Salam,
pernah tak kalian ada perasaan nak tumbuk seseorang di muka?
Pernah? Tak pernah?
Baiknya dia tak pernaaaahhhh....
Kita semua ada jenis kawan yang macam ni.
Indecisive. Berhaluan kiri.
Suruh kita buat keputusan
tapi bila kita buat keputusan, dia tak mahu ikut.
Jenis macam ni yang selalunya buatkan aku nak tumbuk muka dia
tapi ada tiga benda yang menghalang aku dari teruskan niat itu:
1) agama, 2) undang-undang dan 3) sosiobudaya.
Macam yang aku kata dalam entri Semua Ada!,
kalau aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.
Sebab aku ni tak ramai kawan
takkan laa pula aku nak kasi penumbuk ke muka kawan-kawan yang tinggal ni...
Kesian aku nanti buat majlis kahwin tak ada orang nak datang.
Dalam bab memilih tempat makan contohnya,
aku mudah.
Aku tak boleh makan ketam sebab alergik
dan tak suka makan udang sebab tak sedap.
So asalkan tempat makan tu ada pilihan lain dari dua makanan tu,
aku OK asalkan masih di dalam kemampuan bajet.
Tapi ada orang yang jenis banyak kerenah.
Tengahari mesti makan nasi putih.
Malam tak mahu makan mamak.
Petang tak nak makan dekat kedai XX sebab nanti ada lori sampah lalu so selera pun akan hilang.
Kedai YY pula tak boleh sebab banyak kucing nanti bulu kucing berterbangan masuk dalam makanan.
Jenis yang macam ni,
kalau senaraikan 100 kedai pun, dia dapat cari 1000 keburukan.
Sebab tu aku lagi suka orang tu yang tetapkan tempat makan.
Asalkan masih berada di dalam kemampuan dompet akulah tapi.
Hehehe.
Kalian pula?
Ada kawan yang macam ni; memilih tempat makan?
Ataupun korang sendiri yang memilih tempat makan?
Apa yang kalian tak boleh makan?
dan apa yang kalian tak suka makan?
Siapa setuju dengan aku bahawa udang tak sedap?
**cEro dibaling kerusi**
.
Emm, buat masa ni belum ada lagi.
ReplyDeleteOh no! adakah saya merupakan sebelah pihak yg berhaluan kiri??
Pernah je tak sependapat tempat makan ni, tp akhirnya mendapat kata sepakat. and yes, lg senang bila jd pihak yg mengikut :3
udang sedap kalau kena gaya masaknya dan fresh pula ;)
P/s: semalam mimpi ngeri fsl cEro. Wahahahahahh!
>Zyra Roxx
DeleteTak sependapat tu biasa.
Tapi yang jenis serah kat orang buat keputusan, then pastu banyak merungut, itu yang rasanya nak pukul tu...heheheh
Kecik dulu masa first makan udang dah rasa tak sedap, terus taknak makan sampai tua bangka ni...hehehe
p/s:
Know what, Z, kebetulan sy pun ada termimpi pasal awaa, tp bukan ngeri laa, macam tak masuk akal sikit.
Boleh share apa mimpi ngeri tu? PM twitter please...hehehe
@cEro | @zyraroxx
DeleteSweet giler siap mimpi2... Yg lagi sweet bila zyraroxx selalu ber'saya awak' dengan cEro je.....jeles gak aku dgn cEro ni....hahaha...
So, bila korg nak kahwin? Aku yakin ia bakal jadi wedding of the year. Hahaha....
setuju dgn Bro Ley!
Deletenanti jangan lupa buat komik 'How we met"!
Oit oit apa ni
DeleteJangan jeles tau. Hehehe
aku sebenarnya malas nak cakap. tapi nak cakap jugaklah.
Deleteaku dah lama nampak 'kisah' ni.
hahaha
good luck, korang! ;)
>~* chirpy_chummy *~
DeleteCis sungguh korang ni.
Dalam blog pon nak bergosip-gosipan. Hahahah
weh udang dengan ketam la paling heavennnn! sedapnya *perut berbunyi*
ReplyDeleteaku kalau cakap tak kisah memang tak kisah. Aku semua bedal. tapi kalau aku teringin memang aku cakap nak makan apa. kalau orang tak setuju aku terpaksa pasrah dan imagine baling meja ke dia
>NADIA vs BERON
DeleteAku pun rasanya camtu kot.
Kalau satu hari determination nak makan mee bandung, maka aku akan cari sampai dapat walaupun aku terpaksa makan sorang...hahaha
Macam laa ni, aku teringin nak makan waffle...hehehe
Memandangkan sekarang dh boikot fastfood so aku lagi suka makan kat tempat yg ada waiter.dia layan kita dan bukan layan diri.nk jadi datin bila makan kat luar.mamak pomboleyyy
ReplyDelete>Miss Fireflies
DeleteSemua fast food ke kau boikot?
Ka yang tolong isr4el je?
Aku McD ni makanan dia biasa je, tapi aku lebih terpikat dekat mainan dia...hehehe
Apakah? Udang tak sedap?? Pernah pekena charkuetiow penang ori tak cEro? Apakah udang yg ada dlm tu juga tak sedap? Haha ;3
ReplyDeleteEh sekarang ni agak bahaya la makan kat kedai, semalam ada news report pasal typhoid outbreak kat KL. Bakteria salmonella punya pasal :(
>plain83
DeleteDari kecik aku set dlm kepala yg udang tu tak sedap, kalau charkuetiow penang ori letak udang, awal2 lagi aku dah suruh dia asing udah tu...hahaha
Kaaaannnn??
Bahaya oo wabak kepialu datang menyerang..
Semua sebab kes buat makanan tak bersih ni.
RIsau gak aku. Tu yang pergi kedai yg diyakini bersih je ni...hehehe
oits... tahniah menang keychain, mohon check sini naa~
Deletehttp://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2015/10/mini-ga-contest-cari-perbezaan-dalam.html
>plain83
DeleteYaaayyy!!
Asalkan tempat tu tak wajibkan aku makan semua sayur, aku ok. Hahahahaha.
ReplyDeleteAsalkan tempat tu tak wajibkan aku makan semua sayur, aku ok. Hahahahaha.
ReplyDelete>mashy_entah
DeleteWujudkah kedai sedemikian?
Rumah bakal mertua mungkin...Nanti dia tengok bakal menantu tak makan sayur terus reject **tetiba**
hahahaha
Aku kalau pegi rumah org ke, mmg aku ckp aku tak makan sayur..yelah, mulut aku mana ada stopper, cakap tak henti dan selalunya akan terkeluar jugak bab mmg no sayur..nasib ah bakal mak mertua aku, kena terima seadanya hahahaha
DeleteAku kalau pegi rumah org ke, mmg aku ckp aku tak makan sayur..yelah, mulut aku mana ada stopper, cakap tak henti dan selalunya akan terkeluar jugak bab mmg no sayur..nasib ah bakal mak mertua aku, kena terima seadanya hahahaha
Delete>mashy_entah
DeleteTak makan sayur mungkin bukan masalah besar,
tapi adalah kau boleh masak sayur, or worse tak nak pegang sayur langsung even masak utk orang lain?
kawan ak ok blake,tp yg masalah bini ak.... ak tanya nk makn ape,dijawab nya ape pon xpe,janji jgn ayam... dah beli ikan keli goreng sambal,xnak plak,dan beli la apepon..mesti kene komplain.......ermm.ermmm.ermmmm...
ReplyDelete-petai
>petai
DeleteUih, kalau bini yang macam tu memang parah sikit arr...
Suruh je dia beli sendiri, senang sikit hidup...hahaha
tak setuju. udang sedap gileeeeeeeeee tambah lagi masak butter prawn... peeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhh... meleleh air liur hahaha
ReplyDelete>Prince of Noob
DeleteMaasak butter prawn memang sedap, tapi aku amik bau n kuah je laa..udang kasi orang...hahaha
Aku setuju. Masak butter prawn la paling sedap kalau nk makan udang.
Deletewuhuuuuuuu...yg faktor faktor yg penghalang tuh yg buatkan aku ketawa..lagi2 ada perkataan sosiobudaya...keliru sekejap..ni tgh baca sejarah ke blog cerol..ahahhahaa..terbaik!
ReplyDelete>aiman mania
DeleteHahaha...kena laa kekonon educated sikit bagi orang faham.
Nanti kalau terus masuk tajuk utama nanti tak faham pulak hahahaha
Setakat ni takde di kalangan KAWAN aku. Tapi semua jenis tanak buat keputusanla selalunya hahaha. Unless sesiapa ada special request.
ReplyDeleteAku tak suka udang yg kecik2 dlm bihun tu. Kalau udang besar dlm ckt tu okla gak, tho malas betul nak kopek udang. Aku ni makan ayam je senang.
ps: Senanya kawan tu nak dibelanja baru ok kekeke
-Star-
>Star
DeleteUdang kecik ke udang besar ke, semua tak sedap. Hahaha
Aku dulu masa kecik pernah try makan udang, maybe yang tak fresh kot tu yang tak sedap tu. Bila makan je tak sedap terus tak nak makan sampailah laa ni 2015. Haha
hahaha kan udang tak sedap sangat pun..bawak bekal gi keja..hahaha so kawan2 pun bungkus makan sekali kat opis :)
ReplyDelete>stickynote
DeleteFinally ada geng kata udang tak sedap...hehehe
Bestnya bungkus bekal gi kerja. Aku tak serajin tu nak bungkus2 ni...Mahunya otw gi kerja dah habis dah apa yang dibungkus...hehehe
aku ada ketua jenis yg cakap "ikut kau.. aku x kesah"
ReplyDeletemmg nak kena pelempang je dgn aku... dah dia ketua, tolonglah buat keputusan. aku ni follower jeeeee
>Raz
DeleteHahaha...pening jugak ada ketua camtu.
Tapi kalau jenis dia memang tak kisah takpe kot.
Takut2 jenis dia macam kekonon tak kisah tapi bila sampai tempat tak best terus merungut sana-sini...hehehe
dulu selalu la mcm tu,susah nak decide tmpt makan,tp skrg bila kawan ke tanya,jawap random je,malas nak fikir susah2 nak makan mana sbb jenis x memilih :D
ReplyDelete>amira faqihah
DeleteAku tempat tak kisah sangat, yang kisah apa yang nak dimakan...
Kalau satu hari tu aku akan buat kerja berat, aku akan cari makanan yang kalori tinggi, kasi power sikit badan...hehehe
Aku x pernah rasa nak tumbuk muka org. Paling2 pun rasa nk tumbuk belakang badan dia je. Tak boleh bayang betapa scary dan bersalahnya rasa bila tumbuk muka org.
ReplyDeleteUdang sedap gila kot...gila rugi x makan udang. Kau dh hilang satu nikmat dunia. Haha...
Kalau bab makan aku x kisah. Ikut je apa org decide sbb aku malas gila nak decide. Semua benda la aku malas decide. Biasanya kalau order makanan, aku la paling lambat sebab aku x boleh tgk byk menu.
Kalau boleh aku nk menu ada 3 je kt kedai makan. Tapi tiap2 hari bertukar2 la menu tu. Hahaha...Kadang2 sampai org yg suggest utk aku sebab aku lembab giler order dan biasanya aku follow je suggestion diorg.
So, baik kau kawan dgn aku, senang hidup kau.. Boleh ganti kawan kau yg x hensem tu. Hahaha..*camharem lukis diri sendiri hensem, org lain buruk gila
>Bro Ley
DeleteAku rasa je nak tumbuk, tapi setakat ni tak pernah lagi laa...hehehe
Tak apa hilang nikmat udang pun...banyak lagi makanan sedap lain, durian contohnya...hehehe
Aku selalunya setengah jam awal dah rancang dah nak makan apa.
Aku sediakan 2-3 pilihan kalau-kalau yang first aku order tu takde...
Lukis je tak hensem, tapi realitinya dia lebih hensem dari aku tau.
hahahaha
bab makan tak pernah memilih.. janji halal!
ReplyDelete(baru senang nak melancong!)
tapi klau masuk bab 'sedap tak sedap' tu kira lain, janji makan untuk hidup...jgn pulak hidup untuk makan!
*prawn addicted*rugi tak makan! trylah..
>sofie adie
DeleteHaha..untung orang yang tak memilih ni...semua bedal. Hehe
Sedap tak sedap, kekadang makanan kegemaran pun kalau dah tak sedap tak boleh masuk jugak, kan? Hehehe
TAKNAK TRY UDANG! Tak teringin pun nak try.
hahaha
Udang dan ketam boleh tahan sedap kalau kena dengan cara memasak.. Cuma kena kurangkan pengambilan sebab saya pun ada alergik... Huhu - KTC
ReplyDelete>Kakak Tiri Cinderella
DeleteRasanya semua benda kena tengok cara masak baru boleh jadi sedap ke tak sedap...
Maybe masa duku first time try makan udang terus rasa tak sedap jadi first impression macam tak berapa nak bagus laa...hehehe
kalau bab cari tempat makan memang BV jenis takkesah je. biar dorang decide asal tempat halal, selesa dan mampu bayar. hahahaha. :D boleh tak bagi sebab kenapa udang tak sedap? musykil lak, pestime tau orang habaq udang tak sedap. XD
ReplyDelete>BudakVanilla
DeleteSedap kenapa udang tak sedap?
Maybe sebab first impression kot.
Masa kecik dulu first time makan udang terus rasa macam tak sedap, so decided tak nak makan dah udang. Sampai besar tak pernah makan dah sebab dah registered dlm kepala otak ni yg udang tak sedap...heheheh
BV peminat udang ke?
*Tak setuju dengan cEro* Udang sangat sedap, okay! :D
ReplyDeleteMacam saya, saya jenis yang pilih tempat makan sebab saya cuma akan makan benda yang saya nak makan sahaja.
Kalau keluar ramai-ramai, akan tanya kawan-kawan dulu diaorang nak makan dekat mana. Kalau diaorang nak makan dekat tempat yang saya tak nak makan, saya takkan ikut.
>Farah
DeleteHehe..peminat udang ye? Hehe
Kalau tak ikut diorang makan, Farah sanggup ke makan sorang-sorang semata-mata nak makan benda yang Farah nak makan?
Wah, Cero. Kau kena pi boxing gym ke beli punching bag ke. Hahaha menyalurkan kemarahan dan keinginan kau untuk menumbuk manusia-manusia yang disebutkan tadi. Hahahah
ReplyDeleteSo far, aku selalu kena macam ni dengan perempuan je. Kebetulan kawan-kawan perempuan aku memang kena dengan stereotaip ni. Hahahaha.
>Danial Jaafar
DeleteThat actually is a very brilliant idea.
Kalau tak mahal, aku rasa minggu depan aku beli.
hehehe.
Tetiba teringat dekat mak kepada Nene dlm cerita Shin Chan,
lepaskan geram dekat anak patung arnab. Hahaha
Kalau ai.. eemm.. kalau kali pertama jumpa dah buat perangai macam tu.. hi hi bye bye lah jawabnya..
ReplyDeletepsstt: bukan sebab udang tak sedap dimakan tapi dah jemu.. hehehe..
>aizamia3
DeleteHahaha...tapi selalunya orang yang baru pertama kali jumpa mesti sopan santun ramah tamah tak buat hal..hehehe
Laaa...jemu udang ke? Selalu makan ek?
aku biasa mengikut jek, memg selalunye aku yg cakap, ikut kau, x kesah.. tapi bile cakap camtu, kenala faham sefaham2nya..kenala ikut jek mana org nak pergi or decide sbb dh kata x kesah kan..
ReplyDeletemasa study dl, kitorg tentukan giliran untuk pk pasal tempat makan..
tp aku kire choosy ke sbb aku kena makan nasi at least sehari sekali, besenye time lunchla.. Kalau tak aku menggegel cam kena parkinson..huhuu..
>Lee-kun
DeleteBetul tu.
Kalau dah cakap nak ikut, kena laa ikut dan tak banyak songeh.
Masa aku study dulu, selalunya target kedai murah je sbb ye laa, student. Miskin. Hahaha
Aku nasi ke tak ke tak kisah sangat, kena ikut keperluan.
Kekadang satu hari kena guna banyak tenaga, so kena makan berat2 sikit.
Kekadang ada hari yang lepak je, so makan roti je pun dah okey...hehehe