 dan Part 2.
Marketing betul producer filem ni..
Nak korek untung banyak lettew...



C-Card #5:
Post ni aku lukis lama dah, masa awal-awal aku tengok Catching Fire lagi. Tapi oleh sebab macam ada unsur-unsur spoiler, jadi aku kepam dulu dalam draft sampai laa sekarang ni di mana sekarang sudah masuk minggu ketiga tayangan. Kalau sampai sekarang korang tak tengok lagi cerita ni, maknanya korang bukan fan, jadi tak apalah kalau aku spoil sikit-sikit. As much as I hate my ex-girlfriend, aku pun benci spoiler. Aku faham, keterujaan sesetengah umat yang kononnya dah tengok satu-satu cerita ni, then sibuk nak buat ulasan dekat Facebook dan Twitter. Dude, kecuali anda adalah pengkritik filem yang profesional, tak ada siapa pun kisah dan nak baca ulasan anda yang ntahapehape itu.



.

Dec 1, 2013

Jawapan tEka-tEki #18 'Bas Sekolah'


Kini, sudah sampai giliran untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?



Baiklah.
Kepada yang belum bersedia untuk membaca jawapannya
dan mahu ke entri soalan, sila klik sini.
Ketahuilah,
keseronokan tEka-tEki bukan terletak pada jawapan
tetapi terletak kepada usaha kita mencari jawapan.
(Pergh! Ayat berfalsafah bagai...)

Ini soalannya:
Perhatikan imej di bawah.



Bayangkan itu adalah bas sekolah yang pernah kita naik setiap pagi semasa kecil untuk ke sekolah.
Jika bas itu bergerak ke hadapan,
ke arah manakah akan bas itu tuju?
Ke kiri gambar atau ke kanan gambar?


Mudah.
Sama ada ke kiri ←
atau ke kanan →



Jawapannya?
Ke kanan →

Kenapa?

Dalam soalan tEka-tEki,
bila aku kata...
Abaikan lukisan aku yang taraf budak tadika ini
dan cuba gunakan imaginasi anda bayangkan ianya bas yang sebenar.
...aku bukan saja-saja kata.
Aku betul-betul maksudkannya.
Imaginasi memainkan peranan yang penting dalam tEka kali ini.

Bas yang sebenar, tak seperti lukisan aku, akan dipenuhi dengan detail-detail yang membolehkan kita terus menjawab mana depan mana belakang.
Bentuk bas, side mirror, kedudukan ekzos, pintu pemandu
dan yang paling penting ialah PINTU MASUK BAS.

Dari lukisan aku itu, tidak terdapat pintu, termasuk pintu pemandu,
seperti yang aku katakan, lukisan tersebut kekurangan detail.
Maka kita boleh andaikan bahawa pintu masuk bas yang menjadi ciri utama setiap bas berada di sebelah satu lagi yang tidak kita nampak.
Oleh kerana Malaysia adalah negara dengan pemandu berada di kanan kenderaan,
maka pintu masuk ke dalam bas berada di sebelah kiri
memberi maksud, jika bas tersebut bergerak ke depan
maka bas itu akan bergerak ke arah kanan gambar.

Untuk lebih pemahaman,
ini ialah lukisan sebelah satu lagi bas tersebut.


Got it?

Kajian di barat ada mendapati hampir 80% kanak-kanak bawah umur 10 tahun dapat jawab soalan yang sama dengan SERTA MERTA.
Kenapa kanak-kanak?
Kerana fikiran kanak-kanak mudah.
Perkara pertama difikirkan kanak-kanak apabila melihat lukisan itu (walaupun seburuk manapun) adalah hubungan lukisan dengan alamnya.
Dalam kes bas ini, lukisan bas pada mereka adalah bas.
Namun, pada kita yang dewasa, kita sukar terima lukisan bas itu adalah bas kerana pada kita ianya hanya lukisan (yang tidak cukup lengkap; tiada side mirror, tiada ekzos, tiada lampu dll).

Semakin kita dewasa, daya imaginasi kita jadi lemah.
Sebab itu kanak-kanak melihat ranting pokok yang patah sebagai pedang
sedangkan kita nampak ranting yang sama hanya sebagai ranting pokok.
Masa kecik pernah main 'jangan pijak lantai nanti mati'?
Aku pernah. Ianya punya konsep yang sama.
Gunakan imaginasi sebagai permainan.

Cikgu aku pernah pesan,
"Kalau jumpa jalan buntu, cuba pandang dari sudut kanak-kanak."
Ianya satu nasihat yang bagus yang aku guna setiap kali aku teringat.
Sebab kalau kita sebut tentang kreativiti dan imaginasi,
tiada yang lagi hebat berbanding kanak-kanak kecil.


Jumpa lagi dalam slot tEka-tEki yang seterusnya.

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:




.

Nov 17, 2013

tEka-tEki #18 'Bas Sekolah'


Bertemu kembali dalam slot tEka-tEki.
Slot di mana pointer tinggi tak bermakna anda tak pandai.



Baiklah.
Kali ini aku berminat nak kongsi satu tEka yang aku pernah tengok dulu (dan gagal jawab).
Soalannya mudah, tapi ianya melibatkan daya imaginasi yang bukan calang-calang orang ada.
Bagi yang tahu jawapannya, atau pernah dengar di mana-mana
bolehlah jawab dengan jayanya.
Bagi yang memang mahu mencuba, sila jangan putus asa dan baca jawapan orang lain di bahagian 'comment'. (kalau ada yang jawab laa)
Salah tak apa. Yang penting cuba.

Ok.
Perhatikan imej di bawah.



Abaikan lukisan aku yang taraf budak tadika ini
dan cuba gunakan imaginasi anda bayangkan ianya bas yang sebenar.

Soalannya:

Bayangkan itu adalah bas sekolah yang pernah kita naik setiap pagi semasa kecil untuk ke sekolah.
Jika bas itu bergerak ke hadapan,
ke arah manakah akan bas itu tuju?
Ke kiri gambar atau ke kanan gambar?


Mudah.
Sama ada ke kiri ←
atau ke kanan →


Jika anda berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada 1 Disember 2013
bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah mencabar daya kreativiti dan imaginasi diri untuk menyelesaikan masalah ini.
Selamat mencuba.

GOOD LUCK!

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:




.

Nov 10, 2013

6 Elemen Sepunya Dalam Kebanyakan Video Viral Malaysia.


Ok, bare bear with me. Ini adalah entri mengenai viral video.
Mungkin aku terlebih excited dengan viral video yang ada baru-baru ni.
Tapi aku janji, ini entri terakhir berkaitan dengan Awek Legoland dalam blog ini.
Basi dah isu ni.



Apa yang menarik minat aku bukanlah video tersebut,
tapi lebih kepada respon masyarakat.
Aku berminat respon individu, mahupun kelompok individu terhadap video itu.
Jadi, dipendekkan cerita, aku berminat untuk mengkaji
apa elemen sepunya yang ada dalam setiap video yang berjaya menjadi viral di kalangan masyarakat Malaysia.
Hanya video viral di Malaysia.

Sebelum apa-apa, biar aku jelaskan.
Kajian aku ini hanya mengambil masa 2 jam dalam hidup aku
dan tiada sumber-sumber ilmiah yang menjadi rujukan aku.
SUmber-sumber video pun hanya yang mampu aku fikirkan sahaja.
Ini sepenuhnya hasil janaan otak aku yang tak selalunya betul.
Jadi, sila jangan ambil berat tentang apa yang aku bentangkan
dan jangan sekali-kali jadikan entri ini sebagai sumber rujukan bahan ilmiah korang.
Jangan pula nanti nama blog ni naik dalam bibliografi tesis projek akhir tahun korang pula.
Kalau nak buat, buat betul-betul, guna metodologi yang betul.

Dan,
berikut adalah enam (6) elemen yang membuatkan sesebuah video menjadi viral:



1. Subjek

Kesemuanya video viral berkisar tentang subjek dalam video.
Ada dua poin yang perlu diambil kira.
Pertama, adakah subjek disukai atau dibenci.
Contoh terbaik subjek yang disukai ialah video Gwiyomi yang pernah melanda Malaysia satu masa dahulu.
Contoh untuk subjek yang dibenci ada banyak. Ingat lagi video pekerja KFC yang letak tapak kasut dekat ayam yang akan digoreng dulu? Ada sesiapa yang suka ke?

Kedua, subjek selalunya rare.
Aku tak boleh translate 'rare' tu dalam BM, sebab 'jarang berlaku' bukan istilah yang tepat.
Contoh subjek yang rare adalah video Bini MatYo.
Yang menjadikan ia rare ialah subjek di dalamnya, iaitu melibatkan orang yang dikenali ramai.
Berapa kali sangat kes video tersebar melibatkan orang terkenal ada dekat Malaysia ni?




2. Medium

Medium video itu disebarkan juga adalah penyumbang kepada ke'viral'an video tersebut.
Kebanyakannya guna YouTube.
Tapi, kemunculan aplikasi video sharing yang semakin banyak melalui media sosial yang ada masa kini juga membantu. Facebook, Keek, Instagram vid...
Namun, kebanyakannya akan berakhir dengan YouTube juga, disebabkan YouTube adalah sumber utama masyarakat Malaysia menbuat carian video.
Banyak orang akan download dan upload semula video yang dikatakan viral ke dalam channel mereka kerana gilakan hit view.




3. Tagline

Tagline, punchline, catchphrase.
Semua viral video (yang beraudio) akan mempunyai barisan ayat yang diingati pendengar.
"Macam cantik jer..."
"Jantan dayus. Jantan dayus."
"Comey tak Kak Ton?"
"Listen, listen, listen."
Barisan ayat sebegini memudahkan masyarakat untuk recall video mana yang dimaksudkan.

Tapi ada juga video yang tak perlukan tagline.
Contohnya, video cctv anak kecil didera di pusat asuhan.
Kenapa video ini viral tanpa perlukan tagline?
Sebab perlakuan biadab itu sendiri sudah menjadi taglinenya.
Sama kes dengan pekerja KFC yang letak ayam di tapak kasut.




4. Pihak Berpengaruh

Definisi viral adalah terletak kepada kuasa dalam berkongsi (sharing) di dalam media sosial.
Apa yang lagi bagus untuk tingkatkan kuasa viral selain daripada dikongsi oleh golongan yang mempunyai banyak followers.
Studio pengiklanan dalam media sosial, selebriti terkenal tanahair, penggiat forum, blogger terkenal dan twitfamous.
Kalau mereka ini kongsikan satu video yang dikatakan 'menarik', kemungkinan video tersebut menjadi viral di Malaysia adalah tinggi.
Lagi ramai follower, lagi tinggi ke'viral'an, namun tetap bergantung kepada isi video.

Aku sendiri dapat tahu tentang kebanyakan video viral melalui Facebook.




5. Penonton

Untuk menjadi viral, penonton video memainkan peranan penting.
Penyebar video viral selalunya individu yang banyak menghabiskan masa di atas talian.
Since smartphone sekarang membuatkan kita boleh online di mana-mana, maka ianya bukan masalah besar.
Hasil korekan aku, golongan yang banyak habiskan masa online dan bersemangat menyebar video viral ke laman sosial mereka adalah individu berusia antara 9 hingga 30 tahun.
Video yang berjaya menyentuh golongan ini berkemampuan menjadi viral.

Orang lebih tua (atas 35) kemungkinan hanya akan menonton sahaja dan mempersoalkan apa yang sudah berlaku kepada generasi zaman sekarang.




6. Respon

Yang menjadikan sesebuah video semakin viral adalah kewujudan video respon,
atau dalam terma yang lebih difahami, PARODI.
Parodi kebanyakannya bersifat berlebih-lebihan, dan membuatkan penonton parodi akan tertanya-tanya adakah video asal sebegitu rupa.

Hanya selepas sehari video Awek Legoland tersebut menjadi trend di Facebook,
berpuluh-puluh parodi muncul.
Daripada orang biasa, sampai ke artis, sampai ke pengkid,
macam-macam jenis parodi berjaya dihasilkan.
Kesannya, video asal menjadi semakin ditonton dan dikenali.
Kini, even mak aku pun tertanya-tanya
"Apa benda yang asyik 'macam cantik je' tu?" sebab dah banyak sangat orang perkatakan di TV.


++++++



Aku dapati ada satu elemen tersendiri yang tak mampu dikawal orang.

TIMING.
(Timing dalam BM apekebende ek?)

Tak kira berada bagusnya video itu untuk dijadikan viral,
walaupun sudah diambil kira semua 6 elemen yang aku bentangkan di atas, tapi kalau timing tak sesuai, tak jalan.
Tak mungkin video Awek Legoland dan Bini MatYo boleh menjadi viral dalam masa yang sama.
Nasib baik timing mereka agak tepat.

Juga, video viral kebanyakannya hanya bertahan seminggu.
Selepas masuk minggu kedua, suasana menjadi semakin suram dan boleh dikatakan basi.
KECUALI ada perkara berbangkit seperti
kes Bini MatYo nak saman Pak Guard Azman,
Pak Guard Azman dapat naik kereta mewah
dan Pak Guard Azman ditawarkan peluang berlakon drama.

Murah rezeki sungguh Pak Guard Azman ni...

PERGH!

Korang ada teringat mana-mana video viral Malaysia yang aku tak sebut di atas?





C-Card #004:
Macam yang aku katakan, aku bukan berminat dengan video yang dihasilkan, tetapi aku lebih berminat dengan reaksi manusia sama ada individu ataupun kelompok masyarakat terhadap video tersebut. Manusia sebagai individu memang berbeza-beza, tapi bila dikelaskan dalam satu kelompok, perlakuan mereka boleh diramal dan dirancang. Namun, yang lebih menarik minat aku ialah subjek dalam video tersebut. Agaknya, apa perasaan Awek Legoland sekarang selepas videonya menjadi bahan pelecehan? Apa perasaan Bini MatYo terhadap masyarakat yang mencemuhnya? Malu? Marah? Adakah kawan-kawan pekerja KFC yang letak ayam di tapak kasut sebelum digoreng itu masih berkawan dengannya? Adakah semua video Gwiyomi dianggap comel? Yang orang anggap comel pun aku rasa tak comel mana pun, lebih kepada usaha memalukan diri sendiri sahaja. Namun, satu yang aku kagum tentang masyarakat Malaysia yang suka membuat parodi ni ialah sifat self-esteem yang tinggi. Aku? Bercakap depan 5 orang pun sudah buat aku gugup, apatah lagi ditonton beribu orang berulang-ulang kali. Btw, gambar pertama dalam entri ini ialah bacteriophage, sejenis virus yang paling aku gemari sebab nampak macam spaceship gittew.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License