Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 7, 2010

Bagaimana Aku Mampu Menulis Semula Kenangan?

one-five-six


Dulu aku tinggal kat Ipoh.
Tapi memori kat sana tak berapa banyak
sebab umur 7 tahun aku dah pindah KL..

Tapi, ada satu yang aku ingat sangat..
Satu petang tu, aku terdengar abang aku berborak-borak dengan jiran sebelah merangkap kawan sekelas..
Masa tu, abang aku baru darjah 5 kot, aku 6 tahun..
Diorang berborak pasal perempuan..

Oleh sebab aku nak tunjuk yang aku dah besar,
aku pun decide nak join perbualan tu..
Pergh!!! Citer pasal pompuan kot, laki mane yang taknak join??
Hehehehe..

"Hang apsal datang sini??" Abang aku sound..
"Nak duk sembang gak..Tak leh??" aku jawab...
"Hm, hang nak sembang apa??" jiran tu tanya..
"Kita (kecik-kecik bahasakan diri 'kita') takut laa.." aku jawab..
"Takut hape??" Abang aku tanya..
"Takut laa, besar nanti, kalau ngandung nak beranak, mesti sakit..Sebab aritu tengok mak cam sakit jaa.." aku bersuara...

Suasana sunyi seketika...

Tetiba Abang aku bantai gelak besaq..
Jiran aku pun sama, sampai jatuh atas pasiaq gelak kat aku..
Aku blur..

"Apsal gelak???" aku bingung.
"Hang nak beranak ke?? Laki mana boleh beranak laa..." Abang aku explain sambil pegang perut dia tahan gelak..
Yang jiran aku tak habis menggelupur kat tanah bantai gelak..

"Ye ke?? Laki tak beranak ek??"
Aku lebih kepada blur daripada malu..
Dalam otak aku fikir,
"Ari tu mak bersalin dapat anak perempuan (adik aku)..
Kalau nak dapat anak lelaki, mesti laa abah yang bersalin.."


Bila teringat balik,
ape ke bodoh laa aku ni...
Ingat vegetative reproduction ke,
mak hasilkan anak perempuan
abah hasilkan anak lelaki???

-------------------------


Kecik dulu, hubungan kami adik beradik sangat rapat..
Naik basikal sama-sama..
Main jengket-jengket sama-sama..
Galah panjang, galah pendek, polis sentri..
Seronok sangat...

Tapi, bila diri semakin dewasa
hubungan tu macam sedikit renggang..
Masing-masing fokus dengan kehidupan sendiri.
Abang aku di atas dah ada keluarga, ada anak..
Yang lain pun kerja, balik penat..
Aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir kami adik beradik bergelak tawa sama-sama..

How can I rewrite my past?
I miss them so damn much!!!


20 comments:

  1. gambar sekarang takde??
    hehehehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ada ke patut lelaki beranak? Nak keluar ikut mana? Lwak kalau pikir balik. Tapi budak2 kan so tak tau apa.

    Btw cuba call or mesej abang ko tu klu dah rindu sgt. Tanya khabar ke. Atau pergi umah dia ke waktu weekends ke?? Just cadangan aku lah..

    ReplyDelete
  3. sebab tu masuk Bsc.Biology..
    ade hikmah tu..

    ReplyDelete
  4. hehehe..aku dulu lagi lah..ingat kalau parents just tido je dah boleh dapat anak dah...mane tau bnde2 sxsxsx nih

    ReplyDelete
  5. the easiest way utk menulis kenangan adalah dengan gambar...

    aku suka gambar walaupun aku takde dlm gambar tp aku akn cuba ingt di mana aku tika tu, gi makan ke, berak ke, atau aku sendiri cameraman..

    so ambil la gambar banyak2 yang boleh dilihat selalu bila generasi baru dah makin ramai dalam keluarga kita. so nanti boleh la cerita,

    "ni gambar pok su, ni gambor uda, ni ayah kamu"

    seronok =)

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha

    ya ampunnnn takleh berhenti gelak

    **innocent je kita kecik2 kan

    hhahha

    ReplyDelete
  7. best aje masa budak-budak kan,,takde nak pening kepala nak pikir itu ini,,,tapi betul la,,bila dah besar hubungan adik beradik dah makin renggang,,,semua dah sibuk kerja dan ada life masing-masing

    ReplyDelete
  8. best aje masa budak-budak kan,,takde nak pening kepala nak pikir itu ini,,,tapi betul la,,bila dah besar hubungan adik beradik dah makin renggang,,,semua dah sibuk kerja dan ada life masing-masing

    ReplyDelete
  9. kahkahakahkahkahkahkahkahkahkah!!

    -kudozu

    ReplyDelete
  10. join kudozu...

    kahkahkahkahkahkahkahkahkah...!!!~

    p/s: org kat opis ni pelik aku gelak sorg2..

    ReplyDelete
  11. @KERAK NASI
    gambar sekarang mahal laa...
    hehehe

    @WZulhilmi
    haha, kalo tibe2 aku wat camtu, mesti dia pelik..
    sebb tiba2..kan??

    @Ch@ Ch@
    Haha, setuju!!

    @hentakbelipat
    aku tau mende sx ni naik sekolah menengah..hahah

    @Shukjessa
    best kan?? bila layan gmbar lame2, terkenang balik..

    @.::WaNiE::.
    sgt innocent..tp bile besar je, sume otak biru..
    hahaha

    @aishah
    tu laa psal...
    sedey bile kenang semua tu..

    @Anonymous
    Kudozu, hahaahaha

    @pu3aan
    haahaha, jgn gelak sorg2, bahaya!!!

    ReplyDelete
  12. btol tue...saye stuju...dulu msa kecik saye rpt giler ngan abg saye...bile dh besar ni mmg renggang...msing2 wat hal sdiri...tp kdg2 still jgk la kongsi something kdg2...skg ni klu de majlis n hi2 penting yg kn kmpul bru brksmptn nk jmp sumer n brgaul mesra...bhahaha3

    kalaulh de pisau cam lam citer Sand of Time,Prince of Persian...owh...klaulah leh nek mesin masa doremon...klaulah masa boleh diputar kembali...adeh...byk la kalau...hahaha3

    ReplyDelete
  13. that's why we have to appreciate every moment we have..bile dh jd kenangan bnd tu takkan berulang =)

    ReplyDelete
  14. haha.. kanak2 yg sangat naif.. hehe..

    erm.. betul la kan.. bila makin besar.. hubungan mkin renggang.. tp still boleh eratkan balik..

    terpulang pd kita.. ^__^

    ReplyDelete
  15. *takut nk beranak...
    sumpah sngat kelakar...haha...

    biasala, bila msing2 da besar, sume de khidupan sndiri...kn...

    well, gmbar sngat cOmel..;))

    ReplyDelete
  16. @iemaZAIMAH
    setuju...
    tp kita kdg tak hargai apa yg ada,
    bila dh tiada, baru nk dikenang..

    @@ien_R@z
    susah sikit laa..
    masing2 ade ego yg nk dipertahankan..
    hehehe

    @raja dinie
    waaa, comel ke??
    terima kasih...
    skang tak comel ke??
    hehehe

    ReplyDelete
  17. cero betul la angah pun rindu kalau nak ikutkan zaman kanak2 zaman sekarang tak macam sekarang susah nak cari org main teng2 polis sentri la.. ermmmm zaman dah berubah...

    :- cantik pic tue ye hehehehee

    ReplyDelete
  18. hahaha..masa aku baca an...aku gelak..roomate aku pelik je tgk aku...haha..adoila cero..lucu ah..

    ReplyDelete
  19. @AngahSayang2314
    skang ramai bdak2 yg main ps3, wii dll dr nk main kt padg camtu, kan??
    thanks!!

    @263864433432002998.0
    dear nenek moden,
    hahaha!!! aku sndri pon gelk dgn diri sendri...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License