Dua ribu empat belas.
Tahun di mana hari dan tarikhnya sama dengan hari dan tarikh pada tahun aku dilahirkan.
Selamat tahun baru.
Kita lambai pergi 2013 dengan senyuman.
Pada aku, 2013 adalah tahun aku mencari tapak untuk berpijak.
Banyak perkara aku belajar tentang diri pada tahun 2013.
Banyak penambahbaikan aku lakukan untuk diri sendiri.
Antara yang paling signifikan adalah aku sudah belajar untuk menanam impian.
Satu impian yang tidak pernah aku ada sejak dari lahir lagi.
Impian untuk masa depan.
2013 juga merupakan tahun yang, pada aku, penuh dengan perasaan.
Rasa benci, suka, gembira, takut, sedih, marah...Semua ada.
Politik, persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang,
Semuanya main peranan kuat sepanjang tahun 2013.
2013 sedikit sebanyak mendewasakan pemikiran aku.
Bagaimana tahun 2013 pada kalian?
Selamat datang 2014.
Tahun yang aku jangkakan bakal mengundang pelbagai cabaran.
Tahun yang bakal menguji aku dari segala aspek,
terutamanya tentang semangat tidak berputus asa.
Ya, aku mahu jadi seseorang yang tidak akan pernah putus asa dalam tahun 2014.
Jadi,
bagaimana jangkaan kalian untuk tahun 2014?
Ayuh,
sama-sama kita mahu ke hadapan.
Sama-sama kita menempuh cabaran yang bakal mendatang.
...dan teruskan menyokong aku di blog ini, ya!
.
Selamat menempuh cabaaran baru bro... semoga kita akan terus berusaha.. hue hue hue ~
ReplyDelete@Aujinz
Deletethanks Ojin...Sama2 laa kita maju ke hadapan...hehehe
Salam 2014 bero:-)
ReplyDeleteSamalah kita, tengah dok mencari halatuju tahun lepas..
La ni kena ada azam kukuh untuk memajukan diri asing2..
Semoga kita akan lebih banyak buat team project lepas ni:-)
Btw, "Dua ribu empat belas.
Tahun di mana hari dan tarikhnya sama dengan hari dan tarikh pada tahun aku dilahirkan."
Aku mula-mula baca dah rasa macam kau bagi tekateki dah..hehe
Means, berapa tahun sekali hari dan tarikh ni synchronize?
@nazha anua
DeleteNice, bro! Mata kau semakin cekap tangkap hint aku bagi...hehehe
Tahun 2014 sync dgn tahun 2003, 1997 dan beberapa tahun lagi termasuk laa tahun aku dilahirkan...hehehe
fuh, kalendar 1986 boleh guna lagi beb..tahun kau kan ni?haha
Delete@nazha anua
DeleteHahaha, kalau wujud lagi kalendar tahun tu, mmg aku pakai pon...hahahah
ah... aku pula berharap aku dapat jadi lebih +ve dan produktif pada tahun ni, n of course aku akan terus menyokong blog hang ni cero, dan rakan2 bloggers aku yg sempoi yg lain tu, korang ni actually buatkan hari2 aku lebih ceria, thanks guys ^^
ReplyDeletep/s: statement hg kat atas tu membuatkan aku turut memeriksa calender utk check adakah hari ulang tahun kelahiranku pd tahun ini jatuh pada hari yg sama aku dilahirkan... nampaknya, jawapannya adalah negatif... huhuu~
@plain83
Deleteterharu aku bila baca ko kata kami buatkan ko ceria...
Tak pernah terfikir aku boleh menceriakan org tanpa perlu bertemu muka dgn org tu...hehehe
p/s: jadi, kita berbeza umurlah...hehehe
oh?? seriously ko tak pernah terfikir sebegitu??
Deletep/s: sou desu, the 3 year gap will forever remain a constant... watashi wa anata yori ni toshi ue desu ^^
@plain83
Deleteooo, sou desu ka. Sono tame ni plain83 wa namae ga iru...
Glad to know that...
Selamat menyambut Tahun bAru 2014.
ReplyDeleteSemoga lebih baik tahun ini. Menyinggah dari conteng-conteng terus ke sini.
Tahun 2014 nampaknya macam tahun spinning 360 darjah. Hehee.
Selamat berkarya :)
@Noorizal Ramly
DeleteSelamat tahun baru 2014.
Terima kasih kerana singgah...
Semoga tahun baru ni kita sama2 maju ke depan dlm apa yg kita lakukan...
Yaay!!
tiada azam tp punya semangat
ReplyDeletehanya bertawakal pada Allah, selamat menjalani tahun 2014 cero
@DYSHA
Deletejadikan sejarah lepas sebagai kenangan yg mematangkan..
SEMANGAT YA, DYSHA!!
selamat tahun baru..moga tahun ini lebih baik & awesome dr thn sebelumnya! :)
ReplyDelete@Mime MF
Deletesama2 laa kita...
terus ke depan dan terus menjadi lebih awesome!!
Hehehe
Selamat tahun baru...