Bila aku ditanya "Kenapa azam di awal tahun?"
Aku jawab dengan soalan "Kenapa tidak?"
Kenal Brian Brushwood?
Dia merupakan hos rancangan Scam School di channelnya dalam YouTube.
Scam School adalah rancangan yang mengajar anda menjadi baik.
*batuk batuk*
Aku ada cerita tentangnya sebelum ini.
Dalam salah satu videonya yang berjudul 'Why Resolutions are DUMB',
Mr. Brushwood tekankan ada tiga elemen yang perlu ada dalam azam supaya azam itu tidak dilabel DUMB:
- Spesifik.
Pastikan azam kita spesifik dan teliti untuk setiap perkara.
Sebagai contoh, azam 'nak jadi lebih baik' tidak spesifik.
Tekankan lebih dari segi usaha yang boleh dilakukan untuk kita jadi 'lebih baik'.
- Boleh dihitung.
Azam 'nak jadi lebih baik' tidak boleh dihitung.
Letakkan suatu nilai kuantiti, sebagai contoh 'nak kerjakan solat sunat paling kurang dua rakaat setiap hari', 'nak jogging tiga sesi 20 minit setiap minggu', ataupun 'nak kumpul duit sekurang-kurangnya RM 10 ribu sebelum bulan Ogos'.
- Ada tarikh tutup.
Tarikh tutup penting sebagai penyukat.
Pada tarikh tutup, kita boleh label azam kita sama ada berjaya atau terkandas.
'Nak kerjakan solat sunat paling kurang dua rakaat setiap hari' boleh diberikan tarikh tutup seperti 'selepas bulan Januari, aku akan solat sunat paling kurang dua rakaat setiap hari tanpa gagal'. Maka, sebelum tamat Januari, kita boleh suaikan diri dan merancang waktu bila paling sesuai untuk mengerjakan solat sunat tanpa menyebabkan kegiatan seharian kita terganggu.
"Eleh! Benda tu kan basic. Semua orang boleh fikirkannya."
Itu yang aku fikirkan.
Itu yang semua orang fikirkan.
Tapi benarkah?
Jom kita singkap balik entri mengenai 6 resolusi aku untuk 2013.
- Lakukan 25 Perkara Baru.
Tahun 2012 aku nak buat 50.
Tapi sebab angkanya terlalu tinggi, aku turun jadikan 25.
Rupanya 25 pun bukan satu yang aku mampu tercapai.
Aku mampu capai hanya 9 perkara baru aku lakukan.
Mungkin hidup aku terlalu bosan atau aku sekadar malas,
tapi aku akan bawa azam ini ke tahun 2014 kini.
Jadi,
aku anggap azam ini TERKANDAS untuk tahun 2013.
- 10 Kali Derma Darah.
Ini adalah contoh azam yang tepat.
10 kali derma darah dalam 2013.
Kalau tak capai 10 sebelum tamat 2013, aku dikira gagal.
Kalau capai 10, aku berjaya.
Spesifik, boleh dihitung, dan ada tarikh luput.
Tahun 2013, dalam 10 kali percubaan,
aku berjaya derma darah 9 kali.
Semuanya disebabkan tempoh berehat 6 bulan untuk operation pada tahun 2012.
Jadi,
azam ini juga dikira TERKANDAS.
- Penuhkan Tabung.
Ini adalah contoh azam yang lemah.
Lebih-lebih lagi, aku ada banyak tabung.
4 tabung, dan salah satu darinya boleh dipecah jadi tiga.
Maka, adakah 'penuhkan tabung' bermakna penuhkan semua tabung yang ada?
Adakah kalau aku dapat penuhkan satu tabung, azam aku dikira berjaya?
Kekurangan maklumat spesifik macam ni buatkan azam ini lemah.
Kalau digabung semua isi tabung,
aku rasa tabung paling besar aku boleh dipenuhkan.
Tapi, disebabkan azam ini azam yang lemah,
maka,
aku anggap azam ini juga TERKANDAS.
- Habiskan Baca Buku yang Ada.
Ini ialah antara pencapaian terhebat aku.
Tahun 2013 merupakan tahun di mana aku berjaya habiskan satu novel yang aku mula baca 2 tahun lepas.
Malah, ada beberapa buku lagi menyusul selepasnya.
Rupanya, membaca taklah seteruk mana.
Tapi, dari segi azam,
frasa 'habiskan baca buku yang ada' agak lemah.
Sedikit spesifik mungkin menjadikannya lebih baik.
Tapi, dalam penerangan aku mengenainya di dalam entri itu
jelas diterangkan aku mahu habiskan baca novel yang dihadiahkan kawan pada 2 tahun lepas.
Dan aku berjaya.
Azam ini dikira BERJAYA dilaksanakan.
- Upgrade Lesen B Penuh.
Antara angan-angan aku ialah memiliki motosikal kuasa besar.
Jadi, memiliki lesen B penuh adalah kemestian.
Namun, nak upgrade dari B2 kepada B penuh bukannya mudah.
Selain dari kos yang agak tinggi, aku juga tiada masa untuk praktis.
Dari segi azam,
ianya sangat jelas dan tepat.
Sehingga tamat 2013, aku masih tiada lesen B penuh.
Maka,
malangnya azam ini dikira TERKANDAS juga.
- Belajar Bahasa Asing.
Ini juga antara azam yang lemah.
Maksud sebenar 'belajar' boleh didebat.
Adakah ianya bermaksud 'mula belajar'?
Adakah ianya bermaksud 'tamat belajar'?
Adakah perlunya pengesahan rasmi dan professional (seperti sijil)?
Adakah hanya sekadar tahu satu dua perkataan baru sudah dikira 'belajar'?
Apa-apapun,
aku memang sudah mula belajar sendiri satu bahasa asing ni.
Tapi, aku dapat rasakan belajar sendiri bukanlah satu idea yang bagus.
Belajar bahasa perlukan guru. Guru yang benar.
Setakat online, buku dan YouTube, takkan ke mana.
Aku akan improvise azam ini
dan bawanya ke tahun 2014.
Tapi, untuk 2013
azam ini juga dikira sebagai TERKANDAS.
Maknanya,
dari enam azam mudah,
aku hanya mampu capai satu. SATU!
Ini menunjukkan betapa kurang motivasinya hidup aku.
Hehehe...
Kalau azam-azam itu lebih spesifik dan tepat,
mungkin ada yang boleh dikira BERJAYA satu dua lagi.
Tahun 2014 ni,
aku hanya bawa azam yang terkandas ke depan
dan tambah beberapa lagi azam yang aku tak boleh kongsi.
Okay,
cukup cerita tentang azam.
Aku dapat rasakan kalian dah cukup bosan dengan topik azam, kan?
Cuma,
bagaimana dengan azam kalian untuk 2014?
Betul-betul bermotivasi atau cuma semangat di awal Januari?
.
Aku ada jugak baca entri azam tahun 2013 kau tu cero..
ReplyDeleteAwesome jugak walaupun.kau rasa ada azam yg terkandas..derna darah 9x?pergh power beb..
Nanti aku nk usha jugaklah channel tu..
Azam aku tahun nk, nak keluarkan buku conteng sebanyak 3buah sebelum hulan disember..err ok tak azam ni?spesifik kan?hehehe
@nazha anua
Deletehahaha, bagus azam kau tu...spesifik, boleh dihitung dan ada tarikh tamat.
All the best. Aku akan sokong ko sepenuhnya...hehehe
hahahha.. ohh.. aku lupa pasal azam.. tapi aku nak buat jugalah.. azam aku tahun ini nak keluarkan buku conteng sebanyak dua buah.. InsyaAllah , boleh buat kot.. koh koh koh ~
ReplyDeleteBTW, lawo lak totem tue hang lukis... hue hue hue
Deleteaku pun nak kata lawo la totem design dak cero nih bikin... hewhewhew~
Delete@Aujinz
Deleteboleh, ko pasti boleh buat...hehehe
Totem tu inspirasi dari kalendar mayan...heheheh
Azam aku 2013 aku dah review, tp belum update lagi dlm entry blog. Ada a few yg belum terlaksana dan salah satunya soal jodoh <-- aku rasa soal ni adalah qada dan qadar. Usaha sehabis mana pun, kalau belum masanya, takkan jadi juga kan? Entohla labu~~
ReplyDeleteP/s: ko x datang pun event haritu... :(
@chirpy chummy
DeleteAku tak letakkan jodoh sbg azam...lebih kpd amtlamat jangka panjang...hehehe
Mar, sori. Hari kejadian aku ada kenduri kawin best friend. Ingat nak dtg lepas tu tapi hujan. Almaklumlah, aku ni bermotosikal...hehehe
*bukan alasan, tp kebenaran* heheh
actually aku agak menyampah ngan perkataan 'azam', why? reason dia simple, aku ada musuh yg bernama azam... lol, wow that escalated quickly...
ReplyDelete@plain83
Deletehehehehe, 'azam' tu sejarah lama ke??
Hehehe
minah tu dah lama lost contact ngan aku, syukur... hahah ;p
Delete@plain83
Deleteooohh! minah ke? aku ingatkan tak berapa nak minah sgt...hehehe
aku tak reti nak pasang2 azam
ReplyDeletepaling2 selalunya tiap kali tahun baru (even tahun baru islam) aku marah diri sendiri sebab masih tak berjaya solat tepat pada waktu, mempercepatkan mandi wajib dan sebagainya ! huh ! padahal dah tua bangka !
all the best for this year cero !
@.::WaNiE::.
DeleteWanie, lama tak nampak...hehehehe
Tak apa, asalkan kita boleh berubah hari demi hari menjadi yg lebih baik, tak ada apa yg perlu dimarahkan..kan?
Aku baca azam kau yang nak buat 25 perkara baru tu dari entry awal tahun lepas, dan dari situ aku pun nak buat benda baru dalam setahun. Tahun lepas mungkin ada dua-tiga benda baru yang aku dah buat. Tahun ni aku nak buat lagi dan salah satunya, derma darah! haha
ReplyDelete@hanaahmad
DeleteHana pernah derma darah tak sebelum ni???
Nak buat perkara baru rupa-rupanya bukanlah mudah...
Mungkin 25 terlalu banyak kot...hm...
macam best je azam nombor 1 tu. buat perkara baru.
ReplyDelete@miranadia
DeleteBest, kan?
When you are driven by doing new things, byk ilmu, pengalaman, cerita, kenangan dan keseronokan yg bakal diperoleh.
Cuba bayangkan kita buat perkara yg sama setiap hari, bosan kan?
Kalau buat perkara baru sekali sekala, meriahlah sikit kehidupan...kan?
Lebih teruk bila takda azam langsung. (Yakni aku)
ReplyDelete2013 angin lalu.
2014, tak terfikir pun azam -..-
-kudozu
@kudozu
Deletetry laa tahun ni fikirkan satu dua azam...
Tak salah kalau tak tercapai..Tak rugi pun...hehehe
Ya lah. At least kena fikir jugak. Ni tiba2 tau tau dah 2014 -_-
DeleteAzam aku (baru teringat) - nak menabung untk beli Macbook Air. :D
-kudozu
@kudozu
DeleteAku pun laa nak menabung utk beli sesuatu...
Sebelum ni azam menabung je, tak letak nak beli apa pun...
Hmmm...benda paling perlu sekarang ialah external hdisk
Assalam.
ReplyDeleteMoga moga tahun 2014 ini, azamnya, yang diaazamkan tahun 2014 tercapat dan azam 2013 boleh dijadikan panduan untuk dibawa dan diteruskan sebagai azam 2014.
Mari berazam.. (fuhhhh banyak betui ayat azam)
@Noorizal Ramly
DeleteAku baca 3 kali nk dpat faham...
Byk sgt 'azam'nya...hahaha
wuyooo. style2 .semoga berjaya! haha
ReplyDelete@shada wentz
DeleteYup, thanks!! Boleh kot...kot...hehehe
Kita serupa azam no. 6. Setakat ni dah belajar 2 bahasa asing selain English yang masih tak terer tu walaupun dah diajar oleh 19 guru yang benar.
ReplyDeleteSekarang tambah satu lagi bahasa baru. Jomlah try belajar di website Memrise. Kalau tak pernah try lagilah. Sangat membantu dalam hafal-menghafal. Vocab terutamanya. Dan ada banyak lagi benda boleh belajar kat situ selain language.
@Nan
DeleteOOOOOOOOOooohhhh!!!
Thank banyak2...
AKu mencari jugak mana2 website yg mmg ajar bahasa or ape saje, tp tak ada yg boleh harap sgt...
Nanti aku try memrise...mcam cool je website tu...