Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Zombi Makan Kawan-Kawan Aku - The Making...




Hello,
selamat datang ke page Zombi Makan Kawan-Kawan Aku - The Making.
Jarang aku cerita macam mana aku buat lukisan, tapi kali ini aku bukalah sedikit pekung di dada sendiri buat kalian intai.

Semuanya bermula dari satu post dari blog Lanun Ranggi.
Si Aujinz yang hensem tu lukis fanart untuk kartun kegemaran dia, Gravity Falls.
Jadi, aku pun teringin nak lukis fanart.
Cuma, kalau nak lukis fanart kartun, maka terlalu banyaklah pilihan aku ada sebab aku memang kaki kartun.
Jadi, aku berkeputusan nak lukis fanart game app dari handphone yang aku tengah main sekarang.
Maka, timbullah lukisan Zombies Ate My Friends ini.

Tapi itu cerita hampir sebulan lalu..
Kaki prokrastinasi macam aku memang suka kepam idea.
Kadang-kadang sampai basi.

Lantas, satu hari di bulan November,
aku mula lakar apa yang ada dalam kepala.
Pensel dan kertas pun bertemu...

Tapi, sebelum itu,
biar aku bercerita dulu tentang sejarah aku melukis untuk blog.

Dulu, masa mula-mula aku lukis untuk blog,
aku lukis atas kertas dan scan dan edit sebelum publish.
Panjang dan memenatkan.
Jadi, aku cari jalan yang lebih ringkas dan pantas.

Jadi, aku try lukis guna handphone, best.
Pegang stylus, lukis atas skrin, BAM, terus jadi digital.
Tapi handphone baru aku sekarang bukan pressure-sensitive, tapi finger-sensitive, jadi tak boleh lukis dengan best.
Siapa dalam dunia yang lukis guna hujung jari, kan?

Lepas tu aku try lukis guna mouse.
Gila.
Walaupun boleh lukis dgn detail sebab boleh zoom-in zoom-out sesuka hati, tapi penat oo..
Aku hampir-hampir didiagnosis menghidap sindrom Carpal Tunnel sebab terlalu banyak guna mouse.
Gila. Tak sanggup aku nak sakit sebab nak melukis punya pasal.

Lepas tu aku try beli graphic tablet,
mula-mula macam best gila pakai.
Mana tak best, kau lukis dekat board, lukisan muncul di skrin komputer.
Pantas.
Seronok. Jakun. Kagum. Batak. Semua ada.
Tapi, aku dapat rasa sesuatu yang kurang.

Kurang kepuasan.

Last-last, aku berbalik kepada lukis atas kertas dan scan.

Jadi,
proses lukisan Zombi Makan Kawan-Kawan Aku ni adalah panjang dan memenatkan, sama seperti mula-mula aku lukis untuk blog dulu.
Tapi, aku puas. Puas sangat.
Puas sampai tahap aku nak berkongsi kepuasan dengan semua orang.

Aku bermula dengan membuat lakaran berdasarkan idea dalam kepala.




Selesai lakar, aku buat outline guna pen.
Tak salah aku kerja ni ada istilah sendiri, tracing ke hapentah aku pun tak tahu.
Aku budak biologi, mana aku tahu istilah macam tu.
Anterograde tracing dengan retrograde tracing aku tahu laa.




Selesai lukis guna pen, aku lepak dulu minum kopi layan anime satu-dua episod.
DanganRonpa memang best.
Lepas tu, aku sambung usaha dengan memadam kesan-kesan lakaran pensel.
Kalau tak padam, nanti banyak sangat cela sana sini bila aku tukar ke bentuk digital.
Cela tu pun aku rasa ada istilah dia, hmmm... noise kot. Ntah.

Lepas selesai memadam guna pemadam, aku scan guna scanner.




Inilah hasil scan.
Sekarang, artwork aku dah bertukar jadi digital. Yaay!
Maka, bolehlah aku mewarna dengan jayanya.

Bila sudah jadi didigitalkan,
aku akan gunakan software percuma yang aku download dari internet untuk mengedit.
Dan kemahiran aku menggunakan editing software ni sangat terhad.
Aku tak pernah belajar menggunakannya.
Satu-satunya waktu aku diajar hanyalah 20 minit bersama boss besar syarikat produksi animasi yang pernah aku kerja dulu.
Dia ajar aku cara-cara nak guna Adobe Photoshop.
But since skop kerja aku pada waktu itu tidak merangkumi mengedit bahan-bahan syarikat, jadi 20 minit sahaja 'kelas' itu.
Last-last aku tak pakai pun ilmu yang diberi.
Sebab software yang aku pakai ni bukan Photoshop. Berbeza.
Kenalah belajar sendiri semula dari kosong.




Ini hasil selepas dibersihkan.
Cleaning kot nama prosesnya. Ntah.
Nampak kosong dan bosan, jadi...
MARI MULA MEWARNA.




Aku mengaku, walaupun aku boleh melukis, tapi aku paling fail mewarna.
Sebab tu lukisan aku tak pernah aku warna atas kertas.
Semua secara digital.
Bukan apa, kalau digital, kalau salah boleh undo.
Kalau atas kertas, kalau salah nak undo macam mana?

Part mewarnalah part yang paling memakan masa.
Aku start mewarna satu watak demi satu watak.
Setiap hari aku luangkan 4 jam hanya untuk mewarna.
Satu hari aku dapat warna dua watak.
Jadi nak perhabis 6 1/2 watak ni makan tiga hari lebih juga la.

Lagipun aku kena warna guna color template game tu.
Kalau guna color template aku selalu guna, mudah.




Walaupun makan masa, aku enjoy mewarna secara digital.
sampailah tahap aku boleh hafal hexadecimal code untuk beberapa warna.
Proses paling mencabar nak lukis tatu ular dekat badan Blitz Von Crank.
Tetiba aku naik respek dekat pelukis tatu di luar sana.




TARA!
Selesai juga proses mewarna yang panjang dan memenatkan,
tapi aku puas.
Aku hembus nafas kepuasan.
Aku tatap hasilnya, walaupun bukan sempurna, tapi ianya banyak memberi pengajaran.
Pengajaran dari pengalaman.
Sesuatu yang tak mampuu aku belajar dari mana-mana course dalam universiti atas dunia.
(Pergh! dramatik.)

Namun, kerja belum selesai.
Aku kena gabungkan lukisan, warna dan background yang aku edit dari screenshot game tu.
Barulah selesai.



Dan hasilnya adalah seperti yang kalian nampak di bawah.



Sekian.
Ianya satu perjalanan yang menyeronokkan.
Macam yang aku katakan, walaupun nampak jelas cacat cela di sana sini, tapi aku tak kisah.
Apa yang aku kisah, insyaAllah akan datang aku akan buat yang lebih baik dari sebelumnya.
Ada sesiapa nak beli poster saiz A3 tak kalau aku nak jual?
(krik...krik...krik...)
Ok.

Terima kasih kerana dengar (dibaca: baca) aku membebel.
Sila pulang ke blog untuk membaca lebih banyak post yang awesome.



Cue-Card:
Mungkin akan datang akan banyak lagi fanart-fanart yang bakal aku buat. Bukan nak tayang, cuma aku dapat rasakan dengan berbuat demikian, kemahiran melukis aku akan meningkat. Melukis adalah hobi aku sejak dari dulu lagi, jadi meningkatkan kemahiran melukis memang sesuatu yang aku inginkan. Juga, aku amat berharap aku mampu belajar mewarna dengan jayanya. Menyesal dulu-dulu tak belajar mewarna dengn tekun. Ada sesiapa yang nak ajar aku? ajar free je laa, aku bukan kaya pun. Ke korang nak bagi duit dekat aku suruh aku jadi kaya? Heh? Heh? HEH?
.


8 comments:

  1. cero, ko warna guna apa?paint.net ke?GIMP ke?

    boleh ajarin patik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      aku pakai Paint.net
      free, mudah dan tak menyusahkan...
      Aku sendiri nak belajar mewarna, sbb aku rasa cara yg aku pakai sekarang sgt tak pro...
      Jom cari sifu jom...

      Delete
    2. oh ok..

      kalau ada link tutorial youtube nanti tolong share eh..tq

      Delete
    3. @nazha anua
      InsyaAllah.. :)

      Delete
  2. cero dah buat game sendiri kew sekarang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sam
      oh, idok ler aku nak berkecimpung dlm arena buat2 game ni...
      hehehehe

      Delete
  3. power power... huhuhu.. aku pun dah lama tak melukis cara tradisional.. huhuhu.. nak kena prektis balik laa nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      cara traditional lagi memberi kepuasan kot...
      Kalau sekadar nak cepat siap, cara moden lg berguna...
      Tp aku berblog utk kepuasan..(cekonon...hahaha)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License