Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 2, 2012

Kawan Yang Sebegitu.




Kawan.
Semua ada kawan.
Rapat atau tidak, itu hal lain,
tapi secara zahirnya, semua ada kawan.

Tapi kawan yang macam mana kita betul-betul perlukan?

Sesetengah orang perlukan kawan yang baik.
Kawan yang di mana, bila kita berada di lembah kegelapan,
dia akan cuba sedaya upaya mengangkat kita kembali ke permukaan yang cerah.
Kawan di mana, bila kita sedih,
dia akan cuba membuatkan kita selesa.
Kawan di mana, bila kita kemurungan,
dia akan berkata "hang in there" atau sesuatu seperti "semua yang berlaku ada hikmahnya" atau seseuatu seperti "just be yourself".

Aku ada ramai kawan sebegitu.
Terlalu ramai yang sebegitu sampaikan aku tidak tahu beza yang mana ikhlas dan yang mana hanya sekadar mahu memenuhi syarat kontrak sosial di mana dia perlu dilihat sebagai seseorang yang baik sedangkan dalamnya tidak peduli.

Tidak.
Aku tidak persoalkan keikhlasan kawan-kawan aku.
Aku persoalkan kemampuan aku untuk mempercayai keikhlasan mereka.
Aku yang salah.
Dan jika yang baca ini adalah salah satu dari mereka,
aku minta maaf.

Dan ya.
Aku sedang berada di lembah kegelapan kehidupan di mana aku persoalkan setiap perbuatan aku.
Aku sekarang sangat negatif sehinggakan aku merasakan diri ini tidak berguna.
Aku seorang yang gagal.
Jika hidup ini roda, aku berada di bahagian bawahnya.
Jika hidup ini roller coaster, kau sedang menerima daya tujahan ke bawah sehingga 6G.
Aku dalam depresi.

Memang banyak yang mahu membantu.
Tapi aku tidak mahukan seseorang yang akan berkata
"Bertahanlah"
"Jangan putus asa"
"Bangkit!"
Aku perlukan seseorang yang bila nampak aku sedang merejam kepala di dalam kolam air,
dia akan datang dekat, dan dengan kedua belah tangannya akan menekap kepala aku lalu merejamnya lebih dalam sehinggakan aku hampir lemas dan di ambang kematian lalu dia menggenggam rambut aku dan menariknya ke atas dan berkata kepada aku,
"Bagaimana rasa hampir mati? Menakutkan bukan? Apa kata buat sesuatu seperti berubah dari takuk lama dan cuba mengelak dari mengalami perasaan hampir mati tersebut lagi dengan usaha dan keupayaan sendiri."

Harap kalian faham.

Malangnya, aku tiada kawan sebegitu.

Aku tak mahu orang berkata kepada aku
"Just be yourself"
kerana pada aku, kata-kata itu hanya untuk orang yang sudah berpuas hati dengan apa yang diperolehinya dan berkeputusan untuk tidak mencuba lebih baik.
"Just be yourself" adalah sama seperti "Don't do anything to improve!"

Jika purata manusia hidup sehingga berumur 60 tahun,
maka aku sekarang belum pun lagi mencapai separuh dari jangka hayat.
Dengan itu, aku masih berpeluang besar untuk bertemu dengan seorang kawan yang sebegitu..
Seorang kawan yang tidak meninggalkan aku ketika aku jatuh.
Seorang kawan yang bagi aku peluang untuk merasa sakit dan perit kegagalan dan kemudian menyokong aku untuk bangkit menuju kejayaan.
Seorang kawan yang berkata pada aku
"Kalau kau nak terjun gaung, silakan. Tapi pastikan kau naik balik dan bernafas dengan kepuasan dan senyuman."
Dan seumur hidup aku, aku akan mencari kawan yang sebegitu.

Aku akan kembali dengan semangat baru.
InsyaAllah.
Sila beri aku masa...

postquam-scriptum:
Sorry for the negative vibe in this post.
.


18 comments:

  1. ak x thu pa prob ko...harap ko akn jmpa frend mcm tue t..hidup ko mugkin tngh pahit, tp mnis tu akn tba.. ak pown penah depress b'bulan2,but now tuhan bg idow ak sngt bhgia, smpy ak tkut ak x dpat hdapi klu ada ujian muncul tetiba

    ReplyDelete
  2. ak x thu pa prob ko...harap ko akn jmpa frend mcm tue t..hidup ko mugkin tngh pahit, tp mnis tu akn tba.. ak pown penah depress b'bulan2,but now tuhan bg idow ak sngt bhgia, smpy ak tkut ak x dpat hdapi klu ada ujian muncul tetiba

    ReplyDelete
  3. semakin aku jauh ni, aku semakin kehilangan kawan-kawan aku..
    miss my good old days

    ReplyDelete
  4. Dude I don't know wut your prob is, but whatever happens don't try to kill yourself...ada yg bernasib jauh lbih malang dari kau, bersyukur dgn apa yg Allah s.w.t bagi dan teruskan hidup dgn terus berusaha. Jgn harapkan pertolongan dari org lain kalo diri sendiri tidak ada keinginan utk menolong diri kau sendiri. Kalau jatuh try bangun sendiri dulu, kalau x berdaya jugak minta doa kat Allah, yakin dgn kuasa Allah s.w.t. Even though I don't know you, but aku harap semangat kau pulih before you get any stupid ideas whispered by the devils.

    ReplyDelete
  5. Adakah manusia menyangka mereka dibiarkan begitu saja berkata, "Sesungguhnya kami telah beriman." Padahal mereka belum diuji? (29 : 2)
    ...Allah xkan mengubah nasib sst kaum sebelum mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri. (13 : 11)

    cakap siapa lagi kita nak dengar kalau Sang Pencipta sendiri suruh kita berubah ke arah positif?

    kalau aku nampak org yg cuba benamkan muka dalam air, aku just pergi belakang org tu n sepak kuat2.. biar tenggelam terus 1 badan org tu dalam air. ye la, setakat benamkan muka apa la sangat? x thrill langsung. n aku xkan basahkan badan aku utk org camni.. sebab fikiran dorang ni dah terlebih advance. x selevel dgn pemikiran aku.
    but, if my friends want someone to listen to their miserable life stories, well I'll be there.. to lend my ears for them.

    maaf kalau terasa hati dgn tulisan aku. aku kenal kau pon thru ur blog. so, I'm not qualified to make any pre-judgement.
    but one thing I'm qualified enough to say.. "bila nak sambung citer Vorteks? lama kot terbengkalai.." hahaha~

    ReplyDelete
  6. awak, tatkala saya membaca entri ini, saya terfikir tentang kawan saya. saya telah kehilangannya secara tidak langsung. kami telah hilang kemesraan hilang erti persahabatan. saya hormati perbezaan kami, saya hormati pilihan hidupnya. tapi perlukah saya hormati penipuan dia pada saya? saya mahu mencoret lakaran hati saya di entri, tapi apa ygterlintas saya bimbang hbgn kami bertambah teruk. apakan daya saya hanya boleh terus meletakkan hormat pd hubungan yg bila2 masa boleh jadi rapuh. saya tidak mahu kembali untuk hanya mendengar kepalsuan .... terima kasih, entri ini benar2 menyedarkan saya.

    ReplyDelete

  7. “Some people never go crazy. What truly horrible lives they must lead.”
    ― Charles Bukowski ...Kau tengah berada di puncak hyper fun..tgh anti climaks..takpe..take ur time ...Have fun...

    ReplyDelete
  8. Daripada entri-entri yg aku dah baca, aku rasa taklah teruk sangat. Kira menarik jugalah hidup kau ni. Tapi bagi aku pulak aku rasa hidup aku lagi kurang menarik daripada kau. Mungkin itu juga hanya tanggapan aku. Aku percaya.. ada orang lain yg prjalanan hidupnya lebih teruk dari aku atau engkau atau sesiapa saja.
    Hmm.. macam kau, aku pun ada 1001 macam perasaan aku nk cerita kalau aku ada blog. Tapi kalau ada blog sekalipun aku rasa semua perasaan tu susah nak diluahkan jd blog berhantu kot. Apa yg termampu hanya termenung memikirkan nasib, ingat balik memori suka duka yg dah lepas, tak pun bercakap dalam hati sendiri. Aku ada kawan tapi tak selalu diorang ada lepak dengan aku utk aku lepaskan rasa yg terbuku macam getah beku. Teringin juga nak tambah kawan tapi macam tak ada orang perasan pulak kewujudan aku ni. Akhirnya jadi la aku seorang pendiam dan bersendirian. Aku juga harap ada la teman istimewa (awek) yg dapat aku kongsikan suka duka satu hari nanti (hehe..). Sakit!! bila hidup rasa sunyi ni. Entahlah, sampai bila pun tak tahu..

    ...cukuplah aku mengarut di situ, bukan ada orang kenal aku pun...

    ReplyDelete
  9. Kita sukar jmp kwn yg sbgitu sbb kebiasaannya kita sendiri pon cuba menyelesakn prhbgun atr kita dan kwn kita..kita biasanya x sggp tgk kwn kita dan cuba tlg..jarang jmp org yg sggup biarkn kwn sdiri jtuh teruk..cara ko citer ni teringat komik ni..baca la.. :) http://mangafox.me/manga/denpa_kyoushi/

    p/s: aku pon dlm depresi skg..depresi dgn pilihan sendiri..teruk kan?

    ReplyDelete
  10. kalau awak fikir hidup awak teruk sangat, awak kena tahu bahawa ada lagi orang hidupnya lagi teruk dan susah, yang penting sentiasa bersyukur dengan ape yang kita ada sekarang, pernah alamai perasaan macam tu, memg amik masa untuk pulih, tapi kena ingat dalam dunia ne ada orang sayang kita, lakukan terbaik untuk org tersayang, berfikiran positif, dan mengadu pada-NYA

    ReplyDelete
  11. kawan? ntah lah. aku belum pasti aku dah jumpa kawan yang betul betul kawan. aku rasa macam serik nak rapat dengan orang. rapat dan renggang. aku sedih.walau ape pun masalah kita, cuba bersabar. ye cero. semua orang ada masalah. kecik atau besar. setiap yang hidup pasti akan ada dugaannya. sabar ye cero

    ReplyDelete
  12. jom jom, lepak!

    tinggalkan sekejap depresi ko tu.

    ReplyDelete
  13. mmg susah nk carik kawan yg boleh serasi bersama ;)

    ReplyDelete
  14. @lemontea291
    harap2 macam tu laa..
    tak suka depress2 mcam ni..hehehe

    @norinaomar
    Kan?
    Kawan2 macam makin kurang bila hari bertambah..

    @plain83
    betul, terima kasih..
    tapi aku pun tak laa smpai tahap nak bunuh diri..ada lagi iman ni kot walaupun sikit..hehehe

    @Haris Khairuddin
    Macam ini yg aku maksudkan dlm entri ni..
    Kalau ada kawan sebaik mana pun, tapi kalo diri sendir tak nak berubah, memang tak kemana, kan?
    Thanks for reminding..

    @Leeza dayasari [santai leeza]
    Istilah kawan itu luas.
    Mungkin itu bukan kawan 'baik' seperti yg disangkakan..
    Tak apa, asalkan kita tak ada masalah, semua boleh jadi kawan..
    Tapi bila kawan mula meminggirkan, kalo boleh, cubalah utkmenerima seadanya..kan?
    Kita sama, cuba cara kita agak sedikit berbeza..

    @PoP-Soul
    Katanya, masa merawat segala luka..
    Tapi berapa banyak masa yg diperlukan utk merawat luka di hati?

    @Anonymous
    Bro, cuba buat blog..
    Aku buat blog pun sbb aku rasa ada perkara yg kita tak boleh kongsi dgn kenalan, tp boleh kongsi dgn org ketiga yg tak dikenali mcam pembaca blog..
    Sangat membantu, walaupun kdg2 masalah tak selesai, tapi semuanya akan terasa lebih...ringan bebannya..

    @Miss Comot
    Depresi itu kadang2 perlu..
    Ia sbagai tanda amaran bahawa kita mungkin akan membawa diri kita ke arah yg lebih baik atau sebaliknya..
    Kawan (yg baik) pula, akan menyokong kita tak kira apa asalkan hasilnya adalah yg terbaik utk kita..
    Kita patut jadi best fren, comot..hehehe

    @4218769415775896381.0
    Betul. Walaupun ada yg lagi teruk, tapi teruk tu sudah memadai utk kita kembali fikir dan kenang apa dan di mana kita pernah buat silap sehingga semuanya jadi sebegini rupa, kan?

    @kata kila
    Kawan itu banyak. Tapi, bak kata ko, mana satu yg betul2 kawan.. Kadang2, masalah kecik kalo kongsi dgn kawan yg betul, boleh selesai, tapi kalo kongsi dgn kawan yg salah, boleh berkecai...

    @~* chirpy_chummy *~
    Banyak kali dah rancang nak lepak, kan?
    Tapi tak jadi2 pon..hahaha

    @Jna marcello
    Betul. Jadi kepada siapa yg ada tu, sila laa jaga kawan itu baik2 supaya ianya tak hilang..

    ReplyDelete
  15. kekadang aku rindukan juga masa lalu..aku ada seorang teman rapat dulu..yg sentiasa mendengar masalah aku yg tah hape2, yg akan bawak aku jalan2 kalau aku stress or gaduh ngan pakwe,tp yg pasti, hubungan itu bukan cinta..tapi lebih kepada ambil berat dan setia kpd sahabatnya..

    aku rindukan dia yg mengambil berat, yg tak plastik, yg akan tegur aku kalau aku buat salah..

    tapi bila usia meningkat, kesibukan kerja dan tanggungjawab keluarga menyebabkan kemesraan itu kian menjarak..

    aku mahu tautkan hubungan itu semula, tapi dalam erti kata yg berbeza..

    kau jangan stress sgt ye..kekadang ada je org anggap musuh tu sbg sahabat..kalau musuh leh jadi sahabat kau, tak mustahil akan ada juga sahabat kau dari orang yg kau tak kenal..

    ^_^y

    ReplyDelete
  16. @Amalena Akhyar
    dear Mel,
    bagi aku yg tak ramai kawan, dan tak ada pon yg rapat,
    setiap kawan yg aku ada sgt laa berharga pada aku..

    Pada aku, kawan adalah selamanya.
    Even isteri/suami boleh ditukar, tp kawan yg baik, sekali berkawan, selamanya terikat..

    Masih belum terlambat utk mulakan semula tali persahabatan itu, kan?

    ReplyDelete
  17. @cEro
    aku paham sebenarnya apa yang kau nak sampaikan dalam entri ni.. sebab tu aku bagi 2 ayat al-qur'an tu. yang selebihnya tu aku saje nak kasik bunga2 je. biasa la, tulis pon pakai bunga2 jugak. huhu..
    aku xde la sampai nak buat camtu kat kawan aku. hanya sekadar menjadi pendengar setia masalah dorang buleh la... kot. ;D


    * so... dah puas benam muka dalam air? ;p

    ReplyDelete
  18. @Haris Khairuddin
    Haha, dah puas..
    Walaupun merefleks diri sepatutnya tidak akan pernah berakhir, tapi untuk kali ni, aku decide utk lihat berapa jauh aku boleh bertahan...heheh

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License