Salam.
Pada saat aku taip entri ini untuk di'schedule'kan
jerebu sudah semakin reda.
Berita kata hanya satu tempat sahaja yang IPU tidak sihat.
Batu Pahat katanya.
Harap jerebu akan terus menerus reda dan hilang
dan langit biru cerah indah dapat kembali diintai.
'Hazers' mengingatkan aku semasa zaman kolej dulu.
Aku sertai kelab teater.
Salah satu prop untuk teater ialah smoke/fog machine a.k.a hazer.
Semua orang anggap hazer fungsinya untuk beri asap
kekonon ala-ala efek kayangan ataupun alam mimpi atas awan gitu.
Tapi sebenarnya,
fungsi hazer adalah untuk memberikan bentuk kepada cahaya lampu.
Lampu bawah keadaan biasa tidak dapat dilihat
kecuali setelah lampu itu jatuh ke atas permukaan.
Tapi dengan adanya haze (asap) dari hazer,
kita akan nampak efek lampu itu umpama jalur cahaya.
Sangat berkesan untuk meningkatkan suasana dramatik dan penceritaan teater.
Konsep yang sama juga berlaku apabila cahaya panas matahari menyinar celah langsir dan kita nampak debu yang berterbangan bersinar-sinar.
Okay, apakah neraka cEro ni,
lukis pasal topeng jerebu tapi membebel pasal teater.
Selalu bebel lari dari tajuk.
Hahaha.
Tapi itulah.
Bila aku cerita dekat kawan aku yang aku pernah masuk kelab teater
dia bantai gelak berguling-guling keras perut.
Dia kata tak mungkin aku budak sains nerd cermin mata ada pusing-pusing
boleh join kelab teater kolej.
Anyway, back to cerita jerebu,
kucing jantan aku selsema berhingus dan sering bersin
semuanya disebabkan jerebu.
Bila dia berdiri sebelah aku,
aku dapat dengar nafas dia macam Darth Vader
cuma bezanya dia berwarna oren, Darth Vader basically warna hitam.
Agak-agak ada tak mask untuk kucing?
Mesti comel kalau ada.
Aku sendiri pun selalu gatal tekak disebabkan jerebu.
Kalau yang tunggang moto, pastikan kalian pakai jaket tutup tangan
dan kalau boleh pakai topeng muka dengan visored helmet.
Asap jerebu yang jatuh ke kulit buatkan kulit rasa panas, perit dan kering.
Risiko penunggang nak dapat lagi tinggi dari pemandu yang duduk dalam kereta beraircond.
Oh ya, kepada semua
banyakkan minum air juga. 12 gelas penuh setiap hari.
Basuh muka, tangan dan kaki bila balik dari luar.
Jangan lupa juga berkumur.
Yang mana pakai topeng muka yang pelik-pelik tu,
teruskanlah pakai selagi jerebu masih ada.
Biarkan saja apa orang nak kata. Pelik ke, lawak ke.
Haters gonna hate. Right?
Mungkin pesanan-pesanan di atas tak kena sebab jerebu dah reda.
Tak apalah.
Kalian baca sampai habis pun dah cukup bagus. Hahaha
.
hahahhaha nice one C! hahahah mangsa fesyen hahahahah omaigod darth vader hahaha kakashi iz hot hahahaha Ojin?? hahahahah cEro.. err still wearing 'that' mask? HAHAHAHAHAHA!!!
ReplyDeletecEro pernah join kelab teater...? pfttt..
hahaha kalau ada pun mask utk kucing, belum tentu mereka nk pakai. kalau kucing mat salleh ye. sedang terfikir ni, apesal kucing di barat lebih cerdik. celup paws dalam gelas utk minum air, high five dgn owner, memasak, berperangai anjing.. tp kucing malaysia tahu makan, tido, berak, kencing je.
Adakah pengaruh sosio budaya dan mencerminkan owner mereka?
hmmm.. *berfikir sambil pegang cawan kopi dgn kaki
>Zyra Roxx
DeleteHahaha...
Rasanya memang betul yg perangai haiwan peliharaan terikut tuan dia.
Sbb majoriti rakyat Malaysia ni malas, so kucing pun tak ada ransangan dan jadi malas jugak.
Tapi video kucing celup tangan minum air tu memang cute habis, tambahan pulak masa gelas tu kena tarik dan muka dia like "WHAT?!"
like seriously..
ReplyDeletebaru tau asap tu sebenarnye nak nampakkan efek lampu..
hehe.thanks for sharing... :)
mari jaga kesihatan same2..
take care everyone :)
>MS. NO NAME
DeleteHehe. You are welcome. Harap bermanfaat untuk masa depan walaupun tak tahu macam mana hazer boleh menjadi manfaat. Hehe
You take care too.
hahaha. lukisan-lukisan itu menambat hati aku. haze kat ipoh pun dah berlalu pergi, hope takkan kembali lagi baru boleh nyanyi lagu Rabbani yang pergi takkan kembali lagi.
ReplyDeletekenapa aku tak pernah nampak orang pakai mask yang cool? kalau ada aku ngorat dah.
>NADIA vs BERON
DeleteUih. It's rhyme. Hehe. Dah boleh rap dah ni.
Aku rasa sebab orang Ipoh malas nak berfesyen topeng muka kot.
Datang KL, bersepah orang pakai topeng macam-macam gaya. Hahaha
Moga orang Malaysia sihat sentiasa. Harap tak terkesan sangat dengan jerebu. Take care!
ReplyDelete>Farah
DeleteKalau dekat Kanada kabur je permandangan kita tahu itu sebab berkabus sejuk.
Kalau kat Malaysia nampak kabur sebab jerebu. Hahaha
Aku rasa kt tempat aku ni x stable je jerebu ni. Kejap ok, kejap x. Ni baru je lepas hujan, ok la sikit...kalau x still nampak jugak jerebunya.
ReplyDeleteHaha..kau budak teater rupanya. Kalau aku ada kt sebelah kau, aku dah saiko kau sampai nangis. Hahaha..x boleh blah betul..
Aku ni bos aku bg mask jerebu, tp malas betul aku nk pakai. Pergi keje pun drive, so, x brp rajin aku nk pakai topeng2 ni... So, skrg ni ada lg dlm plastik mask tu, x pernah nak bukak.haha...
Tp lepas baca entri kau ni, mybe aku akan try pakai topeng tu...huhu..
>Bro Ley
DeleteHahaha. Tapi aku rasa sekarang jerebu dah okey kan?
Walaupun macam ada dengar berita bakal datang lagi nanti...ish ish ish.
Kau ni pun mesti jenis yang bila aku cakap aku budak teater terus tergelak kuat ingat aku buat lawak, kan? Hehehe
Rugi laa ada mask tapi tak pakai.
Simpan dalam plastik pun bukannya boleh buat jual balik pon...hahaha
you drew this? cantiknyaa! haha.
ReplyDeleteSekarang langit dh cerah. Best je hidup cuaca segar. hehe.
Baru tahu fungsi asap masa teater. Thanks!
Followed!
>Scha Nazri
DeleteYeap! I drew all of 'em.
Yes, sekarang dah cerah dah. Dapat lepas rindu dekat langit biru. Hehe
Alhamdulillah, aku sihat sejahtera je masa jerebu ni. Lepas jerebu baru nak batuk apa bagai..tertinggal bas betul hahahahaha..aku banyak duduk library dan tempat ber ekon kecuali masa petang aku main frisbee tengah jerebu hahahaha
ReplyDelete>mashy_entah
DeleteApa daa kau ni.
Orang masa jerebu dah clear ni laa kena sihat, pergi main frisbee ke, boomerang ke kat taman.
Karang datang jerebu balik nanti rugi je...hehehe
nice drawings bruh, rajin betul siap dengan kaler ;3
ReplyDeleteeh, apsal ko lukis face mask kat atas tu dengan flaps yang terbalik? bukan sepatutnya flaps kena menghala ke bawah ke? :3
>plain83
DeleteActually kan plain, aku tahu mewarna je.
Aku tak pandai nak buat black & white atau guna toning so mewarna je laa yg aku buat walaupun seriously amik masa lama.
Pasal flap tu,
aku pon fikir yg sama jugak tapi bila aku buat draft, aku tengok balik mask yg aku ada, flap dia mmg macam tu dan aku tak pasti kenapa dia macam tu. Cuba kau try tgk surgical mask.