Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 1, 2015

Adieu, Kembang!


Salam.




28 Oktober 2015, kucing aku mati. Seekor lagi.

Namanya Kem. Dia ibu kepada Gem yang mati tiga hari sebelumnya.
Juga seekor kucing betina domestik baka biasa.
Nama Kem adalah singkatan bagi 'Kembang'
dan ya, nama itu datang dari bulu dia yang kembang macam bulu kucing mahal.

Tapi Kembang bukanlah satu-satunya namanya.
Mengikut tahap kemanjaan, kami sering tukar-tukar nama.
Dari Kembang jadi Kembong, Kembiang, Embang, Embong.
Once, out of nowhere, kami panggil dia Embang Maembong.

Kembang sudah tua.
Tak ingat berapa umurnya tapi dia lagi tua dari anak buah aku.
Anak buah aku sekarang umur 6 tahun
jadi kalian pandai-pandailah kira.

Walaupun tua, tapi dia sangat sihat dan 'sihat' (berisi)
Dialah ibu kepada lagi empat kucing kami (kini tinggal tiga).
Masa mudanya begitu ceria dan suka berlari-lari,
tapi apabila meningkat usia, beranak pinak,
kebanyakan masanya dihabiskan dengan tidur.

Kembang sangat rapat dengan Gem.
Bukan setakat rapat, malah disebabkan bulu mereka sama warna
selalu orang anggap mereka adik-beradik, bukannya emak-anak.
Makan bersama. Tidur bersama.
Jelas Kembang sayangkan Gem sangat-sangat.



Segalanya berubah setelah Gem mati pada 25 Oktober.
Dia kelihatan termenung di bawah pokok pandan luar rumah kami.
Dia jarang berada di luar rumah.
Tapi sekali sekala berada di luar tidaklah merisaukan.

Namun,
apabila dipanggil untuk makan, dia tidak pulang.
Masih berada di bawah pokok pandan. Berbaring.
Kami terpaksa angkat dia bawa pulang ke rumah.

Setelah diangkat dan diletakkan di lantai,
kami sedar ada sedikit kelainan pada Kembang.

Dia tak mampu berjalan lurus.
Jalan dia terhuyung-hayang dan asyik berpusing-pusing di tempat yang sama.
Badannya kelihatan layu dan lemah.

Itu bukanlah satu yang mengejutkan kerana anaknya yang paling rapat baru sahaja mati dilanggar.

Kami faham keadaannya,
maka kami angkat dia ke pinggan makanan.
Dia tidak makan. Tiada selera mungkin.
Jadi, kami suap makanan ke mulutnya.
Walaupun jamah hanya sedikit, tapi syukurlah.
Paling tidak dia makan.

Namun keadaan begitu berlarutan selama beberapa hari.
Jika ini berpanjangan, kami risau dia akan jatuh sakit.

Kami memantau keadaan dia sepanjang masa.
Dia kelihatan murung.
Dia hanya suka berbaring,
dan hanya kadang-kadang sahaja beralih tempat.
Untuk memudahkan pergerakannya,
kami benarkan dia berbaring di sebelah pinggan makan
dengan niat kalau dia lapar, tidak jauh untuk dia cari makanan.
Kami sediakan air untuk minum.
Kami juga kadang kala sapukan air ke belakang badannya bertujuan untuk memberi kelegaan.

Namun keadaannya tidak berubah juga.
Kembang tetap murung.



Kami bertanyakan jiran sekeliling.
Ada jiran menceritakan pada pagi hari kejadian Gem dilanggar,
ada yang terlihat Kembang dan Gem sedang tidur bersama-sama di bawah satu kereta.

Dari situ kami beranggapan bahawa
kejadian Gem dilanggar sehingga mati itu kemungkinan besar berlaku di hadapan mata Kembang.

Seorang ibu melihat kejadian ngeri kematian anaknya di depan mata,
ibu mana yang tidak murung, kan?
Hati mana yang tidak robek, kan?
Parents shouldn't outlive their children. Not otherwise.



Kami beranggapan Kembang dalam keadaan terkejut dan trauma.
Dan dari apa yang aku belajar
haiwan terhoyong-hayang dan berpusing-pusing di tempat yang sama
adalah petanda kepada kerosakan pada saraf telinga.
After all, fungsi telinga selain mendengar ialah untuk keseimbangan badan.

Walaupun tiada fakta yang kukuh,
tapi aku rasa kejutan dari kematian anaknya membuatkan Kembang trauma dan mengganggu emosi seterusnya fungsi badan dia.
Anggaplah seperti orang yang terkejut,
ada antara kita akan memilih pengsan sebagai defense mechanism
dan dalam kes Kembang,
trauma itu mengganggu sistem badan dia yang sudahpun tua itu.
Fungsi badan yang selama ini kuat disebabkan adanya keluarga.
Kini anaknya sudah tiada, kekuatan itu pun hilang.

Itu cuma rumusan aku.
Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya
tapi keadaan Kembang merosot mendadak selepas kematian Gem.
Itu sahaja rumusan logik yang mampu aku buat.



Selepas tiga hari, 28 Oktober,
Kembang pergi semasa di dalam pembaringan.

Kami tanam bersebelahan dengan tempat kami tanam Gem.
Dalam hidup mereka tidur bersama,
biarlah dalam mati juga mereka turut bersama.



Aku?
Senang kata, Oktober tamat dengan sayu.
Satu rumah berada suram dan muram.

Dua kematian kucing dalam kurang empat hari.
Aku rasa aku tak mampu nak tanggung lagi keadaan macam ni.
Walaupun aku gelar diri kuat,
tapi aku sedikit sensitif tentang perkara seperti ini.

Tapi kali ini aku tidak menangis.
Down, yes. Tapi tak menangis.
Sebab aku dapat pengajaran yang berharga.
Aku kagum dengan kasih sayang yang Kembang tunjukkan.
Kasih sayanglah yang jadi penguat kepadanya selama ini.
Fizikal dan mental.

Seorang ibu sangat sayangkan anaknya tidak kira apa.
Baik manusia, baik haiwan, mahupun kucing.







.


10 comments:

  1. Omaigod sedihnya. Sedih untuk kau dan sedih untuk kembang.

    Buat aku terfikir macam mana la ada manusia bunuh anak, buang anak. Shit betul.

    ReplyDelete
  2. Takziah sekali lagi ya, cEro.

    Rasanya hidup kucing memang macam ni. Kalau kucing yang rapat mati, kucing yang lagi satu pun selalunya menyusul.

    ReplyDelete
  3. Oh my.. this is so touching.. huhu takziah cEro dan family. Just imagine Gem dan Kem tgh happy bersama2 di sana :')

    ReplyDelete
  4. *speechless*
    :
    :
    :

    Aku teringat arwah Che Puteh. Kucen rumah sewa kami yang mati beberapa bulan lepas akibat kena buli dek kucen lain. Menangis juga aku pada masa tu.

    dan kisah kucen kucen ko ni... adalah 2kali ganda sedihnya T_T

    Mesti kucen kucen ko bersyukur dan mendoakan famili ko sebab melayan mereka dengan amat baik sekali.

    ReplyDelete
  5. Takziah cEro. Tak sangka pulak kucing pun boleh tahap camtu sekali bila kemurungan.

    Agaknya kucing lg bertimbang rasa dr manusia. Kucing aku dulu pun kemurungan lepas member dia hilang entah ke mana. Sedih tgk. Tp skrg dh ok la...

    ReplyDelete
  6. T____T saya ada kucing bernama kembang. mati tahun 2011. saya menangis untuk beberapa hari.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License