Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 28, 2010

Tentang Seseorang 2 [The Riff]

seven-in-between-ones
I'm sorry..



Berjalan pada satu,
tanya s’lalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih


Isnin..
Ianya bermula dengan langit yang cerah.
Seolah-olah mengizinkan aku untuk melakukannya.
Oh, aku bukan mahu minta bersama,
cuma mahu memberitahu, sebelum aku keluar dari 'kepompong' itu
aku mahu dia terus bersabar..

L mempelawa untuk minum petang bersama,
dan sudah tentu kawan-kawannya ada..
Nani, Min dan mungkin, Padi seperti biasa.

Aku sampai terlalu awal di tempat pertemuan.
Mereka dari tempat belajar, agak lambat.
Jadi, aku sediakan tempat duduk untuk lima
termasuk aku.

Sejurus kemudian,
nampak kelibat L, Nani dan Min dari jauh.
Oh, tiada Padi, aku agak lega.

L sampai dan bertanya,
"Lama sampai??"
"Selagi takde sarang labah-labah di sini
ianya takkan jadi lama..."
aku menjawab.

Min meminta waiter tolong sambungkan lagi satu meja.
Aku pelik.
"Ada lagi satu kereta nak datang..
Ada kawan-kawan kelas tiba-tiba nak join..."

L terangkan.

Aku mula rasa kurang senang.

Sejurus kemudian, datang sekumpulan lelaki.
5 orang termasuk seorang yang aku kenali.
Padi.

Padi, tinggi dalam 170cm.
Seluar jean yang dia pakai, materialnya nampak mahal.
Tak macam seluar jeans yang aku pakai, koyak di kaki seluar akibat gesel dengan tumit kasut.
Baju T dia pakai jahitannya kemas.
Di tangannya terdapat kunci kereta ber'keychain' H.
Dari pengamatan aku, sama ada Honda City, atau Honda Civic.
Mana-mana pun, agak 'besar' untuk seorang pelajar.
Jawabnya, dia dari keluarga yang 'besar' juga.

Aku mengeluh.
Pertemuan yang sepatutnya aku rasa untuk aku dan L,
jadi kumpulan remaja dengan 4 orang darinya tidak aku kenali.
Dan lebih sedih, aku sahaja yang tiada kaitan di sini.
I felt like an outsider.

Seketika,
sedang kami sibuk minum dan makan apa yang terhidang
Padi minta dirinya didengari..
"Friends, aku ada satu perkara nak beritahu..."

Semua mata tertumpu pada Padi.
"..or I'll say it's a confession..."
Nani pandang aku dengan muka kosong.
Aku dah rasa tak sedap.

"Aku sudah lama perhatikan satu girl ni..
Cantik, menarik, memang penuhi ciri-ciri yang aku suka..
Kali pertama aku pandang dia, aku tak rasa apa-apa..
Tapi hari demi hari, aku dapati dia memang pilihan aku.."


Aku cuba lihat reaksi L yang berada di depan aku.
L kelihatan fokus dengan apa yang Padi cakapkan.
Dia seolah-olah tiada klu itu ialah dia.
Mata aku terus tertumpu pada L.
Tapi telinga aku mendengar Padi.

"..till know, aku cuma pandang je dia.
Tapi, hari ni, aku nak beritahu dia isi hati aku..
Harap-harap dia sudi terima aku..."


"Woi, sape woi??"
"Ko ni suspen laa..."
"Cepat-cepat..."

Kawan-kawan Padi yang tak aku kenali bising mendesak.

Sampai titik ini,
aku masih tak mampu buat apa-apa,
aku hanya pandang L tanpa berkata satu apa.

"..and that girl is YOU.
L****A...
Sudi tak awak jadi girlfriend saya??"


..dan akhirnya aku dengar juga ayat itu.
Mata aku tetap tertumpu pada L.
L kelihatan terkejut dan terkelu.
Nani pandang aku.
Yang lain bersorak sambil pusing pandangan ke L.

Kemudian,
pandangan L berpusing pada aku.
Mata dia, dengan kening yang serong ke bawah membentuk bukit,
tepat renung mata aku.
Walaupun suasana riuh dengan sorakan kawan-kawan Padi,
tapi dunia aku seperti sunyi dengan mata kami bertembung tanpa kata-kata.

"C'mon L, jawab laa.."
"Padi dah habis gentleman dah tu..."
"Say YES!!!"

Kini aku faham fungsi Padi bawak ramai kawan-kawan dia.

L masih pandang aku.
Mata bertentang lama, buat aku sedikit janggal..
Lalu, nak mematikan suasana,
dengan kudrat sedalam lautan,
aku ukirkan sebentuk senyuman.
Walhal, tangan aku di bawah meja kuat menggenggam pelipat seluar.
Aku terlambat.


Pandangan L termati.
Telefon bimbit L berdering.
L jawab dan kemudian letakkannya.
"Guys, I'm sorry..
Pak Harun dah tunggu kat bawah,
I've to go..."


Lalu, L berlalu pergi tanpa pandang ke belakang.
Padi dan kawan-kawannya terdiam.
Nani masih melihat aku.
Aku masih menggenggam erat penumbuk.

"Lek Padi, dia diam je tadi.."
"Orang kata diam tanda setuju.."
"Ko cuba lagi lain masa..."

Kawan Padi masih memberi sokongan.
Aku pandang wajah Padi, dia tersenyum lebar.

"Korang, aku rasa aku pun nak balik laa yek.."
Aku ambil kesempatan atas ketidak-selarasan keadaan.
Lalu, aku pun pergi,
dengan tangan masih digenggam kuat.

Di tempat parking motosikal,
aku berhenti.
Dalam benak fikiran aku,
"Apa patut aku buat lagi???"

Sebatang tiang elektrik menjadi mangsa tumbukan tangan kiri aku.
Aku tumbuk sekuat hati.

Kawan aku semasa sekolah pernah berkata,
"Kalau kau sakit gigi, ko cubit perut ko sekuat hati..
Sakit cubitan tu akan hilangkan sakit gigi ko
sebab aktiviti otak ko dah beralih dari gigi ke perut."


Sehingga tadi,
aku tak percaya kata-kata kawan aku tu.
Namun kini, aku percaya 100%..
..kerana aku tak sakit langsung menumbuk tiang elektrik yang diperbuat dari simen itu...





..kerana aktiviti otak aku tertumpu kepada HATI
HATI AKU SAKIT SANGAT!!








Apa lagi sakit dari melihat orang yang kita sukai
diluahkan perasaan oleh orang lain
dan dia langsung tidak menidakkannya.


=============================
30) [
link] Tentang Seseorang
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse


26 comments:

  1. uwaaaaaaaaaaaaaaaaa

    sedih gile

    tlg tlg tlg

    sedih :(

    ReplyDelete
  2. bodoh padi.
    aku rasa padi sengaja nak buat confession depan kau.....please sambung..

    L say something!!
    kau tak nak tanye L ke ape jawapannye??

    ReplyDelete
  3. eee geram tul aku rasa dia sajeee jer buat macam tue eee kalau angah la...ermmm tak sangguppppp

    ReplyDelete
  4. motif bawak kawan reramai

    ReplyDelete
  5. die pun terkedu la kot..
    dan die nak ko bgn la jwb..
    L gf aku la..

    aku tau dia ske ko jgak..
    cube ko tnye die btol2..

    ReplyDelete
  6. jangan risau weh. padi tu takde can punye!

    ReplyDelete
  7. nampak sgt macam xleh nk confess sorg2,,,bawak geng nak suh support,,,harap2 L x terima dan mr cEro kena buat sesuatu lepas ni

    ReplyDelete
  8. nampak sgt macam xleh nk confess sorg2,,,bawak geng nak suh support,,,harap2 L x terima dan mr cEro kena buat sesuatu lepas ni

    ReplyDelete
  9. jumpa dia la personally..
    aku dapat rasakan dia menunggu kau confess..

    c'mon..
    buang rasa malu tu..
    paling tidak pun dia cuma kata dia belum ready..
    so kau xpayah buang masa fikir samada dia suka kau ke x...

    ReplyDelete
  10. common cero...
    perempuan memang complicated..
    tp kau lelaki jangan jadik secomplicated perempuan..
    nnt x mana..

    dia pandang kau masa padi confess tuh supaya die nak kau buat sumtin...
    say sumtin...
    at least kau menanti jawapan kalau kau bgtau die...
    kalau kau tunggu je..
    sampai bile?
    sedangkan orang menikah pon nak kene berusaha pegi jumpa tok kadi..
    ini kan pulak nak mengejar cinta..

    common cero.

    untuk kamu.baca ni...
    http://www.esoksemalam.com/2010/04/heyi-like-u.html

    ReplyDelete
  11. siyes bro..aku rase membe2 kite ni sume sokong kalo ko pi jumpe L ngn ngaku kat die..
    sbb aku xrase die ade feeling kat si Padi tu..
    kalo x nape die naik angin mase ko ckp korg kawan bese aritu..
    nape die ley nk blajar bawak moto ngn ko..
    nape die ley call ko/sms ngn ko semata2 nk tnye ko nmpk rainbow kat langit ke x..

    aku suggest ko pi jumpe die..
    n slow talk ngn die psl confession Padi tu..n bitau jugak cam ne feeling ko..
    at least die tau ko pandang die lebey dr sekadar kawan..

    ReplyDelete
  12. dh m acam drama pulak hidup ko ni.. si padi boelh plak siap baut announcement.. (- -").. aku pn tak tau nk ckp apa sbb aku bkn ada kat tempat ko.. but be strong ok..

    ReplyDelete
  13. apsal lu tak kejar L dulu bro?
    adoiii..


    -kudozu

    ReplyDelete
  14. mana lagi gugup confession one to one atau bawak geng ramai2 then confess?

    aku rasa nak confess 'saya suka awak' face to face dengan dia lagi sukar dari bawak geng. Yes bawak geng untuk orang tahu, tapi untuk apa? Geng itu adalah orang yang kenal, so kita akan jadi tidak takut, dan kuasa geng ni lebih kepada banyak psyko kepada si penerimanya.

    Maaflah, bagi aku cara itu agak kurang gentleman.

    Dan aku rasa mesti ada yang kena marah later on dari L, either ko atau nani atau nani sorang atau sesapa saja.

    Dude, orang kata selagi belum bertunang ia bukan hak milik sesiapa, aku setuju. Ini pun bukan hak milik sesiapa lagi, ko punya waktu dan masa kalo ko rasa ini masanya untuk ko propose die.

    Kalo tak, just main reverse psykologi je la untuk tengok gerak balas die cane.

    Diam tak bererti setuju, tu zaman mak ayah kita dulu boleh la. Diam samada terkejut, tak setuju atau sangsi atau blur atau apa-apa.

    Dude, seriusly kalo nak tambat hati dia jadi gentleman je, tanya direct, kias atau non direct je, terus terang je kalo ko punya perasaan terhadap dia, KEPUTUSAN di tangannya, itu lebih baik.

    p.s: Cinta tak boleh dipaksa, ia tumbuh secara semulajadi

    ReplyDelete
  15. ........

    aku pulak yang kelu..apehal?..hish..
    cepat lah sambung..aku nak tau...
    pepepon..be strong mr cero..

    ReplyDelete
  16. dye xbg jwpn lg beb..kau mseh ad peluang..

    aq xnk ckp lebih2..kdg2 ckp lebih2 klu org yg belah sne lain fikiran dye,ssh jgk

    btw,just be strong..klu ad jdoh,takkan ke mane :)

    ReplyDelete
  17. cerooo uwaaaaa :((

    aku faham apa ko rasa,
    hati rasa sakit gila smpai rasa nk jerit f word sekuat ati.

    or any other word u may like.

    iskk. kamon cero, L da kasi sign lama da..bek ko bertindak sblom sumenye terlmbt. go cero!

    ReplyDelete
  18. hahaha..lu pi tumbuk tiang watpe..tes la kat padi..tapi cam haram plak kn camtu..chill bukan L jawab pun confssion tuh..g cucuk angin la blakang die..cepat sikit broo

    ReplyDelete
  19. i think
    L tu mmg suke kat kau
    so sbb tu die x de reaction mase confession tu...
    so..kau masih ade peluang lagi bro :)
    jangan menyerah !
    aja aja fighting oppa !

    ReplyDelete
  20. sedey bace.sedey lg en cero ni rase kan?stay strong k!if suke ckp je trus.jgn lmbt2 sgt.pompuan x ske laki yg ske men tarik tali ni.luah kn je.en cero msti akn rse lega.die cantek dan menarik msti rmai yg nak,en cero if da ske n syg better gtaw je isi ati tu.;))

    ReplyDelete
  21. sob3 sedihnye...wuwuu3 (T-T)

    L myb x sgka padi nk kat die...n sy rase L suke kat Cero la...sbb tue la lps padi confess die tgk Cero...saye rase L msti brhrp Cero say something...mata L mesti meluahkn segala2nye msa die pndg Cero..cm cero je x phm kot..n myb Nani bgtau sblm ni sbb die tau L ske kat awk...

    it's might to late but late might be better than never kan...so if Cero rase Cero ptt wat something...myb Cero ptt msj die tny pekabar...than slowly tny L cmne kptusn die...klu die kate x nk kat padi bg advice kat L tlk padi slow2...

    n klu cero rs cero ptt luahkn kat die...myb cero trus trg je...

    btw...i'm know that she like padi but not as much as she like u...padi mgkin kwn je tp Cero...kwn baik/rpt die...@ mgkin die hrp lbih...teheehe3

    p/s: sgt x ske org confess open cmtu...cm blagak...myb bgi die romantik...tp klu kes jdi mcm L ni...trus pgi tnp kt pe2...itu sgt memalukn...confess by face to face just two of u is so sweet...kn?

    ReplyDelete
  22. padi tu mcm sngaja je kn...huh..
    >geram<
    and, dinie pasti L suka kt cEro cz bila padi confess dia pndang cEro kn....
    mknanya dia harap cEro kta sesuatu...
    selagi L x bg kputusan ape2, slagi tu cEro ada peluang...
    so,plezzz cEro, jgn lpaskn pluang tu...
    gud luck...chayok2...:)

    ReplyDelete
  23. cero..ko nak diam sampai bila?hmm..berani sikit...kau ingat tak entri yg lepas yg tanya sal status ko dengan si L tu..yg L mcm marah tu..ko tak dpt rasa ke L suka ko?hmm..Kau lelaki..takkan nak biarkan si L minta kat kau untuk kapel?mcm perigi cari timba lak...L tengok ko time tu..mesti dia nak ko buat sesuatu..tapi..sebbek tpon bunyi..so no answer..jgn sia2kan peluang weh..hmm..boleh tak kau luahkan dekat dia???

    ReplyDelete
  24. dang
    skrang nie ade 6 huruf (mgkn)
    kepingan baru telah ditemui

    -LighT

    ReplyDelete
  25. u love her..pliss tell L!

    ReplyDelete
  26. @Anonymous
    haha, even if it's love, telling her is not an option.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License