Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 30, 2015

Semua Ada!



Salam.

Antara sebab aku suka makan di kedai mamak ialah:
1) servis yang pantas, dan
2) pelbagai pilihan makanan.

Namun bak kata orang,
hidup tak selalunya indah,
langit tak selalu cerah,
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam.








Ini memang hal sebenar yang berlaku kepada aku.
Sebenarnya jauh di sudut hati aku rasa mamak yang ambil order ni
tak faham bahasa melayu rasanya.
Dia tak tahu maksud 'semua ada' tu kot.

Bila ditanya apa ada, dijawabnya semua ada.
Bila minta apa yang nak, dijawabnya tak ada.

Tapi bab terbalikkan meja tu,
aku buat mentally je laa.
Gilo ko nak terbalikkan meja mamak sebab tak dapat apa yang diorder,
tak pasal-pasal nanti muka aku masuk muka depan paper Metro;


"Akibat tiada apa yang dipinta, meja diterbalikkan.
AMARAH BUAT MAMAK"



Sebut tentang mentally,
secara mental, aku selalu kasi penumbuk dekat muka orang yang naikkan marah aku.
You know,
macam orang yang masuk gerabak komuter sebelum penumpang lain turun,
orang yang berjalan di pasaraya macam berjalan di taman bunga,
orang yang potong barisan masa beli tiket wayang,

Kalaulah aku sentiasa menuruti segala kemahuan mental aku,
rasanya beratus orang dah pernah merasa penumbuk aku ni.

Kalian pula?
apa menu kegemaran kalian bila makan di kedai mamak?
**tetiba**





.




51 comments:

  1. nasi kandar, nan cheese! haha.

    aku pulak ada imaginasi nak langgar orang yg menyakitkan hati dengan kereta kebal. contohnya yg bawa 56km/h di lane kanan, tak reti bagi signal, potong guna lane emergency, motor yg bawa tengah2 jalan kejap ke kiri kejap ke kanan. nampak sangat aku kurang sabar atas jalan raya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA vs BERON

      Cheese naan sangat best. Apatah lagi bila makan dengan ayam tandoori.

      Betul sangat. Atas jalan memang akan terjumpa ramai jenis yg pentingkan diri sendiri dan suka menyusahkan orang. Kalau tak sabar memang dah lama dah ada yg mati katak tengah jalan. Hehehe

      Delete
  2. roti telur, kari ikan so ikan kena ada lah kan dan air milo tabur or hot lemon tea.nampak lah hipster sikit.kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Miss Fireflies

      Jap, satu soalan.
      Apa beza milo tabur dengan milo dinosaur?

      Delete
  3. Bila jumpa manusia camtu; i will kill them inside my head, slowly, painfully, i kill them in 100 different way, repeatedly. Depends lah kpd apa kesalahan yg dibuat, kalau jalan slow tu saya hanya patahkan kaki je kot.. kahkahkah boleh tahan psycho.

    Anyway my fav mamak dishes: naan cheese tandoori. Mailah penang, boleh memamak sesama ≧﹏≦

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Sometimes kan, saya akan fikirkan how to kill them perfectly tanpa meninggalkan sebarang bukti, like a perfect crime, like ikat badan mereka dgn batu then tenggelamkan dlm tasik...hehehe

      Niat hati memang nak jalan penang, tapi baru niat je laa...
      Nanti boleh laa awaa jadi tourist guide. Hehehe

      Delete
    2. hahah kan? apa guna kita baca det. conan, tonton csi dan main game criminal case kalau tak praktikkan :p

      cepatlah datang!

      Delete
    3. >Zyra Roxx

      Hehehe...
      Disebabkan layan CSI, main Criminal Case dan baca Det. Conan laa buatkan saya rasa tak teringin nak jadi polis.
      I think I'm a better criminal kot berbanding enforcer. Hehehe

      Nak datang...tapi....

      Delete
    4. muehehehe jom kita jadik partner in crime :p


      alaaa tapi apa awaaaaaa.. mcm drama petang lah awk ni :3

      Delete
    5. >Zyra Roxx

      Tapi ya fulus sedang kontang. Wahahaha

      Delete
    6. alaaa bukan mahal pun datang sini :3

      Delete
    7. >Zyra Roxx

      Niat hati kalau nak datang sana, nak laa jugak belanja tour guide orang Penang sana sekali makan...kena duit jugak tu...Hahahahaha

      Delete
    8. Yennadeyyy pooodah hahaha buatape nk sesusahnyee, huhu k fine if u insist.. wahahaha

      Haha xdela.. srsly dtg je bwk duit utk awk sorg, nanti sy belanja wayang dtg eh eh ;)

      Delete
    9. >Zyra Roxx

      InsyaAllah nanti kalau nak jalan2 sana, you'll be the one akan dicontact dan dipaksa menjadi tour guide. Hahaha.
      Tapi nak contact camne?
      No tel fon takde.
      PM no tel please. Wahaha

      **not so smooth laa cEro**

      Delete
  4. hahaha...aku pun pernah kena macam ni. Bila tanya apa ada, dia jawabnya semua ada. Tapi dan dan je menu yg aku mintak tiba2 habis. Btw, betul ke kat mamak tu nasi goreng pun tarak? aku curious pulak apa je yg dia jual? Nasi goreng la patutnya ada sentiasa. Aku rasa mamak sindiket tu..hahaha...tetiba

    Menu kegemaran kedai mamak, roti telur dan roti sardin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Katanya hari tu orang yang buat nasi goreng tak datang kerja...Macam laa susah sangat nak goreng nasi je pun...Adik aku boleh buat. Wahahah

      Delete
  5. Haha, pernah kena jugak 4-5 kali.. Lagi best, order org lain dah sampai semua baru nak gitau apa yg aku order tuh takdak or dah abeh.

    Menu kegemaran eyh.. Hmmmm, roti bom or roti planta or roti tisu..

    Kemahuan mental aku, aku nak campak orang dari atas bangunan tinggi.. Haaaaa.. puas.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Itu aku cukup pantang. Sakit hati oo bila dah tunggu lama baru nak kata dah habis laa, tak buat laa...Dari lapar terus jadi kenyang. Kenyang dengan marah...hehehe

      Ganas sungguh mental kau ni nak campak orang...
      Kalau boleh buat mesti best kan? Hehehe

      Delete
    2. Ganas kan? Hahaha..tapi macam penat jek..nak kena cari bangunan tinggi dulu...sebab kang kalau tak tinggi, x tentu mati.. tak pasal2 aku plak kena support dia cacat seumur idup..haha..XP

      Delete
    3. >Lee-kun

      Betul. Betul.
      Kalau nak buat, kena pastikan orang tu tamat riwayatnya betul2.
      Kalau cacat seumur hidup payah oo...nanti dia mintak ganti rugi semua habis laa...hahaha

      Delete
  6. Aku... tak suka makan di kedai mamak. Tapi kalau terpaksa juga (sebab member2 nak jugak ke sana especially kalau kat Penang), aku akan order roti tisu. Hahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Dulu aku suka roti tisu. Nipis, manis dan sedap pulak tu. Belum cerita lagi keunikan roti tisu yang tinggi bak menara. Hahaha
      Tapi satu hari aku sedar roti tisu lain dekat mamak yang lain, so yang aku makan sedap dulu tu dah tak jumpa dah, asyik jumpa yang tak sedap dan mengecewakan je. Ada satu masa tu, aku dapat roti tisu kosong je. Gula takde, susu tak letak. Tepung semata2...

      Delete
    2. aku mcm Plain jugak tak suka mkn kt kedai mamak. selagi boleh aku elak mmg aku tak mkn kat mamak. tapi kalo terpaksa gak mkn kat mamak, aku order canai telur + kurma kambing pastu milo ais tabur je. hehe

      Delete
    3. aku pun sebenarnya tak gemar mamak sngt.. tp kalau nak lepak2 Ok jek..Aku akan order rotila..sameeee...hahaha..XP

      Delete
    4. >anamizu & Lee-kun

      Aku makan kedai mamak sebab servis laju.
      Nak harap kedai lain (terutamanya bangsa kita), adoooiiii...
      Lagi suka borak2 dekat counter daripada nak cepat serve orang...hehehe

      Delete
  7. Saya kalau dapat roti canai pun dah kira bersyukur dah. Sebabnya itu je yang saya selalu makan dekat kedai mamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Roti canai dekat mana-mana kedai mamak pun dah jadi menu wajib.
      Kalau ada kedai mamak yang tak ada roti canai tu, sama ada dia bukan kedai mamak ataupun pekerjanya malas. Hehehe

      Delete
  8. Semestinya megi goreng (sebab saiz hidangan yang kecil wakakak) dan ayam tandoori. Ni biasa lepas workout.
    Tapi kalau ang tanya ceq makan apa kat Deen Jelutong, ceq ambik bendey, ayam kicap, sutung, kuah campuq! Hahahhaaha

    Ada ke orang potong masa beratur beli tiket wayang? Orang macam ni patut guna mobile app je kalau malas nak beratur. =/

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Danial Jaafar

      Ada je orang potong barisan masa nak beli tiket wayang.
      Jadi kat aku, dia duduk depan aku, aku ingatkan dia satu geng dgn grup depan aku ni jadi tak tegur laa, rupenye dia tak satu grup, siap bawak awek dia potong depan aku lagi. Kemarahan sungguh!

      Delete
    2. Fuhh...tunjuk hero ka apa tu? Lain kali, dah boleh beringat hahaha.

      Delete
    3. >Danial Jaafar

      Memang bikin panas je masa tu, tapi nasib baik tiket tak habis. Kalau sampai dekat aku dah habis, maka memang aku cari balik diorang tu...hahaha

      Delete
  9. Hahahahaha ejaan hang mcm mamak sejati weh..mamak pun bangga kalau baca..aku suka megi goreng mamak takmau sayur langsung dengan telur mata..amboii sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Hahaha...apa boleh buat. Banyak pengalaman habis masa dekat mamak.
      Hahaha...
      Megi goreng masak sendiri laa sedap. Tang takmau sayur tu sangat tak sihat laa kau ni...dah laa makan megi...wahahaha

      Delete
  10. aku x suka gi kedai mamak yg kerek/mahal kat suatu tempat di Perak, dahlah dtg x bawak kertas, kekonon igt la apa yg kita order, tiba2 datang bawak benda lain.. eii aku dahla lapar hangen btol time tuu!

    tapi ada satu kedai kt puchong tu, sistematik sgt, pakai number je, so time bayar, bawak je no tu, and terus generate bill. tadaa...! x perlu nak ulang apa kita makan td.. ingat kita ni jenis memorize ke.. klu makan ramai kan susah

    ok sekian bebelanku

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Aku pun ada kedai mamak yg black list, sbbnya bila aku order nasi goreng kampung, dia angguk, datang order nasi goreng kambing, pastu charge mahal nak mampus sebab kambing...

      Kalau dekat area rumah aku, banyak jugak yg stail guna kad elektronik camtu. Mudah kot. Ada satu kedai mamak ni, nak order pun tekan2 dekat tablet je...canggih!

      Delete
    2. -Star-
      Ada rupanya nasi goreng kambing! Baru tau.

      Delete
    3. >Star

      Ada oii...
      Mahal plak tu...Jangan salah order. hahaha

      Delete
  11. Aiyes kusun. Ahaha. Comel la anney yg amek oder tu.
    Jarang makan kat mamak. So takde favourite. Biasa order rooti chenai je kot.

    btw comel-comel lukisan encik cero. Kipidap dongibap

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Cik Rawak

      Roti canai dah pun dijadikan menu 1Malaysia...hehehe
      Petanda betapa ramai rakyat kita suka makan dekat mamak...hahahah

      Delete
  12. nan cheesee,,tp setahun beberapa kali je boleh pi mamak,,sbb duk jauh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Duduk jauh tu duduk mana?
      Sekarang ni mamak banyak, macam cendawan tumbuh lepas hujan (gitteww)

      Delete
    2. Aaaahhhh...

      Patut tak ada mamak, jauh sangat Egypt tu nak cari cheese naan...
      hehehehee

      Delete
  13. semua ada, tapi bila benda kita nak order tu takdak rasa nak lari je dari situ, pi kedai sebelah. hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Betul sangat!
      Sebelum lari kedai sebelah, kasi penumbuk sebijik dulu kat muka. Hahahah

      Delete
  14. -Star-
    Rituh time cuti raya, aku bwk adik aku cari makan kt mamak. Order nasi goreng ayam, so skrg aku asyik teringin nasi goreng ayam mamak plak.
    Bila tah nk g cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      itu kan menu senang je, kat mana-mana mamak pun ada.
      Kalau mamak tempat aku, dia selalu 'tanam' ayam tu dalam nasi goreng panas dia supaya ayam tu panas jugak, padahal aku tahu ayam tu dia ambik dekat area menu hidang...hahaha

      Delete
  15. masa study rajin jugak la makan dekat kedai mamak...disamping kemudahan wifi..tapi kedai mamak yg aku selalu masuk ni...mmg suma ada..tak pernah cakap tak ada..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mime MF

      Sama la. Masa study dulu ada satu kedai mamak ni buat dua partition, satu tmpat orang lepak2 tengok bola camntu, satu lagi tempat orang yg nak stay lama or study. Wifi pon free..hehehe

      Delete
  16. selalunya Megi Grg la..ngn teh o..pastu slalu bising sbb teh o pekat n kelat nk mati..hahah..

    -pu3aan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Hahaha...Teh pekat laa best.
      Tapi nanti kalau minum banyak teh pekat jadi susah nak berak...wahahah

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: