maaf..
"Dia dah bertunang..."
------
Zaman kolej aku dulu,
aku ada seorang kawan sekelas. Namanya Y.
Lelaki ini dalam kawan-kawan aku memang kategori pak lawak.
Sesiapa pun yang duduk berhampiran dengan dia mesti takkan kering gusi, atau paling kurang akan tersenyum lebar.
Lawak dia tak pernah menyakitkan hati. Itu yang membuatkan dia disenangi.
Juga dalam kelompok kelas kami,
ada seorang perempuan nama N.
N seorang gadis yang pemalu.
Nak keluarkan suara pun, sangat perlahan nadanya.
Aku gelar dia 'Silent Princess'.
Tahap senyap habis.
Nak dipendekkan cerita,
aku pun pernah tersuka kat N.
Tapi atas sebab tertentu, aku batalkan niat aku.
Nak tahu sebabnya?
N aku umpamakan seperti matahari yang menyinar.
Bila terik, terasa bahangnya.
Bila redup, hilang silaunya.
Dengan kata lain, setiap tindak N dapat aku baca hanya dengan melihat wajahnya.
Satu hari aku ternampak N dalam kelompok dengan Y yang sedang berlawak.
N ketawa besar hasil jenaka si Y.
Satu permandangan yang berbeza.
Raut wajahnya kelihatan begitu selesa dengan Y.
Aku jangka, N menaruh hati terhadap Y.
"Aku suka N.."
Pengakuan Y membuatkan aku senyum.
Kata-kata tu diucap semasa aku dan Y berdua mengeteh di cafe.
"Tapi aku takut laa..
Dia cantik dan baik, sedangkan aku huha-huha orangnya.."
Satu hari lain, aku bertanya N.
"Kau tak ada suka mana-mana lelaki ke??"
"Aku ada suka sorang ni, tapi dia macam tak berminat dengan aku je.."
"Siapa??"
"Orangnya kelakar, semua orang suka dia..Aku tak layak.."
Penyataan itu menguatkan lagi kenyataan aku yang N sukakan Y.
N sukakan Y dan Y tidak tahu.
Y sukakan N dan N tidak tahu.
Masing-masing ada sebab sendiri tak mahu berterus-terang.
Rumit, kan??
Beberapa tahun kemudian,
aku keep in touch balik dengan Y.
Sambil lepak minum teh,
aku bertanya tentang N,
dia menjawab
"Dia dah bertunang. Baru je.."
Suasana sunyi seketika.
"Aku tak sempat pun beritahu dia yang aku sukakan dia.
Aku dapat tahu, dia bertunang atas desakan keluarga.
Beb, kalo aku tahu, dari awal aku terus-terang dengan dia.."
"Sabar laa bro. Dia dah jadi tunang orang.
Berdosa kacau tunang orang."
Aku tak layak nak nasihat.
Jelas.
Wajah Y jelas menunjukkan kekecewaan.
Sejelas lampu neon berkerdipan di kala bulan malam mengambang.
Sejelas mentari menyinar awan sehingga ternampak jalur peraknya.
Pengajaran buat aku,
betapa pentingnya jujur dengan hati sendiri
berterus-terang sebelum terlambat.
Andai dari awal salah seorang berterus-terang,
kesudahannya bukan begini.
Aku pun.
Kalau boleh, sekarang juga aku nak berterus-terang dengan gadis yang aku suka.
Tapi, apa daya,
persoalan utamanya adalah KALAU BOLEH,
sedangkan aku masih belum boleh.
kadang-kadang, bukan semua benda kita boleh ungkapkan. ada yang kena simpan sorang-sorang.
ReplyDeletebkn beterus terang dgn die,,terus terang la dgn mak ayh die,,lgi bgs :)
ReplyDeletekalau boleh...
ReplyDeletebetul la cEro..
ReplyDeleteberterus terang adalah jalan terbaik..huhu..
ini ok lagi..
kawan aku x sempat berterus terang.si dia yang dia jatuh cinta meninggal.. T_T
u suppose kene berteus terang coz pampuan suke laki yg berteus terang tau..chaiyok2..!
ReplyDeletebercakap sangat mudah. Tapi kalau nak hadapi itu yang susah. Kalaulah boleh...
ReplyDeletetetiba terfikir,what the function the word "kalau"...kalaulahh...
berterus terang itu perlu..
ReplyDeleteBUT sometimes silence is much better..
agreed? :D
pd chummy, better terus terang. ttg apa dan ke mana hala tuju tu nnt,Allah tentukan. sekurang2nye, usaha dah di buat. bak kata pepatah : "usaha tangga kejayaan". it's ok, kalu da terus trang, keadaan menjadi rumit dsb, sbb kita da mencuba. ape pun, "mencintai x semestinya memiliki". juz let it out!
ReplyDeleteitu la yg dikatakan jodoh. even kalau salah sorg Y atau N berterus terang sekalipun, kalau bukan jodoh, tak jadi gak kann..? so, chill!
ReplyDeleteaku dah baca entry kau yg lepas, so aku faham kalau kau masih 'belum boleh'
"Sabar laa bro. Aku dah jadi tunang orang.
ReplyDeleteBerdosa kacau tunang orang."
sejak bila kau bertunang ni..zzz
YA BELUM BOLEH !
ReplyDeletejodoh di tgn Tuhan.
ReplyDeleteapa2 pon bole jadi.
yang kawen pon bole becerai, ni kan baru tunang.
ape2 pon. biar Dia yang tentukan ;)
pada mulanya ingtkan N bertunang dgn Y.anyway..mungkin dah jodoh dia.
ReplyDeleteTerus-terang mungkin jalan terbaik utk dapat kepastian..tp kdg2 Nesa lebih suke berdiam- diri..sbb risiko yg akan diambil impaknye lebih besar dan menakutkan:)
kalau boleh..dah lama buat.tapi..*sigh*
ReplyDeletenak berterus terang tu payah.. walaupun berterus-terang kadang-kadang membawa kebahagiaan
ReplyDeletenak berterus terang tu payah.. walaupun berterus-terang kadang-kadang membawa kebahagiaan
ReplyDeleteoke2
ReplyDeleteaku jujur ni.
aku faham hint kau.
aku suke kau.ahahahahaha!
ok,serius.ni komen aku.
sebelum terlambat.sebelum terlepas.sebelum kehilangan.u better speaks out.sekurang-kurangnya dia tahu.terima atau tak,itu belakang kire.to klu terima,errr.next step,errr.goodluck lah bro!
yup..mmg btol...brtrus trg n jjur adlh pnting...
ReplyDeletennt klu dh oleh ko trus trg r kat die...
klu x blh jgn pksa...nnt ko akn serba slh...
"~jgn tggu lama2 nnt lama2...dia diambil org...lalala3~"
tibe2 rase nk nyanyi lgu ni kat ko...haha3
kalau boleh..tp sebenarnye susah nk berterus terang ni...
ReplyDeleteargghh..!! terlalu byk kalau dlm hidup nih.."kalau" tu menjadi satu perkataan yg menakutkan bagi aku..
ReplyDeletedan perkataan "kalau" tu memungkinkan 1001 kemungkinan..
salam knai dr aku gayah...
ReplyDeletekalo jodoh tak ade..usaha macam mane pon xjln jugak.. so redha jelah...
sentap la baca n3 kau ni cero!!!
cam pernah ku alami tp situasi yg berbeza..huhu
hurmmmmm.terus terang.susah tu
ReplyDeletesedih lak
ReplyDeleteok sekarang jgk kene terus terang sampai benderang
ReplyDeleteouch, kalauu.. a big word kan.
ReplyDeleteNguuu.
ReplyDeletesadisnya :(
kesimpulannya,kalo suka kat seseorg tu terus terang je...
ReplyDelete...jodoh...
ReplyDelete-dinie-