Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 28, 2012

Adakah Ini Pengakhirannya?


Isnin lalu aku dimasukkan ke dalam hospital atas sebab-sebab tertentu.
Malam pertama keseorangan di hospital,
aku dapat panggilan antarabangsa, jauh,
sejauh 6 jam putaran Bumi.

Panggilan dari seorang lelaki.
Seseorang yang aku kenali.
Seseorang yang aku hormati.

Setelah sesi bertanya khabar,
dan aku tak beritahu pun aku sedang dalam hospital,
lelaki di hujung talian itu memberitahu khabar utama.

"Sebenarnya,
adik aku akan bertunang hari jumaat ni.
Itu pilihan Abah.
Maafkan aku, ya."

Sebenarnya ayat dia lagi panjang.
Tapi aku ringkaskan kerana mata aku mula bergenang.



Perasaan aku?

Suka atau tidak,
aku dah jangka perkara sebegini akan berlaku.
Ianya hanya bergantung kepada masa.
Dan masanya,
adalah sekarang.

Sedih? Ya.
Gembira? Ya.

Sedih kerana aku tiada dalam equation.
Gembira kerana akhirnya jawapannya ada dan nyata.
Betul kata seorang kawan,
"Physical pain is much better than emotional pain."

Apa patut aku buat?
Kalau aku putera raja, aku akan datang terjah dengan menunggang kuda putih.
Membantah dan membawa pergi si puteri idaman hati.
Namun,
aku hanyalah seorang pemuda yang terlantar di atas katil putih.
Berteman dinding putih.
Sekali-sekala disapa pahlawan berjubah putih.
Aku bukan putera,
apatah lagi mengangankan kehidupan seperti di dalam buku kisah dongeng kanak-kanak perempuan.

Satu aku kesalkan.
Kenapa datang berita dari mulut seorang abang?
Kenapa bukan dari mulut si punya diri?
Aku mahu tahu, adakah dia redha dengan keputusan ini?
Adakah dia tahu semuanya diatur demi masa depan diri?
Adakah termenung ke luar tingkap dan masih menatap bulan yang sama dengan aku di sini?

Ya.
Aku kecewa.
Kecewa dengan diri kerana akhirnya aku masih seorang pengecut.
Pengecut yang hanya tahu menggenggam cadar menahan sebak
dan menghentam picu papan kunci mengadu dalam laman yang majoritinya tidak mengambil kisah dengan apa yang diluahkan.
Aku kecewa.
Akhirnya, aku masih seorang pengecut.
Akhirnya,
seperti aku pernah perkatakan,
semuanya hanyalah kenangan manis zaman muda
yang hanya boleh aku ceritakan kepada generasi bawahku satu hari nanti dalam nada kesal.

"Cu,
dulu Atuk pernah jumpa seorang pencuri hati...."


Adakah ini pengakhirannya?
Adakah begini pengakhirannya?


postquam-scriptum:
Rahsia hanyalah untuk orang yang berfikir.
Kadang-kadang,
kegelapan lebih menjelaskan dari kebenaran.


.


24 comments:

  1. abis raya haji ni ko beraya kat spital la eh?? kesian.. muahaha. ;p
    (ni dah updet blog kira dah kuar spital la kan?? so.. welkambek.)


    "Tiada perpisahan dalam persahabatan walau maut menjadi noktahnya, kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya biarpun tanpa bayangnya." (cik anon)
    (kalau x mampu jadi pasangan hidupnya, jadilah sorang sahabat sejati.. yg sentiasa doakan kebahagiaan sahabatnya. itu lagi best.)


    insya Allah ko akan jumpa yg lagi baik pasni. (abis dah ko jual mahal sangat dulu. pasni kalau jumpa yg betul2 serasi jangan teragak2 lagi. kalau takut pilihan salah, tanya pada Sang Pencipta. insya Allah..)

    ReplyDelete
  2. saye setuju dgn komen yg diatas...uhhuhuhu

    ReplyDelete
  3. kalau ada jodoh, tidak kemana cero. jangan berduka. mohon bertabah.

    p/s: get well soon bro cero! :)

    ReplyDelete
  4. ._.

    after a long period, akhirnya, ada juga berita tentang gadis kasut converse.


    bertabahlah. xde orang akan kata tak sakit, bila berada pada keadaan begitu. take ur time.

    get well soon,bro.

    ReplyDelete
  5. betul la kata kawan kau tu... aku penah rasa. sakit fizikal tak sesakit emosi.

    ReplyDelete
  6. aku memahamimu cero..the deep pain feeling

    ReplyDelete
  7. sakit tak sakit hanya orang yang mengalaminya tahu.

    Aku faham. Sebab aku pernah rasa.

    ReplyDelete
  8. sakit yg mmg SAKIT.tp kena yakin bro,insyaAllah perancangan DIA lg baik.. ada KEINDAHAN menanti kat dpn sana --




    slm kenal,
    anamizu

    ReplyDelete
  9. sedih... ;'(
    tapi kalau aku cakap mcm ni, sure takkan melegakan hati kau jugak.

    tapi, tabahlah ok!

    ReplyDelete
  10. Mungkin inilah yang terbaik..
    dlu ko x brani trime die sbb darjat..
    mgkin ini terbaik utk ko n utk die..
    prkara darjat ni sgt rumit dan membebankn..
    malah ini juga mungkin bkn pgakhiran..mgkin satu permulaan..
    b strong ok!!!
    Allah know the best..just follow the flow..stiap yg brlaku de hikmahnya.. :)

    ReplyDelete
  11. bersyukurlah sekurang2nya kau tahu kabar beritanya.. aku pun rindu nak dgr cite psl L lg..
    semua yg berlaku ada hikmahnya..semua org pun akan cakap macam tu..
    tp bg aku..laluilah kepedihan hari ini dengan segala kenangan dan air mata..semoga esok kau akan jadi lebih tabah dan bersyukur dengan kepedihan itu..ini lembaran hidup kau..satu hari ianya akan menjadi sejarah terindah utk kau kenangi..

    ReplyDelete
  12. sakit hape.. semoga cepat sembuh eh... kalo die bukan jodoh awak, insyallah ada jodoh yg lagi baik dr dia...

    ReplyDelete
  13. "Physical pain is much better than emotional pain."


    Aku pun nak ingatkan diri sendiri, hanya hati yang kuat akan diberi rasa sakit tu, Allah Maha Mengetahui. ;)


    Aku faham rasa sakit tu. Kalau kau rasa kenangan manis tu dapat kurangkan rasa sakit tu sikit demi sedikit, teruskan jaga kenangan tu. Allah ada sesuatu yang baik untuk hamba-hambaNya.

    ReplyDelete
  14. hang sakit apa ni cEro?

    inilah kehidupan, kalau takde kenangan hidup kita kosong, membosankan. bertambah lagi satu koleksi kisah zaman muda kau yg boleh diceritakan nanti pada cucu kan. :)

    ReplyDelete
  15. moga cepat sembuh. masa akan mengubat duka insyaAllah.

    ReplyDelete
  16. http://cerolian.blogspot.com/2012/10/kawan-yang-sebegitu.html?m=1 hanya ini mampu kuperingatkan.... harungilah~~~~~

    ReplyDelete
  17. salam cero...
    ini cerita si gadis kasut converse kan?

    aku sgt tggu cerita ni...
    mungkin ini pengakhiran yg tebaik..
    kadang2 ape yg kite nak dlm hidup kite ..kite rse itulah yg terbaik dan boleh membahagiakan..tp sebenarnye tak...Allah dah ade sediakan sesuatu yg jaaaauh lebih baik...

    aku rse nak nangis lak bace entry ni..haha..benci tol teremosi same ngan si penulis..seolah-olah aku pon rse sakit perit pedih tu dalam sgt2...huu..

    kau jage diri k kat sane...
    igt x dlu aku request nak borak personally ngan kau..i mean chatting la..hee..now aku dah kat malaysia..n aku tau kau pon tau...

    boleh add aku kat YM kat camior_choc...then kite boleh borak2...=)

    nak tau kau sakit ape hero?

    ReplyDelete
  18. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa time tu pahit sangat2 nak telan..

    ReplyDelete
  19. cero, pegi mane?
    dah seminggu x update :(

    jom pegi jogim?

    ReplyDelete
  20. Aku harap kau baik² je bro.. ;)

    ReplyDelete
  21. hello tuan tanah? lama menyepi. idop lagi x? citer vortex bila nak sambung..??? hoho.. ;p

    ReplyDelete
  22. bad ending. make effort. do something!

    ReplyDelete
  23. takkan begini akhirnya kisah si gadis kasut converse? tidakkk cero

    ReplyDelete
  24. takkan sampai disini sahaja?

    semoga berjaya ;)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License