Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 18, 2015

Muka Piksel Pecah.


Salam.

Previously,
aku bercerita tentang Kawan, 'berkawan' dan FRIENDS.
Walaupun ketiga-tiga kedengaran seperti perkara yang sama but trust me,
ianya tiga perkara yang berbeza.






Bagi yang sudah lama baca blog aku akan tahu apa kerja Abah aku.
Disebabkan kerjanya, dia merupakan seorang yang serious by default.
Tapi sekali dia buat lawak, lawak dia sangat dramatik.

Patut pun anak dia pun sama dramatik. Haha.



Minggu ini aku tak akan sentuh bab 'berkawan' sebab itu cerita minggu lepas.
Kita akan berbincang bab genetik.

Memang benar iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.
Namun,
kekacakan, ketampanan dan kecantikan boleh diwarisi.
Lihat saja anak-anak David Beckham macam mana sekarang.

Tapi,
kalau kita tak kacak/cantik,
adakah kesalahan sepenuhnya di pundak ibubapa?

Jawapannya, TIDAK.

Kacak dan cantik wajah seseorang itu memang ada kaitan dengan genetik,
tapi ada faktor lain memainkan peranannya juga.
Contohnya persekitaran.

Kalian fikir anak Beckham itu kacak semata-mata kerana ada ibubapa yang kacak dan cantik ke?

It's both nature AND nurture.
Semulajadinya (nature) mereka sudah ada genetik kacak,
namun mereka juga dijaga dengan persekitaran yang baik (nurture).

Tapi apa jadi kalau kita tidak memiliki genetik kacak?
Adakah penjagaan yang baik boleh memberikan kita kekacakan?

Jawapannya, SUDAH TENTU.
Kerana kekacakan dan kecantikan adalah subjektif.
Kacak pada anda mungkin tak kacak pada orang lain.
Cantik pada dia mungkin tak cantik pada aku.

Walaupun sains kata kecantikan bererti memilik wajah yang simetri
tapi ianya adalah definisi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu memberi definisi.



Bila bercakap tentang rupa wajah,
akan kedengaran satu frasa yang selalu orang bercinta gunakan,
"TERIMA SEADANYA"

Itu antara frasa yang aku tak suka selepas frasa 'JADI DIRI SENDIRI'.
Kenapa?

Kerana 'terima seadanya' itu seperti satu pengesahan kepada kelemahan.
Dan seolah-olah menolak kepada perubahan. Putus asa. Berserah.

Jangan ucapkan 'terima seadanya' jika ianya boleh diubah.

Bayangkan dua orang bercinta lelaki perempuan nak berkahwin.
Si perempuan kata dia jenis yang susah bangun pagi awal.
Si lelaki kata 'tak apa, saya terima awak seadanya'.
Sounds sweet, kan?

Rasanya seminggu dua lepas kahwin mungkin sweet lagi.
Kejut bini sebelah cuit-cuit hidung bisik-bisik madah cinta di telinga.
Bawa breakfast ke atas katil kekonon nak kasi surprise.
Kekonon terima isteri seadanya.
Tapi kalau dah 4-5 tahun kahwin,
dah anak dua pun masih lagi bangun pagi lambat,
rasanya si lelaki tu boleh tahan ke?
Sampai bila dia nak 'terima seadanya'?

Aku sendiri pernah jumpa pasangan bercinta masa di U dulu.
Kekonon 'terima seadanya' sebab si lelaki ni perut sedikit ke depan.
Tapi lepas seketika, si perempuan sibuk suruh si lelaki diet lah,
suruh pergi gym lah, makan supplement lah.
Kalau tak turun 1 kg seminggu tak nak keluar dating lah.

Mana 'terima seadanya' awak tu tadi?

Pada aku,
tak apa kalau frasa 'terima seadanya' itu digunakan bagi sesuatu yang kita tiada daya untuk ubah seperti contoh untuk pasangan yang kelainan upaya, ataupun genetically atau traumatically muka tak kacak/cantik.
Ianya bermaksud walaupun ada kekurangan,
itu bukanlah sesuatu yang besar yang boleh menggugat kasih sayang.

Namun,
pasangan zaman sekarang selalu guna frasa 'terima seadanya' itu
untuk justify sifat buruk diri sendiri tanpa niat untuk berubah.
Saya perokok, terimalah saya seadanya.
Saya tak pakai tudung, terimalah saya seadanya.
Saya pemalas, terimalah saya seadanya.
Saya kaki perempuan, maka terimalah saya seadanya.

Apakah nerakanya itu semua?
Bukankah semua itu boleh diubah, malah lebih baik kalau berubah?

Pada aku,
dari guna istilah 'terima seadanya',
baik tukar jadi 'terima sepenuhnya'.
Ianya memberi maksud lebih luas dan tidak mengkhususkan kepada satu titik masa sahaja.

'Terima sepenuhnya' lebih bermaksud tidak kira masa silam, masa kini, atau masa depan, jika ianya berubah atau tidak, ke arah lebih baik atau tidak, sepenuhnya akan diterima.



Hmmmm...
Aku merasakan yang aku sudah jauh tersimpang dari cerita asal.
Asalnya aku nak cerita yang masa kecil dulu aku rasa aku kacak.
Aku yakin aku kacak. Sangat yakin.

Tapi bila semakin dewasa,
realiti datang ketuk kepala aku dengan kuat.
Rupanya aku ni bukanlah sekacak yang aku sangka.
Aku selalu jadi pilihan ketiga, tak pernah pertama.

Tapi aku sedar,
disebabkan tak kacak, aku tak boleh jadi asshole.
Dah lah tak kacak, takkan perangai pula macam sphincter kot.

So, ya.
Kalau ada yang tanya
"Hidup tak kacak mesti sangat memeritkan, kan?"
Jawapannya
"Ya. Perit. Sangat perit."

**bergenang air mata mengenang kisah silam**







.


52 comments:

  1. first of all, boys yg kacak masa kecik akan jadi tak kacak dan boys yg tak kacak akan kacak bila besar. dah ramai yg sy saksikan. sorry C, wahahah!

    sometimes im wondering, pasangan yg tak kacak/cantik mampu produce anak yg mashaallah cantik! some say sbb mak dia 'kenan' bila tgok gmabr org cantik (nnt pregnant nk tatap gambar beautiful people tiap jam, wahahah).

    IDK, gen work in a mysterious way. kadang cantik tu dtg dr gabungan emak dan ayah. take me for example. kalau kulit ikut kulit emak mesti menawan, hahaha. tp apapun persyukur je C :)

    Oh, sebagai penyedap rasa. lelaki tak kacak selalunya end-up dpt pasangan yg lawa. emak ckp itu sebagai 'imbangan' supaya adil ;)

    beauty is in the eyes of the beholder. tak pernah face to face so im not sure whther u are exaggerating or mmg betul, hahaha not bad lah jd pilihan no.3 dr tak dipilih lngsg.

    P/s i love your hair

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Tapi...tapi....
      Masa kecik dulu perasan je kacak, tapi rasanya tak laa sekacak mana pun. Wahahahahahahahah

      Like I said (wrote) earlier, it's nature AND nurture.
      Rasanya secara fitrah semua bayi lahir comel, maka bimbingan dan jagaanlah yang bakal membentuk dia bila besar nanti sama ada cantik atau kacak. Hehehe

      Actually, Abah sy waktu sekarang tak laa kacak mana, tapi bila tunjuk gambar dia waktu muda, Mak kata muka Abah tu dikira kacak (pada zaman tu laa) ahahahah

      Hey, awk tak pernah face to face, tapi mcam mana boleh love my hair pulak?
      Hehehhee

      Delete
    2. Kat IG ada sipi2, jadilahhh.. wahahahah!

      Delete
    3. >Zyra Roxx

      Baru belanja sikit je dah suka dah...hehehehe

      Delete
    4. untungla Zyra pernah nampak cEro sipi2..jeles hakuu.. XP

      Delete
    5. >Lee-kun

      Nak tengok aku sipi-sipi follow laa IG @cerolian
      Hehehehe

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. oh sains ada define cantik eh? baru aku tahu.

    gene ni memang pelik. aku ada sorang kawan yang mashaAllah cantik (jadi model iklan pun) tapi bila tengok family dia yang lain, biasa-biasa je paras rupa. Sampai rasa anak angkat ke apa? Hahaha. Mungkin dia dapat right features from right parents haha.

    u always open my mind. betul lah apa kau cakap tu. terima seadanya padia kalau suruh ubah itu ini.

    kau cakap kau tak kacak kan? Ni aku ada satu cerita yang best untuk kau. Aku ada seorang yang aku kenal yang tak kacak (langsung) even dia sendiri mengaku dia macam beast. tapi isteri fuhhh cunn body cantik cakap lemah lembut tali gelamai cik kelipang payong. kalau hati kau baik, miss world pun boleh cair wooo.

    amacam termotivasi tak? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA vs BERON

      Kata sains, manusia akan tertarik dengan muka orang yang simetri, kalau muka dia dibahagi dua di tengah, ianya sama kiri dan kanan. Katanya laaa....

      Hahaha...pernah juga tahu pasal yg satu je cantik dlm keluarga tu. Memang ada jenis kalau kata anak angkat pun orang boleh caya...hahahaha

      'Beauty is in the eyes of the beholder' laa prinsip yang sentiasa dipegang dengan harapan satu hari nanti ada yang anggap aku ni kacak walaupun sebenarnya dah tahu dah kacak ke tidak...hahahahah

      Delete
  4. hahahha kelakar bila baca pasal abah cero.

    cero, perempuan time kecik (termasuk ina) memang lah dia rasa semua dia nak yang hensem. dapat pakwe hensem tu merupakan satu kejayaan yg gemilang la buat dia. biasalah, untuk bajet depan kwn, konon kata aku cantik sbb tu dapat pakwe hensem. sesuai lah dengan aku.

    but, bila dah besar sikit ni (:p),even ina ni dikatakan jauh lg lah nk melangkah alam prkhwinan, tp mesti lah ada terdetik nk fikir pasal future husband tu. ina rasa dah besar nnt, perempuan akan meletakkan rupa tu sebagai satu benda yang bukan asas. malah, rupa ni jd mcm satu pakej je. kalau dpt yg hensem, ok lah. tak dpt, x pe. yang penting personaliti & perwatakan kita.

    contoh kalau muka hensem gila mcm justin bieber, kalau perempuan tengok pun blh la lemah lutut, tapi dia jenis panas baran, kaki pukul prmpuan. confirm x de sape nak buat laki.

    tapi ina ada lah tertarik kat sorang kwn ina kt sekolah ni. seriously, muka dia mmg biasa sangat. tapi, dia seorang yg lemah lembut (bukan pondan), baik, pndg perempuan pun tunduk, selalu baca al-quran dlm kelas, fuhhh perempuan tgk bukan je nk buat boyfriend, tp nak buat laki terus.

    so, cero jangan sedih2. insyaallah kalau kacak tu tak tumbuh kat muka, mana tahu datang dr hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan komen ina atas sana. hahahhaa.

      dont worry, inshaALLAH akan ada someone yang akan terima diri cero sepenuhnya. family contohnya. hahahhaa.

      cantik/hensem memang subjektif, tapi cantik/hensem dalaman (hati) lebih baek dari luaran (rupa). so better kita improve hati daripada rupa :3 patut tukar cogan kata 'be yourself' kepada 'improve yourself' XD

      Delete
    2. Memang betul walaupun cantik dalaman lebih bernilai dari luaran, tapi appearance also main peranan cukup penting sebagai pembuka mata.
      Baik macam mana sekalipun, kalau luaran dia unapproachable, rasanya susah juga nak cari orang yang terima sepenuhnya. Hahahaha

      But alas, disebabkan cantik/kacak itu subjektif lah, jodoh jadi satu misteri yang tiada manusia dapat ramal, kan?
      Percaya pada kuasa Dia yang Maha Besar, kan?

      Delete
  5. fuh cero, aku kadang2 kompius ko ni biologiwan ke fizikiawan ke sasterawan?haha

    ReplyDelete
  6. Betul. Kecantikan dan kekacakkan itu satu benda yang sangat subjektif. Kadang tengok orang paras rupa biasa-biasa tapi ada benda lain yang sangat outstanding pun boleh buat rasa mereka cantik atau kacak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Kaaaaannn?
      Macam misteri sangat bila tengok orang tu macam tak laa kacak/cantik sangat tapi ada aura yang wow sangat menarik...hohohoh

      Delete
  7. Ya Tuhan
    Aku minat Andrew Garfield.

    Terkesan juga entri ni. hehe Terima Seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Spider-Man!!!
      Satu-satunya sebab aku pakai muka dia ianya dia pakwe Emma Stone.
      hahahaha

      Delete
    2. oooh, bukan sebab rambut dia ada semacam rambut hang ka cEro? :3

      Delete
    3. >plain83

      Kalau rambut aku pendek sikit, mungkin boleh jadi.
      Tapi rambut aku laa ni panjang (sikit), so tak berapa sama laa...hahahaha

      Delete
    4. Lol...takbleh move on dgn emma stone lagi... Dia mati dah kan. Hahaha...

      Tak payah buat wishlist physical appearance(termasuk suara) utk cari calon weh. Kau mengecilkan skop pencarian nanti. Jahaha..

      Delete
    5. >Bro Ley

      Hahahaha...sukati kau je dah mati.
      Dalam Amazing Spider-Man 2 memang laa dia mati, tapi tu Gwen Stacy.
      Hahahaha.
      Kalau kau tahu wishlist aku, mesti kau takkan cakap skop pencarian aku kecik. Hahaha

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Aku agak tersentap dgn entri ni hahaha
    ps: memula aku attach gambar ni, tapi sbb besar sgt jenuh org nk skrol bahagian komen letak link jelah
    http://s11.postimg.org/a98h6q3ab/soul.png

    ReplyDelete
    Replies
    1. >star

      Hahahahahaha...
      Plot twist sangat komik tu...Hahahahahah

      Kau patut biarkan je gambar tu kasi panjang ini entri. Hahahaha

      Delete
    2. kesian kat org yg baca pakai phone weh, haha pakai pc tahan lg.
      Ko jelah post bebila hehe.

      Delete
    3. ugly souls indeed. forever heartbroken la kalo camtu ;3

      Delete
  10. terimalah saya seadanya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amir Khalis

      Lain macam dah dengarnya tu...hahahaha

      Delete
  11. "terimalah saya sepenuhnya"

    kalau aku buat ayat mcm tu, mesti kena explain panjang.. aku suruh dia baca blog ko jelah hehehehheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Boleh je...hahahah
      Kalau tak faham juga, contact aku personally aku boleh explain panjang lebar sampai faham...hahahah

      Delete
  12. hahaha
    muka pixel
    kecik sangat kot resolusi gambar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Apa boleh buat. Masa lahir dulu TV HD mana ada lagi.
      Ada TV grainy noise je...hehehehe

      Delete
  13. Bagi aku, selagi aku belum boleh terima diri aku sebagai seorang yang cantik, dan selagi aku tidak mampu sayang diri aku seadanya, maka aku belum bersedia menyayangi orang lain seadanya. Pehhhh, madah gilaaaa hahahahahahaha
    The point is, bagi aku both man and woman does not need someone else telling them that they are beautiful/handsome, because they love themselves enough to appreciate that reality. Ok, skrg mcm self-loving pulak kan lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Kita manusia kan tak sempurna. So pada aku, nak cari pasangan cari yg melengkapi. Yg kurang pada kita dia ada, yg kurang pd dia kita ada. Tu yang bila berdua bersatu bergabung meletop boom tu...hahahaha

      Delete
    2. Aku rasa nak cari yg melengkapi tu susah kot. Biasanya lepas kahwin baru tahu. Pada aku sebelum kahwin, kena tgk cara dia berfikir, background family so kau boleh expect sikit2 behaviour dia. Kalau kau berkenan, dia la orangnya...hehe..

      Delete
    3. >Bro Ley

      Setuju bro. Sebab manusia ni boleh berubah. So dua-dua kena main peranan. Mungkin pd mulanya tak melengkapi, tapi kalau dua-dua boleh tolak ansur, aku rasa tak akan ada masalah punyo. Hehehe

      Delete
  14. Bagi aku, selagi aku belum boleh terima diri aku sebagai seorang yang cantik, dan selagi aku tidak mampu sayang diri aku seadanya, maka aku belum bersedia menyayangi orang lain seadanya. Pehhhh, madah gilaaaa hahahahahahaha
    The point is, bagi aku both man and woman does not need someone else telling them that they are beautiful/handsome, because they love themselves enough to appreciate that reality. Ok, skrg mcm self-loving pulak kan lol

    ReplyDelete
  15. muka piksel, kasi refinela bro, tukaq resolution..haaaa..

    Hmmmm, aku setuju teramat2 dgn entry ni, tang "terima sepenuhnya" instead of "terima seadanya."

    Bab genetik tuh, still a mystery.. Gene cantik2 kebanyakkan recessive tp ada jek mak bapak sikit punya x lawa, anak ya rabbi, chomey angat.. Ada melambak kooooottt..haaaa..

    Well, yg penting hati mau baik, insya-allah orang nampak ensem jek.. Ahaaa.. Aku plak, ensem jatuh no bape ntah, aku nak org tinggiiiii..ahaha.. Hang tinggi tak cEro? XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Kalau muka boleh tukar resolution macam tukar setting kat YuTiub, dah lama aku buat..hahahhaa

      Aku nak kata tinggi tak tinggi pon.
      Tinggi kau berapa?
      Agak-agak aku lagi tinggi ke atau kau tinggi lagi??
      Hehehe

      Delete
    2. Seb bek x bleh kan..haha..XP

      Tinggi aku 163.. So?
      Aku rs ko tinggila jugak, sikit tinggi jela drpd aku..hahaha..

      Delete
    3. >Lee-kun

      163? Bagi perempuan 163 tu kira tinggi laa, kan?
      Walaupun aku lagi tinggi dari tu, tapi bagi lelaki, tinggi aku ni kategori lelaki tak tinggi dan bukan idaman arr. Hehehe

      Delete
  16. Huhuhu, nasiblah aku pun tak hemsem jugak. Rambut aku pun kerinting macam nak Afro...
    Nak buat macam mana. But, walaupun aku tak hensem, aku still ade kelebihan yang tersendiri. Tak hemsem, tak bermakna tak boleh hidup ye dok...
    Sebab orang hemsem kadang kadang bukannya baik sangat, harap muka cantik, perangai macam hantu...
    Hohoho
    Apepun doakanlah hidup agar lebih bahagia, mana tau nanti jadi Hemsem tetiba!
    HAHAHAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >ToTheArk

      Takpe. Sejarah banyak buktikan yang tak hensem pun mampu dapat yang terbaik. Cuma mungkin kena usaha lebih sikit kot. Hahahaha

      Delete
  17. Ni pendapat saya. Maaf kalau tak setuju. Sebenarnya, cantik/kacak tu, diri sendiri yang tentukan. Contohnya, saya boleh rasa saya cantik walau satu dunia kata saya buruk. haha... Jangan biarkan orang lain yang tentukan kita ni cantik/kacak atau tidak. Kita sendiri tentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Betul sangat dah tu Amna.
      Rasanya semua orang akan setuju.
      Tapi masyarakat kita ni takkan terlepas dr menilai orang dr luaran.
      Mulut2 jahat tu yang selalu tarik balik self-esteem kita jatuh ke bawah.
      Padahal dah cukup cantik dah. Hehehe

      Delete
  18. Fuhh..terharu aku rasa tgk kau guna show/hide button tu. Haha..

    Betul2 aku setuju part yg terima seadanya tu patut tukar jadi terima sepenuhnya. Kalau asyik guna terima seadanya memang nampak macam xde usaha nak improve diri sendiri pulak.

    Btw, sayang diri kau sendiri dulu pastu baru boleh sayang org lain. Muka piksel pecah ke x, kalau kau dah mampu nak take care of someone's life, ada la nanti yg akan bersedia hidup dgn kau. Pehhh ayat aku... Muahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Terima kasih kepada kau yang mengajar. **tunduk hormat**

      'Terima seadanya' sepatutnya satu frasa yang sacred dan orang yg sebut itu betul2 maksudkannya, bukannya sekadar disebut sebab kedengaran cool dan romantik. Kan?

      Diri sendiri aku memang sayang. Tapi orang lain nak sayang diri aku tu aku kurang yakin sbb macam yg aku bgtau, aku banyak kekurangan. Hehe

      Delete
  19. "Kata sains, manusia akan tertarik dengan muka orang yang simetri, kalau muka dia dibahagi dua di tengah, ianya sama kiri dan kanan. Katanya laaa.." <-- part ni aku agak setuju. contoh muka org yang simetri (aku sebut muka petak) dan terbukti duduk dalam carta KACAK :

    [img]http://coolspotters.com/files/photos/1084277/ian-somerhalder-profile.png?1375142806[/img]

    dan aku setuju jugak dgn zyra :
    "sometimes im wondering, pasangan yg tak kacak/cantik mampu produce anak yg mashaallah cantik!"

    aku pon tak tawulah istilah 'kenan' memang betul-betul boleh jadi ke hape sbnrnye?? hahaha

    piksel ke tak piksel ke, kalau memang jodoh kita, inshaAllah somewhat or somehow nanti akan ada jugak INSAN SUCI MURNI yang redha menerima baik buruk tegak senget nye kita ni. tak gitu cEro? kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Hahaha...kacak sangat contoh yg kau bagi tu ana. Kasi laa yang oriental sikit, yg melayu sikit. Hahahahah

      Tak salah aku, kenan tu satu fenomena yg smpai sekarang, tak ada pembuktian saintifik tentang apa sebenar yg berlaku, tapi rasanya ianya ada, cuma tak terjelas dengan sains je...hehehe

      Setuju. Kalau dah muka pun tak berapa nak simetri, maka perangai tu biar laa elok dipandang sikit. Kalau muka tak elok, perangai tak elok, jangan pulak nak salahkan jodoh bila tak sampai...hehehe

      Delete
  20. ok aku bagi yang melayu lah kalo cenggitu kikiki
    [img]http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.107949!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg[/img]

    ni si aeril zafrel ni. pada aku dia ni pun sejenis kategori 'muka petak' & duduk dlm carta kacak gak nih hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      You know what, ada org kata muka aku ada sikit-sikit macam Aeril ni, jadi kiranya aku ni pun kacak jugak laa kan?
      **masuk bakul angkat sendiri**
      Hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License