Tahu tak bagaimana aku buang ketagihan aku terhadap game handphone yang gesek-gesek gula-gula tu?
Jawapannya,
dengan ketagihkan game lain pula.
Zombies Ate My Friends
Itulah tajuk game apps terbaru yang berjaya menggantikan ketagihan terhadap game gesek-gesek gula-gula.
Ok, salah satu sebab lain aku tinggalkan game gesek tu ialah aku stuck dekat level 184 sekian lama sampai tahap aku malas nak kisah dah.
Abaikan.
Mungkin kalian sudah tahu keterujaan aku terhadap sesuatu yang berkaitan dengan zombi.
Sejarah aku dengan zombi sangat panjang,
dan tak akan aku ceritakan di sini. Hehehe.
Jadi, demi meraikan ketagihan baru aku terhadap game zombi,
aku lukiskan
Zombi Makan Kawan-Kawan Aku.
Alternate background here.
Dari kanan:
Dr. Dexter (bersama zombified monkey petnya), Teeter, Violet, AKU, Red, dan Blitz Von Crank.
Zombies Ate My Friends adalah satu permainan aplikasi mobil yang berkisar tentang watak utama (tak lain tak bukan ANDA sendiri) yang selamat dan terus hidup di dalam zaman di mana dunia ditelan wabak zombi. Bertempat di Festerville, anda terpaksa menentang jiran-jiran yang sudah bertukar menjadi zombi hodoh dengan menggunakan apa sahaja alat yang ada di sekitar, termasuklah tangan zombi yang anda bunuh. Hidup kena terus walaupun terpaksa makan makanan kucing dalam tin. Selepas pertama kali berjumpa dengan gadis cosplay bernama Violet, anda melihat harapan untuk terus hidup. Seorang demi seorang menyertai perjuangan anda mencari penawar wabak Zirus (yup, itu nama wabak zombi yang dia beri) di samping membantu orang awam yang anda temui di perjalanan.
Namun, perjuangan murni anda dimusuhi bukan sahaja oleh zombi-zombi yang kuat merengek, tapi juga sekumpulan penjahat yang mengambil kesempatan terhadap kemusnahan dunia.
Dapatkah anda selamatkan dunia?
Dapatkah cinta abadi kekal dalam dunia yang mati?
Dapatkah mamak di kedai kembali menjual roti canai seperti dahulu?
Jawapannya terletak di tangan anda.
(Actually, terletak di jari sebab jari anda yang tekan skrin handphone untuk memilih pilihan game)
Dekat sebulan rasanya aku dah main game ini.
Setiap hari, tiap kali ada masa lapang,
mesti dibunuhnya zombi dalam game ini.
Bila lama tu kau main,
kau akan develop personaliti untuk setiap watak di dalamnya.
Ini ringkasan personaliti yang aku dapat.
- Aku.
Selaku watak utama, aku adalah insan yang nampak ganas di luar tapi dalam berhati bunga. Kelihatan seperti berkepala angin, tapi sebenarnya bersifat protektif. Aku tidak akan membunuh manusia yang bernyawa, walaupun manusia itu sudah nyawa-nyawa ikan digigit zombi. "Kau adalah kau semasa manusia. Aku tidak akan bunuh kau yang manusia," kata aku. Walaupun dunia sudah tiada harapan, tapi aku masih menginginkan pasangan hidup yang sederhana, tinggal di luar bandar ditemani udara segar dari pokok yang hijau. - Violet.
The Bossy.
Watak pertama yang dijumpai aku. Berpakaian pelik, aku suspek dia minat cosplay. Kulit terlebih terdedah, langsung tak menaikkan sifat keperempuanan. Kena gigit zombi baru tahu. Violet ni sangat bossy dan tak pernah mengaku salah walaupun terang-terangan salah. Selalu pandang rendah dekat aku walaupun berkali-kali aku selamatkan nyawa dia dari zombi yang rakus. Terjumpa helikopter, terus kata pandai bawak. Bawak sekali terus rosak, terus salahkan aku padahal aku duduk belakang je. Siot betul. - Blitz Von Crank.
The Mechanic.
Katanya, Blitz ni ex-askar. Tangan kanannya hilang semasa perang dan sekarang bertangan robotik. Merupakan mekanik dalam team aku, kerjanya membaiki dan memandu helikopter yang (kononnya) milik Violet. Malas orang tua ni. Selalu ngelat. Orang lain cari supply, dia lepak dalam heli. "Aku kena sediakan heli, mana tahu korang nak berangkat dalam kecemasan." Alasan paling tak masuk akal. Tapi, apa nak buat. Dia seorang je yang pandai bab-bab jentera. - Red.
The Scavenger.
Sampai sekarang aku tak pasti Red ni pakai topeng atau muka dia bercat. Aku bet, kalau dia tunjukkan muka dia yang sebenar, dia mesti cun. Tugas dia adalah mencari supply dan bahan-bahan keperluan untuk team kami. Badan penuh dengan senjata, tapi yang selalu aku nampak ialah dia hisap gula-gula. Mana dia dapat stock Chupa Chups? Dia selalu terperangkap dengan zombi yang menyerang dan cuba teka siapa yang akan datang selamatkan dia? *berdehem-dehem bangga* - Dr. Dexter.
The Scientist.
Dr. Dexter adalah sinar harapan kepada manusia. Sentiasa dilihat membawa monyet zombi kajiannya sebagai teman, Dr. Dexter dan beberapa saintis lain sedang dalam usaha mencari penawar kepada wabak Zirus yang melanda. Hasil kajian telah dipecahkan kepada beberapa bahagian dan diedarkan kepada saintis yang lain untuk kajian susulan. Namun, misi sekarang ialah mengumpul bahagian-bahagian tersebut menjadi satu supaya penawar yang sebenar boleh dicipta. Hm, aku rasa, Dr. Dexter suka dekat aku dalam diam. Mungkin sebab bad boy attitude aku, kot? - Teeter.
The Geek.
Teeter berkurung dalam bilik dan hidup dalam alam maya sehingga berumur 30 tahun. Seminggu selepas dia dipaksa keluar oleh ibubapanya untuk melihat alam di luar, wabak Zirus melanda dunia. Dia melihat sendiri ibubapanya digigit zombi. Sejak itu, dia menganggap dirinya pembawa malang. Namun di sebalik sifat kurang berkeyakinan, Teeter sangat arif tentang barang-barang elektronik dan mampu hack mana-mana sistem komputer yang ada. Aku teka, dia dulu peminat anime hentai.
Oh, sesetengah fakta di atas aku reka. Sesetengah darinya memang dapat dari game itu sendiri.
Kalau nak tahu mana satu reka mana satu fakta, mainlah game tersebut.
Untung-untung, kita boleh buat gang dalam talian (walaupun aku tak pasti macam mana)
Game ini gratis untuk pengguna iOS dan Android.
Sampai entri ini ditaip, aku sudah sampai episod 8.
Hanya ada 10 episod (tak silap), dan mungkin akan datang akan ditambah, aku pun tak pasti.
Harap-harap tamat 10 episod je, sebab dah tahap ketagih sangat dah aku sekarang.
Hehehe.
Di bawah adalah screenshot game yang aku main:
Klik sini untuk melihat proses penghasilan
.
waaaaa menarik.. =)
ReplyDelete@merahitujambu
Deletebest! try laa main.
besar tak saiz dia?acu cuba terai la camni..
ReplyDelete@nazha anua
Deletedlm phone aku, dia makan 51Mb application tp total 71Mb termasuk cache. Berat tak?
uuuuuuuu~ interesting~ X3
ReplyDelete@plain83
Deletebest. BEST! try laa..
berapa saiz fail dia? memori handphone aku pun dah nak penuh dah nie.. kakakaka
ReplyDelete@Aujinz
Deletedlm phone aku, dia makan 51Mb utk apps tp total 71Mb termasuk cache n data lain. Berat tak pada ko?
aku da main terbaek!!, tpi ada kena tunggu masa jugak kan nk fullkan energy diakan?
ReplyDelete@Khairulsyarafi
Delete1 energy utk 4 minit, okey laa tu, kan?
Bila energy habis, tutup dulu..teruskan hidup
dan bila dah full balik, main balik...hehehe