Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 31, 2014

Memori Silam Meresap Malam.


Hello buLan,

Biar saya beritahu sesuatu.
Saya selalu ingin bertanyakan khabar awak di sana,
tapi saya tidak pasti bagaimana.
Apa yang saya pasti ialah awak akan sentiasa disayangi.
Awak memang begitu.
Awak sentiasa membuatkan orang yang melihat awak akan menyayangi.
Naluri azali mereka akan melindungi.
Mereka akan tenang dengan awak.
You are lovable.
It's, somewhat, like a superpower you possessed.

If you ask how am I doing, I'm just okay.

2014 sudah menjadi sejarah.
Walaupun saya mulakan tahun itu dengan semangat yang berkobar-kobar,
tapi tetap ianya bukanlah tahun untuk saya.
Saya masih di takuk lama.
Takuk yang semakin hari semakin selesa walau bagaimanapun badai melanda di sekitarnya.
Takuk yang semakin lama semakin dalam saya gali.
Semakin lama semakin tinggi untuk saya daki.
Saya sedar tentangnya.
Selagi saya di sini, selagi itu saya tidak dapat pergi.
Pergi mencari sesuatu erti yang bakal memandu diri.

Even a Sandshrew will eventually evolve to Sandslash,
but Sandslash curls up into a spiny ball when threatened.
Should I curl too?

Tapi dalam tahun itu saya ada buat satu keputusan.
Keputusan yang selama ini saya was-was untuk putuskan.
Saya berhasrat mahu sambung pelajaran.
Sesuatu yang baru, atau sesuatu yang lebih maju,
itu saya akan perincikan kemudian.

It will be hard.
Tapi itu keputusan saya. Saya lelaki.
Dan lelaki tidak akan tarik kata-kata sendiri.

Seperti ada pemberat yang menjadi sauh cangkuk menghalang saya ke depan.
Adakah pemberat itu memori kita yang tersimpan?
Ya, memori kita.
Tapi ianya bukan pemberat. Ianya penguat.
Saya pasti amat.

Keluarga sudah bertanya tentang jodoh.
Saya tergelak kerana di alam sejajar yang lain, kita mungkin sedang bersama.
Tapi itu tidak berlaku di realiti ini.
Saya bodoh. Hodoh.
Dalam realiti ini, jodoh tidak pernah menjadi kerisauan.
Namun, jam biologi tidak pernah menunggu si tuan.
Satu hari satu masa saya tetap kena fikirkan.
Mungkin masanya ialah sekarang?
Mungkin juga masanya tidak akan datang?

Soalannya,
bagaimana mahu berdua jika yang pertama tidak terjaga?

Hidup ini seperti berlegar dalam gelung moebius tanpa kesudahan.
Ianya tidak teruk, tapi juga pastinya tidak bagus.
Tiada jalan keluar. Bagaimana?

Mungkin selama pra-2015 ini saya terlalu fokus pada diri.
Mungkin untuk pasca-2014, saya perlu lebih membahagiakan orang lain dengan harapan kebahagiaan kembali berbalik kepada sendiri.
Seperti bulan yang malar dalam keadaan jatuh ke bumi namun masih tidak mencecah tanah, tapi dalam usahanya mengejar batu ketiga itu masih mampu memantulkan cahaya bola suria pada malam yang indah dan berseri.

Gelaklah.
Aku sedang bercakap dengan bulan.
Kerana seperti bulan, aku juga begitu.
Satu sisi sentiasa menghadap.
Satu sisi lagi sentiasa bergelap.





.


38 comments:

  1. Aku pun selalu jugak berfikir time-time nak tido. Nak pergi duduk luar tengok bulan, takut kena kacau dengan 'Mr HanTwo' pulak....
    Aku pun macam kau ceroboh, cuma lebih muda....
    Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti, tu cEro lah, bukan ceroboh...
      Sorry, bro.....

      Delete
    2. @Anonymous
      Dari kena kacau dgn Mr. HanTwo, aku lagi takut kena kacau dgn manusia...hehehe
      btw, tergelak aku baca 'ceroboh'...hahaha

      Delete
    3. Keyboard aku buat hal ni...

      Delete
  2. deep dan jiwang.

    tetiba rasa sayu lak baca, relaks bro, tapi tang sambung pelajaran, gua support lu dari belakang, go go cayyok!


    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Tang nak sambung pelajaran tu mmg payah ooo...
      Maybe tahun ni pon tak tentu dpat lagi...

      Delete
  3. kalau bulan boleh jawab, bagi aku mungkin dia akan jawab mcm ni kot:
    do what you think is right, not what you think is easy. so, silamat berjaya kepada anda untuk tahun depan!! yeayy!!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Thanks.
      Kalau semudah tu tak apa. Kadang2 apa yg right tak semestinya yg terbaik, even utk kita apatah lagi utk org lain...

      Delete
    2. Kalau dugaan lain macam tu mak aku selalu kata betul dah tu, sbb tu dugaan dia serupa itu beratnya dan banyaknya kerana ganjarannya lebih lebih lagi. Amboi, bukan main aku ckp nii hahahaha

      Delete
    3. @mashy_entah
      Hahaha...setuju sangat. Mesti ada sesuatu yg menunggu kita di hujung dugaan :)

      Delete
    4. to masy_entah

      Nak copy ayat "do what you think is right, not what you think is easy" tq

      Delete
  4. bila cEro berjiwang... muehehehe
    kalau aku jd bulan aku ckp. buat jelah apa kau nak buat, aku tetap meggerutu di sini :O


    cantiknya lukisan conteng-conteng. loikes!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Alaa...hujung2 tahun nak merasa jiwang sikit apa salahnye...hehehe
      Thanks btw.

      Delete
  5. lempar je memori silam yang tak best tu jauh2, tapi ambillah pengajarannya utk mulakan yang baru, make it good ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Nak lempar jauh-jauh tu bukan senang, sbb memori ni macam boomerang. Bila lempar, ia akan datang balik, kadang2 lagi teruk kena hentam....
      So, cara aku, aku akan embraced them. Simpan boomerang tu kejap-kejap...hehehe

      Delete
  6. jarang2 cero post entry berat. moga segala keputusan yg kau amek, memberi imak positif pada diri sendiri jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Sekali sekala berat. Hehehe. Lepas juga rasa di hati ni, kan?

      Delete
    2. hesh "imak" pulak dah. dah mcm mencarut lak bunyiknye haha
      ekceli nak taip 'impak' =D

      Delete
    3. @anamizu
      Hahaha...tu laa psal...
      terkejut jugak bila terbaca 'imak' tu...heheh

      Delete
    4. silap yg sedikit gitu pon blh bg mcm2 tafsiran:

      'imak' blh jadi -- 'Jimak'
      'imak' blh jadi -- 'Kimak' (opppssss =P)

      pd hal nak ckp IMPAK hahaha

      Delete
  7. 3 entry berderet memberi penampakan lirik lagu.
    next will be? "Kenangan bersama tersimpan selamanya" ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hahaha...perasan ek?
      Next entry? Maybe...maybe...we'll see...hehehe

      Delete
    2. I used to like this song back then... hahaha, catchy gitu ;3

      Delete
    3. memula x perasan pon. tp bila baca 3 entry tu terus TERmenyanyi.
      tu yg aku terus rasa ada penampakan lirik lagu kat situ kikiki =D

      Delete
  8. Lirik lagu --> "Betulkan sy kalo ini lirik lagu" hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Yana
      Betul laa tu...
      Sesaje je sebab tak tau nak taruk tajuk ape...hehehe

      Delete
  9. sekali sekala.. kata orang Ganu, layang pale lu!


    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      Kan? Kan? Kan?
      Layan sekali sekala kepala ni ape salahnya, kan?

      Delete
  10. wow.. cero. kdg2 terasa kita ni ada jenis pemikiran yg sama. Teruskan menulis mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gadis Misteri
      Thanks Amna...
      Aku pon kadang2 rasa pemikiran kita agak sama :)

      Delete
  11. Bero cero bero cero. Sedapnya ayat. Macam puisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @alyn (:
      Thanks
      Dulu ada berangan kekonon nak tulis sajak dan puisi,
      tapi apakan daya, ilmu tak cukup di dada :)

      Delete
    2. Jadi penulis puisi bebas pun dah cukup. Untung2 ada rezeki, mana tahu boleh masuk kat buku indie, macam fixi. Cukup lah as starter pun (:

      Delete
    3. @alyn (:
      Hehehe...sekali sekala boleh laa tulis. Tapi kalau nak tulis selalu, kontang jugak idea nanti...hehehe

      Delete
  12. Bercakap dengan bulan. Suka rhyme ayat2 ko bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Terima kasih, Budak.
      Memang best cakap dengan bulan sebab kadang-kadang bila cakap dengan orang, diorang menghukum :)

      Delete
  13. Ok. Puitis. Jiwang. Sensitif. Sensible. Apa kes awek takde ni? Sebab dorang nampak cEro cakap dengan bulan kottt..hehe....

    Btw, study tu sebenarnya tak susah langsung. Nak dapat A, result gempak and kewangan je yang buat orang serabut taugeh. This is my minion, i mean opinion. (^,^) Nice blog! Nasib baik jumpa sekarang... kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Juz Haira
      Hehehe..apa boleh buat, awek cari muka hensem je. Yang tak berapa macam saya ni siapa yg pandang...hahaha

      Mmg betul. Setuju sangat.
      Part kewangan tu mmg cabaran terbesar sbb kadang2 bukan dlm kawalan kita. Part study dan setido tu boleh kawal lagi...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License