Tahu tak apa perkara yang semua orang perlukan?
Perubahan.
Sama ada ke hadapan,
atau ke belakang,
perubahan sentiasa diperlukan bagi setiap individu.
Bukan untuk menjadi individu 'lain',
tapi menjadi individu yang lebih baik.
Kita selalu memikirkan berapa banyak perubahan seseorang mampu lakukan ke atas dunia.
Kita menilai diri sendiri,
mempersoal sama ada kita mempunyai kapasiti sebagai seorang wira dan menyebar keunggulan.
Tetapi kebenarannya,
setiap kali kita mengambil sesuatu tindakan,
kita akan menghasilkan impak.
Setiap satu perkara yang kita lakukan
akan meninggalkan kesan kepada orang sekeliling.
Setiap pilihan yang kita buat
akan menghasilkan gelombang lalu keluar ke dunia luar.
Sekelumit perlakuan baik yang kita sebarkan
akan mencipta satu reaksi rantaian kepada manusia yang mungkin tidak pernah bersua muka.
Kita mungkin tidak menyaksikan kesannya,
tapi semuanya berlaku tanpa kita duga.
Namun, untuk berubah,
langkah perlu diambil.
Berdiam diri di takuk yang sama tidak akan mengubah apa-apa.
Apa erti perubahan bagi korang?
postquam-scriptum:
Ini kali pertama aku lukis guna touchpad laptop sepenuhnya..
..dan aku harap tiada lagi seterusnya.
Terseksa oo..
Mouse aku bermasalah.
Aku geram.
Tapi aku mahu berubah...
.
perubahan bagi saya lebih kepada diri dan kualiti ibadah..tiap hari kena lebih baik, taknak sama macam 10 tahun lepas
ReplyDeleteGuna touchpad laptop sepenuhnya, hasil yang bagus oo..
ReplyDeletePerubahan, bagi aku dengan niat saja tak cukup. Ia perlu disusuli dengan tindakan dan harapan untuk jadi seseorang yang lebih baik dan berguna.
Perubahan pada aku sikit jer... mungkin sebab aku malas nak berubah... tapi berubah laa juga..
ReplyDeleteRasanya boleh lah sikit sikit...
aku jeles, walopon ko lukis guna touch pad, mouse tetap dapat hasil karya yang unik..
aku lukis guna mouse..... dan aku tak ingin membincangkannya...
where change happens naturally..
ReplyDeletewe believe that we drive to be a better life..
kita hanya perlukan 1 percent lebih dari 50% untuk berubah.hanya perlukan 51% keyakinan...moga mendapat segala yang terbaik :)
INSYAALLAH..
perubahan..itu la sebenaqnya yg aku takot..
ReplyDeletetakot nk berubah yg hasilnya mungkin menakutkan-->akan menjunam..
dan aku selesa untuk diam.
terkadang nk tak nak, aku melangkah juga, dgn sedikit langkah..(tetap bergerak,kannn...)
berubah mengikut arus...
ReplyDeleteperubahan kadang-kala berlaku tanpa kita sedari dan kadang-kala kita yang harus bertindak unutuk membuat perubahan tersebut..titik perubahan tersebut bermula dari kita sendiri..
ReplyDeletekadang-kala entry@komn cEro jga mmpu membawa perubahan terhadap org lain.. :)
perubahan bagi aku.. bila kita ada niat, impian & azam untuk berubah ke arah yang lebih positif, menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang selari secara istiqamah dan seterusnya bertawakkal kepadaNYa tentang hasil perubahan yang kita lakukan. dan setiap masa kita dibentangkan dengan pilihan2 hidup yang menentukan setiap hala tuju hidup kita.
ReplyDeletenice one, wat la more motivational comic strip macam zen pencil :)
ReplyDeletehenshin..
ReplyDeletememberanikan diri.
hahaha..
ReplyDeleterajin gila cero lukis 1-1..guna mouse pulak tu..menyabo betul..
tapi, kenapa mutakhir ni entri ko semua berkaitan dengan perkara abstrak cero?motivasi..perubahan?
hensome r cero terjun laut:)
ReplyDelete@norinaomar
ReplyDeletebetul! ibadah sentiasa terus lebih baik dr masa ke masa..kan?
@Yousof
Tindakan paling penting..Tanpa tindakan, takkan ada perubahan..kan?
@Aujinz
Kita perlu berubah..kalo terus melukis dgn mouse n touchpad, takkan maju karya kita..(ecehh!)
@MS. NO NAME
Setuju!
Kita semua akan berubah, cuma bila dan bagaimana je...
@cik marikh
Jangan takut jatuh..
Takutkan tak bangun bila jatuh, sbb kejatuhan mengajar, tp tak bangun tidak membantu..kan?
@Angah
hanya jika arus itu menuju ke arah kebaikan...
@Miss Comot
Aku harap begitu jua..
Aku harap dpt bawa perubahan kpd sesiapa yg ingin berubah, termasuk diri sendiri...
@Haris Khairuddin
Betul2..
Dan akhirnya, kita berubah dan berharap agar kita berada di jalan yg betul dan bukan jalan salah yg memerlukan kita patah balik dan mula semula, kan?
@hime s
Memang nak mcam tu, tp tak ada cukup kelengkapan..hehehe
@hibari ace
hahaha, 'hensin' tu bertukar..
kamen rider style..hahaha
@nazha anua
sebab aku cuba nak cari perubahan dlm diri sendiri..
Di smping aku cuba sampaikan kpd org lain, aku hrap aku pun dpat terkessan dgn karya sendiri..hehehe
@strawberrycinta
hensem kan? hahaha